You are on page 1of 19

SJH

3063E
1.0

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Pengenalan
Bagi seseorang guru yang sudah menjejak kakinya dalam arena pengajaran dan

pembelajaran , konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar
dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat juga yang menganggap bahawa semua istilah tersebut
adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini merupakan suatu perkara yang harus
diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah konsep

asas untuk

membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru.
Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna
bagi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika mengajar supaya ilmu
pedagogi yang pernah dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang
pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama
lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan
pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsepkonsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan
kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai
kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan
pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam
situasi pengajaran.

| SEJARAH

SJH
3063E

2.0

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Rancangan Pengajaran Harian Sejarah

Mata Pelajaran dan


Kelas

Sejarah Tahun 4 Kamil

Tema/Tajuk

Zaman Air Batu

Masa

9.10 10.10 pagi


Standard Kandungan:

Fokus

2.1 Zaman Air Batu.

Standard Pembelajaran:
2.1.1

Menyatakan maksud Zaman Air Batu

2.1.2

Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air


Batu

K2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;


i. Menyatakan maksud zaman air batu.
ii. ii. Menyatakan tiga perubahan yang berlaku pada zaman air
batu.
iii. iii. Menyatakan tiga keperluan menghargai alam sekitar.

Aktiviti

1. Menonton sedutan dari filem The Day After


Tomorrow (TMK).
2. Guru mengaitkan cerita tersebut dengan keadaan
zaman air batu berdasarkan video yang ditonton.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video
| SEJARAH

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

mengikut pengetahuan sedia ada murid.


4. Murid diagihkan kepada 5 kumpulan.
5. Murid dibawa keluar kelas
6. Setiap kumpulan diberi beberapa kiub ais. Murid
melihat perubahan yang berlaku kepada kiub ais dan
guru mengaitkan dengan pengajaran berdasarkan
tajuk.
7. Setiap kumpulan memberikan pendapat tentang
perubahan yang berlaku pada kiub ais tersebut dalam
konteks Zaman Air Batu.
8. Guru menjelaskan Zaman Air Batu dalam konteks
sejarah dengan menerapkan nilai menghargai alam
sekitar seperti mencintai alam sekitar daripada
berlakunya bencana.
9. Murid berbincang dalam kumpulan tentang keperluan
menghargai alam sekitar dan guru memberikan
bimbingan kepada setiap kumpulan.
10. Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
11. Guru dan murid membuat ulasan dan kesimpulan.
12. Guru memberikan latihan pengukuhan kepada murid
untuk membuat banding beza tentang alam sekitar
berdasarkan bahan bergambar.
EMK

Nilai Murni

bersyukur, kasih sayang,


menghargai alam sekitar,team
building

KPS

- Elemen asas sejarah

Dimensi Kewarganegaraan berbangga dengan sejarah


asal-usul negara
TMK

Bahan Bantu Belajar

belajar melalui TMK

Komputer, LCD,DVD, kertas mahjong, kuib ais dan alat


tulis,

Refleksi
(dicatat 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif
selepas
proses P&P.
pengajaran
&
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
pembelajaran
selesai)
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.
| SEJARAH

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

2.1
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
AKTIVITI
Permulaan (5 minit)
Menonton tayangan video klip

EMK

CATATAN

Nilai Murni

BBM

1. Murid menonton sedutan dari filem The Day -bersyukur


After Tomorrow
- kasih sayang
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid
berkaitan klip video yang ditayangkan:
a)
b)
c)

Siapa tahu tajuk cerita ini?


Murid menjawab soalan guru secara lisan
Apa yang kamu nampak?
Murid menjawab secara lisan
Masa itu semua kawasan dilitupi/ dipenuhi
apa?
Murid menjawab soalan guru

-Komputer
LCD, DVD

riba,

EMK
-TKP
-TMK
KB
-Menjana Idea
-menghubung kait

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
Aktiviti 1 (15 minit)
1. Guru membahagikan murid kepada dua
kumpulan. Kumpulan1 diminta
menyenaraikan keadaan semasa cuaca
sejuk /terlalu sejuk. Kumpulan 2
menyenaraikan sebab-sebab cuaca menjadi
sejuk/ terlalu sejuk.
2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan

EMK
keusahawanan
Nilai
menghargai alam
KB
menjana idea

Ciri cuaca
menggigil
salji
baju tebal

sejuk

Ciri cuaca panas


berpeluh
matahari terik
haus/ dahaga
| SEJARAH

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

masing-masing menyenaraikan hasil dapatan


mereka dalam kertas sebak.

