You are on page 1of 2

Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana

kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar
kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;
Sistem Pendidikan.
Bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang, ia boleh dilakukan melalui pendidikan
secara formal. Misalnya kementerian telah memasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi
subjek Pengetahuan Moral, Agama Islam ,Alam dan Manusia dan Lukisan nilai-nilai murni
yang perlu ada pada individu. Selain itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyemaikan
nilai-nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar. Misalnya semangat bekerjasama dan
aktiviti rekreasi yang dijalankan dapat mendekatkan manusia dengan alam sekitar. Penubuhan
Badan Kebajikan di sekolah-sekolah juga merupakan satu lagi pendekatan ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang yang mana fungsi badan ini ialah untuk membantu
golongan yang susah dan bermasalah.
Grur-guru
Guru berperanan dalam menerapkan nilai atau sifat penyayang. Guru-guru adalah komponan
penting dalam merealisasikan hasrat ini. Guru-guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada
pelajar-pelajar mereka. Ini adalah kerana tutur kata dan tindak tanduk guru menjadi perhatian
dan rujukan murid, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki peribadi yang
cemerlang dan menjadi teladan atau role model terbaik kepada anak didik dan
masyarakatnya.
Pihak Sekolah
Dalam menentukan kecapaian wawasan 2020, nilai-nilai murni dan konsep masyarakat
penyayang seharusnya menjadi asas dan tunjangnya. Pelbagai program dan aktiviti boleh
dirancang untuk menjadikan ilai-nilai murni dan konsep masyarakat penyayang berakar umbi
dan menjadi budaya di sekolah. Kempen-kempen, seminar, kem-kem motivasi boleh diberi
imej dan pengolahan baru dalam menjayakan hasrat melahirkan pelajar yang penyayang dan
hidup berdasarkan nilai-nilai murni yang disepakati. Di samping itu juga, sokongan dan
dokongan yang kuat seluruh warga sekolah akan mempercepatkan usaha-usaha murni yang
diidamkan dan dicita-citakan ini.

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)


PIBG adalah ases yang cukup baik antara guru dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu membantu
hasrat sekolah demi masa depan anak-anak mereka. Ibu bapa adalah cerminan pelajar
sewaktu di rumah. Matlamat dalam melahirkan masyarakat penyayang perlu dikongsi
bersama antara sekolah dan ibu bapa melalui PIBG.Tindakan seiring sejalan antara sekolah
dan PIBG perlu dipereratkan. Tindakan sederap cukup penting supaya tiada pihak yang
memandang rendah dan mengabaikan aspek yang penting ini. Semua aktiviti sekolah dan
PIBG perlu menerapkan nilai tersebut. Penglibatan ibu bapa dalam semua program sekolah
perlu diberi perhatian oleh PIBG.
Peranan Badan-Badan Sukarela dan Agensi Sosial.
Badan-badan sukarela (NGO) juga mempunyai peranan penting dalam menyemaikan budaya
penyayang ini. Badan-badan seperti Kelab Leo, Kelab Rotary dan Kelab Interact merupakan
beberapa badan sukarela yang telah bergerak secara aktif dalam membantu golongangolongan yang kurang bernasib baik. Selain daripada menghulurkan bantuan kewangan dan
pakaian, mereka juga mengadakan lawatan untuk beramah mesra dengan golongan-golongan
ini supaya mereka tidak berasa tersisih dari masyarakat.
Kesimpulan
Hubungan yang mesra antara guru dan murid, guru dan ibubapa serta sayang-menyayangi
antara satu sama lain dalah mekanisme penting dalam pembinaan masyarakat penyayang.
Usaha-usaha menjadikan budi bahasa, nilai-nilai murni dan akhlak ini perlu ditumpukan
supaya kebaikan yang terhasil darinya bukan mesti disuruh-suruh tetapi dijadikan tabiat dan
tercerna dalam kehidupannya..

You might also like