You are on page 1of 9

JURNAL

MINGGU 1 : 18 MAC 2012 22 MAC 2012.

1.0 MASALAH
SK Pasir Hor merupakan sekolah yang pertama akan saya jalani praktikum untuk
selama sebulan. Dan pada tarikh inilah saya akan menjejakkan kaki ke sekolah ini.
Semasa dalam perjalanan ke SK Pasir Hor, saya agak gementar berbanding perasaan
saya semasa hari pertama menjalani Pegalaman Berasaskan Sekolah. Ini kerana inilah
pengalaman pertama saya mengajar di sekolah ini. Sekolah ini amat asing bagi saya
kerana saya tidak pernah melakukan PBS di sini dan tidak pernah pun datang ke
sekolah ini. Namun demikian saya anggap perasaan takut dan gementar ini sebagai
cabaran yang harus saya hadapi dan atasi sebagai bakal guru pada masa hadapan.

2.0 ANALISIS / MENILAI


Sebaik sampai di sekolah, kami terus menyertai perhimpunan yang dijalankan pada
setiap hari Ahad iaitu pada pukul 0730 pagi 0815 pagi. Kami telah dimaklumkan oleh
penolong kanan kokurikulum bahawa pada setiap hari Ahad akan diadakan
perhimpunan rasmi. Kami telah diperkenalkan kepada guru dan pelajar oleh penolong
kanan kokurikulum iaitu Puan Haslina. Semasa menyertai perhimpunan, perasaan
gementar saya semakin berbuak-buak. Namun demikian semasa menyanyikan lagu
sekolah, saya memerhatikan gelagat pelajar dan secara tiba-tiba semangat saya untuk
memikul tugas sebagai guru dengan sebaik mungkin berkobar-kobar. Selepas tamat
perhimpunan, kami ditempatkan di bilik mesyuarat dan tepat pada pukul 0920 pagi kami
diberikan taklimat ringkas tentang peraturan sekolah, etika

berpakaian dan sedikit nasihat oleh penolong kanan kokurikulum. Menurut Puan
Haslina, guru besar tidak hadir ke sekolah kerana sedang menjalani ibadah umrah
manakala penolong kanan pentadbiran sedang cuti sakit manakala penolong kanan hal
ehwal murid pula sedang menghadiri kursus. Saya telah dimaklumkan bahawa guru
pembimbing akan berjumpa dengan kami (pelajar opsyen PJ) sebaik sahaja selesai
taklimat. Kami diberitahu guru pembimbing kami ialah En Roseniza bin Che Ismail.
Pada hari Selasa saya telah mendapat jadual waktu untuk sementara waktu dan saya
telah diamanahkan untuk mengajar Pendidkan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

3.0 KESEDARAN / HARAPAN


Setelah diberikan taklimat oleh penolong kanan kokurikulum dan guru pembimbing,
saya sedar bahawa tugas sebagai seorang guru bukan semudah yang orang dan saya
sangkakan. Apatah lagi pada zaman dunia moden sekarang dengan cara pendekatan
murid dan proses pengajaran dan pembelajaran adalah tidak seperti pada zaman
dahulu. Pada zaman kini, tindakan keras seperti merotan, mencubit dan sebagainya
untuk mengawal disiplin murid tidak lagi digalakkan tetapi guru hanya dibenarkan
memberi hukuman yang tidak menyebabkan kecederaan fizikal dan bermanfaat kepada
murid. Malah guru bukan sahaja mengajar sesuatu mata pelajaran tetapi mendidik dan
membentuk murid-murid dalam segala aspek kehidupan seperti dalam falsafah
pendidikan kebangsaan. Selain itu saya harus memberikan perhatian yang wajar
kepada semua murid dan bersabar kerana terdapat beberapa kelas yang agak lembap
dan murid-muridnya sukar untuk dikawal

4.0 CADANGAN / TINDAKAN


Setelah mendapat gambaran daripada guru penolong kanan kokurikulum dan guru
pembimbing tentang tanggungjawab sebagai seorang guru, saya akan berusaha
menanamkan keikhlasan dan semangat yang tinggi untuk mendidik murid-murid yang
dahagakan ilmu dan yang betul-betul ingin belajar. Saya akan mempraktikkan apa yang
telah saya pelajari di IPG Kampus Kota Bharu untuk melahirkan dan meningkatkan
kemahiran serta kebolehan murid dalam bidang sukan khususnya dan juga akademik.
Saya akan menjadikan matapelajaran Pendidakan Jasmani sebagai medium untuk
mempelajari kemahiran sukan dan menjadikan murid saya sebagai insan yang cergas
dan sihat. Saya juga akan memberi perhatian kepada semua murid terutama murid
yang lembap dan bermasalah dalam pelajaran agar mereka semua ini tidak terasa
diabaikan dan ini akan memberi motivasi kepada mereka untuk belejar dengan
memberi sedikit perhatian kepada mereka.

JURNAL
MINGGU 2 : 25 MAC 2012 29 MAC 2012.

