You are on page 1of 14

Tempura

Pengenalan
Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi
waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat
daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya
melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan
2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang
kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengahtengah dada.
Fungsi
Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk
mengeluarkan dengung iringan.
Cara Bermain
Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.

Gambus

Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya
hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut
binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling.
Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di
dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan
permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit
biawak.
Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik
gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan
zapin di Johor.
Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.

Gong

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik


Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat
muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang
disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan
dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun
tempoh rentak.

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi
masyarakat Melayu.
Ia
tergolong
dalam
kumpulan alat
muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara
kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang,
bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah
Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India
Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan
kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan
dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan
sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian
jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan
semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak
tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak
tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah
kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering


dimainkan bagi mengiringi lagu-lagubudaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan
rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk
di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi
mengiringi
lagu-lagu
tradisional
seperti
indongindong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk.
Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga
rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai
pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali
sebagai Rebana Ubi

TABLA

Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat


terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan
berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang
gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar)
yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada
kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada
permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.

Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik


tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi
upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan, perkahwinan
dan sebagainya.

Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di


atas lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan jari-jari
dan tapak tangan. Bermain Tabla secara konsisten dapat
membantu melapangkan minda, memberi ketenangan pada jiwa
serta menguatkan otot tangan.
Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah selesai
latihan bermain Tabla.

GAMELAN

ASAL-USUL
Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa gamel yang bererti memukul atau
menabuh ,diikuti akhiran an yang menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan
mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan
muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha.
Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah
yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan
Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah
jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat
Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti
Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan
sebagainya.
JENIS-JENIS GAMELAN
1)Gamelan Jawa
2)Gamelan Bali
3)Gamelan Sunda
4)Gamelan Banyuwangi
5)Gamelan Kromong

ALAT-ALAT GAMELAN DI MALAYSIA

1)BONANG
Bonang merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan melodi
pokok atau satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai permulaan lagu khususnya
untuk penghias lagu.

2)GAMBANG
Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Pemain tersebut
memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

3)KENONG

Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur. Peranannya
adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh
gong.

4)SARON
i)Saron Demong
Saron demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang
sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam
keluarga saron.
ii)Saron Penerus
Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron
demo dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong.
Iii)Saron Pekin
Teknik perdan yang diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya
mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang
dan nyaring.

5)GONG
Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong
berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong terdiri
daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan
dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

6)GENDANG
Gendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau tinggi.Gong
dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran yang tinggi
didalam permainan kerana tidak mudah untuk diberi notasi.

GHAZAL

PENGENALAN
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular.
Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti
nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19,
kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang
dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan
dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan
memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor. Di istana, kesenian muzik ghazal ini
telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain
golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat
dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian
yang diadakan di negeri Johor Darul Tazim.
Muzik tradisional ini sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan golongan bangsawan
(pada masa dahulu), acara-acara keramaian yang dihadiri oleh Sultan Johor atau kerabat
Diraja Johor, dan juga majlis-majlis rasmi yang diadakan di negeri Johor. Antara penyanyipenyanyi terkenal yang telah mempopularkan irama ghazal Johor adalah Fadzil Ahmad,
Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Rosiah Chik, Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Datin
Orchid Abdullah dan ramai lagi.

PERALATAN GHAZAL

Peti Harmonium - alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi
Ghazal Melayu Johor.

Violin - alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh
orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat
muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.

Gambus - alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik
bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.

Satu Set Alat Tabla atau Do(Gendang) - juga merupakan alat muzik yang berasal
dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.

Tamborin - alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan


sebagai alat tempo dan rentak.

Marakas - sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.

You might also like