You are on page 1of 1

Halaman Sepuluh

BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007

BH PILIH L10 17 emel

SASTERA PENGGERAK BAHASA


PEDOMAN SASTERA

Anafora
Oleh Saifullizan Yahaya

alam Pedoman yang lalu,


telah dibincangkan tentang
gaya bahasa asonansi dan
aliterasi, iaitu perulangan pada
bunyi huruf vokal dan huruf konso
nan. Dalam keluaran ini, kita akan
meneliti pula satu lagi gaya bahasa
perulangan yang popular dalam
penulisan puisi. Gaya bahasa terse
but dikenali sebagai anafora.
Anafora ialah gaya bahasa yang
mengulangi satu perkataan atau
lebih pada awal baris sesebuah puisi
secara berurutan.

Jika pada aliterasi dan ason


ansi, perulangan yang dilakukan
untuk mewujudkan kesan bunyi,
maka dalam anafora, perulangan
sesuatu perkataan juga boleh men
imbulkan kesan bunyi.
Sebagai contoh, petikan puisi
karya Sasterawan Negara (SN)
Usman Awang di bawah yang
berjudul Balada Terbunuhnya
Beringin Tua di Pinggir Sebuah
Bandaraya.
Selamat tinggal, selamat
tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari
selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu
sayang
Selamat tinggal wahai burung-

burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak
bermain riang.

Perulangan selamat tinggal


dalam puisi tersebut terasa har
moni kerana secara tidak lang
sung ia menimbulkan kesan bunyi
yang sama. Kalau pada aliterasi
dan asonansi yang diberi tekanan
adalah persamaan atau perulan
gan bunyi, maka pada anafora
yang ditekankan adalah persa
maan atau perulangan kata, dan
tentunya sekali gus persamaan
bunyi.
Sebuah lagi puisi daripada SN
Usman Awang yang menggunakan
gaya bahasa anafora dalam puis
inya Guru O Guru.

AKTIVITI BAHASA

engkel Guru Komponen


Sastera dalam Mata
Pelajaran
Bahasa
Melayu (Komsas) Peringkat Zon
Timur mengapresiasikan puisi
Sasterawan Negara Datuk A.
Samad Said kepada 100 orang guru
sekolah rendah dan menengah
sekitar negeri Pahang. Bengkel
selama empat hari yang bermula
pada 27 hingga 30 Ogos lalu telah
diadakan di Selesa Beach Resort,
Port Dickson.
Dalam ceramah motivasi ber
tajuk Pembinaan Negara Bangsa
melalui Kesusasteraan, beliau
juga turut mendeklamasikan puisi
nya Malam Merdeka yang menga
jak khalayak merasai kenikmatan
dan kepuasan yang dirasai pejuang
yang menuntut kemerdekaan
tanah air apabila negara terbebas
daripada cengkaman penjajah.

Jerit kemerdekaan sesasa
peluru
pekikan wira waja selesai
beradu;
tindakannya setajam dan
sekebal kubu,
bertunjang pada jantung
yang penuh berani,
dan berakar kasih tulus
demi pertiwi.

Bengkel yang diadakan untuk
guru sekolah menengah ini mem
berikan tumpuan kepada pengha
yatan puisi dan prosa tradisional,
puisi moden, novel, cerpen dan
drama. Mereka didedahkan dengan pelbagai genre, memahami
pemikiran dan estetika teks yang
dipilih, penulisan dan penghasilan teks yang berkaitan dengan
aktiviti yang dijalankan serta
teknik persembahan. Di samping
pendedahan tentang kaedah mem
persembahkan genre tersebut
dengan cara yang menarik dan
tidak membosankan, guru sekolah
rendah pula diberi penekanan

Jika hari ini seorang


Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja
menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden
sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama
yang mulia
Jika hari ini seorang peguam
menang bicara
Jika hari ini seorang penulis
terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi
dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh
seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca.
Apakah kesan yang kita dapat

setelah membaca puisi di atas?


Tentu sahaja satu kesan keindahan
bunyi.
Selain itu, jika kita membaca
keseluruhan sajak ini, kita akan
dapati suatu kesan retorik yang
sekali gus dapat menegaskan mak
sud yang ingin di sampaikan oleh
SN Usman Awang tentang peranan
dan jasa seorang guru.
Begitulah, antara fungsi anafora
dalam penulisan sesebuah puisi.
Penyair yang bijak memanfaatkan
gaya bahasa ini bukan sahaja
dapat menguatkan pernyataan
maksud yang ingin disampaikan
tetapi dapat memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau
pembacanya.
(bersambung...)

