You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BESAR

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL. 1/ 2015


Tarikh : 6 Januari 2015 (Selasa)
Masa

: 10.00 pagi

Tempat: Bilik Gerakan SK Pulau Besar


KEHADIRAN:
1.
2.
3.
4.

CIK NOR JAURIAH BT OTHMAN


PN MAHNIZA BT MAHAMOOD
PN. HAMIDAH BT HASAN
CIK SITI ZAILIFFAH BT MOHD ZAIN

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat panitia
Sains kali ini.
1.2 Beliau juga menyatakan bahawa mesyuarat kali ini mungkin dapat memberi garis panduan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk tahun 2015 ini.
Makluman
2.0 POST MORTEM 2014
2.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru khususnya tahun 6 kerana semua murid
tahun 6 lulus dalam subjek Sains dan sebanyak 5 orang telah mendapat A.
2.2 Pencapaian untuk subjek Sains ini telah menunjukkan segala program yang dirancang pada
tahun lepas berjaya dan harus diteruskan untuk tahun ini.
Makluman
3.0 PERANCANGAN PANITIA 2015
3.1 Pengerusi menyatakan bahawa Minggu Sains akan diadakan mengikut takwim yang
disediakan dan akan bergabung dengan Panitia Matematik seperti tahun lepas.
3.2 Pengerusi juga menyatakan bahawa perancangan tahun ini ialah memberi in house training
kepada guru tentang solan KBAT dan juga KPS.
3.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa program kelas tambahan akan dijalankan seperti tahun
lepas.
Semua guru
4.0 PEPERIKSAAN DAN UJIAN BULANAN
4.1 Peperiksaan dan ujian bulanan akan dijalankan mengikut takwim kurikulum
4.2 Format bagi soalan yang dibina haruslah mengikut format UPSR bagi tahap 2 iaitu
mempunyai bahagian A yang berupa soalan objektif dan bahagian B iaitu soalan subjektif.
4.3 Pengerusi juga mengingatkan para guru agar menyediakan soalan sesuai dengan tahap pelajar
dan bukannya hanya fotokopi terus daripada buka-buku kerja Sains.
Semua guru sains

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Guru-guru yang mengajar tahun 5 sudah memulakan pengajaran Sains dalam KSSR.
5.2 Perancangan tahunan untuk Sains tahun 5 haruslah dibuat kerana subjek ini adalah baru
bermula pada tahun ini.
Semua guru
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru dan mengharapkan
kerjasama sepenuhnya untuk memantapkan pencapaian Sains di sekolah ini.
Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.


Minit disediakan oleh,

Minit disemak oleh,

..

Pn. Mahniza bt Mahamood


Setiausaha Panitia Sains
07 Januari 2015

Cik Nor Jauriah bt Othman


Ketua Panitia Sains SK Pulau Besar

You might also like