You are on page 1of 8

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perancangan dan Persediaan Mengajar


1

Pengertian konsep pengajaran


Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak
diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam
tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan
suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku
terhadap anak dididik.
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran
Perancangan perlu dilakukan untuk
memenuhi masa yang diperuntukan

menepati kehendak objektif/matlamat

berkesan sepanjang waktu pengajaran

menarik perhatian dan tidak membosankan


Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk
Objektif implisit

melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :

memahami

atau mengetahui

atau menghargai
sesuatu yang telah diajar

Objektif eksplisit
o

melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :

menyenaraikan

atau menjelaskan

atau memberikan contoh

atau menunjukkan cara yang betul


terhadap apa yang telah diajarkan
Buku rekod mengajar
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999.
Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
Rancangan Pelajaran Tahunan

Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi


isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran
kebangsaan.

Butiran yang perlu ada ialah :

Mata pelajaran

Tingkatan

Minggu

Tajuk/isi

Objektif

Kemahiran

Nilai dan

bahan bantuan mengajar

Rancangan Pelajaran Harian


o

Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan

Butiran yang perlu ada ialah :

Hari dan tarikh

Mata pelajaran dan tingkatan

Masa

Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai

Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi


alam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan
oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan
terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak
dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina
dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan
reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak
tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti
pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan
pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat

menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang
baik dan berkualiti.
REKA BENTUK PENGAJARAN
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina
spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara
sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk
pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina
dan seterusnya menguruskan pembelajaran.
Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua
perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah
berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk
pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan
pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif
utama yang perlu dilihaTugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memerangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih
hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran
dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek,
emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan
yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti
yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian,
berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta
mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru

haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan
strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu
subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
Kaedah oudioligual
Kaedah kodkognetif
Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik
dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang
sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat
beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian
pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini
tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan
berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok
menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya
kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk
membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan
sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita
dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya
seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu
dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru
dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang
mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi,
bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan
dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
3. Memory
Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on
what you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak

setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan
searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka
tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang
banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan
atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh
dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan ;
a. Kematangan fizikal.
Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun
begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan
yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak
pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa
yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu
guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan
penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di
kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa
sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan
lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.
b. Kematangan intelek (mental).
Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina
bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa
yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang
diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai
hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang
paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks
seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam
hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan
intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan
proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama
bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka
yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh
yang demikian, mereka yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah
mengambil kira perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum
merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.
c. Kematangan Emosi.
Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu cara
tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau
berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat
bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau

desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai
gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang
penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan
fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah
laku yang nyata.
4. Metacognition
What is your reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more
benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in
your classes?
Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran
tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition adalah
merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang
membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah
dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan
tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir
berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap
persekolahannya. Boyer dalam model Functional Thinking nya menyatakan lebih jelas bahawa
Metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau
(monitoring). Dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan
Boyer menjelaskan bahawa metacognatinion terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu
sendiri. Menurutnya Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to
produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control
these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning. Dengan ini ini
metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan
startegi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan
atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah
ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan
dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang
akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.
Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive:
1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat
banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di
antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya.
Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu
jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat
tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan
perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak

terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan
ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.
2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal
pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu
pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re
inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: Penyampaian harus cekap dan
menarik Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat Hasilan guru atau
contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal
dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa
yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap
gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti
ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu
sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran,
ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.
Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa
ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan
menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.
Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan
pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu
terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama
kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila
pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidangbidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.
Dicatat oleh SAHARUDDIN ABDULLAH di 7:57 AM
t ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal.
Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai
faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.
Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:
i. Menentukan pencapaian objektif
ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai

iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar
iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar
v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak
pengajaran
vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses
reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut:
i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan
pembelajaran dengan sistematik
iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

You might also like