You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DESA TUN HUSSIEN ONN

SEJARAH
NAMA:NUR NAJIHAH BINTI NORIZAN
TINGKATAN:2 AMANAH
NAMA GURU: CIK RAJA NOORULSUHAILA

SHEIKH TAHIR JALALUDDIN


AL-FALAKI

Latar belakang
Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak Melayu
Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Di
belakang namanya kerap disunting perkataan Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir
iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti al-Azhar di Mesir dan
seorang ahli Falak yang terkenal.
Nama lengkap Syeikh Tahir Jalaluddin ialah Muhamad Tahir bin Syeikh
Muhammad. Beliau dilahirkan pada hariSelasa, 4 haribulan Ramadhan,
tahun 1286 Hijrah bersamaan 7 haribulan Disember 1869 Masehi di
Empat Angkat (Ampek Angkek), Bukit Tinggi Sumatera Barat. Ayah beliau
iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di Sumatera. Di
dalam masyarakat Minangkabau Syeikh Muhammad lebih dikenali dengan
nama Tuanku Muhammad atau Tuanku Tjangking.
Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia dua
tahun. Oleh kerana Syeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika ditinggalkan
oleh ayah dan ibunya, beliau telah dipelihara oleh ibu saudara di sebelah
pihak ibunya. Menjelang usianya lebih kurang sebelas tahun, ibu saudaranya
telah menghantar beliau menuntut ilmu di Mekah. Di Mekah beliau tinggal
bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang menjadi pemimpin Mazhab
Imam Syafie di Masjid al-Haram.

Di Mekah
Syeikh Tahir telah datang ke Mekah pada tahun 1297H (1880 m) bersama
datuk sepupunya Haji Abdul Rahman. Di Mekah beliau tinggal bersama
Syeikh Ahmad Khatib di dalam pemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh
Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran asas yang diterimanya di sini ialah
mengaji al-Quran dan mentajwidkan Quran daripada Tuan Syeikh Abdul
Haq. Pelajaran lain berhubung dengan keugamaan dipelajarinya dari Syed
Umar Syah, Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya
sendiri Syeikh Ahmad Khatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh
Tahir menetap di Mekah, beliau berpeluang mempelajari ilmu-ilmu ugama
dengan mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaran sepupunya, Syeikh
Ahmad Khatib telah mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir teristimewa berhubung
dengan masalah amalan beragama umat Islam yang dikatakan bercampur
aduk dengan amalan bidaah. Syeikh Ahmad Khatib juga merupakan seorang
guru yang bertauliah bagi masyarakat Jawi di Mekah pada waktu itu. Hasil
dari pergaulan dengan Syeikh Ahmad Khatib telah mendorong Syeikh Tahir
belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dari guru-guru lain di Mekah
seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini ketokohan beliau dari segi
keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi kebangaan kepada
masyarakat Melayu Indonesia dan Tanah Melayu.
Setelah tujuh tahun berada di Mekah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau
pulang ke tanah airnya, Minangkabau. Pada tahun berikutnya beliau kembali
semula ke Mekah untuk menyambung pelajarannya. Beliau telah berkahwin
buat pertama kalinya pada tahun 1306 H. (1886 M) dengan seorang gadis
bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail Al-Khalid Kabul.
Hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka beroleh dua orang anak
tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Mekah ketika Syeikh Tahir berada di
sana.
Semenjak beliau tinggal di Mekah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau
mula mendalami ilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu
(grammer), Bayan (Ilmu ucapan dan keterangan yang fasih), Maani (ilmu
makna-meaning), Badia (ilmu boleh mengenal pertuturan), Tauhid (ilmu
mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undang-undang), Usul Fikah (ilmu
mengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui perkataan,
perbuatan dan kelakuan Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna alQuran), Hisab (ilmu kira-kira), Hisab Bidasab (Ilmu kira-kira sukat
menyukat), Hai-ah (ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmu membicarakan
matahari, bulan dan bintang-bintang beredar). Berdasarkan ilmu yang
dipelajarinya itu adalah tidak menghairankan jika dia sangat mahir dalam
soal yang berhubungan dengan masalah agama Islam.

