You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DESA TUN HUSSEIN ONN


KUALA LUMPUR

SEJARAH
NAMA:NUR NAJIHAH BINTI NORIZAN
TINGKATAN:2 AMANAH
NAMA GURU: CIK RAJA NOORULSUHAILA
BT. RAJA SALEH
TAJUK: SINOPSIS TOKOH SHEIKH TAHIR
JALALUDDIN AL-FALAKI

SHEIKH TAHIR JALALUDDIN


AL-FALAKI

Latar belakang

Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak


Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah
Melayu. Di belakang namanya kerap disunting perkataan Al-Azhari,
Al-Falaki Assyahir iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti
al-Azhar di Mesir dan seorang ahli Falak yang terkenal.
Nama lengkap Syeikh Tahir Jalaluddin ialah Muhamad Tahir bin
Syeikh Muhammad. Beliau dilahirkan pada hariSelasa, 4
haribulan Ramadhan, tahun 1286 Hijrah bersamaan 7
haribulan Disember 1869 Masehi di Empat Angkat (Ampek
Angkek), Bukit Tinggi Sumatera Barat. Ayah beliau iaitu Syeikh
Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di Sumatera. Di
dalam masyarakat Minangkabau Syeikh Muhammad lebih dikenali
dengan nama Tuanku Muhammad atau Tuanku Tjangking.
Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia
dua tahun. Oleh kerana Syeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika
ditinggalkan oleh ayah dan ibunya, beliau telah dipelihara oleh ibu
saudara di sebelah pihak ibunya. Menjelang usianya lebih kurang
sebelas tahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut
ilmu di Mekah. Di Mekah beliau tinggal bersama sepupunya Syeikh
Ahmad Khatib yang menjadi pemimpin Mazhab Imam Syafie di
Masjid al-Haram.

Di Mekah

Syeikh Tahir telah datang ke Mekah pada tahun 1297H (1880


m) bersama datuk sepupunya Haji Abdul Rahman. Di Mekah beliau
tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib di dalam pemeliharaan alSyeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran asas
yang diterimanya di sini ialah mengaji al-Quran dan mentajwidkan
Quran daripada Tuan Syeikh Abdul Haq. Pelajaran lain berhubung
dengan keugamaan dipelajarinya dari Syed Umar Syah, Syeikh
Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya sendiri
Syeikh Ahmad Khatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh
Tahir menetap di Mekah, beliau berpeluang mempelajari ilmu-ilmu
ugama dengan mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaran
sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah mempengaruhi jiwa Syeikh
Tahir teristimewa berhubung dengan masalah amalan beragama
umat Islam yang dikatakan bercampur aduk dengan amalan bidaah.
Syeikh Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang bertauliah
bagi masyarakat Jawi di Mekah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan
dengan Syeikh Ahmad Khatib telah mendorong Syeikh Tahir belajar
ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dari guru-guru lain di
Mekah seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini ketokohan
beliau dari segi keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi
kebangaan kepada masyarakat Melayu Indonesia dan Tanah Melayu.
Setelah tujuh tahun berada di Mekah, pada tahun 1304H (1884
M) beliau pulang ke tanah airnya, Minangkabau. Pada tahun
berikutnya beliau kembali semula ke Mekah untuk menyambung
pelajarannya. Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada
tahun 1306 H. (1886 M) dengan seorang gadis bernama Aisyah
binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail Al-Khalid Kabul. Hasil
perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka beroleh dua orang
anak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Mekah ketika Syeikh
Tahir berada di sana.

Semenjak beliau tinggal di Mekah pada tahun 1297 H (1880 M.),


beliau mula mendalami ilmu al-Quran. Seterusnya beliau

mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan (Ilmu ucapan dan


keterangan yang fasih), Maani (ilmu makna-meaning), Badia (ilmu
boleh mengenal pertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah
(ilmu undang-undang), Usul Fikah (ilmu mengetahui asal undangundang), Hadis (ilmu mengetahui perkataan, perbuatan dan
kelakuan Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna alQuran), Hisab (ilmu kira-kira), Hisab Bidasab (Ilmu kira-kira sukat
menyukat), Hai-ah (ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmu
membicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang beredar).
Berdasarkan ilmu yang dipelajarinya itu adalah tidak menghairankan
jika dia sangat mahir dalam soal yang berhubungan dengan masalah
agama Islam.

