You are on page 1of 5

Matlamat Dan Fungsi Pendidikan

Matlamat pendidikan yang utama adalah untuk membangunkan manusia berdasarkan fitrah
dan melahirkan keharmonian diri. Keharmonian fitrah ini akan membangunkan kehidupan
dan mendokong serta menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran (Sidek Baba, 2010).
Menurut Falsafah Metafizik tujuan utama pendidikan ialah untuk mencapai kesedaran diri,

berpengetahuan, dan mengembangkan potensi diri selari dengan fitrah dan nilai kerohanian
manusia.
Pendidikan juga mendidik manusia berfikir secara rasional, bebas dan baik dan juga dapat
menyelesaikan masalah dengan berkesan ( Abdul Fatah Hassan, 2003). Selain itu
pendidikan juga mesti bertujuan mensosialisasikan individu dalam masyarakat. Pendidikan
yang berkualiti juga dapat membentuk fikiran yang sihat. Merujuk kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, pendidikan juga akan melengkapkan individu supaya boleh
memahami konsep kemerdekaan dalam kehidupan. Hal ini akan menjadikan seseorang
individu itu menghormati perlembagaan, taat kepada raja dan tahu tanggungjawab sebagai
seorang warganegara.
Oleh hal yang demikian, pendidikan ialah satu proses mengembangkan potensi
individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Dengan kata lain pendidikan ialah satu proses untuk mengembangkan potensi
individu yang mengenali diri dan tujuan hidupnya.
================================================

Penyata Razak 1956

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa
oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa
pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri
Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.
Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan
Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis
sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi
SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar.

Tugas jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

Tugas jawatankuasa ini ialah untuk:

membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi

menyatupadukan penduduk berbilang bangsa

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain

mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.

Cadangan[sunting | sunting sumber]

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya

membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang
diperkatakan ialah:
1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
sekolah menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR),
Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persekutuan ditubuhkan
-----------------------------------------------------------------

Penyata Razak (1956)

1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan
Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem
pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957
3. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan

dan bahasa pengantar di sekolah

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat

dikurangkan

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan

masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

f.

Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan

progresif

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem

pendidikan

4. Syor untuk perubahan dalam Penyata Razak

You might also like