You are on page 1of 8

LAPORAN AKTIVITI

MASJID POLITEKNIK
IBRAHIM SULTAN
DAN
KELAB RAKAN MUDA
MASJID

PROGRAM AKRAB
Tarikh

: 9/12/12-13/12/12

Tempat : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan


Objektif
Membimbing pelajar baru politeknik agar mengenali Islam dan
mengamalkannya.
Laporan
AKRAB merupakan program terawal Kelab Rakan Muda Masjid dan merupakan
program yang dijalankan sepanjang minggu suaikenal berlangsung. Sesuai dengan
minggu pertama Takwim PIS, iaitu Minggu SuaiKenal, Akrab mempunyai matlamat
untuk membimbing warga baru PIS agar mengenali dan mencintai Islam untuk
diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian walau di mana juga
mereka berada. Antara cara bimbingan yang dibawa adalah mengimarahkan
masjid, menjaga kebajikan dan memotivasikan warga baru PIS.
Mempunyai tema ISLAM IS THE WAY OF LIFE (Islam Sebagai Cara Hidup) Akrab
akan dijalankan bermula 9 disember 2012 sehingga 13 Disember 2012 iaitu
merangkumi Minggu SuaiKenal dan beberapa hari selepasnya. Sesuai dengan
matlamat Akrab, program ini akan dijalankan di Masjid PIS dan seluruh
kawasannya. Antara program yang telah dirancang adalah Jualan Gerai, Bicara
Helwa, Pameran, dan Pelancaran KRMM.
Disamping itu, KRMM turut membuka peluang kepada pelajar semester 1 untuk
menyertainya. Program telah berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat
sambutan yang mengalakan daripada pelajar semester baru iaitu dengan
penyertaan menjadi sahabat biro Wasilah Utama sepanjang semester ini.

KEM KEKASIH 5
Tarikh

: 21/09/12-23/09/12

Tempat

: Tiram Indah Village

Objektif
1.

Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai


seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah.

2.

Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan


bersepadu dalam segenap aspek.

3.

Menerapkan seni dan hiburan secara terkawal tanpa melanggar batasbatas Islam dengan pembawaan mesej-mesej baik dan membina
sebagai memenuhi tuntutan muda-mudi masa kini.

4.

Melahirkan remaja yang sihat, cergas dan cerdas ke arah melahirkan


pekerja-pekerja Islam yang produktif.

5.

Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara seislam dan


menghargai persahabatan.

6.

Melahirkan rasa cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, ummah dan
kecemerlangan dunia serta akhirat.
Laporan

KEM KE ARAH SATU HARAPAN 5 atau nama ringkasnya


KEKASIH 5 adalah merupakan program untuk membantu dan memberikan
sokongan kepada sistem pendidikan khasnya kepada pihak pentadbiran,
masyarakat dan pertubuhan kerajaan serta bukan kerajaan. Sebagai sebuah
kelab perunding pendidikan latihan dan motivasi adalah menjadi matlamat
utama kami membawa Pembaharuan, Penambahbaikan dan Penyempurnaan
dalam

sahsiah diri termasuk sistem

pendidikan yang berkualiti sebagai

pemangkin dalam menjana kegemilangan diri, keluarga, masyarakat dan


negara.

1. MAJLIS SANTAPAN
UKHRAWI

MALAM SANTAPAN UKHRAWI


Tarikh

: 12/11/2012

Tempat

: Restoran Baiduri

Objektif
1. Mengeratkan silaturahim antara Islam.
2. Menghargai pengorbanan individu yang telah berjasa kepada kelab
dan juga PIS.
3. Melatih ahli Kelab Rakan Muda Masjid terutamanya pelajar semester
satu untuk mengendalikan program.
4. Tanda penghargaan kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Masjid
yang telah berkhidmat tanpa rasa bosan dan jemu dalam memberi
dakwah bagi menegakkan agama Islam.
Laporan
Majlis Santapan Ukhrawi merupakan program jamuan akhir Kelab
Rakan Muda Masjid yang diadakan pada setiap hujung semester. Program
ini dikendalikan oleh pelajar semester 1 yang menyertai Kem Kearah
Satu Harapan 5 (KEKASIH 5). Ia turut
penghargaan

kepada

semua

bertujuan

memberikan

ahli kelab yang bertungkus lumut

menggerakkan dakwah islamiyah dalam kampus selama satu semester.


Melalui program ini, dapat melatih kepimpinan serta memperlihatkan
sifat amanah dalam menggalas taklifan yang diberikan. Tema berteraskan
UKHUWAH SEJAGAT MEMBAWA BERKAT menjadi pilihan kerana dalam
kesatuan kelab mereka bekerjasama dan berganding bahu dalam
melakukan tugas yang diberikan. Selain itu, tema ini menjadi simbolik
kepada ikatan atau perhubungan setiap ahli Kelab Rakan Muda Masjid.
Semoga kesatuan hati yang dibina dapat memartabatkan lagi Islam
dimata masyarakat.

CERAMAH PEPERIKSAAN & SOLAT HAJAT PERDANA


Tarikh

: 1/11/2012

Tempat

: Masjid Kampus

Objektif
Memberi kefahaman kepada pelajar, bagaimana persediaan
menghadapi peperiksaan dan kebergantungan diri kepada ALLAH
Laporan
Ceramah Peperiksaan dan solat hajat perdana adalah di bawah
pengendalian ahli biro kebajikan dengan kerjasama Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar. Program diadakan bagi memberi pendedahan kepada
pelajar langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap pelajar sebelum,
semasa dan selepas peperiksaan. Selain itu, ia juga sebagai pendorong
motivasi dalam menaikkan semangat para pelajar untuk menghadapi
peperiksaan. Majlis bermula dengan buka puasa sunat bersama-sama di
masjid. Selepas solat fardu maghrib, pelajar melakukan solat sunat
berjemaah manakala selapas Isyak majlis diserikan lagi dengan Ceramah
Peperiksaan oleh penceramah jemputan dari luar kampus. Sesi ceramah
berlangsung selama 1 jam. Pelbagai input menarik yang dikongsikan
kepada pelajar agar diaplikasikan dalam kehidupan. Majlis ini diakhiri
dengan sedikit jamuan ringkas kepada semua yang hadir.

You might also like