You are on page 1of 5

1.

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.
Begitulah indahnya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan Bahasa Kebangsaan
Nadi Perpaduan. Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang
arif lagi berkarisma, dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam
mesra dan salam perpaduan. Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan secara
keseluruhannya membawa maksud bahasa merupakan elemen penting yang menjadi
tunjang kepada perpaduan rakyat di negara kita. Hadirin yang saya kasihi, Faktor
utama yang menjadi teras kepada terbinanya perpaduan hari ini ialah bahasa yang
digunakan bersama. Hal yang demikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa
bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi semenjak zaman kesultanan Melayu
Melaka sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh itu,
nyatalah bahasa iaitu bahasa Melayu menjadi komponen penting perpaduan yang
membawa kepada kemerdekaan. Hadirin yang budiman, Perkara 152 Perlembagaan
Negara ada mengkanunkan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Ini
membuktikan sejak dahulu pemimpin pelbagai kaum telah sepakat perlu adanya satu
bahasa yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat. Hubungan yang intim akan
terjalin apabila semua rakyat berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan satu
bahasa. Kita bukan sahaja berkongsi negara, malahan kita sanggup berkongsi bahasa
atas nama perpaduan bak kata pepatah Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Hadirin sekalian,
Malaysia telah membuka mata dunia apabila rakyatnya yang berbilang bangsa dan
agama dapat bersatu dan hidup aman damai di bawah satu Jalur Gemilang. Cuba fikir
sejenak, mampukah negara kita menikmati kemajuan dan kemakmuran tanpa bahasa?
Tentunya tidak, hadirin sekalian. Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan
negara akan menemui kehancuran. Justeru, perpaduan antara kaum amat penting
untuk menjamin kemajuan dan kestabilan serta kesejahteraan rakyat. Oleh itu, bahasa
bukan sahaja pemangkin untuk mengintegrasikan warga negara kita, malahan

merupakan aset penting untuk menjana kemajuan dan kestabilan yang berterusan.
Sidang hadirin, Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita
tunggu? Mari, marilah kita bersatu dengan satu bahasa demi keutuhan negara tercinta.
Sekian, terima kasih.

2.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bismillah, Alhamdulillah.
Terima kasih pengerusi majlis,
Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
seterusnya hadirin hadirat sekalian,
"Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang"
Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum saya
melangkah dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya
satu persatu.
Menurut Kamus Dewan, "Guru" bermaksud pendidik,pengajar atau pengasuh.
"Berkualiti" pula bererti bermutu tinggi. "Menjana" pula ditakrifkan sebagai
menghasilkan manakala "Insan" pula merujuk kepada individu manusia
dan "Cemerlang" menurut kamus dewan lagi ialah kejayaan yang tinggi.
Dari definisi tadi jelaslah bahawa pendidik yang bermutu yang tinggi mampu melahirkan
manusia yang terdiri daripada golongan "Al-Muflihun" atau mereka yang berjaya.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,
Kualiti guru yang pertama ialah melaksanakan tugas dengan sepenuh keikhlasan.
Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T akan memampukan

seorang guru menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.Segala usaha


ini dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah dan diserahkannya kepadaNya untuk
dinilai.
Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Bayyinah ayat 5,
Maksudnya: "Mereka tidaklah diperintahkan, melainkan supaya beribadat kepada Allah
dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya".
Berhubung ayat ini, Imam Habib Abdullah Hadad mengulas bahawa tanpa keikhlasan
maka perbuatan yang dilaksanakan adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada orang
ramai.
Sebagai contoh,lihat sahaja keihklasan guru yang mengajar di pedalaman. Kisah
mereka dipaparkan di akhbar dan televisyen beberapa bulan yang lepas. Mereka
terpaksa berjalan kaki,menaiki sampan malah ada yang terpaksa berenang untuk
sampai ke sekolah. Niat mereka adalah ikhlas untuk mendidik anak bangsa supaya
cemerlang,gemilang,terbilang. Jika tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini sanggup
dilakukan.
Hadirin-hadirat,
Kualiti guru yang kedua ialah berilmu. Tanpa ilmu, guru tidak mampu menyampaikan
pelajaran dengan baik kepada murid-murid.
Sepertimana yang diungkapkan oleh hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik dari
"Majmu' Zawaid yang bermaksud;
"Sesungguhnya, orang yang berilmu di dunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk
dalam kegelapan di darat dan di laut.
Hadis ini mengingatkan kita, bahawa guru yang berilmu mampu membimbing para
murid ke arah kecemerlangan. Sesungguhnya, ilmu adalah ibarat bintang yang
menunjuk arah kepada kita dalam belayar, tanpa ilmu hilanglah pedoman dan sesatlah

arah.
Justeru itu, didalam memastikan para guru dilengkapi dengan ilmu mengajar maka
setiap guru hari ini diberikan latihan terlebih dahulu di Institut-Institut Perguruan seluruh
negara. Bahkan kerajaan juga turut menggalakkan para guru untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat universiti.
Hadirin-hadirat,
Kualiti guru yang ketiga ialah berhikmah didalam mendidik.Hikmah disini bererti
bijaksana.
Allah berfirman didalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud
"Serulah mereka kejalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan contoh teladan
yang baik".
Berhikmah disini merujuk kepada kreativiti pendakwah didalam mempelbagaikan cara
dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa. Begitulah juga peranan guru yang
berhikmah. Mencari dan menggunakan kaedah yang sesuai didalam mendidik.
Sebagai contoh, guru disaran oleh Kementerian Pelajaran untuk menggunakan
teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran para murid. Penggunaan teknologi
adalah kaedah yang bijaksana dan merupakan langkah terbaik meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran
Kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan bapa di sekolah
merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu terlebih dahulu berakhlak
mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Sepertimana hadis Nabi
S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la yang bermaksud;
"Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia dengan
hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan berbudi
pekerti.

Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan akhlak
buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan.
Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru
terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia. Guru-guru
terbabit bukan sahaja gagal mendidik , bahkan dicerca kerana tidak menunjukkan
contoh yang baik

Kesimpulannya, guru berkualiti akan dapat melahirkan insan cemerlang dunia dan
akhirat. Oleh itu sebagai guru marilah kita tingkatkan kualiti diri ke arah melahirkan
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Wabillhi taufiq wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like