You are on page 1of 6

Pengurusan Pelajar

Buli dan Kecemerlangan Pelajar dan PM mahu jenayah di sekolah dihapuskan ke tahap
sifar
Faktor kejadian berlaku
Beberapa faktor dikenal pasti iaitu guru tidak memainkan peranan untuk
menguatkuasakan peraturan asrama dan tidak mengambil tindakan yang berkesan untuk
mengatasi kes buli. Juga pihak pengurusan sekolah intu pengetua sukar untuk ditemui
walaupun telah berulang kali penjaga hadir ke sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga
tidak berusaha mendisiplinkan murid-murid. Dalam perkara ini, sekolah tidak
melaksanakan sekolah sebagai in Loco Parentis iaitu guru menjadi pengganti ibu bapa
dan mereka perlu memastikan murid-murid dijaga dengan rapi dan dilindungi daripada
bahaya. Tanggungjawab utama guru iaitu menjaga kebajikan dan keselamatan murid juga
tidak diberi perhatian yang serius. Seterusnya dalan kes jenayah di sekolah, didapati
pihak sekolah menyembunyikan kes yang berlaku daripada pihak atasan dan kurangnya
bimbingan dan kaunseling diberikan kepada murid-murid.
Langkah Mengatasi
Beberapa langkah perlu dilaksanakan iaitu pihak sekolah mesti mengadakan
kursus kepada para guru iaitu kursus tentang pengurusan asrama dan murid-murid serta
berkaitan sekolah selamat. Para guru perlu diterapkan peranan utama sekolah sebagai in
Loco Parentis iaitu sekolah sebagai pengganti ibu bapa. Guru-guru perlu memahami
peranan mereka memastikan murid-murid dijaga dengan rapi dan selamat apabila berada
di dalam kawasan sekolah.
Seterusnya pihak sekolah perlu mematuhi pekeliling yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran tentang langkah-langkah memastikan sekolah selamat dan
mengikut Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru seperti yang
ditetapkan dalam melaksanakan kes disiplin di sekolah. Pengetua perlu menguatkuasakan
peraturan sekolah yang dibuat bukan menyorokkan kes untuk menjaga nama.
1

Kokurikulum
Kokurikulum bantu pelajar bersaing dan keseimbangan kokurikulum, akademik lahirkan
murid kreatif
Faktor
Kokurikulum membantu pelajar melalui pencapaian cemerlang dalam akademik
malah berupaya berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat dengan berkesan.
Perkara ini menjadi keperluan majikan sekarang iaitu graduan yang cemerlang dalam
akademik dan berkebolehan berinteraksi serta berkomunikasi. Kokurikulum juga penting
apabila pelajar ingin memasuki Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ) yang membawa markah
10 peratus. Faktor lain ialah bagi melahirkan modal insan yang berilmu dan beretika
dengan menghargai toleransi dan menjaga keharmonian kaum serta melahirkan murid
yang kreatif, ktitis dan interaktif serta berupaya menyelesaikan masalah.
Langkah menjayakannya
Bagi menjayakan hasrat ini, pihak sekolah perlu melaksanakan aktiviti
kokurikulum secara sistematik dan perlu dijelaskan kepada para guru dan murid tentang
kepentingannya

berdasarkan

pekeliling

kokurikulum.

Modul

pengajaran

yang

merangkumi jenis kokurikulum, kaedah pelaksanaan serta objektifnya perlu dibuat di


sekolah dan dijelaskan

kepada murid-murid dan guru. Guru juga perlu sentiasa

mengawasi dan memastikan murid-murid menghadiri pertemuan dan mencukupi syaratsyarat yang ditetapkan. Rekod perjumpaan dan kemahiran murid perlu dibuat bagi
memastikan murid layak dan mendapat kemahiran yang diperlukan. Perkara ini
merupakan sebahagian tanggungjawab guru dalam mengembangkan potensi pelajar
selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Kurikulum
Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca dan Majoriti guru PJ sekolah
rendah tidak berkelayakan
Faktor
Artikel ini mendedahkan terdapat 100 ribu murid tahun 2 hingga tahun 6 tidak
tahu membaca, mengira dan menulis. Beberapa faktor yang dikenal pasti ialah
kekurangan guru pemulihan khas dan kaedah pengajaran guru yang tidak berjaya
memberi kemahiran kepada murid menguasai aspek berkenaan. Juga didapati kurangnya
tumpuan kepada murid-murid yang lemah. Terdapat juga guru Pendidikan Jasmani di
sekolah rendah yang tidak mempunyai kelayakan. Keadaan ini disebabkan kurangnya
guru yang berkelayakan atau didedahkan dengan kursus sehingga terpaksa mengambil
guru subjek lain. Jadi kurikulum tidak dapat diterapkan dengan sistematik kepada muridmurid.
Langkah Mengatasi
Kementerian Pelajaran sepatutnya mengutamakan aspek penguasaan kemahiran
membaca, menulis dan mengira pada tahun pertama. Oleh itu, perlu diberi kursus dan
penekanan kepada guru-guru tahap satu agar memastikan murid-murid menguasai
kemahiran berkenaan dan dibuat penyeliaan yang berterusan oleh Guru Besar dan Jabatan
Pelajaran serta Pejabat Pendidikan Daerah. Guru perlu disedarkan tentang peranan dan
tanggungjawab mereka terhadap murid-murid.
Selain itu, bagi mengatasi kekurangan guru Pendidikan Jasmani yang tidak
berkelayakan, sepatutnya Kementerian Pelajaran mengambil guru di maktab-maktab
perguruan untuk dilatih dalam subjek Pendidikan Jasmani. Apabila guru mempunyai
kelayakan maka kurikulum pendidikan jasmani dapat diterapkan secara langsung dan
menepati sasaran dan kemahiran yang dikehendaki. Juga dapat mengurangkan beban
tugas guru subjek lain.
3

