You are on page 1of 44

BAB 6

PEMBANGUNAN POLITIK
DALAM
KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK
DI MALAYSIA

OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya
boleh:
1.
Memahami integrasi politik yang wujud antara
pelbagai etnik di Malaysia melalui penubuhan
Parti Perikatan.
2.Membincangkan peristiwa kerusuhan etnik Mei
1969 dan kerajaan darurat.
3.Mengenalpasti penyusunan semula politik di
Malaysia untuk menyatupadukan rakyat pelbagai
etnik dan konsep Rakyat Malaysia Baru.
4.Mengenalpasti dasar-dasar yang dijalankan oleh
kerajaan bagi mewujudkan perpaduan dan
keharmonian antara kaum.

6.1 PENGENALAN
Malaysia mempunyai penduduk pelbagai
etnik yang turut berbeza dari aspek
agama, kebudayaan, pekerjaan dan
kepentingan-kepentingan lain.
Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan
satu suasana politik yang stabil supaya
masyarakat berbilang kaum dapat hidup
dalam suasana harmoni.
Kesan
dari
zaman
penjajahan
menyulitkan integrasi antara etnik yang
berbeza.

6.2 INTEGRASI POLITIK


Bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh
kesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada
memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk
semangat kebangsaan kepada sesebuah negara
(Rabushka, 1968).
Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan
proses dan keadaan.
Sebagai satu keadaan, negara yang mengamalkan
integrasi politik tidak lagi berhadapan dengan masalah
pertelingkahan antara kaum.
Sebagai satu proses pula, integrasi politik akan
menyebabkan berlakunya perubahan di mana keamanan
akan wujud dalam sesebuah negara (Rabushka, 1968).

Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik ialah


mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di mana
rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka.

6.3 PARTI PERIKATAN


Parti-parti politik yang penting di Tanah Melayu
biasanya terdiri daripada pertubuhan perkauman
yang mewakili kepentingan kelompok etnik masingmasing.
Kerjasama yang pertama antara parti perkauman
ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952,
apabila cawangan UMNO Selangor bergabung
dengan MCA.
Kemenangan pilihanraya ini, tumbuhlah satu konsep
perikatan antara parti-parti etnik yang utama,
Kumpulan yang besar pengaruhnya dalam Perikatan
ialah UMNO.
Dato Onn Jaafar sejak diasaskan pada tahun 1946 hingga
tahun 1951.
Tunku Abdul Rahman dari tahun 1951 hingga tahun 1970.

UMNO berjaya menarik minat masyarakat


Melayu dalam perjuangan menentang Malayan
Union.
Mengguna
orang-orang
Melayu
dalam
perkhidmatan kerajaan di setiap negeri bagi
mobilisasi politik.
Pegawai-pegawai kanan Melayu dalam kerajaan
menyusun tenaga pegawai Melayu di peringkat
daerah, yang kemudian mendapat bantuan dari
para penghulu, untuk membangkitkan orangorang kampung supaya bertindak.
Menerusi pentadbiran kolonial itu, UMNO
berjaya
menggunakan
pemimpin-pemimpin
Melayu tradisional di
peringkat bawahan
supaya muncul sebagai sebuah parti politik
semasa (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

Parti yang kedua terbesar dalam Perikatan


ialah MCA.
Prinsip
utamanya
ialah
mengekalkan
keharmonian kaum etnik melalui penyesuaian
antara satu sama lain.
Dianggap sebagai pelindung kepentingan
masyarakat Cina.
Hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan
dalam kerajaan membolehkan keperluan
orang-orang Cina disuarakan.
Presidennya Tun Tan Cheng Lock, berjaya
melaksanakan hubungan kerja dengan tokohtokoh UMNO (Leonard dan Barbara Andaya,
1983).

