You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Agung Kali ke-41 bagi tahun 2013/2014

Tarikh : 4 Mac 2014


Masa: 3.00 petang
Tempat : Dewan SKTB

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-40 serta membentang dan
menerima laporan tahunan.
3. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan
4. Perlantikan Ahli jawatankuasa PIBG 2014 dan pembubaran Ahli jawatankuasa
PIBG 2013
5. Perbahasan Usul
6. Hal-hal lain
7. Ucapan penangguhan.

1. Ucapan Pengerusi
1.1 En Abd. Wahab bin Tahir memulakan majlis dengan ucapan salam dan terima
kasih kepada para hadirin yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat agong
PIBG SKTB kali ke- 41. Beliau juga berharap agar mesyuarat pada kali ini dapat
berjalan dengan lancar dan aman agar para ibubapa dan guru dapat berbincang
dengan lebih baik dan tenang.
2. Pengesahan Minit mesyuarat Agung kali ke-40
Cik Nur Najwa telah meminta para hadirin untuk merujuk minit mensyuarat
agong kali ke 40 dari muka surat
2.1 Pencadang: Miss Sue
Disokong: Pn. Saharaniah
3. Laporan Kewangan
3.1 Laporan kewangan telah dibentangkan oleh Bendahari iaitu En Aziehan b.
Sari.
Pencadang: En. Razali b. Din
Disokong: Pn. Miza bt Ahmad
4. Perlantikan Ahli jawatankuasa bagi sesi 2014/2015
4.1Para hadirin sebulat suara menyokong ahli jawatankuasa yang terdiri
daripada ibubapa yang hadir pada hari ini dikekalkan jawatan mereka dalam
PIBG. Antara ahli jawatankuasa lama yang dikekalkan ialah:

1.
2.
3.
4.

En. Abd Wahab bin Tahir


En. Mohd Fuzi b. Saad
Pn. Saharaniah bt Md Saad
En. Mohd Pilus b. Md Rais

4.2En. Mohd Pilus mencadangkan agar En. Abdul Wahab bin Tahir dikekalkan
sebagai pengerusi ajk PIBG bagi sesi 2014/2015 dan En. Mohd Fuzi b. Saad
sebagai Naib Pengerusi. Keputusan disokong sebulat suara oleh para hadirin.
4.3Perlantikan Ajk baru bagi Ibubapa:
1- En Mohd Rizal
2- Pn. Hasliza Shaaban
3- En. Khairul Anuar
4- Pn Satimah Omar
5- En. Azizi bin Mohd Saad
6- En Hafiz
Juru audit:
1. Ibubapa: En. Mohd Islah
2. Guru: Pn Maimunah bt Yahya
5. Perbahasan Usul
5.1- Murid-murid diberi peluang untuk memakai pakaian uniform secara
penuh pada setiap hari rabu. Beliau juga mencadangkan agar pihak
sekolah membuat keseragaman bagi pakaian TKRS.
- Pn. Maimunah telah meminta pendapat semua ibubapa yang hadir
pada mesyuarat untuk membeli baju uniform penuh TKRS dan semua
ibubapa bersetuju untuk membeli baju tersebut melalui sekolah.
5.2- Mengadakan program ulat buku seperti program membaca, menulis
synopsis dan mencipta ilustrasi kulit buku.
Usul oleh: En Hafiz.
- Program ini akan dibincangkan.
5.3- Soal keselamatan lalulintas ketika menghantar anak-anak ke sekolah.
- Pn Guru Besar telah memaklumkan yang sekolah kita telah ada
pengawal keselamatn yang mengawal murid-murid keluar masuk
sekolah. Dan sekiranya pihak ibubapa mahu juga pengawal lalulintas,
ia perlu dibiayai oleh PIBG sendiri.
- PIBG akan menyediakan papan tanda keselamatan jalan raya.
6. Hal-hal lain
6.1- Pn Haida, waris kepada adik Liyana Pend. Khas mencadangkan ibubapa
yang ada anak di kelas khas membayar sebanyak RM 131.00 kepada kelas
khas untuk keperluan anak-anak Pend. Khas sepanjang tahun.
- ibubapa sepakat bersetuju dengan cadangan tersebut.
6.2- En Khairul Anwar mencadangkan pihak sekolah agar menyediakan
tempat meletak basikal dalam kawasan sekolah.
- tempat meletak basikal memang telah disediakan.

6.3- Ustaz Hafiz menjemput semua ibubapa yang berminat untuk


menghantar anak ke kelas taekwando yang di adakan di kuartes perguruan tg
tokong pada setiap malam isnin pukul 8-9 lebih. Yuran yang dikenakan adalah
sebanyak RM 30 sebulan.
6.4- Guru Besar mengucapkan ucapan tahniah kepada barisan AJK PIBG bagi
sesi 2014/2015 di- atas perlantikan yang baharu. Beliau berharap AJK dapat
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik.
- Guru besar juga mengingatkan para ibubapa agar sentiasa berpesan
kepada anak-anak tentang menjaga keselamatan diri ketika berada disekolah
kerana kos pembinaan grill memerlukan pembiayaan yang tinggi.
6.5- En Pilus meminta kerjasama daripada ibubapa yang ada pengetahuan
dalam sukan agar dapat memberi kerjasama dalam meningkatkan aktiviti
sukan disekolah.
6.6- En Abdul Wahab meminta pandangan semua ibubapa dan guru untuk
mengutip yuran pibg sebanyak RM30 bagi setiap keluarga. Ibubapa sebulat
suara bersetuju dengan cadangan tersebut.
7. Ucapan Penangguhan.
7.1- Mesyuarat di tangguhkan dengan bacaan surah al-Fatihah untuk
disedekah kan kepada mangsa tragedi MH370
7.2- Mesyuarat berakhir pada jam 5.30 petang.

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

------------------------------------

------------------------------------

(Cik Nur Najwa bt Zakaria)

(En. Abd Wahab bin Tahir)

Setiausaha PIBG 2013/2014

Yang Dipertua PIBG

SKTB.

SK. Tanjung Bunga

You might also like