Zaman air batu


adalah dunia diliputi
salji/ air batu dan
berkeadaan sejuk

3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk


membentangkan hasil perbincangan
di hadapan kelas.
4. Murid membentangkan hasil dapatan masingmasing.
5. Guru merumuskan pembentangan murid dan
mengaitkannya dengan proses membuat air
batu di rumah masing-masing.
6. Guru cuba mengaitkan isi pelajaran dengan
meminta murid menjelaskan maksud zaman
air batu.
7. Murid memberikan pelbagai jawapan.
8. Guru memberikan pengukuhan dan
memberikan jawapan yang paling tepat
tentang maksud zaman air batu.
Aktiviti 2 (20 minit)
1. Guru menunjukkan gambar slaid/ klip video
kawasan-kawasan yang dilitupi air batu yang
sedang mencair.
2. Murid diminta menjelaskan peristiwa/
kandungan klip video
3. Guru juga merumuskan jawapan murid
dengan satu eksperimen ringkas iaitu kiub air
batu yang terdedah.

Nilai
menghargai alam
EMK
ICT
KB
memberi sebab

suhu dibawah takat


beku
manusia bergerak
bebas
dunia seolah-olah
satu daratan sahaja
litupan air batu yang
jelas

4. Guru meminta murid menyenaraikan sebabsebab air batu mencair.


5. Murid menyenaraikan sebab-sebab air batu
mencair.
6. Guru menyoal murid kenapa cuaca menjadi
panas.
Murid-murid memberi beberapa jawapan .
7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan
menerangkan tentang keadaan dan pencairan
zaman air batu dengan bantuan
gambar- gambar berkaitan dan mengaitkan
dengan perubahan zaman air batu.
Aktiviti 3 (15 minit)
| SEJARAH

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

1. Guru menyediakan tiga stesen. Setiap


Stesen disediakan gambar-gambar dan kad
arahan
Murid dibahagikan kepada 3 stesen berikut:
Stesen 1 (zaman Air batu)
Stesen 2 (perubahan-perubahan zaman air
batu)

EMK
ICT

BBM
gambar

KB
menjana idea
menjelas

Stesen 3 (alam sekitar)


2. Murid akan bergerak ke setiap stesen yang
ditetapkan. Murid akan menjawab soalan
berdasarkan arahan yang terdapat dalam
kad arahan dalam kertas sebak yang
disediakan.
3. Murid akan membentangkan jawapan
mereka dan guru akan memberi
maklumbalas.

Penutup (5 minit)
1. Guru menunjukkan semula gambar-gambar
berkaitan zaman air batu.

Nilai
menjaga
sekitar

alam

2. Murid diminta menyatakan kepentingan


menjaga alam sekitar.
3. Guru merumuskan isi-isi penting dalam
pelajaran hari ini.

| SEJARAH

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

3.0

Model, Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran

3.1.

Model Pengajaran
Model pengajaran yang digunakan oleh setiap guru adalah berbeza-beza antara satu

sama lain. Model pengajaran mempunyai banyak fungsi, antaranya ialah untuk memberi
panduan kepada guru untuk merancang langkah-langkah mengajar dengan berkesan, untuk
membentuk rangka pengajaran yang lengkap serta sebagai panduan asas bagi guru dalam
sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk sesi pengajaran yang akan datang.
Terdapat beberapa model pengajaran yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian
iaitu :
I.

Model Pemprosesan Maklumat

II.

Model Behavioral

III.