Pada 1957 muncul golongan di bawah pimpinan


Dr Lim Chong Eu yang disokong oleh golongan
kiri kaum intelek berpendidikan Barat yang
tinggal di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur,
Pulau Pinang dan Ipoh. Walaupun bilangannya
kecil, golongan ini sangat efektif dan mempunyai
motivasi yang tinggi (Leonard dan Barbara
Andaya, 1983).
Pada tahun 1958, Dr Lim telah terpilih sebagai
Presiden MCA menggantikan Tun Tan Cheng Lock.
Dr Lim memberi jaminan kepada Tunku Abdul
Rahman untuk mengekalkan kerjasama antara
MCA dan UMNO.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dijalinkankan
hubungan persahabatan peribadi seperti yang
wujud sebelum ini antara Tunku Abdul Rahman
dan Tun Tan Cheng Lock (Means, 1976).

Pilihanraya 1959 merupakan pilihanraya pertama


bagi pelantikan sepenuhnya wakil-wakil ke
Parlimen.
MCA diperuntukkan hampir separuh bilangan
kerusi yang dipertandingkan oleh Perikatan
walaupun orang-orang Cina pada masa itu hanya
merupakan 11.2 % dari keseluruhan pengundi.
Pada tahun 1959, para pengundi Cina meningkat
kepada 35.6% disebabkan oleh undang-undang
kewarganegaraan yang baru.
Namun Majlis Kebangsaan Perikatan secara tidak
rasmi hanya memperuntukkan 28 kerusi kepada
MCA. Dr. Lim mendesak secara terbuka supaya
MCA diberi 40 daripada 104 kerusi.

Tunku tidak dapat melayan permintaan MCA lalu


UMNO akan bertanding tanpa MCA.
Kerana bimbang risiko bertanding seorang diri,
pucuk pimpinan MCA menimbang semula
kedudukan mereka dan berjaya mengekalkan
kedudukan dalam Perikatan.
Krisis dalaman MCA menyebabkan Presiden MCA
telah menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli
parti itu sehingga menyebabkan beliau meletak
jawatan.
Orang-orang Cina mula mencari pemimpin yang
berwibawa untuk menjaga kepentingan mereka
supaya tidak ditenggelamkan oleh orang-orang
Melayu (Tunku Abdul Rahman, 1987, Malaysia
Kita, 2002).

MIC merupakan parti ketiga terbesar


dalam Perikatan.
Bilangan pengundi India hanya 7.4%
daripada jumlah pengundi pada tahun
1959.
Pada awal penubuhannya, MIC kurang
mendapat sokongan kerana kebanyakan
orang-orang India merupakan buruh
dari kelas bawahan yang merupakan
golongan majoriti kaum India di Tanah
Melayu dan pemimpin-pemimpin MIC
terdiri daripada golongan professional.

1951-1953, MIC bekerjasama dengan Parti IMP di


bawah pimpinan Dato Onn Jaafar dan juga
menyertai Majlis Tindakan Bersama Tanah
Melayu (AMCJA) bagi menentang Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
MIC mula mendapat sokongan sepenuhnya dari
kaum India setelah menyertai Perikatan pada
tahun 1955 (Malaysia Kita, 2002).
MIC berusaha untuk kekal dalam Perikatan
supaya dapat menjalinkan hubungan dengan
UMNO. Kebanyakan orang-orang India sendiri
tidak berpuashati dengan prestasi MIC kerana
kurang berjaya menyuarakan kepentingan orangorang India dalam Perikatan (Means, 1976).

Menurut Means (1976), kejayaan MIC dalam


Perikatan
pada
peringkat
awal
adalah
disebabkan hubungan peribadi yang erat
antara Tunku dan (Tun) V.T. Sambathan,
Presiden MIC.
Tun V.T. Sambathan merupakan seorang tuan
punya ladang getah dan terdidik dalam keduadua bahasa Tamil dan Inggeris.
Apabila sesetengah ahli radikal yang bersifat
perkauman dalam MIC cuba merosakkan
hubungan dengan UMNO, mereka telah dipecat
dari parti itu.
Setelah tahun 1958, pimpinan golongan lama
mengekalkan pengawasan yang tegas ke atas
MIC dan bergerak dengan penuh harmoni
dengan Majlis Kebangsaan Perikatan

