You are on page 1of 7

http://www2.bharian.com.

my/bharian/articles/StigmaHIV/Article/

Stigma HIV
Oleh Saadiah Ismail
saadiah_ismail@mediaprima.com.my
2013/06/14

Persidangan terbesar Asia tangani isu gejala penyakit


bawa maut

Impak HIV maha hebat. Sudah tentu yang disahkan HIV merana
teruk dan terpaksa melalui proses pemulihan rapi dan
sebilangannya mati begitu saja. Bagi ibu bapa, anak dan sanaksaudara pula mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti HIV pula
selalunya terpaksa menanggung malu.

Implikasi paling merugikan ialah dari segi sosial dan ekonomi


kerana ia menjadi masalah kesihatan yang serius di dunia. Jika
dilihat dari segi statistik punca utama kematian di seluruh dunia
sejak 30 tahun lalu amat tinggi.

Sepanjang tempoh itu, seramai 30 juta penghidap HIV di


seluruh dunia mati akibat virus HIV manakala ketika ini
kira-kira 34 juta orang akibat menderita penyakit itu yang

boleh merosakkan sel darah yang penting untuk sistem


imun seseorang.

Di negara ini, penagih dadah dikenal pasti menyumbang


kepada 60 hingga 70 peratus jangkitan baru HIV.

Menerusi program dilakukan kerajaan sejak 2005, separuh


daripada bilangan penghidap HIV berjaya yang dikesan akibat
pengambilan dadah.

Lelaki mewakili majoriti 90 peratus kes HIV terkumpul.


Daripada laporan mendapati, 48 peratus jangkitan
diperoleh melalui penggunaan suntikan dadah dan 47
peratus menerusi transmisi seksual.

Wanita, kanak-kanak jadi mangsa

Tidak terkecuali, wanita turut menjadi mangsa penyakit


ini yang dibawa menerusi hubungan heteroseksual, iaitu
sebanyak 87 peratus.

Kadar jangkitan baru dalam kalangan lelaki menurun


sangat ketara berbanding wanita yang dilihat
peratusannya semakin meningkat. Wanita dan kanakkanak perempuan membentuk kira-kira 21 peratus kadar
jangkitan baru pada 2011 berbanding lima peratus pada
10 tahun yang lalu.

Data itu jelas menunjukkan bagaimana profil wabak HIV di negara


ini, perlahan-lahan bergerak daripada hampir keseluruhannya
lelaki yang lebih tinggi dicatatkan berbanding wanita.

Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERIA), Prof Dr


Adeeba Kamarulzaman, berkata apa yang pasti apabila wanita
mahu pun kanak-kanak itu dijangkiti oleh HIV dan AIDS,
tanggapan serong itu tidak dapat dinafikan masih ada sehingga
kini.

Katanya, faktor utama perkara itu masih berlaku kerana dasar


kejahilan tinggi dalam kalangan masyarakat yang menganggap
apabila seseorang itu dijangkiti HIV, mereka akan mati
keesokannya. Pada hal, perkara ini masih boleh ditangani.

Stigma masyarakat masih menganggap ia adalah penyakit


berjangkit walhal kita tahu HIV tidak mudah untuk berjangkit
melainkan melalui berkongsi jarum dadah, bersetubuh dengan
pesakit HIV dan tidak menerima rawatan.

Perkara ini juga yang menjadi antara tumpuan kami untuk


mendidik walaupun kita berada di dalam era teknologi moden dan
pemikiran yang maju, katanya.

Pencegahan transmisi

Adeeba berkata, walaupun senario HIV dan Aids di negara ini


menurun secara umumnya di kalangan pengguna dadah
menerusi suntikan, tetapi faktor lain masih lagi perlu diberikan
fokus dan perhatian yang sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini tiada kajian atau kaji selidik dilakukan bagi
menganggarkan jumlah kanak-kanak yang terkena jangkitan
selain mengkaji kelemahan mereka kepada jangkitan HIV.

