You are on page 1of 10

Kesihatan/Penyakit

1. Apa itu HIV dan AIDS?

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan
badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat
jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan
Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di
mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut.

Bagaimanakah HIV merebak?

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

Darah
Air mani
Cecair faraj
Susu ibu
HIV boleh merebak melalui:

Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui
faraj, dubur atau mulut)
Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim,
melahirkan atau sewaktu menyusu.
Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?

Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh
dijangkiti melalui:

Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit
AIDS
Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan
awam
Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
Bersin, batuk, berpeluh atau kencing
Gigitan nyamuk
Tanda dan Gejala
Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?

Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti
kuman HIV:

demam
sakit tekak dan batuk
sakit otot
sakit kepala
cirit-birit
bengkak kelenjar limfa
letih
ruam
sakit sendi
turun berat badan
Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun
pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang
lain.

Apakah gejala-gejala jangkitan HIV?

Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan
lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun

Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:

penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan


cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering
jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
kanser (contohnya Kaposi's sarcoma)
Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat
badan dan lemah.

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?

Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan
selama 10 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.
Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani
ujian antibodi HIV.
Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan.

Rawatan
Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?

Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS.


Walaubagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit
ini.

Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan?

Kebanyakkan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan


diberikan kepada pesakit-pesakit berikut:

menunjukkan tanda-tanda AIDS


bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml
bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml
pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya
Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-
Retroviral Therapy (HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit berikut:

kanak-kanak berumur kurang 12 tahun


dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ
dijangkiti melalui pekerjaan
wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak
pegawai kerajaan
Untuk pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus secara percuma.
Pesakit hanya perlu membeli 1 jenis ubat sahaja.
Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan
HIV/AIDS juga termasuk:

pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)


nasihat mengenai pemakanan berkhasiat
rawatan penyakit kelamin
kaunseling ( perubatan dan psikologi)
Pencegahan

Pencegahan dikalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan
tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV.

Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah:


jauhi diri,jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks
setia kepada pasangan anda
amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom
gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang
jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu
mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan
anggota-anggota pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya dapat
mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.
individu berisiko tinggi hendaklah mendapatkan ujian HIV
pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu
2. Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan
awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih
merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak
di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia
melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau
tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko
yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri
klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa
virus denggi.

Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas
menghisap darah manusia (perumah).

Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi
seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat
kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan
menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan
ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari
selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini
kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja
seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya,
maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia
melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-
4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum
memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah
nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang
merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk
Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.


Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering
membawa kematian kepada kumpulan ini.
Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?

Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-
masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti
demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan
0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.

Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad
kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau
Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun
1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan
peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995.
Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5
penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang
bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .

Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi,
demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta
dengan kemunculan ruam.

Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom
demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam
dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

Kadar kematian amat rendah.

Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti
gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi
yang tidak spesifik.

Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit
di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-
41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang
selepas demam sembuh.

Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion
berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam
beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral
(circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan
yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)
(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak
selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam
nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek.
Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat
selepas diberi terapi antirenjatan.

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah:

Demam Denggi Berdarah.

Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel
platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang
tinggi lazimnya dikesan.
Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan
diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling
boleh dipercayai.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah
memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan
muntah-muntah.

Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun,
salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis -
mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti
aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu
diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang
hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan
menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:

Meningkatkan pengambilan cecair.


Meningkatkan bekalan oksigen.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh.
Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui
salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah,
penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi
sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala
yang timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab
doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai
perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting
supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan
(fogging) oleh pihak berkuasa.

Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak
merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.

Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil
langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini
kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya
adalah amat teruk.

Apakah prognosis bagi demam denggi?

Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika
rawatan sokongan diberi lebih awal.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa
kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia
dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran
dalam beberapa tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

Perlindungan dari gigitan nyamuk.


Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan
nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu.
Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari
gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk
dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang
hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari
makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.
Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas
menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum
haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu
lakukan ialah:

Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan
ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga


Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa
kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia
dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran
dalam beberapa tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

Perlindungan dari gigitan nyamuk.


Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan
nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu.
Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari
gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk
dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang
hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari
makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.
Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas
menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum
haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu
lakukan ialah:

Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan
ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.

Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau
sampah sarap lain yang menyekat aliran air.

Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung
air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah
yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam
rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan
perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat
nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

http://hsmanjung.moh.gov.my/

You might also like