Parti Perikatan yang didaftarkan pada tahun


1958 sebagai sebuah parti politik yang tidak
terikat kepada parti-parti anggotanya, telah
dipusatkan dan bergerak sebagai satu entiti di
bawah arahan Tunku Abdul Rahman.
Perikatan hanya dapat menjadi jentera politik
yang viabel disebabkan tolak ansur yang telah
dicapai oleh ketiga-tiga parti komponen
berhubung
isu-isu
sensitif
seperti
kewarganegaraan, pendidikan dan hak-hak
istimewa orang Melayu.
MCA
meminta
agar
asas
mendapat
kewarganegaraan ialah prinsip jus soli yang
membolehkan semua yang lahir di Tanah
Melayu
secara
automatik
menjadi
warganegara.

UMNO bersetuju dengan saranan tersebut dan


meminta persetujuan MCA mengenai dasar
pelajaran, iaitu mewajibkan bahasa Melayu di
semua sekolah dan mewujudkan satu kurikulum
Malaya yang sama bagi semua sekolah tanpa
mengira bahasa pengantar.
MCA dan MIC juga bersetuju nisbah 4:1 yang
wujud, Melayu/bukan Melayu dalam Perkhidmatan
Awam Malaya serta penerimaan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan.
UMNO telah meyakinkan kedua parti lain bahawa
dasar ekonomi yang liberal akan diterapkan untuk
membolehkan
orang-orang
bukan
Melayu
melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi tanpa
bimbang usaha mereka akan dirampas atau
dikenakan cukai yang berat sebelah.

Perikatan
mengambilalih
peranan
mewakili
kepentingan
ketiga-tiga
kumpulan etnik utama di Tanah Melayu.
Tiada kumpulan politik lawan yang lain
boleh mendapat kerusi begitu banyak
untuk mencabar Parti Perikatan kerana
parti ini mendapat mandat untuk
membina satu masyarakat baru dari
pelbagai kumpulan yang bersaingan
serta bermusuhan.

6.4 RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN


KERAJAAN DARURAT
Pilihanraya Persekutuan
pada tahun 1969
dipenuhi isu-isu sensitif mengenai pendidikan
dan bahasa.
Pilihanraya 1969 itu sebagai peluang untuk
mengekalkan kepentingan sendiri terhadap
pencerobohan kelompok lain.
Keputusan pilihanraya merupakan satu pukulan
teruk kepada Parti Perikatan.
kerusi dalam Dewan Rakyat, merosot daripada 89
pada tahun 1964 kepada 66,
jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964
kepada 48.5%.
Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi,
dan PAS memenangi 12 kerusi.

Kerajaan Perikatan telah hilang majoriti 2/3


dalam Dewan Rakyat dan tidak boleh lagi
meminda Perlembagaan menurut sesuka
hati (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
Pada 13 Mei, tiga hari sesudah pilihanraya,
parti-parti pembangkang iaitu Gerakan
dan DAP serta penyokong-penyokong
mereka telah merayakan kemenangan
mereka dengan bersorak di sepanjang
jalanraya di Kuala Lumpur dan perkara ini
membangkitkan kemarahan masyarakat
Melayu (Malaysia Kita, 2002).

Perarakan balas oleh para penyokong


UMNO pada 13 Mei bertukar, menjadi
keganasan yang sukar dikawal di
seluruh Kuala Lumpur (Means, 1967).
Keadaan darurat telah diisytiharkan di
bawah artikel 150 dari Perlembagaan.
Perlembagaan
Persekutuan
telah
dibubarkan dan Malaysia diperintah
oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
yang diketuai oleh Timbalan Perdana
Menteri, Tun Abdul Razak, selama 18
bulan.

Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan


sebagai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri.
Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tugas
mentadbir negara dan membina semula
struktur pembangunan negara (Malaysia Kita,
2002).
Keamanan dan ketenteraman dapat dipulihkan
setelah empat hari pertumpahan darah.
Selama dua bulan sesudah rusuhan 13 Mei,
kejadian-kejadian keganasan perkauman masih
berterusan.