Model Sosial

| SEJARAH

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Ketiga-tiga model ini digunakan secara komprehensif dalam rancangan pengajaran yang
berlangsung selama 60 minit dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sejarah
seperti yang dirancang.
3.1.1

Model Pemprosesan Maklumat

Penggunaan Model Pemprosesan Maklumat dapat dilihat dengan jelas dalam Rancangan
Pengajaran Harian pada set induksi dan pengajaran langkah satu. Menurut Azizi Bin Yahaya
dan Syazwani Binti Abdul Razak, Model pemprosesan maklumat ialah pendekatan intelek
yang diberi keutamaan oleh individu untuk percambahan maklumat.
Kategori model pembelajaran ini menghuraikan proses bagaimana maklumat diperoleh,
disusun, disimpan dan digunakan. Dalam hal ini, pada langkah set induksi, guru telah
menggunakan konsep Ekspositori daripada Model Pemprosesan Maklumat ini dengan
memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai sejarah zaman batu. Guru juga
mengaitkan isi pelajaran dengan menunjukkan sedutan filem The Day After Tomorrow.
Pada peringkat ini, guru menggunakan kaedah ingatan jangka panjang yang terdapat dalam
Model Pemprosesan Maklumat ini. Hal ini kerana, murid telah pun mempunyai ingatan
semantik secara tidak langsung hasil dari video yang dipaparkan tadi.

3.1.2

Model Behavioral

Model kedua yang digunakan ialah model Behavioral. Choong Lean Keow (2011)
menyatakan bahawa kerangka teoretikal yang merentasi model pengajaran Behavioral telah
menggunakan asas teori pembelajaran sosial yang lebih dikenali sebagai modifikasi tingkah
laku dancybernetics. Model ini telah digunakan dengan berkesan dalam langkah pengajaran
ketiga. Dalam langkah ini, guru menekankan penguasaan kemahiran akademik yang
terdapat dalam Pembelajaran Masteri yang diasaskan oleh Benjamin Bloom dan James
Block, di mana murid mengaplikasikan kemahiran mengingatkan kembali yang telah
dipelajari dalam langkah pembelajaran sebelum itu.
Di samping itu, guru juga menggunakan Pengajaran Langsung kerana guru meninjau
prasyarat yang diperlukan oleh murid untuk memahami tajuk yang diajar. Guru memastikan
murid memahami kaedah serta dapat menyenaraikan sebab-sebab cuaca menjadi beku atau
terlalu sejuk hasil daripada dapatan tayangan video klip tadi. Guru juga memberi peluang
kepada pelajar untuk mempraktis sendiri kemahiran dan konsep yang baru diperoleh secara
tidak langsung. Hal ini dapat dilihat apabila guru memberi peluang pelajar menyenaraikan
dan membuat pembentangan hasil daripada dapatan yang dilakukan dalan kumpulan.
| SEJARAH

SJH
3063E
3.1.3

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Model Sosial

Selain itu, model lain yang digunakan ialah model Sosial. Model ini memberi fokus kepada
perkembangan konsep dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam kumpulan.
Terdapat dua jenis pembelajaran di bawah model ini iaitu pembelajaran koperatif dan
pembelajaran berasaskan main peranan dan simulasi. Hafizah Husain et.al (2006)
menyatakan bahawa kaedah pembelajaran koperatif yang berpusatkan pelajar merupakan
satu metodologi pengajaran aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil berbanding kaedah
pembelajaran kompetititf atau secara individu yang berpusatkan guru. Perkara ini tidak dapat
dinafikan lagi kerana pembelajaran koperatif memerlukan setiap ahlinya berbincang dan
saling bekerjasama untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh guru. Perkara ini dapat
dilihat dengan jelas dalam pelaksanaan langkah pengajaran kedua. Guru membahagikan
murid kepada dua kumpulan dan memberi tugasan kepada murid. Murid perlu saling
membantu kerana terdapat pelajar yang bermasalah penglihatan di samping melaksanakan
tugasan yang diberikan oleh guru.
Langkah keempat juga menerapkan kaedah koperatif ini dimana murid dibahagikan kepada
kumpulan dan diminta untuk menyenaraikan soalan yang dikemukakan oleh guru mengenai
sebab-sebab cuaca menjadi sejuk atau terlalu sejuk.. Pelajar perlu berinteraksi bersama
pasangannya untuk menentukan soalan yang dipilih
Kesimpulannya, model-model pengajaran ini telah digunakan secara komprehensif dan
menyeluruh dalam Rancangan Pengajaran berkumpulan ini. Dengan ini, pengaplikasi
terhadap model-model ini perlu diterapkan dalam pengajaran di sekolah pada masa akan
datang.
3.2

