You are on page 1of 15

PENGURUSAN SUMBER

MAKLUMAT MURID
Tutorial 6
Disediakan oleh:
1. Shanthini A/P Gunasekaran
2. Logeswari A/P Selvakumaran
3. Edmond Raj A/L Manogaran

Pembentangan Tutorial:
1. Bincangkan penyimpanan data maklumat murid
di sekolah.
2. Bincangkan cara-cara penyimpanan data
maklumat murid di sekolah.

Definisi
sumber
maklumat
murid

Sumber maklumat
murid merupakan
dokumen yang
mengandungi
catitan maklumat
tentang profil
murid, profil ibu
bapa, rekod
kesihatan dan
sebagainya

Pengurusan Sumber Maklumat

Pengurusan sumber maklumat penting bagi memudahkan dan


melancarkan pengurusan data data peribadi murid di mana ia
akan membantu pihak pengurusan sekolah untuk menguruskan
sekolah dengan lancar tentang apa juga yang berkaitan dengan
pembangunan akademik dan perkembangan moral dan sosial
murid murid.

Apa kelemahan dalam


pengurusan sumber
maklumat murid ?

Guru tidak dapat membezakan antara data


yang diperoleh dengan maklumat. Data ialah
koleksi fakta yang tidak bermakna dan belum
diproses. Maklumat pula merupakan data
data yang bermakna dan telah diproses.

Penyimpanan data maklumat murid di


sekolah
Rekod dan data maklumat peribadi murid-murid adalah penting dalam
membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah.
Maklumat peribadi murid-murid membantu guru menentukan aktiviti
atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid.
Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru
jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain.
Ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid
supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari,
berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal,
memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan
potensi kepimpinan.

Selain itu, melalui maklumat peribadi murid-murid, ia dapat


memaklumkan kepada guru tentang keperluan murid-murid
lain, misalnya bantuan dari segi kewangan.
Murid-murid yang menghadapi masalah kewangan akan
sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk di
sekolah.
Pihak sekolah juga akan sentiasa membuka pintu kepada
sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan
kepada murid-murid yang memerlukan bantuan.
Tetapi, pihak sekolah akan sentiasa melindungi maklumat
peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid
tersebut.

Di samping itu, maklumat ini juga memberi peluang kepada guru


kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya dapat
berbincang tentang anak muridnya.
Guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak
mereka kurang sihat, ponteng kelas atau sekolah, tidak
melaksanakan kerja rumah atau menunjukkan masalah tingkah
laku yang lain serta rawatan penyakit atau kecemasan boleh diberi
kepada murid ketika di sekolah.
Oleh itu, maklumat seperti nama ibu bapa atau penjaga,
pekerjaan ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon perlu ada
dalam rekod peribadi murid-murid.
Maklumat sebegini dapat membantu guru dalam pengurusan bilik
darjah, khususnya dalam mewujudkan psikososial yang sihat.

Seterusnya, catatan atau komen guru mata pelajaran serta


markah purata membantu ibu bapa mengetahui dan
memahami kemajuan akademik serta kekuatan atau
kelemahan anaknya.
Keputusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap
tahun dicatat dalam Buku Laporan.
Buku Laporan juga mengandungi catatan atau komen oleh
setiap guru mata pelajaran tersebut.
Hal ini membolehkan ibu bapa menasihati, membimbing anakanak mereka dan juga bekerjasama dengan pihak sekolah
untuk membantu anak ini.

Buku kedatangan Murid juga merupakan salah satu lagi rekod


rasmi murid.
Buku ini mencatat kehadiran murid pasa setiap hari persekolahan.
Sehubungan itu, guru boleh mengesan murid yang ada masalah
kehadiran atau kelewatan.
Buku ini membantu guru memperoleh tren kehadiran muridnya.
Buku ini memaklumkan kepada guru bilangan murid di dalam
sesebuah kelas dan jika ada murid yang berpindah keluar atau
masuk atau murid tercicir daripada kelas tersebut.

Maka, murid yang sering tidak hadir, guru boleh


mengambil tindakan menghubungi ibu bapa dan
maklumat kepada mereka.
Selain daripada persekitaran yang kondusif, pengurusan
pentaksiran dan sumber maklumat murid mempunyai
implikasi ke atas proses pembelajaran di dalam biik
darjah.
Dengan itu, maklumat ini mesti sentiasa dikemaskini dan
disimpan dalam keadaan yang baik dan mudah
diperoleh apabila diperlukan.

Kaedah
penyimpanan
data maklumat
peribadi murid

Sistem
konvensional

Sistem moden

Perbezaan Sistem Konvensional dan Sistem Moden


Sistem Konvensional

Menggunakan tempat/ almari/ rak yang


sesuai untuk menyimpan fail.
Menerima kritikan kerana guru kurang
kemahiran.
Proses pencarian memerlukan masa yang
lama akan menyukarkan guru untuk
membuat rujukan atau mencari maklumat
tersebut.
Sistem fail pula memerlukan kod tertentu.
Kod ini perlukan perancangan daripada
awal.
Sekiranya berlaku perubahan pentadbiran,
sistem kod hendaklah tidak berubah

Sistem Moden
Dasar pengurusan kerja tanpa kertas atau
paperless government untuk mencapai
matlamat penggunaan komputer secara
optima dalam pengurusan pendidikan

Menggunakan perisian yang mudah


diperolehi terutamanya yang dibekalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu
perisian Microsoft Office.
Penyimpanan data memerlukan bilangan
komputer yang banyak.

Memerlukan back-up seperti External


Hard Disk atau CD.

Memerlukan kemahiran menggunakan


perisian komputer yang pelbagai.

Kepentingan Pengurusan Sumber Maklumat Murid


Membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang
sesuai dengan minat murid.
Memaklumkan kepada guru mengenai keperluan murid lain.
Pihak sekolah sentiasa melindungi maklumat peribadi murid yang
bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.
Memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau
penjaga supaya dapat berbincang tentang anak murid.
Membantu guru dalam pengurusan bilik darjah khususnya dalam
mewujudkan psikososial yang sihat.
Catatan atau komen guru matapelajaran serta markah purata
membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan
akademik serta kelebihan atau kelemahan anaknya.
Melalui buku kedatangan guru boleh mengesan murid yang ada
masalah kehadiran dan kelewatan.

Sekian, terima kasih

You might also like