AKTIVITI SASTERA

Bengkel Guru Komsas Timur


Oleh Zahrah Ibrahim

mengenai tatabahasa dan teknik


bercerita. Pada akhir bengkel,
peserta berpeluang menampilkan
bakat dan menyampaikan persembahan sebagai satu manifestasi
penghayatan sastera.
Bengkel ini merupakan bengkel
kesembilan yang menjadi peleng
kap siri bengkel untuk tahun 2007.
Lapan bengkel lain dilaksanakan
di lima zon, iaitu utara, selatan,
tengah, timur, wilayah perseku
tuan dan Sarawak yang bermula
pada 3 April lalu diadakan di
Institut Perguruan Perlis (IPP),
Pusat Sumber Pendidikan Negeri
Pahang (PSPP), Pusat Sumber
Pendidikan Negeri Sembilan
(PSPN), Institut Perguruan Darul
Aman (IPDA), Institut Perguruan
Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM)
dan Institut Perguruan Tun
Hussein Onn (IPTHO).
DBP melalui fungsi Pemasyarakatan Pusat Penyelidikan
dan Pengembangan Kesusasteraan
Kanak-kanak
dan
Remaja
(PURNAMA) yang bertanggungja
wab dalam membina dan mengem
bangkan kesusasteraan tanah air

mengadakan kerjasama dengan


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan Institut Perguruan Bahasa
Melayu Malaysia (IPBMM) bagi
menganjurkan bengkel yang diada
kan sejak tahun lalu.
Bengkel yang disertai oleh 900
orang guru ini berjaya menyuntik semangat dan kesedaran
kepada para guru agar mendidik
pelajar menghayati dan meng
hargai karya sastera dan budaya
yang membentuk identiti bangsa
Malaysia.
Selain itu juga, bengkel ini
sebagai panduan mempelbagaikan
cara pengajaran dalam kelas untuk
menarik pelajar supaya meminati
sastera dan rajin membaca. Di
samping berpeluang berkongsi
pengalaman penulisan, golongan
pendidik juga dapat mengenali
lebih dekat lagi tokoh sasterawan
terbabit.
Dalam jangka masa lima tahun,
program ini diharapkan dapat
memberikan sumbangan kepada
kecemerlangan mata pelajaran
bahasa dan kesusasteraan Melayu
di sekolah.

Rampai Budaya:
Kayanya Bahasa Kita

CERIA: Mohamed Haron ketika mengendalikan rancangan Rampai Budaya di studio


penyiaran Kelantan FM.

Oleh Basirah Arifin

SERIUS: Penyampaian peserta

elalui siaran Kelantan


FM pada setiap hari
Khamis, pukul 5.15
hingga 6.00 petang, rancangan Rampai Budaya: Kayanya
Bahasa Kita ke udara.
Rancangan yang memperkenalkan dialek Kelantan yang
digunakan dalam komunikasi
sosial ini bertujuan untuk men
dapatkan maklumat penggunaan
dialek dan maknanya daripada
penduduk di negeri Kelantan.
Melalui rancangan ini, satu
perkataan diperkenalkan pada
setiap rancangan manakala pen
dengar berpeluang memberikan
maklum balas mengenai maksud
dialek dan perkataan lain yang
digunakan di tempat mereka.
Rancangan ini dikendalikan
oleh dua orang Munsyi Dewan,

iaitu Tuan Haji Mohamed Haron


dan Encik Abdullah Yassin.
Sejak ke udara, rancangan ini
berjaya memperkenalkan dan
mengumpulkan lebih kurang
300 patah perkataan popular
yang sering digunakan. Antara
perkataan tersebut ialah bojeng
yang bermaksud gaya rambut,
kuis (gerakkan benda dengan
kaki), selak (pengsan), papah
(guntingan pendek rambut), irek
(pijak), kuca bara (suasana yang
bersepah) dan gelap gelemak
(hitam yang amat sangat).
Rancangan
yang
diusa
hakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) ini bukan sahaja
meningkatkan kefahaman generasi muda tentang penggunaan
bahasa lama yang jarang digu
nakan tetapi juga dapat mengumpulkan kata dialek yang
memperkaya perbendaharaan
kata bahasa Melayu.

You might also like