You are on page 1of 1

Kata Alu-Aluan

Pengetua,
MRSM Beseri

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih
kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA kerana telah memberi
kepercayaan kepada MRSM Beseri untuk menjadi tuan rumah Program Minggu Bahasa
Peringkat MRSM Zon Utara, 2015. Selaku tuan rumah, saya mewakili MRSM Beseri
mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan peserta Minggu Bahasa daripada MRSM Zon
Utara 2015.
Tema Bahasa Wadah Keintelektualan amat bertepatan dengan agenda negara
berdasarkan pertimbangan bahawa pembangunan dan kemajuan negara tidak boleh
diukur daripada aspek fizikal dan kebendaan semata-mata sebaliknya perlu menyeluruh
dan bersepadu. Dalam konteks ini, bahasa dan sastera sebagai unsur penting
kebudayaan dan tamadun bangsa dan negara tidak boleh dipandang sepi dalam arus
pembangunan negara di samping menampilkan bakat kepemimpinan dan kepetahan
berbahasa para pelajar.
Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan program ini akan berterusan kerana
memberi banyak faedah dan pengalaman berguna kepada pelajar-pelajar dalam
pemupukan bakat seni, kemahiran berkarya, kemahiran berfikiran secara kritis dan
kreatif, membina ketajaman intelek dan membudayakan ilmu.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima
kasih kepada warga MRSM Beseri dan semua pihak yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung dalam menjayakan Program Minggu Bahasa MRSM Zon Utara,
2015. Semoga segala usaha yang diberikan akan mendapat keberkatan Allah swt.

Sekian, terima kasih.

MOHAMAD SALIM BIN L.BULAT


Pengetua
MRSM Beseri,
Perlis.

You might also like