You are on page 1of 4

1.0.

PENDAHULUAN
Stratergi perniagaan merupakan stratergi peringkat ketiga iaitu selepas stratergi peringkat
jaringan dan koporat. Keberkesanan stratergi perniagaan dalam merealisasikan objektif
syarikat banyak bergantung kepada kemampuan syarikat mengenal pasti persekitaran
dalaman dan luarannya dengan baik iaitu sama dengan senario membentuk stratergi
korporat.
Terdapat beberapa jenis stratergi perniagaan yang biasa digunakan oleh syarikat dalam
menghadapi kedinamikan persekitaran dalaman dan luaran sesebuah perniagaan
atauindustri itu. Antaranya ialahh stratergi yang dibentuk oleh Profesor Micheal E. Porter
yang dipanggil sebagai Stratergi Generik Porter. Porter merumuskan bahawa stratergii
perniagaan sesebuah syarikat itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu
stratergi perbezaan, kepimpinan kos dan fokus.
Secara amnya, keempat-empat stratergi ini boleh membantu syarikat menjana kelebihan
kompetetif yang baik. Namun begitu, cabaran yang paling besar kepada sesebuah syarikat
itu ialah mengenal pasti stratergi perniagaan yang terbaik untuknya.

2.0. STRATERGI PERNIAGAAN


2.1.
My One Shop
My One Shop merupakan sebuah perniagaan yang menjual alat alat keperluan
serta alat alat perhiasan. Perniagaan ini turut menjual alat tulis serta permainan
kanak kanak, jam tangan, beg tangan, dompet dan banyak lagi dengan harga
yang rendah serta mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Diantara
stratergi perniagaan yang digunakan oleh perniagaan ini adalah, stratergi
kepimpinan kos.
Stratergi kepimpinan kos merupakan stratergi yang mampu membolehkan
sesebuah perniagaan mencapai kelebihan economies of scale atau dengan kata

lain mampu mencapai kos pengeluaran terendah untuk setiap produk yang
diperdagangkan. Disamping itu, ia turut bergantung kepada peningkatan
permintaan di pasaran, kestabilan pasaran (tidak berlaku perubahan mendadak
dari segi reka bentuk, teknologi dan sebagainya). Melalui stratergi ini, proses
pengeluaran produk adalah berorentasikan modal.
Stratergi ini mampu membantu syarikat mencapai pulangan keuntungan melebihi
kadar purata keuntungan semasa. Ianya juga mampu mengekang ancaman
barang ganti kerana perniagaan ini mampu menawarkan produk jualan dengan
harga yang lebih murah. Namun begitu, stratergi ini tidak berkesan sekiranya
perkembangan teknologi pengeluaran untuk produk yang dihasilkan berlaku
dalam tempoh masa yang terlalu cepat. Selain itu, iainya juga memerlukan
modal yang besar.
Oleh itu, stratergi ini memerlukan kos yang besar terutamanya di peringkat awal
pelaksanaannya. Keberkesanannya untuk membantu sesebuah perniagaan
meningkatkan margin keuntungan dan kelebihan kompetetif banyak bergantung
kepada kekukuhan modal, kestabilan pasaran disamping komitmen yang tinggi
dari setiap pekerja yang bertanggungjawab merealisasikan stratergi ini.

2.2.

Tutty Fruitty
Tutty Fruitty pula merupakan sebuah perniagaan yang menjual ais krim. Ais krim
ais krim yang dijual ada yang berasakan yogurt. Kelainan yang dilakukan telah
menarik ramai pelanggan untuk menikmati kelazatan dan kelainan aiskrim yang
dijual di Tutty Fruitty. Perniagaan ini merupakan sebuah perniagaan yang berjaya
merealisasikan stratergi ini dengan baik. Kemampuannya mencipta keunikan dari
segi cita rasa dan imej elit telah meletakkannya dalam kelasnya yang tersendiri

dalam pasaran ais krim. Ia mempunyai kumpulan pelanggan tetap yang setia
dan sanggup mengunjungi restorannya walaupun mereka mengetahui harga
yang dikenakan kepada mereka itu jauh lebih mahal berbanding harga aiskrim
biasa. Stratergi perniagaan yang telah digunakan oleh perniagaan ini adalah
stratergi fokus.
Stratergi fokus berkeupayaan membantu syarikat meraih keuntungan yang baik
terutama sekali apabila ia mengarah seluruh sumbernya ke satu pasaran yang
lebih khusus yang turut dipanggil sebagai niche. Startergi ini dapat membantu
perniagaan membentuk kelebihan kompetetif yang lebih baik. Ianya juga mampu
meningkatkan kesetiaan pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan. Selain
itu, ianya juga dapat membantu perniagaan meneganakan harga yang tinggi
menerusi

kelainan

kelainan

yang

ditawarkan

melaui

produk

yang

diperdagangkan. Namun pun begitu stratergi ini risiko produk untuk tidak
mendapat sambutan yang baik dipasaran juga adalah tinggi. Stratergi fokus
terbahagi kepada dua, iaitu, Stratergi fokus kepimpinan kos dan stratergi fokus
perbezaan.
Tutty Frutty telah menggunakan stratergi fokus perbezaan. Dimana stratergi ini
adalah satu stratergi yang membuat penawaran produk berteraskan keunikan
yang lebih tinggi berbanding stratergi perbezaan biasa dengan skop pasaran
yang juga jauh lebih kecil dan khusus.
3.0. PENUTUP
Memilih stratergi perniagaan yang terbaik untuk tujuan survival, pertumbuhan dan
keuntungan sesebuah unit perniagaan itu memerlukan satu pendekatan penilaian
persekitaran dalaman dan luaran yang terperinci iaitu bermula dari peringkat unit
perniagaan itu sendiri dan kemudiannya ke peringkat bahagian dan akhirnya ke unit-unit
operasi. Dengan kata lain, usaha untu mencapai mengeksploitasi persekitaran akan

menjadi lebih cepat dan lancar lagi apabila unit perniagaan itu mampu membentuk satu
polisi yang ringkas, berinformasi, mudah difahami dan diingati pada setiap peringkat
pengurusan dan lapisan pekerjanya.

RUJUKAN
Haim Hilman Abdullah; Pengurusan Strategik: Konsep dan Kes, Edisi Kedua McGraw Hill.
Fred R.

David; Strategic Management: Concept and Cases, sixth edition Pearson

Education.
Fred R.

David; Strategic Management: Concept and Cases, nineth edition Pearson

Education.
Fred R.

David; Strategic Management: Concept and Cases, twelfth edition Pearson

Education.
http: / / www.progress.org / trade03.htm 5k
http : / / www.1worldcommunication.org / labornews.htm

You might also like