You are on page 1of 3

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak
seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk
sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.
Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal
termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya.
Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang
mementingkan kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1,
denggi, chikukunya dan lain-lain.
Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting
dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan
perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru
dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.
Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan
merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan
lambing ketamadunan seseorang.
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun,
kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang
ada di negara kita. Mengapa ini terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan
raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??
Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar,
mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna
mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat
ditingkatkan.
Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling menghormati
antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan sentiasa diaplikasikan
pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat
diselamatkan.
Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan
kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua pengguna
bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu, berhati-hati di
jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita. Sekian, terima kasih.
FAEDAH MENABUNG

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap
orang? Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat
cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.
Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang
diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang disimpan
dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama
untuk membeli keperluan persekolahan.
Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang disimpan secara
berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran adalah tinggi. Ini
membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan
seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.
Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah
kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata orang
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima kasih.
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan makanan
seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah makanan
yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti
karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.
Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil makanan
seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan
individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.
Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan berkarbohidrat
pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di dalam kelas,
pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam. Malahan makanan
seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.
Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa pemakanan
yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang
memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang
untuk kestabilan kesihatan. Terima kasih.
KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah
dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan
permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.

Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manafaatnya adalah kegiatan
kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama,
melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan
memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan
sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.
Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan masa
senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah, berekspedisi,
berkayak dan lain-lain. Ini membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral
dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.
Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada
para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata orang; kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai
faedahnya!
Sekian, terima kasih.

You might also like