Daripada jumlah 94,841 kes HIV yang terkumpul sejak


1986. Seramai 2,324 orang (2.4 peratus) adalah individu
yang berusia 19 tahun ke bawah. Pada 2011, kanak-kanak
dan belia berusia 19 tahun ke bawah iaitu seramai 120
orang (3.5 peratus) daripada 3,479 kes baru dilaporkan
HIV membabitkan 65 orang berusia bawah 13 tahun,
katanya.

Justeru, pada 1998 kerajaan melaksanakan program pencegahan


transmisi ibu kepada anak di semua pusat kemudahan kesihatan
kerajaan. Kira-kira 75 peratus wanita hamil di seluruh negara
mempunyai akses kepada penjagaan antenatal di pusat kesihatan
awam.

Pada 2011, sebanyak 443,453 wanita hamil yang menghadiri


penjagaan antenatal menjalani saringan HIV hampir 100 peratus.
Berdasarkan saringan itu segelintir HIV positif dan sebahagiannya
diberi rawatan antiretroviral (ART).

Oleh itu, beliau menggesa wanita dan kanak-kanak yang


mempunyai simptom tidak kira menerusi saluran apa sekalipun
diharap dapat membuat pemeriksaan untuk mengelak tragedi
lebih buruk hingga disisih masyarakat.

Persidangan terbesar Asia mengenai HIV

Sindrom HIV/AIDS bukan penyakit yang boleh dipandang remeh


dan ia sewajarnya ditangani secara tuntas untuk mengekang
daripada terus merebak kepada generasi akan datang.

Sehubungan itu, Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) dengan


kerjasama Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERIA) akan
menganjurkan Persidangan IAS Kali Ke-7 berkenaan Patogenesis,
Rawatan dan Pencegahan HIV (IAS 2013).

Persidangan itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur


(KLCC) dan bermula 30 Jun hingga 3 Julai ini.

Persidangan terbesar di Asia itu diadakan setiap dua tahun dan


dijangka menarik kira-kira 5,000 perwakilan dari seluruh dunia.

Sepanjang tempoh persidangan itu, pakar kesihatan awam,


doktor dan saintis terkemuka dunia serta pemimpin masyarakat
berbincang, mencari pendekatan dan mendedahkan
perkembangan terkini dalam penyelidikan berkaitan HIV, selain
meneroka bagaimana kemajuan saintifik bagi melawan penyakit
terbabit.

Orang ramai dialu-alukan menyertai persidangan itu. Mereka yang


berminat mengikuti persidangan ini boleh melayari laman web
www.ias2013.org.

INFO: Mengenai HIV:


* HIV bermaksud virus kurang daya tahan manusia yang akhirnya
menyebabkan terjadinya AIDS yang merujuk sindrom kurang daya
tahan.
* HIV akan merosakkan sel darah yang penting dan sistem imun
seseorang.
* Penagih dadah dikenal pasti menyumbang kira-kira 60 hingga
70 peratus jangkitan baru HIV, di Malaysia.
* Sejak 2005 separuh penagih dadah dapat dikurangkan terdedah
kepada HIV/AIDS.
* 90 peratus kes HIV terkumpul adalah lelaki
* 87 peratus jangkitan HIV oleh Wanita adalah menerusi
hubungan heteroseksual

FAKTA: Mengenai HIV

* Populasi penduduk ialah 28,859,154 (2011).


* Bilangan orang menghidap HIV ialah 81,000 (2011).
* Kes terbaru HIV ialah 3,479 (2011) - (6,978 pada 2002).
* Kematian akibat AIDS ialah 5,800 kes [4,500 - 7,200] (2009).

* Kelaziman HIV: 0.5 peratus.


* Jumlah terkumpul jangkitan HIV dilaporkan sejak 1986 ialah
94,841.
* Jumlah terkumpul kes AIDS dilaporkan sejak 1986 ialah 17,686.
* Jumlah terkumpul kematian yang dilaporkan berkaitan dengan
HIV/AIDS sejak 1986 ialah 14,986 kes

You might also like