You are on page 1of 4

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

Di dalam bab ini, metodologi kajian menerangkan tentang kaedah yang digunakan oleh
pengkaji didalam kajian ini yang mana ia merangkumi bentuk kajian, tempat kajian, populasi
kajian, kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisaan data. Menerusi
bab ini, ia juga menerangkan secara jelas tentang kaedah yang telah digunakan semasa
menjalankan kajian ini.
3.1 Bentuk kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk Descriptive Quatitative Study iaitu satu kaedah
kajian yang berbentuk tinjauan dan penghuraian secara menyeluruh dan mendalam serta
pemerhatian yang terus berkenaan sesuatu topik yang dikaji. Kaedah ini dikatakan mudah dan
berkesan kerana ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Selain itu, kajian ini juga
menggunakan borang selidik ataupun Questionaire yang telah dibuat.
3.2 Populasi Kajian
Dalam menentukan responden yang akan dipilih, beberapa kriteria harus diteliti bagi agar
kajian ini menghasilkan keputusan yang baik dan memuaskan. Kriteria seperti julat umur,
golongan yang berkaitan serta faktor-faktor luar yang mempengaruhi sesebuah komuniti itu turut
diambil kira. Ini perlu bagi merealisasikan kajian dan untuk mencapai objektif yang telah
dinyatakan.Untuk kajian ini, sampel populasi yang diambil adalah seramai 30 orang yang dipilih
secara rawak . Kesemua responden adalah merupakan pengujung di Klinik Seberang Jaya. Soal
selidik yang berkaitan akan diberikan kepada responden dan akan dijawab dan hasilnya akan
dibincangkan kemudian.

3.3 Alatan kajian


Alatan yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal selidik dalam bentuk
soalan berstruktur. Manakala maklum balas yang diperolehi daripada teknik kajian ini digunakan
sebagai satu ukuran di dalam kajian ini.Set soal selidik juga dikenali sebagai questionaire.
Borang soal selidik ini di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B dan
bahagian C.
3.3.1

Bahagian A (Demografi)
Bahagian ini mengandungi soalan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan latar

belakang responden seperti umur, jantina, bangsa, taraf pendidikan dan pekerjaan. Ini dapat
memudahkan penyelidik mengetahui status sebenar responden yang terlibat sebagai sampel
kajian.
3.3.2 Bahagian B (Soal Selidik)
Bahagian ini mengandungi satu set soal selidik yang mengandungi 10 soalan untuk
menguji tahap pengetahuan dan kefahaman responden terhadap pendermaan organ.
3.3.3 Bahagian C (Soal selidik)
Bahagian ini mengandungi satu set soal selidik yang mengandungi 10 soalan untuk
mengenalpasti statistik pengikrar penderma organ dan faktor-faktor yang menjadi penghalang
kepada responden untuk menderma organ.

3.4 Kajian Rintis / Pilot Study


Sebelum borang kaji selidik diberikan kepada responden, satu kajian rintis perlu dilakukan.
Kajian rintis adalah di mana borang kaji selidik yang telah siap dibuat diberikan kepada beberapa
orang untuk diuji keberkesanannya dahulu. Ini untuk mengelakkan sebarang salah faham, kurang
faham atau kecelaruan yang akan membuatkan responden tidak dapat menjawab dengan baik.
Jika tidak, hasil keputusan yang akan diperolehi tidak memuaskan.Borang kaji selidik yang telah
disiapkan diedarkan kepada 5 orang pengunjung Klinik Kesihatan Seberang Jaya untuk menilai
keberkesanan borang kaji selidik tersebut.5 orang responden yang digunakan dalam kajian rintis
ini adalah tidak termasuk dalam 30 orang responden sebenar yang hasilnya akan digunakan
penyelidik untuk analisis data kajian nanti.
3.4 Pemerolehan data
Pengumpulan data pula bermula dengan mengagihkan borang soal selidik kepada 30
orang responden yang dipilih secara rawak. Penerangan akan diberikan kepada responden dan
seterusnya respondan diberikan masa selama 15-20 minit untuk menjawab soalan yag diberikan.
Setelah responden selesai menjawab, borang soal selidik akan dipungut kembali bagi
memudahkan proses penganalisaan data dilaksanakan dan mengelakkan keciciran data. Borang
soal selidik ini akan dikutip sendiri oleh pengkaji tanpa melibatkan pihak ketiga bagi
mengelakkan kebocoran maklumat serta menjaga privasi responden.

3.6 Kaedah Penganalisaan Data


Setelah borang kaji selidik diberikan kepada responden, dan setelah soalan-soalan yang
diajukan dijawab dengan baik, data dan maklumat akan dikumpul untuk dianalisa. Data-data
yang diperolehi akan dipersembahkan melalui beberapa kategori di dalam graf dan carta
berkaitan. Data akan diproses menggunakan perisian komputer. Persembahan graf dan carta-carta
juga akan dijana oleh perisian komputer Microsoft Excel. Ini akan memperlihatkan kekemasan
data dan pengurusan data dengan baik

3.7 Limitasi Kajian


Masalah utama yang menghadkan kajian ini adalah faktor masa. Tarikh akhir menjadi
satu garis panduan untuk kajian ini disiapkan dan dihantar. Selain daripada itu, halangan yang
lain termasuk faktor kewangan, kekurangan masa rehat, beban kerja serta perlu mengulangkaji
pelajaran juga menghadkan kajian ini daripada berjalan lancar. Walaubagaimanapun, kajian ini
akan terus dijalankan sehingga ke masa akhirnya dan segala limitasi dan masalah ini akan
diusahakan agar tidak mempengaruhi kredibiliti kajian ini.

You might also like