Teori Pembelajaran
Saya telah menerapkan beberapa teori pembelajaran semasa

menghasilkan

Rancangan Pengajaran Harian untuk subjek sejarah topik Zaman air batu. Antara teori
pembelajaran yang telah saya pilih ialah teori pembelajaran kognitif ausubel dan bruner, teori
pembelajaran behaviouris dan teori pembelajaran konstrutivisme.
Penggunaan pelbagai teori pembelajaran boleh dilihat dalam setiap langkah
pengajaran supaya isi pelajaran yang saya ingin sampaikan boleh difahami oleh semua
pelajar. Teori pertama yang telah saya gunakan ialah teori pembelajaran kognitif ausubel
dalam langkah 1. Teori ini mementingkan pembelajaran penemuan dan secara resepsi.
Tetapi, saya telah memilih pembelajaran secara resepsi yang murid akan terima maklumat
secara bermakna dan bukan secara hafalan. Pelajar akan terima maklumat yang tersusun
dan teratur dari guru.
| SEJARAH

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Dalam langkah 1, guru akan beri definisi maksud zaman air batu kepada murid. Murid

hanya perlu dengar dan memahaminya. Selain itu, guru akan kaitkan dan menyatakan yang
berlakunya pada zaman Air Batu serta menghargai alam sekitar yang akan diajar pada sesi
pengajaran nanti.
Manakala untuk Langkah 2, Teori pembelajaran yang telah saya gunakan ialah teori
pembelajaran konstruktivisme. Teori pembelajaran konstruktivisme ialah murid sendiri akan
membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat pengetahuan sedia ada dan
membuat kaitan dengan persekitaran yang sedia ada
Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada
mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi
sosial bersama rakan dan gurunya. Guru telah menggunakan pendekatan 5E dalam
pengajaran ini. E yang pertama ialah menarik perhatian murid dengan menggunakan
gambar dan tayangan video. E yang kedua ialah guru memberi arahan kepada murid
mencari jawapan untuk gambar yang diberi oleh guru. E yang ketiga ialah murid diminta
menyatakan apa yang berlaku pada Zaman air batu. E yang keempat ialah guru
menerangkan perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman air batu. Akhir sekali ialah E
yang kelima murid diminta memberi contoh lain yang berkaitan dengan alam sekitar..
Seterusnya untuk Langkah 3 yang menggunakan Teori behaviouris. Teori ini
mementingkan rangsangan sekali dengan gerak balas serta peneguhan. Sebagai contoh,
guru memberi ganjaran kepada murid semasa jawapan soalan dengan betul. Ganjaran yang
diberi ialah token seperti gula-gula atau cap kepujian. Guru juga menggunakan prinsip ini
dimana ia membantu murid yang terlibat dengan aktif dalam pembelajaran. Murid melibatkan
diri semasa perbincangan dengan guru dan kumpulan lain.
Tambahan pula, guru perlu menyediakan bahan pelajaran disusun dalam urutan yang
logik semasa Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Antara susunan yang patut diikuti
ialah memberi bahan, menyusun bahan mengikut urutan, menyatakan maklumat yang diberi,
tuliskan atau catatkan jawapan dalam kertas, dan akhir sekali guru bincang dengan murid.
Jika murid mendapat jawapan yang betul atau respon yang tepat, guru akan memberi
ganjaran sebagai galakkan atau motivasi.
Akhir sekali ialah Langkah 4 yang menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif Bruner.
Teori ini menyatakan pembelajaran konsep atau kategori mempunyai ciri-ciri yang berbeza
mengenai perubahan zaman yang mempengaruhi alam sekitar. Contohnya guru minta murid
membuat banding beza antara perubahan cuaca menjadi sejuk atau terlalu sejuk.. Selain itu,
murid-murid diberi peluang untuk meneroka, memegang dan merasa . Ini merupakan
pembelajaran penemuan yang dipentingkan dalam teori kognitif Bruner. Sebagai contoh,