Pembangunan Staf
Polemik tuntutan guru dan Guru diminta belajar hadapi tekanan
Faktor
Kesatuan guru menuntut guru bekerja lima hari seminggu. Faktor yang diambil
kira ialah guru bekerja melebihi 48 jam seminggu iaitu yang ditetapkan oleh Pertubuhan
Buruh Antarabangsa (ILO). Faktor lain ialah guru terpaksa membuat kerja bukan guru
iaitu perkeranian dan pengurusan yang banyak hingga membantutkan tanggungjawab
utama terhadap murid. Guru juga perlu menguruskan kokurikulum dan menjadi jurulatih
dalam bidang sukan hingga melewati waktu petang ( 6.00 petang ) dan supaya guru
mempunyai masa untuk bersama keluarga pada hujung minggu. Guru menghadapi
tekanan disebabkan tidak memahami teknik pengurusan dan empowerment serta delegasi
kuasa.
Langkah Menangani
Kementerian Pelajaran perlu membuat kajian terperinci dan melihat kerjaya guru
sebagai suatu yang istimewa. Jadi perlu ada fleksibiliti dalam kerja dan tidak boleh
disamakan seratus peratus dengan sektor awam yang lain yang bekerja mengikut waktu
pejabat. Guru tidak terhad pada masa pejabat bahkan hingga waktu malam. Juga perlu
dikaji dan dikurangkan beban waktu mengajar guru agar dapat diberi tumpuan yang lebih
kepada murid-murid.
Bagi mengurangkan stres dalam kalangan guru, perlu dilaksanakan kursus kepada
guru-guru secara berkala terutamanya Pengetua atau Guru Besar. Juga diberikan kursus
berkaitan dengan bidang tugas kerana terdapat guru besar dan pengetua yang tidak
memahami bidang tugas dan cara mengendalikan sekolah serta mengurus orang
bawahan. Perlu didedahkan tentang undang-undang yang wajar diketahui oleh pengetua
dan guru besar agar mereka memahami cara mengurus sekolah dengan berkesan dan
berhubung dengan komuniti dengan baik.
4

Kewangan
Kakitangan Jabatan Pendidikan Perlis hadapi tuduhan rasuah RM27,408 dan
Pelajar setuju yuran sekolah terlalu tinggi dikaji
Faktor
Kakitangan rasuah disebabkan mereka tidak memahami tanggungjawab iaitu
amanah apabila mengurus sebarang pembelian atau membuat pembaikian terutamanya.
Mereka tidak memahami undang-undang atau peraturan yang melarang mereka terlibat
atau memberi tender kepada ahli keluarga yang mengakibatkan mereka terlibat dalam
pecah amanah. Dalam kes ini kakitangan berkenaan memberi tender kepada syarikat yang
isterinya mempunyai kepentingan. Sementara guru atau pentadbir sekolah tidak
memahami peraturan yang melarang mereka mengenakan kutipan wang terhadap pelajar
bagi membeli peralatan atau sebarang perkara yang tidak munasabah.
Langkah menangani
Pengetua perlu memberitahu undang-undang dan peraturan serta pekeliling yang
perlu dipatuhi oleh penjawat awam terutamanya yang berkaitan kewangan agar mereka
tidak terjebak dengan pecah amanah. Kebanyakan pengetua dan kakitangan serta guru
memandang remeh perkara ini dan tidak mengambil tahu. Mereka perlu diberi kursus
secara dalaman dan didedahkan tentang aspek kewangan sekolah seperti pembelian,
tender, penyelenggaraan dan sebagainya.
Di samping itu, guru-guru dan pengetua sebagai pentadbir perlu memahami serta
megikuti arahan serta pekeliling yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dalam hal
kutipan yuran tambahan di sekolah. Kementerian tidak membenarkan kutipan yuran
tambahan. Sepatutnya pihak sekolah menggunakan sumber kewangan yang ada di
sekolah serta menyelaras dan menyusun secara efektif dan efisyen agar ibu bapa tidak
terbeban dengan yuran yang tidak munasabah.
5

You might also like