Kerajaan akhirnya mengancam akan


mengambil tindakan keras ke atas
kumpulan-kumpulan
militan
Melayu,
terutamanya mereka yang mendesak
Tunku supaya meletak jawatan kerana
amalan polisinya yang terlalu mengalah
kepada kaum-kaum etnik yang lain.
Pimpinan
Melayu
dalam
Perikatan
menyalahkan pihak pembangkang kerana
kecaman mereka yang lantang terhadap
hak-hak istimewa orang Melayu yang
menyebabkan orang
Melayu bertindak
ganas.

Namun dakwaan ini dinafikan dengan


kerasnya. Kerajaan telah memberi amaran
sekiranya perbuatan melampau itu
berterusan, sistem pemerintahan secara
demokrasi berparlimen perlu diubah.
Pada Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara
ditubuhkan untuk mencipta satu ideologi
kebangsaan,
disamping
menyusun
program sosial dan ekonomi yang baru.
Pada 31 Ogos 1970, ideologi baru yang
dinamakan Rukunegara telah diisytiharkan
dengan rasmi.

Januari 1970, Majlis Perundingan Negara


ditubuhkan
untuk
mengadakan
garis
panduan yang positif dan praktikal bagi
kerjasama antara kaum dan integrasi sosial.
Diwakili oleh menteri, kerajaan negeri, parti
politik, kumpulan agama, badan professional,
perkhidmatan
awam,
kesatuan
sekerja,
persatuan majikan, pihak akhbar, guru-guru dan
kumpulan minoriti.

Kerajaan memerintah secara muafakat


dalam sebuah perhimpunan am secara
demokrasi berparlimen, menurut corak
barat.

6.5 PENYUSUNAN SEMULA POLITIK


Februari 1971, berlaku
diluluskan oleh Dewan
berparlimen dipulihkan.

pindaan perlembagaan yang


Rakyat setelah pemerintahan

menghapuskan isu-isu sensitif di kalangan rakyat pelbagai etnik


serta memperbetulkan keadaan yang tidak seimbang dalam
sektor-sektor tertentu.
perbincangan umum, menyentuh kuasa dan taraf Raja-raja
Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan,
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai
agama rasmi negara dianggap sebagai menghasut (Leonard dan
Barbara Andaya, 1983).
menentukan kuota bilangan pelajar bumiputera di Institusi
Pengajian Tinggi sebagai satu cara mewujudkan keseimbangan
etnik dalam profesion.

Hasilnya, menjelang tahun 1975, terdapat 58.5% dari


keseluruhan
bilangan
bumiputera
dalam
kelima-lima
universiti di Malaysia terdiri daripada anak-anak Melayu,
meskipun bilangan mereka dalam bidang sains masih rendah.

Kesan yang paling penting dari pindaan


perlembagaan
sekatan melakukan perbincangan mengenai
isu sensitif.
Parlimen dan pihak media menjadi alat
pengesahan dan sebulat suara dan tidak lagi
menjadi
pengkritik
terhadap
tindakan
kerajaan.
Istilah muhibah yang bermakna berbaik-baik
antara semua kumpulan etnik menjadi
cogankata kerajaan selepas tahun 1969.
Dasar kerajaan semakin mencerminkan idea
pemimpin-pemimpin UMNO. Ini kerana semua
pembangkang sudah tidak dapat bersuara
lantang setelah berlakunya rusuhan etnik pada
tahun 1969.

Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail


telah memberi amaran lebih baik UMNO
membubarkan Perikatan sekiranya MCA dan MIC
berada dalam keadaan hidup segan, mati tak
mahu.
Sebagai reaksi, Gerakan Perpaduan Cina telah
dibentuk dan dipimpin oleh beberapa tokoh MCA
termasuk Tun Tan Siew Sin.
Mendapat sambutan baik dari masyarakat Cina
dan mendapat sokongan meluas.
Kerajaan menganggap gerakan ini merbahaya.
Oleh itu, permohonan gerakan ini untuk
mendaftar sebagai sebuah parti ditolak.
Dua orang anggota pengasasnya ditahan atas
tuduhan menghasut (Leonard dan Barbara
Andaya, 1983).