| SEJARAH

10

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

guru menyediakan eksperimen mengunakan kiub ais yang terdedah dimana murid diminta
menyenaraikan sebab-sebab ais batu cair.
Murid-murid juga bekerja dalam kumpulan serta perbincangan dengan ahli kumpulan.
Penyataan ini boleh dibuktikan dalam situasi selepas murid mendapat bahan-bahan dan
maklumat tersebut, guru meminta murid-murid membincang dengan ahli kumpulan sebabsebab berlakunya pencairan ais apabila terdedah dan mencatat dalam lembaran yang
disediakan oleh guru.
Secara kesimpulannya, penggunaan semua teori pembelajaran ini adalah untuk
membantu guru mencapai objektif pengajaran dan murid dapat mencapai hasil
pembelajaran. Selain itu, dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak
ansur, tolong-menolong dapat dipupuk melalui pembelajaran menggunakan teori secara
tidak langsung. Sebagai contoh, semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan murid
perlu memiliki sikap seperti bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong antara satu sama
lain supaya suasana didalam kelas dapat mewujudkan keadaan yang harmoni.

3.3

Pendekatan
Menurut Edward M. Anthony (1963) , maksud pendekatan ialah satu set andaian

yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik. Pendekatan pengajaran terbahagi kepada beberapa jenis pendekatan iaitu
induktif, deduktif, eklektif, tematik dan kesepaduan.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah mengaplikasikan dua
pendekatan yang berbeza iaitu induktif dan deduktif. Berdasarkan Ahmad Subki Miskon dan
Syed Ismail Syed Mustapa (2013), mereka telah menjelaskan bahawa pendekatan induktif
merupakan suatu pendekatan apabila guru memulakan pengajaran dengan memberikan
contoh yang khusus dan di akhir pembelajaran murid akan membuat rumusan.
Saya telah menggunakan pendekatan induktif dalam langkah 3. Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan ialah guru telah memyediakan tiga stesen, stesen 1
(zaman air Batu), Stesen 2 ( perubahan-perubahan zaman air batu) dan stesen 3 (alam
| SEJARAH

11

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

sekitar). Setiap stesen disediakan gambar-gambar dan kad arahan. Kemudian, guru
memberi arahan kepada murid untuk bergerak ke stesen tadi sambil membaca dan
menjawab kad arahan yang telah disediakan pada setiap stesen tadi. Contohnya, pada
zaman air batu bagaimana kehidupan pada masa itu, selepas peubahan zaman air batu apa
yang berlaku dan juga menyentuh tentang alam sekitar.
Seterusnya, saya juga cuba mengaplikasikan pendekatan deduktif dalam aktiviti
tersebut. Menurut pendapat daripada Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa
(2013), mereka menyatakan bahawa pendekatan deduktif boleh didefinisikan sebagai
pendekatan mengajar yang bermula dengan hukum, peraturan, dan rumus. Kemudian ia
diikuti dengan aplikasi ke atas contoh-contoh yang khusus.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini juga, saya telah cuba menggunakan
pendekatan deduktif pada langkah 1, langkah 2 dan langkah 4. Pada langkah 1, guru telah
menerangkan tentang definisi zaman air batu tentang keadaannya dan meminta murid
memberi contoh apa yang berlaku berdasarkan alat bantu mengajar yang telah disediakan
seperti kad gambaran. Guru juga menjelaskan maksud tentang perubahan zaman air batu
dan alam sekitar serta meminta murid-murid menyenaraikan contoh-contoh yang sedia ada
hasil daripada pengetahuan dan pemerhatian murid-murid tentang keadaan sekeliling.
Pada langkah 2, guru telah memberi pendedahan kepada murid hasil daripada klip
video yang mengambarkan kawasan yang dilitupi air batu yang sedang mencair secara
ringkas. Kemudian, guru mengarahkan murid-murid menjelaskan peristiwa atau kandungan
klip video yang telah disembahkan oleh guru.
Langkah yang terakhir iaitu langkah 4, guru telah memberitahu dan menjelaskan
kepada murid-murid tentang perkara perubahan pada zaman air batu apa yang telah
berlaku. Guru juga menyediakan contoh bahan-bahan seperti gambar-gambar, slaid, video
dan lain-lain. Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat membantu murid-murid lebih
memahami sejarah pada zaman air batu dengan lebih jelas. Guru akan menerangkan sebabsebab berlakunya perubahan zaman air batu dalam alam sekitar. Selepas itu, guru akan
menyuruh murid-murid mencari

maklumat hasil daripada pemerhatian mereka melalui

gambar-gambar atau slaid yang dimainkan atau disediakan serta mencatat dalam kertas
latihan. Melalui kaedah ini, murid-murid akan lebih memahami fakta sejarah tentang
perubahan zaman air batu dan alam sekitar.

