Professional Documents
Culture Documents
Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah
penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan
sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada,
malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang
mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa
punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi
asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan
dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa
dan anak kurang
mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang,
berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka.
Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa
panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara
hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh,
ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang
saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah
dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas
dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan
memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil
berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada
kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam
masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan
mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan
salah satu faktor
keruntuhan akhlak.Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang
berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang
tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam
keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga
yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga
mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang
bertanggungjawab, kita seharusnya
menjalankan kewajipan dengan
merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,
pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak
sepanjang masa.
2.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan
setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah
sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak
mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka
dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul
dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu
ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain
itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati
janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa
hendaklah menjadi role model kepada anak.
2.
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknikteknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat
pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3.
4.
6.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru
perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa
seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif.
Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih
penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam
mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata
lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa
kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
kes di sesetengah kawasan bandar dan ini merupakan suatu petanda yang membimbangkan.
Tidak lama selepas itu kita digemparkan pula dengan kajian oleh seorang pakar kanak-kanak dan remaja
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Khaidzir Ismail. Hasil kajiannya terhadap 887 pelajar
perempuan yang berisiko tinggi di sebuah negeri telah menggoncangkan seluruh lapisan masyarakat. Daripada
887 pelajar, hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah mengamalkan hubungan seks bebas!
Itu belum lagi dilihat pada pecahan yang melakukan aktiviti lain seperti mengambil minuman beralkohol,
menonton video lucah, poteng sekolah dan sebagainya! Seperti biasa, kerajaan di bawah Kementerian
Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat cuba memandang enteng dan sunyi terhadap permasalahan ini.
Hasil kajian oleh Dr. Khaidzir Ismail antara lain membuktikan bahawa kebanyakan mereka datang daripada
keluarga yang bermasalah. Saya ternanti-nanti, apakah reaksi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terhadap
kajian ini? Adakah kebimbangan mereka setanding atau mengatasi tahap kebimbangan jika anak-anak mereka
tidak mendapat keputusan 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak mencapai 10 atau 11 A
di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?
Sejujurnya, saya amat yakin dan percaya bahawa institusi keluarga merupakan institusi yang cukup penting dan
ampuh dalam melahirkan remaja yang berkualiti dan berjaya. Saya amat menyanjung tinggi terhadap institusi
kekeluargaan dan amat percaya bahawa setiap perkara yang membentuk sikap dan diri remaja itu
kebanyakannya merupakan acuan ibu bapa mereka. Saya tidak menolak bahawa terdapat juga remaja yang
berjaya yang datang daripada keluarga yang bermasalah, benar, tetapi bagi saya lumrahnya mereka hanyalah
mewakili sebilangan kecil remaja dan berapa ramaikah remaja yang mampu bertatih menanggung onak, duri
dan rintangan untuk berjaya? Mereka masih muda, mentah dan masih mendambakan perhatian yang secukupnya
daripada keluarga. Mereka sewajarnya diberi kasih sayang, tunjuk ajar serta model yang terbaik ke arah
pembentukan peribadi yang mulia, bukannya dengan cara mewujudkan suasana yang tidak sihat di dalam
keluarga.
Saya sangat bersimpati dengan rakan-rakan remaja yang lahir dalam keluarga yang bermasalah. Mereka
memiliki potensi, intelektual, bakat, dan sinar yang terang, namun telah dimalapkan oleh permasalahan yang
dicipta sendiri oleh kedua ibu bapa mereka. Kelak, saya bimbang bahawa gejala ini akan terus menerus
berlarutan pada generasi demi generasi.
Saya memerhatikan bahawa impak sistem pendidikan terhadap nilai akal budi di kalangan remaja masih belum
cukup berkesan dan mendalam. Kita menyaksikan bahawa matapelajaran Agama Islam atau Pendidikan Moral
merupakan antara matapelajaran wajib dipelajari di sekolah rendah atau menengah, namun kes juvana, rogol,
vandalisme dan sebagainya terus menerus meningkat. Bukanlah saya mahu menyatakan bahawa kandungan
subjek-subjek tersebut tidak relevan dan tidak selari dengan kehendak semasa. Tidak. Tetapi apa yang sangat
membimbangkan saya ialah para pelajar hanya mempelajari subjek-subjek sebegini hanya untuk melengkapkan
gred A di dalam sijil peperiksaan mereka.
Saya menyanjung tinggi pelajar yang memperoleh keputusan yang gemilang terbilang di dalam peperiksaan
mereka, namun apalah gunanya gred A yang berderet-deret sekiranya nilai-nilai murni, hukum-hakam agama
serta perilaku-perilaku bermoral yang diterapkan oleh subjek-subjek tersebut langsung tidak mampu terperap
pada diri mereka?