Dengan matinya Gerakan Perpaduan Cina itu,


beberapa orang anggotanya yang aktif
memutuskan agar mereka terus berada
dalam MCA untuk mencurahkan khidmat.
Perkara ini pada mulanya dilihat positif oleh
pimpinan UMNO.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian gerakan
pembaruan itu telah merosot menjadi medan
pertarungan untuk menguasai parti. Pimpinan
parti dimenangi oleh golongan tua di bawah
Tun Tan Siew Sin. Kesan dari pertarungan itu
menjadikan MCA semakin lemah dan kurang
meyakinkan untuk menjaga kepentingan
masyarakat Cina.

Pada tahun 1970, UMNO di bawah Tun Abdul


Razak
mengekalkan
kedudukan
yang
dominan dalam Parti Perikatan.
Muncul satu kumpulan muda elit yang militan
serta berpendidikan Barat berganding bahu
dengan kumpulan berpendidikan Melayu dan
Arab dalam UMNO, dan tidak lagi dengan
golongan
bangsawan
Melayu
yang
berpendidikan Inggeris.
Barisan Nasional dibentuk yang terdiri
daripada 10 parti politik, termasuk PAS, untuk
bertanding dalam pilihanraya Persekutuan
tahun 1974.

Tun Abdul Razak telah memberitahu MCA


bahawa parti itu tidak lagi merupakan
parti tunggal yang mewakili masyarakat
Cina dalam Barisan Nasional.
MIC juga telah menunjukkan sambutan
positif terhadap arahan UMNO apabila Tun
Abdul Razak masuk campurtangan bagi
menyelesaikan pertarungan untuk pucuk
pimpinan
parti
yang
berpanjangan,
menjamin persaraan (Tun) Sambathan
dan menaikkan pangkat timbalannya, V.
Manickavasagam, sebagai Presiden parti
yang baru pada bulan Jun 1973 (Leonard
dan Barbara Andaya, 1983).

Pilihanraya Persekutuan bulan Ogos 1974, Barisan


Nasonal telah memenangi 104 kerusi. 62 kerusi
dimenangi oleh UMNO. Barisan Nasional berjaya
memenangi semua kerajaan negeri termasuk
Kelantan kerana PAS pada masa itu termasuk dalam
Barisan Nasional.
Kerajaan terus melaksanakan dasar-dasar sosial dan
politik yang bertujuan untuk membentuk sebuah
negara Malaysia yang bersatu padu.
Jabatan Perpaduan Negara bertukar menjadi
Lembaga, dan berperanan menjalankan kelas-kelas
perpaduan negara di seluruh Malaysia dengan
memfokuskan
pengajaran
terhadap
bahasa
Kebangsaan, siviks dan tradisi-tradisi kebudayaan
masyarakat pelbagai etnik. Kementerian Penerangan
pula bekerjasama dengan Lembaga Perpaduan
Negara bagi memupuk kesedaran nasional menerusi
program radio dan televisyen.

Tun Abdul Razak telah memperkenalkan dasardasar


yang
sederhana
yang
dapat
mengurangkan
ketegangan
serta
menghapuskan
kecurigaan
dikalangan
kumpulan-kumpulan etnik.
Meninggal pada 14 Januari 1976. dan
digantikan oleh Datuk Hussein Onn.
Datuk Hussein telah berjaya menegakkan
kekuasaan kerajaan persekutuan terhadap
kerajaan negeri di Perak, Melaka dan Kelantan.
Pilihanraya pada Julai 1982, Barisan Nasional
(kecuali PAS yang menarik diri pada tahun
1977) telah mencapai kemenangan besar
dengan mendapat 131 kerusi dari jumlah 154
yang ditandinginya di seluruh Malaysia.

6.6 PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN


ETNIK DI
MALAYSIA

PELBAGAI

Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan


Kebangsaan untuk membentuk satu identiti baru.
Usaha ke arah penggubalan Dasar
Pendidikan
Kebangsaan dibuat menerusi Laporan Razak 1956,
dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein
iaitu Menteri Pelajaran pada waktu tersebut.
Jawatankuasa tersebut terdiri daripada sembilan orang
wakil Melayu dan enam orang wakil bukan Melayu.
Mengadakan perjumpaan dari 30 September 1955
hingga 14 April 1956, dan telah menerima 151
memorandum.
Menerbitkan laporan pada 16 Mei 1956. Dibentang dan
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 7
Mac 1957, dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957.