3.4

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

| SEJARAH

12

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

merupakan

suatu

penentuan

dan

perancangan kaedah dengan menggunakan teknik mengajar. Melalui kedah ini jangka
sesuatu pendekatan dapat dilakasanakan dengan secara berlancar dan berjaya mencapai
matlamat. Antara strategi pengajaran adalah strategi pemusatan guru, strategi pemusatan
murid, strategi berdasarkan tugasan / aktiviti dan strategi pemusatan bahan.
Dalam hal ini saya hanya mengaplikasikan dua strategi iaitu, strategi pemusatan
murid dan strategi pemusatan bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi
pemusatan murid adalah murid-murid memainkan peranan yang amat penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran manakala guru menjadi fasilitator untuk memberi bimbingan
kepada murid-murid. Secara tidak langsung, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif
dalam proses pembelajaran.
Strategi yang seterusnya adalah strategi pemusatan bahan. Terdapat dua jenis
bahan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu bahan pengajaran dan
bahan pembelajaran. Bahan pengajaran merupakan bahan yang perlu digunakan oleh guru
iaitu bahan-bahan maujud. Manakala bahan pembelajaran merupakan bahan yang mesti
diguanakan oleh murid seperti buku teks, buku latihan dan lain-lain.
Pada langkah 1 guru menggunakan bahan maujud seperti tayangan video, gambar
atau slaid supaya murid-murid dapat gambaran tentang topik pelajaran yang murid akan
belajar pada hari ini. Secara tidak langsung murid-murid telah diberi pendedahan tentang
situasi yang berlaku pada zaman air batu dan alam sekitar. Murid-murid boleh menyata dan
memahami dengan jelas tentang situasi yang berlaku terhadap zaman air batu dan alam
sekitar.
Seterusnya pada langkah 2 murid-murid akan diberi gambar dan kad arahan yang
berlainan mengikut stesen yang ditetapkan oleh guru. Tujuannya untuk mengajar muridmurid mencari maklumat hasil pemerhatian mereka melalui kada arahan dan gambarar yang
disediakan. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan dengan melakukan perbincangan
antara satu sama lain.
Selain itu, dalam langkah 3 murid-murid telah diberi peluang untuk meneroka seta
melakukan eksperimen bahan-bahan maujud seperti menggunakan ais batu. Tujuannya
adalah memberi pendedahan kepada murid apa yang telah berlalku sekiranya ais batu
terdedah dengan keadaan sekeliling.
Akhirnya, pada langkah 4, guru melakukan aktiviti menyayang semula klip video atau
gambar kepada murid-murid supaya murid-murid dapat mengingat kembali pelajaran yang
mereka belajar pada hari ini. Guru juga memberi rumusan tentang aktiviti yang dilakukan
dalam kumpulan mengikut soalan setiap stesen yang di sediakan. Hasil dapatan daripada
murid terhadap aktiviti tadi dibentangkan serta dinilai secara tidak langsung. Oleh yang
| SEJARAH

13

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

demikian, murid-murid dapat gambaran, mempelajari dan memahami secara khususnya apa
yang telah berlaku pada zaman air batu dan juga perubahan alam sekitar dari dulu hingga
sekarang secara amnya.

4.0

Justifikasi Pemilihan Dan Pengaplikasian Kaedah


Dalam usaha merangka perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

kesan terdapat beberapa kaedah yang difikirkan bersesuaian dan boleh digunakan misalnya
kaedah pemudahcaraan, perbincangan dan demonstrasi.
Berdasarkan kaedah pertama iaitu pemudahcaraan, justifikasi yang menjadikan
kaedah ini sebagai pilihan ialah kerana melalui kaedah inilah guru dapat memotivasikan
murid, membimbing dan mengalakkan murid melibatkan diri di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara tidak langsung. Pendekatan sebegini amatlah sesuai sekali
dijalankan di peringkat sekolah rendah kerana kaedah ini lebih dekatkan dengan murid
kerana pada peringkat inilah mereka memerlukan bimbingan yang berterusan untuk
memahami sesuatu maklumat atau fakta yang jelas hasil daripada maklumat yang muridmurid perolehi serta dipelajari.