Pokok pangkalnya ialah pada institusi keluarga juga. Pertama, kita menyedari bahawa sudah tercipta budaya
kini, masyarakat melakukan transfomasi ke arah mementingkan pendidikan terhadap anak-anak mereka. Bagus
dan selayaknya pujian perlu dihamburkan kepada mereka. Namun, bagi saya ada sesuatu yang tidak kena jika
terjadinya kes anak remaja membunuh diri lantaran gagal melakar kejayaan di dalam peperiksaan. Tekanan
berlebihan oleh masyarakat termasuk oleh keluarga mereka sendiri telah membebankan para remaja dan
hasilnya, akan lahirlah para remaja yang tidak berjiwa dan hanya menuntut ilmu bagi memperoleh
kepentingan-kepentingan yang sementara. Keluarga, atau masyarakat seharusnya memberi lebih banyak
peluang kepada anak-anak mereka untuk membuktikan potensi diri mereka untuk berjaya. Kejayaan tidak
hanya tercipta di medan peperiksaan yang menguji sejauh mana kemampuan mengaplikasikan formula dan
kemahiran menghafal semata-mata. Malah kejayaan juga perlu diukur melalui pemerkasaan akal dan budi
dalam membentuk remaja yang bersahsiah.
Remaja yang memiliki kerohanian yang suci bestari, disusuli dengan kemampuan dan kawalan emosi dan jasadi
yang cocok dan seimbang serta dilengkapkan dengan keintelektualan tahap tinggi melangit, merupakan impian
peribadi saya dalam melihat generasi seusia saya kelak yang memacu kepimpinan dan kemajuan negara. Saya
akan berasa gembira dan berbangga sekiranya Malaysia memiliki sejuta doktor, malah hati saya akan berbunga
ria sekiranya Malaysia memiliki sejuta jurutera. Namun pada akhir dan zahirnya, kebanggaan saya itu tidak
akan ke mana-mana sekiranya di kiri dan kanan saya terdapat berjuta-juta masyarakat yang rosak peribadinya.
Sekadar memetik kata-kata Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, "Tamadun yang sebenarnya ialah keadaan
hidup insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakat."
Sekadar berkongsi rasa,
Amar Razali,
Nashville, TN.
2.0
REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI
Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu
masa yang
amat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi
dengan gejala sosial akan bermula.Memahami siapa remaja adalah penting bagi
mengetahui mengapa mereka terlibat dengan gejala sosial ini. Ini keranafaktor
personaliti individu itu sendiri serta faktor perkembangannya mempengaruhi
tingkahlaku yang dilakukan olehnya. Perkataan remaja ataupun adolescene berasal
dari perkataan Latin iaitu adolscere yang bermaksud membesar atau membesar
menjadi matang (Rogers, 1981). Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), remaja
merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk
berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islam
pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan
sebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara
zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.
Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di
antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu
konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja
terhadap kehidupannya.Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti
adalah merupakan persoalan utama bagi remaja.Persoalan seperti "Siapakah
saya?",
"Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang
membawa
maksudidentiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.
Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904),zaman remaja ialahjangka
masa seseorang itu mengalamiberbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress).
Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta
emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga
masyarakat.
Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang
sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan
apakah
kesan-kesan disebaliknya.De Brun (1990) pula, mendefinisikan remaja sebagai
tempoh pertumbuhan antara masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang pada
umumnya
bermula pada usia 12 tahun atau 13 tahun dan berakhir pada usia awal dua puluhan.
Manakala menurutAdams & Gullota (1997), masa remaja meliputi usia antara 11
tahun hingga 20 tahun. Havighurst dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)
pula, membahagikan masa remaja kepada dua iaitu awal remaja (12 hingga 18
tahun)
dan akhir remaja (18 hingga 22 tahun). Anna Freud (1990) pula berpendapat, pada
masa remaja berlaku proses perkembangan yang meliputi perubahan-perubahan
yang
berhubung dengan perkembangan psikoseksual dan merupakan proses
pembentukan
orientasi masa depan.
Daripada definisi remaja yang telah diberikan, secara keseluruhannya menyatakan
bahawa remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam
dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada
peringkat ini berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal,
mental dan emosi serta perubahan tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk
mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan
masalah dan konflik dalam mencari identiti diri. Oleh itu, berlakulah ketegangan
dan tekanan emosi dalam diri remaja.Jika diteliti secara mendalam zaman remaja
sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Kerana pada
tahap
ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang
diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat
3.0
PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA
Perkembangan fizikal remaja boleh dirujuk kepada perkembangan remaja
dari
aspek biologi. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau
tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh dan emosi. Perubahan ini
berlaku akibat tindakan hormon. Kadar pembesaran dan perubahan remaja lelaki
dan
perempuan juga adalah berbeza dan begitu juga dengan seorang individu dengan
individu yang lain. Antara perkembangan fizikal yang dilalui oleh remaja seperti
kematangan biologi, tingkahlaku heteroseksual dan akil baligh.Dari segi
kematangan biologi, pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk
menyesuaikan
diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas
kejantinaan
diri semakin bertambah. Hal ini akan memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep
kendiri. Pada usia beginilah remaja akan lebih prihatin dengan keadaan tubuhnya.
Mereka akan sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain.
Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila
dibandingkan
dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam
masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada
sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok
remaja.
Dari segi tingkahlaku heteroseksual pula, remaja zaman dahulu mempunyai sikap
yang
berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman
sekarang,
terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah
kolej
di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan
peratusan
orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat, dan kadar pelajar
perempuan
yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar
lelaki. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor
utama
ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan
pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar
lelaki.
Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu
dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta.Baligh pula merupakan
perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila
tahap
hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat
daripada
bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah
dalam
badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku.Lonjakan
ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Perkara yang paling