You are on page 1of 2

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM


atau ATM.
7.1.

Kawad Asas:
a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan
dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di
hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan
Dikenakan penalti.
b. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan
menghadap ke hadapan, ke kanan pusing.
c. Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak.
d. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
Contoh bahasa hukuman Ke kanan...lurus. Pandang...depan
e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa
Ketua Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia
dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah
Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 /
Pengakap P1 ) siap untuk diuji, tuan. Selepas Ketua Hakim
menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman
Terima kasih tuan.
f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun
diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut
urutan:
i.
Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri
bertiga-tiga , ke kiri.....pusing.
ii.
Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke
kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
iii.
Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman:
Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusing
iv.
Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris
akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing .
g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Contoh
bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak.
h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad
dinamik). Contoh bahasa hukuman: bergerak ke kiri bertiga-tiga,
ke kiri......pusing.
j. Berjalan dalam masa cepat jalan sebanyak satu pusingan dan
apabila membelok, beri hukuman kiri belok. (Rujuk Pelan Litar
Pertandingan 2).
k. Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan
setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A.

l. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan


pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok,
contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke
kanan....pusing diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam
barisan melintang melintasi para hakim.
m. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak
ke kiri bertiga-tiga, ke kiri.....pusing diberikan.
n. Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah
skuad berada antara kon C dan kon D.
o. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok
diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan.
Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan
kawad berikut mengikut urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: Hormat ke
kanan....hormat.
ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: Hormat ke
hadapan....hormat.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar
langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah,
tukar langkah, maju.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: Hormat selaku
terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah
perlahan, perlahan.....jalan.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman:
Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang....pusing.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah
cepat, cepat jalan.
viii.Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri bertigatiga, ke belakang....pusing.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: Baris akan
menghadap ke belakang, ke kiri......pusing.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Baris akan
menghadap ke hadapan, ke belakang......pusing. (tiada
hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:Hentak kaki.
xii. Henti. Bahasa hukuman: Skuad....henti.
Mara mengadap, (10 14 langkah diakhiri dengan tabik). Bahasa hukuman: skuad
akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan. (Ketua Platun akan bersama-sama
skuad ketika mara mengadap)

You might also like