Ordinan
tersebut
disemak
semula
oleh
Jawatankuasa Rahman Talib yang dibentuk
selepas Pilihan Raya Kebangsaan pada tahun
1959 di Tanah Melayu.
Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh
Menteri Pelajaran, Dato Abdul Rahman Talib
dengan tiga orang ahli MCA seorang ahli MIC
dan empat orang ahli UMNO.
Dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960
yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal
untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui
pendidikan.
penekanan kepada keperluan pembangunan,
pembentukan identiti, pemantapan pemikiran dan
perpaduan negara.

6.6.1
Matlamat
Kebangsaan

Dasar

Pendidikan

1. Menyatukan
sistem
pendidikan
bagi
mewujudkan kesedaran dan perpaduan
kebangsaan.
2. Menyatukan
kanak-kanak
sekolah dari
pelbagai kaum melalui sistem pendidikan yang
tidak membebankan kewangan negara.
3. Memperkembang
dan
mengubahsuai
rancangan-rancangan pelajaran dan latihan
untuk
melahirkan
tenaga
kerja
yang
berpendidikan, bermotivasi, berdisiplin dan
terlatih bagi memenuhi keperluan ekonomi
negara.

4. Melahirkan warganegara yang


bertanggungjawab, bersatu padu,
berdisiplin dan berakhlak.
5. Memperbaiki
kemudahan
penyelidikan,
perancangan
dan
perlaksanaan
bagi
mencapai
mtlamat
Dasar
Pendidikan
Kebangsaan.

6.7 RAKYAT MALAYSIA BARU


Kerajaan menggalakkan integrasi masyarakat
supaya menentukan satu identiti Malaysia yang
mempunyai terasnya tradisi-tradisi kebudayaan
dan bahasa orang Melayu.
Rancangan kemajuan tanah kerajaan, skim
galakan ekonomi dan program latihan teknik
menyumbang ke arah memberi orang Melayu
bahagian yang lebih besar dalam ekonomi
negara.
Diharapkan pada suatu masa nanti, orang Melayu
dapat memainkan semula peranan penting dalam
bidang perdagangan dan perniagaan yang telah
dirampas dari tangan mereka, selepas kedatangan
penjajah British. (Leonard dan Barbara Andaya,
1983).

Tetapi kadar kemiskinan dikalangan orang Melayu luar


bandar semakin membimbangkan. Sebaliknya, golongan
kelas menengah Melayu yang semakin membesar telah
mendapat banyak manfaat dari dasar-dasar baru
kerajaan. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan
dikalangan orang-orang Melayu masih tinggi.
Orang-orang Cina pula secara umumnya percaya
bahawa sebarang percubaan oleh kerajaan untuk
memberi kepada orang-orang Melayu sebahagian dari
kegiatan ekonomi bermakna merampas dari bahagian
mereka.
Orang-orang Cina memiliki lebih kurang 20% dari modal
saham di Malaysia,
Pihak asing pula memiliki bahagian terbesar, iaitu 60%.

Pada tahun-tahun 1970-an masih teragak-agak untuk


mengambil tindakan terhadap sebarang syarikat asing
kerana bimbang mereka tidak mahu lagi melabur di
Malaysia dan berpindah melabur di negara lain.

Orang-orang Cina bimbang sekiranya peruntukan


sumber modal dari orang Melayu diambil dari
bahagian mereka.
Kebimbangan tersebut diredakan dengan adanya dua
perkembangan:
(i)
Angka-angka yang menunjukkan bahawa
sungguhpun pemilikan ekuiti perbadanan oleh kaum
Cina dan India pada tahun-tahun 1970-an meningkat
sebanyak 6% kepada 40% dari jumlah besar,
penambahan ini disebabkan merosotnya pemilikan
saham oleh orang-orang asing.
(ii) Pengambilan oleh orang-orang Malaysia pada
tahun 1981 penguasaan ke atas semua sekali kecuali
satu kumpulan ladang Inggeris yang terbesar dalam
negeri ini. Oleh yang demikian, adalah dipercayai
bahawa pemilikan 30% oleh orang Melayu boleh
dicapai dengan mengambilalih milik saham asing.