| SEJARAH

14

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Bukan itu sahaja, apa yang lebih penting lagi, kaedah ini juga dapat membantu

melicinkan pembelajaran agar tidak timbul situasi yang tidak selesa atau sebarang
gangguan.Tambahan pula, kaedah ini turut mampu mengukuhkan kemahiran pertuturan di
samping melatih murid untuk berfikir dengan cepat dan spontan bagi menyelesaikan
tugasan atau sesuatu masalah. Situasi sebegini boleh diwujudkan kerana jika guru dapat
menguasai teknik menyoal yang lebih kesan sudah pastilah pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan baik serta mencapai objektif pembelajaran yang disasarkan oleh
guru.
Sebagai contohnya, pada langkah yang kedua guru telah memilih kaedah ini untuk
diaplikasi di dalam proses pengajaran dan pembelajarannya yang mana guru ini telah
melakukan sesi soal jawab dengan murid-murid berkaitan bagaimana perubahan-perubahan
cuaca yang berlaku pada zaman air batu melalui pemerhatian murid dengan menggunakan
gambar atau tayangan video. Responnya murid dapat memberi jawapan yang spontan dan
cepat kepada guru semasa tempoh pengajaran tersebut.
Selanjutnya ialah berkaitan justifikasi pemilihan dan pengaplikasian kaedah
perbincangan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya, mengapa kaedah ini
dipilih ialah kerana untuk memberi peluang kepada murid-murid saling bertukar-tukar idea
dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang mereka peroleh bersama-sama dengan rakanrakannya yang lain. Melalui cara ini mereka dapat melatih diri murid-murid untuk berfikiran
lebih rasional dalam mengemukakan sebarang idea dan pendapat.
Mari kita mengambil contoh tentang pengaplikasian tentang kaedah ini. Jika dilihat
dengan teliti kaedah ini telah diaplikasikan sebanyak dua kali iaitu semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran di langkah pengajaran 3 dan 4. Kedua-dua langkah ini tidak jauh berbeza
antara satu sama lain kerana guru telah memberikan bahan rangsangan serta arahan yang
jelas untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Di dalam proses pengajaran tersebut, guru
membenarkan murid-murid untuk berkongsi idea dalam menyelesaikan masalah selain
melontarkan pendapat mengenai isu yang bercanggahan dengan kumpulan yang lain.
Selain itu juga, kaedah ini secara tidak langsung telah mampu memberi rangsangan
kepada murid-murid untuk mempunyai sifat ingin membaca bagi mencari dan menambahkan
maklumat sedia ada mereka secara khususnya . Senario ini berlaku kerana mereka dapat
merasakan satu kepuasan jika dapat melontarkan idea yang bernas bersama-sama bukti
yang kukuh iaitu melalui pembacaan dan pemerhatian. Tambahan pula, keadaan ini turut
mendorong dalam perkembagan mental mereka kerana kaedah ini telah berjaya memupuk
murid-murid untuk berfikiran lebih kritis, analitis dan kreatif semasa menjalani sesi
perbincangan.

| SEJARAH

15

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Akhir sekali, kewajaranan memilih kaedah demostrasi ialah kerana kaedah ini

mampu melatih murid melakukan pemerhatian dan seterusnya melaksanakan aktiviti


tersebut mengikut prosedur yang tertentu. Ini penting kerana murid-murid di sekolah rendah
akan lebih mudah memahami sesuatu isi pelajaran jika mereka diberikan contoh untuk
dilihat. Bukan itu sahaja, melalui kaedah demostrasi ini juga akan mempercepatkan proses
kefahaman murid melalui pemerhatian disamping membuka peluang untuk murid lebih
memahami apa yang hendak dipelajari terdapat topik yang mereka belajar.
Contoh mudah pengaplikasian kaedah demostrasi ini ialah guru melakukan
demostrasi melalui eksperimen air batu yang diletakkan ditempat terdedah . Semasa
demostrasi ini berlangsung, murid-murid akan memerhati dan menilai aktiviti tersebut dan
apabila mereka diberi peluang untuk melakukannya dengan mudah mereka dapat serta
boleh memahami apa kemahiran yang ingin disampai oleh guru tersebut. Ini menunjukkan
bahawa objektif pembelajaran guru tersebut telah tercapai dan murid dapat menguasai
kemahiran itu dengan baik secara tidak langsung.