Di Tanah Melayu

Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu


menjelang tahun 1899. Dalam tahun itu beliau telah mendirikan
rumahtangga dengan seorang gadis Perak dari suku Rawa, bernama
Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada28hb September
1899. Didapati beliau ini seorang yang tidak mudah berasa senang
hati untuk tinggal menetap di satu-satu tempat. Sehingga tatkala
beliau menetap di Tanah Melayu, beliau kerap belayar ke negerinegeri di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah, melawat sanak
saudara, memberi ceramah-ceramah ugama dan sebagainya.
Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah
binti Datuk Menteri, beliau mula menjalankan kerja-kerja harian
untuk menyara keluarganya. Boleh dikatakan beliau seorang yang
suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M, beliau pernah membuka
kedai kain di Ipoh. Asas perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua
beliau yang dikatakan agak `berada juga. Namun demikian kerja
berjual kain itu hanya berjalan setakat setahun sahaja. Selepas itu
beliau telah belayar lagi ke Kepuluan Indonesia pada tahun
1901 melalui Tanah Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa, Bima
dan Makasar. Dalam lawatannya itu ada kemungkinan beliau telah
menyebarkan buah fikirannya mengenai ilmu agama ditempattempat yang di lawatinya.
Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di
Johor Baharu beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin
Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi mengajar hakim-hakim pengadilan
di mahkamah Johor. Diantara hakim-hakim yang mendapat tunjuk
ajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin
Abdul Majid dan lain-lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar
hakim-hakim tersebut berlangsung selama lebih kurang tiga tahun.
Dalam masa beliau bertugas inilah, Sultan Idris (18871916) sebagai Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana
menghadiri kemahkotaan King George pada 22 Jun, 1911.

Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru


kepada hakim-hakim di Johor Baharu, dan mulai tahun 1914 beliau
bertugas pula sebagai guru di sekolah Agama Johor Baharu dan
menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir). Ternyata
kemudian sewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak
puashati dengan system pendidikan dan cara pentadbiran sekolahsekolah agama waktu itu. Dalam suratnya kepada Yang Di Pertua
Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau menyatakan dukacitanya
kerana tidak boleh menjalankan peraturan pelajaran yang terlebih
berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yang belajar. Beliau
akhirnya meminta berhenti kerja pada tahun 1916.
Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah
diminta oleh rakan seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi,
untuk menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Al-Islammiyah di Pulau
Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh Abdullah Maghribi.
Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah
jatuh sakit. Di Al-Masyhur beliau ditugaskan untuk mengajar mata
pelajaran Ilmu Falak kepada pelajar-pelajar Madrasah itu. Dan
menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke Medan dan Deli
untuk berubat dan melawat tanah tumpah darahnya Minangkabau
selama enam bulan.

Sebagai Seorang Ahli Falak

Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik dimata


masyarakat, beliau begitu dihormati. Jawatan-jawatan yang
dipegangnya semasa berada di Perak dan juga di Johor
membuktikan tenaga dan ilmunya mendapat perhatian.
Pengetahuannya banyak dimanfaatkan untuk kepentingan
masyarakatnya. Beliau sering diberi kepercayaan untuk membantu
menyelesaikan masalah hukum agama berdasarkan keilmuannya
yang luas baik di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung
dengan soal keagamaan.
Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan
pertanyaan-pertanyaan berhubung dengan cara menggunakan Ilmu
Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Banyak
daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang dari penduduk di
Tanah Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai
tarikh kemunculan anak bulan Ramadhan atau pun bila berlakunya
gerhana matahari, sering kali disiarkan diakhbar-akhbar tempatan.
Selain itu beliau juga sangat mengambil berat tentang amal
kebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat
memberatkan pentingnya sesebuah masjid itu mempunyai kiblat
yang betul dan tepat mengikut hala Kaabah di Mekah. Beliau
berpendapat bahawa sembahyang tanpa menghadapi arah kiblat
yang tepat adalah tidak sah. Dengan itu beliau merasa
bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat masjib oleh kerana
beliau memahami Ilmu Falak.

Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah


sembahyang orang Islam, Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan

Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa kiblat diseluruh negeri Perak.


Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak
mihrab masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika
beliau menjadi pemeriksa kiblat masjid-masjid di Perak pada tahun
1900 beliau telah melapurkan bahawa terdapat banyak masjidmasjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat seperti
mana yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu
didapati juga masjid-masjid di Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur
dan Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turut tidak
mengikut hala kiblat yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan
dalam hal berkaitan dengan hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah
mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua buah buku. Buku Pati
Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan
Logarithma, diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah Press
pada tahun 1938. Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula
buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada takwim tarikh
Hijrah dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii).
Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau
digelar sebagai Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai
pentingnya ilmu falak itu beliau pernah menyatakan bahawa: Ilmu
Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang
perjalanan bulan dan matahari. Kenyataan beliau itu dilihat
bersesuaian dengan sabda Rasul Allah yang mengatakan, sebaikbaik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai matahari
dan bulan dan naung bagi mendirikan
sembahyang. Berdasarkan kepada sabda Nabi itu Syeikh Tahir
sangat menitik beratkan kepentingan mempelajari Ilmu Falak.
Pentingnya pengetahuan ilmu Falak bagi orang Islam dikatakan
berkait rapat dengan soal kiblat dalam sembahyang, menentukan
waktu sembahyang serta menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan
Ramadhan dan berhari raya.

Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan


beliau mempunyai minat yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau
matematik. Beliau turut mengecam mereka-mereka yang tidak

mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh


berpuasa dan berhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara
Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya adalah
penting terutama jika berlaku cuaca buruk yang tidak
memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari mula
berpuasa dan berhari raya. Menurut beliau bagi mereka yang tidak
mahu menggunakan kaedah Hisab untuk menentukan tarikh
berpuasa dan berhari raya samalah juga mereka itu seperti manusia
yang jahil. Kejahilan mereka menyebabkan mereka hanya mengikut
pendapat orang hingga menyebabkan berlaku puasa yang terdahulu
sehari daripada sepatutnya dalam bulan Ramadhan.
Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib
mempelajari arah kiblat, dan wajib pula menyebarkan
pengetahuannya itu. Mengenai hal ini, beliau mengatakan: "Tiada
boleh `berijtihad pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik
matanya dan mengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang,
matahari dan bulan dan selemah-lemahnya angin dan sekuatkuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar semata-mata sangka
dengan tidak tanda dan dalil."
Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan
daripada mempelajari dalil kiblat demikian juga orang-orang celik
yang tidak mampu mempelajarinya. Betapa pun mereka harus
mengikut petunjuk orang-orang yang arif tentang dalil kiblat.
Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan diakhbar-akhbar
mengenai banyaknya masjid-masjid di Tanah Melayu dan Sumatera
yang tidak mengikut hala kiblat, akhirnya menimbulkan kesedaran
orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang ramai juga turut
mengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau
Pinang, Melaka dan lain-lain tidak mengikut hala kiblat yang betul.
Mengenai keadaan ini seorang pembaca pernah
mengulas: "Kedudukan ugama kita adalah di dalam kucar kacir.
Satu-satunya yang menjadi suasana di dalam masyarakat ugama
kita ialah masalah kiblat masjid dan masalah ini telah menjadi soal
yang hangat di dalam masyarakat ugama kita."
Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka mata
masyarakat tentang banyak kesilapan hala kiblat yang berlaku di
masjid-masjid Tanah Melayu, namun pendedahan ini menimbulkan
rasa tidak senang hati di kalangan pihak-pihak tertentu. Misalnya

Syeikh Tahir pernah dibicarakan oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh


kerana beliau menjalankan penyiasatan letak kiblat di masjid Pulau
Pinang. Pendapat beliau juga pernah ditentang oleh seorang
pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak penting
digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap ke
kiri atau kanan kiblat.
Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak
dan kepentingannya dalam soal agama, beliau terus menyebarkan
ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua dan uzur. Kegigihannya
menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini amat
jelas kelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah
pergi ke Bangkok di Thailand untuk mengajar kira-kira hala kiblat.
Menjelang usia 83 tahun, Syeikh Tahir dijemput pula oleh pihak
Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada kakitangan
jabatan itu. Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik
dari Kuala Kangsar ke Johor Baharu.

You might also like