1.0 Isu / Masalah


Kekurangan

kemudahan

sukan

menyusahkan

guru

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

2.0 Analisis / Menilai


Peralatan sukan di dalam stor sukan tidak mencukupi dan ada yang sudah rosak dan
tidak diperbaiki atau diganti dengan yang baru. Kebanyakan bola di dalam stor bocor.
Yang cuma ada ialah bola untuk program `soccer kid . Peralatan sukan juga tidak
tersusun.

3.0 Cadangan / Tindakan


Pihak yang berkenaan seharusnya peka terhadap peralatan sukan di dalam stor sama
ada perlu dibaiki atau diganti dengan yang baru. Jika harus beli yang baru, seharusnya
memaklumkan kepada guru besar terlebih dahulu. Setiap tahun mesti memperuntukkan
sejumlah wang untuk pembelian peralatan sukan. Perlu wujudkan jadual bagi guru
untuk menyusun dan membuat buku rekod pinjaman alatan untuk keluar masuk.

4.0 Kesedaran / Harapan


Peralatan sukan haruslah mencukupi. Saya memang berharap pihak berkenaan akan
memberi kelulusan untuk menambahkan peralatan sukan yang baru. Peralatan sukan
yang mencukupi memang bermanfaat kepada murid-murid agar murid-murid dapat
menggunakan masa 30 minit waktu PJ untuk berlatih dan bagi mencapai objektif
pembelajaran. Selain itu, rumput di padang harus setiasa dipotong. Saya berharap guru
berganding bahu untuk meningkatkan tahap pencapaian murid di sekolah ini agar SK
Pasir Hor cemerlang dalam aspek akademik dan juga kokurikulum.

JURNAL
MINGGU 3 : 1 APRIL 2012 5 APRIL 2012.

1.0 ISU / MASALAH

Minggu ini saya menghadapi masalah pemikiran pelajar yang apabila waktu pendidikan
jasmani adalah untuk bermain bola. Masalah ini akan menggagu prosese Pnp saya
sekiranya alat bbm saya bola.

2.0 PERASAAN
Saya agak kecewa kerana apa yang dirancang tidak mencapai objektif yang
diharapkan. Tambahan pula saya mendapat kelas yang terakhir. Saya terpaksa
mengguanakan suara yang kuat dan meletakkan bola agak jauh. Pengajaran saya tidak
mencapai objektif kerana pemikiran pelajar yang menganggap waktu PJ adalah waktu
untuk bermain bola

3.0 ANALISIS / MENILAI

Masalah ini timbul kerana sikap dan minat mereka. Selain itu, kebanyakan guru-guru
yang mengajar pendidikan jasmani adalah bukan dari subjek major. Malah kadangkadang mereka mempunyai kerja tersendiri dan mereka tidak dapat mengajar lalu
diberikan bola kepada muri-murid untuk bermain.

4.0 KESEDARAN / HARAPAN


Saya sedar peranan seorang guru amat besar dalam melayan pelbagai karenah pelajar
terutamanya pelajar yang masih kecil seperti Tahun 1 dan Tahun 2 kerana mereka
kadangkala degil, manja dan nakal serta ada yang `hyperaktif. Oleh yang demikian
ketegasan tidak semestinya berguna setiap masa tetapi kadangkala seorang guru
harus mempunyai sikap keibuan dalam menangani pelajar yang tidak dapat menerima
kekerasan dan ketegasan. Saya sedar kadangkala saya harus bersikap lemah-lembut
terhadap pelajar seperti ini untuk membuatkan dia rasa disayangi dan diberi perhatian.
Ini kerana semasa proses p&p saya menyedari pelajar ini mahu diberikan perhatian dan
disayangi lebih dari yang lain. Selain itu saya harus bersikap lebih sabar dan cekal
dalam menghadapi situasi seperti ini. Saya juga sedar aktiviti yang menarik seperti
permainan kecil dapat menarik minat pelajar menyertai aktiviti yang dijalankan. Harapan
saya, pelajar ini tidak lagi berkelakukan seperti ini pada masa akan datang dan saya
juga berharap dapat lebih memahami sikap pelajar saya.

5.0 CADANGAN / TINDAKAN


1. Saya perlu merancang permainan kecil yang menyeronokkan semasa fasa
pemanasan badan supaya dapat menarik minat pelajar saya menyertai aktiviti
yang dijalankan. Dengan itu ianya dapat membangkitkan semangat pelajar yang
pada mulanya berasa tidak seronok atau malas.

2. Sebelum memulakan aktiviti, saya perlu sentiasa mengira kedatangan pelajar


saya untuk mengelakkan kejadian seperti ponteng semasa Pendidikan Jasmani
berlaku. Ini kerana kadangkala pelajar

keluar secara diam-diam tanpa kita

sedari. Ianya amat berisiko tinggi kerana pelajar tersebut adalah di bawah
tanggungjawab saya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Sekiranya
mereka

bersama,

ianya

memudahkan

saya

memantau

dan

menjaga

keselamatan mereka. Selain itu, saya juga perlu mengira kehadiran pelajar saya
selepas tamat aktiviti.

JURNAL
MINGGU 4 : 8 APRIL 2012 12 APRIL 2012.

You might also like