You are on page 1of 2

Ruj. Kami: PLNg.

KLKM/LTH/2015(4)
Tarikh: 1 April 2015

SENARAI EDARAN SEPERTI DILAMPIRAN

Tuan/Puan,
PERUBAHAN PERANCANGAN LATIHAN 2015 BAGI NEGERI KUMPULAN LATIHAN
KELANASISWA MALAYSIA (KLKM)
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat kami bertarikh 1 Februari
2015 dengan nombor rujukan : PLNg.KLKM/LTH/2015(1) adalah berkaitan.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
(KLKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengadakan
latihan bagi tahun 2015 di bawah kelolaan Pasukan Latihan Negeri KLKM. Latihan ini adalah
bertujuan untuk melahirkan Ahli Kelanasiswa, Pemimpin dan Pesuruhjaya ke arah Anugerah
Baden-Powell (BPA) dan Anugerah Kepimpinan Manikayu yang berkualiti dan bersistematik.
3.
Untuk makluman tuan/puan, Lawatan Verfikasi Portfolio Calon Baden-Powell Award
(BPA) KLKM dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2015, manakala Perkhemahan
Pentarafan & Istiadat Pentauliahan Anugerah Baden-Powell & Manikayu KLKM (PPIP) pula
dijangka akan diadakan pada bulan November 2015.
4.
Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan mencalonkan semula peserta di daerah
masing-masing mengikut perancangan tahunan yang telah dikemaskini. Berikut adalah
dokumen rujukan dan borang yang perlu dilengkapkan iaitu:
4.1 Perancangan Latihan Tahun 2015 Pasukan Latihan Negeri KLKM v1.4.15
4.2 Borang Pencalonan Latihan 2015 (BPL) v1.4.15
../2-

5.
Oleh yang demikian, tuan/puan dimohon menghantar Borang BPL tersebut dengan
lengkap (berbentuk softcopy sahaja) kepada Pasukan Latihan Negeri KLKM melalui emel:
afzbk@yahoo.com SEBELUM ATAU PADA 27 APRIL 2015 (ISNIN). Jika ada sebarang
pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi saya di talian 019-3538585.
Kerjasama dan perhatian tuan dalam menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI
KELANASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN UNIVERSITI
Yang menjalankan tugas,

AFFENDY ZABKHA BIN MOHAMAD ZAIN, PJK.


Pengerusi Pasukan Latihan Negeri
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
s.k

: Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM


D/A Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
11800 PULAU PINANG
: Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Jabatan Pendidikan Politeknik
Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4w
62100 W.P. PUTRAJAYA
(u/p Tuan Haji Mohd Azman bin Mohd Alwy)
Ketua Penolong Pengarah)
: Pengarah
Bahagian Pembangunan Mahasiswa
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u/p Puan Diana Sim Siew Geok
Penolong Pengarah
Unit Komuniti & Kesukarelawanan)
: Setiausaha Pasukan Latihan Negeri KLKM
D/A Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
JOHOR DARUL TAKZIM

You might also like