Di Tanah Melayu
Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu menjelang tahun
1899. Dalam tahun itu beliau telah mendirikan rumahtangga dengan
seorang gadis Perak dari suku Rawa, bernama Aishah binti Haji Mustafa binti
Datuk Menteri pada28hb September 1899. Didapati beliau ini seorang
yang tidak mudah berasa senang hati untuk tinggal menetap di satu-satu
tempat. Sehingga tatkala beliau menetap di Tanah Melayu, beliau kerap
belayar ke negeri-negeri di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah,
melawat sanak saudara, memberi ceramah-ceramah ugama dan sebagainya.
Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk
Menteri, beliau mula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara
keluarganya. Boleh dikatakan beliau seorang yang suka hidup berdikari.
Pada tahun 1900 M, beliau pernah membuka kedai kain di Ipoh. Asas
perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua beliau yang dikatakan agak
`berada juga. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya berjalan setakat
setahun sahaja. Selepas itu beliau telah belayar lagi ke Kepuluan Indonesia
pada tahun 1901 melalui Tanah Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa,
Bima dan Makasar. Dalam lawatannya itu ada kemungkinan beliau telah
menyebarkan buah fikirannya mengenai ilmu agama ditempat-tempat yang
di lawatinya.
Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di Johor
Baharu beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim
Besar Johor, bagi mengajar hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor.
Diantara hakim-hakim yang mendapat tunjuk ajar beliau ialah Ungku Ismail
bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin Abdul Majid dan lain-lain pengadil
bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim tersebut berlangsung selama
lebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas inilah, Sultan
Idris (1887-1916) sebagai Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana
menghadiri kemahkotaan King George pada 22 Jun, 1911.
Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada
hakim-hakim di Johor Baharu, dan mulai tahun 1914 beliau bertugas pula
sebagai guru di sekolah Agama Johor Baharu dan menjadi Pemeriksa
Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir). Ternyata kemudian sewaktu
menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak puashati dengan system
pendidikan dan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama waktu itu. Dalam
suratnya kepada Yang Di Pertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau
menyatakan dukacitanya kerana tidak boleh menjalankan peraturan
pelajaran yang terlebih berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yang
belajar. Beliau akhirnya meminta berhenti kerja pada tahun 1916.

Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta
oleh rakan seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi
guru di Madrasah Al-Masyhur Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama
seorang rakannya Syeikh Abdullah Maghribi. Khidmat beliau di Madrasah itu
pun tidak lama kerana beliau telah jatuh sakit. Di Al-Masyhur beliau
ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak kepada pelajarpelajar Madrasah itu. Dan menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke
Medan dan Deli untuk berubat dan melawat tanah tumpah darahnya
Minangkabau selama enam bulan.
Sebagai seorang ahli falak
Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik dimata masyarakat,
beliau begitu dihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada
di Perak dan juga di Johor membuktikan tenaga dan ilmunya mendapat
perhatian. Pengetahuannya banyak dimanfaatkan untuk kepentingan
masyarakatnya. Beliau sering diberi kepercayaan untuk membantu
menyelesaikan masalah hukum agama berdasarkan keilmuannya yang luas
baik di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung dengan soal keagamaan.
Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaanpertanyaan berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi
menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Banyak daripada pertanyaanpertanyaan tersebut datang dari penduduk di Tanah Melayu mahupun dari
Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan anak bulan
Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari, sering kali disiarkan
diakhbar-akhbar tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil berat
tentang amal kebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat
memberatkan pentingnya sesebuah masjid itu mempunyai kiblat yang betul
dan tepat mengikut hala Kaabah di Mekah. Beliau berpendapat bahawa
sembahyang tanpa menghadapi arah kiblat yang tepat adalah tidak sah.
Dengan itu beliau merasa bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat
masjib oleh kerana beliau memahami Ilmu Falak.
Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang
Islam, Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi
pemeriksa kiblat diseluruh negeri Perak. Beliau pernah melahirkan
kekesalannya kerana terdapat banyak mihrab masjid yang tidak sehala
dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau menjadi pemeriksa kiblat masjidmasjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah melapurkan bahawa terdapat
banyak masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat
seperti mana yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu
didapati juga masjid-masjid di Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan
Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turut tidak mengikut hala kiblat
yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal berkaitan dengan

hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan
dua buah buku. Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan
hal Kiblat dengan Logarithma, diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah
Press pada tahun 1938. Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula
buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada takwim tarikh Hijrah dan
Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii).
Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar
sebagai Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu
beliau pernah menyatakan bahawa: Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia
bagi menyukat, menimbang perjalanan bulan dan matahari. Kenyataan
beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda Rasul Allah yang
mengatakan, sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintaiintai matahari dan bulan dan naung bagi mendirikan
sembahyang. Berdasarkan kepada sabda Nabi itu Syeikh Tahir sangat
menitik beratkan kepentingan mempelajari Ilmu Falak. Pentingnya
pengetahuan ilmu Falak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat dengan
soal kiblat dalam sembahyang, menentukan waktu sembahyang serta
menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhan dan berhari raya.
Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau
mempunyai minat yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau matematik.
Beliau turut mengecam mereka-mereka yang tidak mahu menghargai
kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari
raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk menentukan tarikh
berpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku cuaca buruk
yang tidak memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari
mula berpuasa dan berhari raya. Menurut beliau bagi mereka yang tidak
mahu menggunakan kaedah Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan
berhari raya samalah juga mereka itu seperti manusia yang jahil. Kejahilan
mereka menyebabkan mereka hanya mengikut pendapat orang hingga
menyebabkan berlaku puasa yang terdahulu sehari daripada sepatutnya
dalam bulan Ramadhan.
Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari
arah kiblat, dan wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal
ini, beliau mengatakan: "Tiada boleh `berijtihad pada kiblat itu melainkan
orang yang ada celik matanya dan mengetahui dalil-dalil kiblat seperti
bintang-bintang, matahari dan bulan dan selemah-lemahnya angin dan
sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar semata-mata sangka
dengan tidak tanda dan dalil."

Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan


daripada mempelajari dalil kiblat demikian juga orang-orang celik yang tidak

mampu mempelajarinya. Betapa pun mereka harus mengikut petunjuk


orang-orang yang arif tentang dalil kiblat.
Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan diakhbar-akhbar mengenai
banyaknya masjid-masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak
mengikut hala kiblat, akhirnya menimbulkan kesedaran orang ramai.
Kesannya di Tanah Melayu orang ramai juga turut mengakui banyak
daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain
tidak mengikut hala kiblat yang betul. Mengenai keadaan ini seorang
pembaca pernah mengulas: "Kedudukan ugama kita adalah di dalam kucar
kacir. Satu-satunya yang menjadi suasana di dalam masyarakat ugama kita
ialah masalah kiblat masjid dan masalah ini telah menjadi soal yang hangat
di dalam masyarakat ugama kita."
Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka mata masyarakat
tentang banyak kesilapan hala kiblat yang berlaku di masjid-masjid Tanah
Melayu, namun pendedahan ini menimbulkan rasa tidak senang hati di
kalangan pihak-pihak tertentu. Misalnya Syeikh Tahir pernah dibicarakan
oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau menjalankan penyiasatan
letak kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat beliau juga pernah ditentang
oleh seorang pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak penting
digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap ke kiri atau
kanan kiblat.
Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan
kepentingannya dalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya
walaupun ketika beliau sudah tua dan uzur. Kegigihannya menyumbangkan
tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini amat jelas kelihatan. Misalnya
ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke Bangkok di Thailand
untuk mengajar kira-kira hala kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh Tahir
dijemput pula oleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak
kepada kakitangan jabatan itu. Ini dilakukan selama enam bulan dengan
berulang alik dari Kuala Kangsar ke Johor Baharu.

You might also like