You are on page 1of 11

MBMMBI KPKI TEKNIK PENGAJARAN BERKESAN

KEMAHIRAN MEMBACA: TEKNIK SQ3R


EN. RUSLAN BIN HJ ABDULLAH
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

TEKNIK MEMBACA SQ3R

Teknik Membaca SQ3R


SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan
oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca
yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca
dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula

TEKNIK MEMBACA SQ3R

S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau
nyatakan secara lisan
R (review) baca semula

SURVEY

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk


mendapatkan gambaran keseluruhan tentang
apa yang terkandung di dalam bahan yang
dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk
besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau
ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan
pengenalan, dan perenggan terakhir di
bahagian-bahagian buku atau teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan
teknik membaca pantas iaitu skimming dan
scanning.

QUESTION

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang


memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri
soalan mengenai teks tersebut setelah
mendapati teks tersebut berkaitan dengan
keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut
menunjukkan keinginan pembaca tentang
maklumat yang ingin diperoleh dari bahan
tersebut, dan ianya menjadi garis panduan
semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba
mencari jawapan kepada soalan-soalan
tersebut.

READ

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya


membaca bahan atau teks tersebut secara aktif
serta mencuba mendapat segala jawapan
kepada soalan-soalan yang telah
disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca,
pelajar mungkin juga akan menyenaraikan
soalan-soalan tambahan, berdasarkan
perkembangan kefahaman dan keinginannya
sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar
mungkin juga mempersoal pendapat atau
maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

RECITE

Recite (imbas kembali) ialah peringkat


yang ketiga.Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa
yang telah dibaca dan meneliti segala
yang telah diperoleh. Pemilihan
maklumat yang sesuai dilakukan dalam
konteks tugasannya. Pelajar juga boleh
cuba menjawab soalan-soalan yang
disenaraikan sebelumnya tanpa
merujuk kepada kepada nota atau

REVIEW

Review (baca semula) merupakan


peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks
secara berpilih untuk mengesahkan
jawapan-jawapan kepada soalan yang
dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar
juga memastikan tiada fakta penting
yang tertinggal.

SKIMMING

Skimming
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk
pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan
mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku,
jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan,
kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap
perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea
khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah
buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu
di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi
kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan
rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang
perkara yang dibaca.

SCANNING

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat


maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat
gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan.
Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagianbahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.
Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan
mata kita dari atas ke bawah dengan pantas
mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil
menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.
Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah
lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

KESIMPULAN

Dalam konteks pembelajaran,


skimming dan scanning boleh
digunakan bersama. Biasanya, kita
boleh membaca cara skimming untuk
menentukan kesesuaian sesuatu bahan
bacaan . Jika bahan berkenaan itu
didapati sesuai maka kita boleh
menggunakan teknik scanning untuk
mendapatkan maklumat khusus yang
dicari.

You might also like