Pada tahun 1975, MCA meluluskan ketetapan


merayu supaya kaum Cina diberi hak
mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan
tanah kerajaan,
diambil menjadi anggota pasukan keselamatan dan
mendapat peratusan tempat-tempat di universitiuniversiti setimpal dengan nisbah penduduk Cina
negara ini.

Berikutan dengan peristiwa Mei 1969, beberapa


orang pemimpin Melayu tidak bersetuju
komponen Melayu dalam tentera dikurangkan.
Mengenai tempat belajar di universiti, kerajaan
menganggap latihan bagi banyak orang Melayu
adalah penting bagi kejayaan DEB (Leonard dan
Barbara Andaya, 1983).

Kaum India pula tidak pernah berada di bahagian


hadapan
dalam
pertikaian
antara
etnik
disebabkan bilangan mereka yang kecil di negara
ini.
Namun menerusi MIC,
berjaya bertindak sebagai orang tengah semasa
perdebatan kaum yang hangat antara dua kumpulan
etnik yang utama.
'Blue Print Ekonomi' MIC yang dikeluarkan sebagai
sambutan kepada DEB.
mendapatkan seberapa banyak penyertaan orang
India dalam rancangan tanah kerajaan
mengarahkan
pandangan
kerajaan
terhadap
keadaan pengangguran di kalangan kaum India.
kaum India boleh berasa lega bahawa DEB juga
bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum.

6.8 KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA


6.8.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990
Rancangan jangka panjang kerajaan 20 tahun (19711990) sebagai usaha mewujudkan integrasi nasional.
DEB mempunyai matlamat serampang dua mata,
iaitu
(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
(ii) Menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan
dan
menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan
kegiatan
ekonomi.

DEB
diperkenalkan
dengan
harapan
untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang memiliki
system nilai yang sama tanpa dibataskan oleh
budaya dan sosioekonomi setiap kaum yang berbeza.

6.8.2
Dasar
(1991-2000)

Pembangunan

Nasional

(DPN)

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia oleh


Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.
Kesinambungan daripada DEB, DPN berteraskan
satu konsep pembangunan iaitu menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020.
Matlamat DPN:
(i)
Melengkapkan rakyat Malaysia dengan nilai-nilai
positif.
(ii) Melahirkan tenaga kerja berkualiti.
(iii) Mewujudkan perpaduan kaum serta mengekalkan
pertumbuhan ekonomi.
(iv) Membolehkan Malaysia mencapai taraf sebagai
negara maju
dalam semua aspek pembangunan.

6.8.3 Wawasan 2020


Dasar Wawasan 2020 merupakan satu usaha
kerajaan untuk menggerakkan perpaduan
kaum dan membentuk bangsa Malaysia yang
disegani dunia pada masa hadapan.
Dasar ini diumumkan oleh Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad semasa pelancaran Majlis
Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.
Wawasan 2020 merupakan satu langkah
murni, positif dan dinamik untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang
tahun 2020.

6.9 KESIMPULAN
Kerajaan
Malaysia
telah
dapat
mewujudkan
perpaduan politik dan menangani dengan baik
masalah politik antara pelbagai etnik yang wujud di
Malaysia.
Parti Perikatan telah dapat mewujudkan kerjasama
dan persefahaman di kalangan tiga buah parti politik
terbesar di Malaysia.
Dengan penubuhan barisan nasional parti-parti ini
telah melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi
pembangunan
negara
dan
menyelesaikan
permasalahan yang wujud dalam ekonomi, politik,
pendidikan, sosial dan kebudayaan di meja
rundingan.
Sikap pragmatisme yang diamalkan oleh kerajaan
Malaysia dan rakyatnya telah menyebabkan kejayaan
negara ini berhadapan dengan cabaran semasa.

You might also like