Refleksi
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek SJH 3063E, saya agak keliru
tentang kehendak soalan saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan
tugasan ini kerana pengalaman dan pengetahuan saya dalam bidang Sejarah amatlah
sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk
cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan
melalui internet. Di sini saya dapat mencari maklumat tentang Model, Pendekatan, Strategi,
Kaedah dan Teknik Pegajaran serta jusfikasi pengajaran. Kesemuanya maklumat ini

| SEJARAH

16

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

mempunyai kelebihan masing-masing untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran di dalam bilik darjah.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang mata
pelajaran sejarah Sekolah rendah yang telah dapat saya kumpulkan dan saya perolehi
maklumat-maklumat tersebut melalui Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah sekolah Rendah
KSSR

dan juga sumber internet. Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah KSSR

merupakan mata pelajaran yang baru mulai tahun ini. Walau bagaimana pun, akhirnya
dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan gunakan
ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Mata pelajaran Sejarah KSSR sekolah
rendah di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau
peringkat yang lebih tinggi sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini.
Mata pelajaran Sejarah KSSR sekolah rendah merupakan pelajaran yang menarik
jika guru pandai menggunakan teknik yang sesuai.Banyak perkara menarik boleh dipelajari
oleh murid-murid. Guru perlu bijak menggunakan kepakarannya untuk menyampaikan ilmu
kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil bahagian di
dalam proses pembelajaran di dalam kelas.
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, lembaran kerja juga
perlu disediakan oleh guru di samping nota belajar.Lembaran kerja itu boleh disiapkan oleh
murid samada secara individu ataupun berkumpulan. Selain itu juga, guru perlu
menggunakan juga lima jenis penilaian yang difikirkan bersesuaian dalam menguji
kefahaman murid-murid di akhir pengajaran pembelajaran. Penilaian ini amat penting untuk
menguji tahap kefahaman dan pengetahuan murid terhadap perkara yang dipelajari.
Penggunaan BBM juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas. BBM yang menarik perlu dibuat agar

pengajaran menjadi lebih menarik dan dpat menarik minat murid. Guru boleh menggunakan
kemudahan ICT untuk membuat BBM yang canggih dan berkesan. Guru tidak boleh hanya
bergantung padabuku teks sahaja kerana bahan dalam buku teks tidaklah lengkap dan
kadang kala maklumat yang diberikan tidak mencukupi.
Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan
yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam
proses

melahirkan

murid

yang

bersemangat

patriotik,

sayangkan

Negara,

boleh

bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia,


menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke
| SEJARAH

17

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai.Secara tidak langsung,murid-murid


juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui daripada pembelajaran
ilmu sejarah serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai guru,
tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Encik Ahmad Salehee Bin Abdul yang telah banyak membantu
saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan
seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Bibliografi

Buku
Hazri Jamil.(2003). Teknik Mengajar Sejarah. Kuala Lumpur: PTS Publication and
Distributors Sdn. Bhd.
Ismail Said. (2009).Pembelajaran koperatif sekolah rendah.Shah Alam:Karisma Publication.
| SEJARAH

18

SJH
3063E

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications Sdn.Bhd.
Dr. Ismail Said.(2014).Kaedah Pengajaran Sejarah.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd.

Internet
Kho, F. (n.d.). Kaedah dan Teknik Pengajaran Sejarah. Diakses pada Mac 19,2015, di
http://www.scribd.com/doc/22391098/Kaedah-kaedah-Dan-Teknik-Pengajaran
Aziz Ismail.(2014).Kaedah Pengajaran Sejarah.Diakses pada Mac 20,2015, di
https://www.scribd.com/doc/240117641/Bahan-Sjh-8-Asimen-Lengkap-2

| SEJARAH

19

You might also like