You are on page 1of 25

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014


KAL 3033
PENDIDIKAN SOSIAL EMOSI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN 1
Konsep kendiri elemen penting untuk perkembangan diri kanak-kanak secara
menyeluruh.

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
PUSAT PEMBELAJARAN
: UPSI 01(A132PJJ)
NO UNTUK DIHUBUNGI

NAMA TUTOR E-LEARNING

TARIKH SERAH

: 18 April 2014

NO. MATRIK

Isi Kandungan
Bil
1.
2.

3.
4.

Isi kandungan
Pengenalan .
Konsep Kendiri
a)Definisi
b)Teori-teori
c)Peringkat perkembangan Konsep Kendiri oleh Erikson
d)Deria kendiri
e)Pembentukan konsep kendiri
f)Struktur Konsep kendiri
g)Jenis-jenis Konsep kendiri
- Konsep kendiri positif
- Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif.
- Konsep kendiri negatif
- Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif.
- Kesan konsep kendiri negatif
h)Pengawalan ibubapa terhadap pembentukan Konsep Kendiri
i)Sistem Kaizen

Muka surat
3-4
4- 22

Penutup.
23-24
Rujukan/Bibliografi.
25
.

PENGENALAN
Kendiri adalah konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri. Sukar
untuk menentukan bila kanak-kanak mula memahami kewujudan mereka. Mengukur kesedaran
kanak-kanak pula bukan mudah. Kita tidak dapat bertanya kanak-kanak berumur tiga tahun
dengan menyoal. Kita memerlukan pendekatan secara tidak langsung. Contohnya menyuruh
kanak-kanak melihat cermin. Apabila ia menyentuh hidungnya setelah melihat muka di cermin,
kita sedar bahawa kanak-kanak tahu yang itu adalah rupanya. Ini menunjukkan kanak-kanak
mula membina konsep tentang diri mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran
kendiri iaitu sedar tentang kewujudan diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka,
kanak-kanak mula memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka dan ingin
mendefinisi diri mereka.
Cara berfikir dan tingkahlaku seseorang murid dipengaruhi oleh konsep kendiri. Konsep
kendiri yang positif akan menghasilkan keyakinan diri yang tinggi dan mempengaruhi kejayaan
dri seseorang murid. Namun sebahagian murid kurang berkeyakinan dan menunjukkan sikap
yang pasif samaada didalam atau diluar sekolah. Konsep kendiri seseorang sangat dipengaruhi
kerjaya dalam sesuatu bidang. Tanpa disedari konsep kendiri ini juga boleh berubah ubah dalam
satu jangka waktu tertentu. Ia dipengaruhi oleh faktor persekitarannya seperti ibubapa, keluarga,
guru, rakan sebaya dan juga masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, apabila berlaku penceraian
dalam sesebuah keluarga , peristiwa ini mungkin meninggalkan kesan negative keatas diri
seseorang. Kesannya ia mengubah konsep kendiri seseorang seterusnya mengubah personalitinya
kepada personality yang baru. Pencapaian akademiknya juga akan turut terjejas disebabkan
peristiwa tersebut.Joseph Campbell (1985) mempercayai bahawa konsep kendiri yang berdikari ,
arah kendiri tidak berkembang sehingga 800 tahun dahulu.
Antara 700 dan 1500 , konsep kendiri dikenal sebagai yang lemah , berdosa , kasar,
bersifat mementingkan yang betul dan cukup memahami diri untuk menentukan jenis tindakan

yang dirasakan betul. Dengan erti kata yang lain, kita mesti memahami diri kita , baru kita boleh
tentukan matlamat hidup dan kesempurnaan kendiri.
Hari ini, konsep kendiri kita, iaitu pengetahuan kita , andaian dan perasaan tentang diri
kita, adalah pusat kepada kebanyakan proses mental. Kesedaran kendiri adalah antara satu
konsep yang terpenting dalam psikologi. Kita tahu bahawa konsep kendiri setiap individu adalah
berbeza antara satu sama lain.Tetapi hairannya , tiada satu persetujuan tentang struktur umum
atau isi konsep kendiri.Ada pepatah mencadangkan bahawa anda mempunyai satu kendiri benar
atau kendiri tulenseperti yang dikatakanjadi anda sahaja. Kendiri benar mungkin sama dengan
identiti yang kamu lebih suka atau kendiri yang terbaik.Kendiri ini kemas, seragam,penerangan
positif stabil yang relatif tidak padan dengan realiti yang kebanyakkan kita mengalaminya.
Nampaknya kita mempunyai satu kendiri dengan banyak bahagian , ada yang disukai dan ada
yang tidak.

Definisi konsep kendiri


Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Gambaran
inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa paras ,
kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkahlaku kita.
Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri
atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri samaada secara positif atau negatif. Ia
berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita , perkara yang berlaku pada diri kita
dan perkara yang akan berlaku pada diri kita.
Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain.
Konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya
dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri
meliputi aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami
semenjak kanak-kanak masih kecil lagi.
Menurut Harter (1983), dalam bukunya ,Becoming a Person, konsep kendiri ialah agen
perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai
objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh
itu, ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur
secara positif.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi
seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya , persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan
orang lain dan persekitarannya .
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staatts(1963),
berpendapat, konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu
dan juga proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.
5

Syarifah Alawiyah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi ,


peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan
persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkahlaku perasaan dan fikiran.

Teori-teori Konsep Kendiri


a)Teori Karen Horney (1950)
Menurut Horney (1950) dalam Azizi (2005), mengemukakan teori konsep kendirinya
dengan mengambil kira konsep kendiri sebenar dan konsep kendiri ideal. Beliau menyatakan
konsep kendiri sebenar merujuk kepada perkara-perkara yang benar tentang diri seseorang.
Beliau juga mendefinisikan konsep kendiri ideal sebagai apa yang diinginkan atau dihasratkan
oleh seseorang itu untuk memilikinya.
b) Teori Pemusatan Individu Carl Roger (1951).
Menurut Roger (1951) dalam Azizi dan Jaafar (2006), Konsep kendiri didefinisikan
sebagai definisi diri yang diberikan pada diri sendiri secara sedar . Apabila menggunakan
perkataan saya , iaitu ia adalah gambaran persepsi kendiri yang tersusun yang dapat dibawa
keperingkat sedar. Menurut Roger (1951) dalam Azlina (2002), beliau menolak pendapat bahawa
manusia dikawal oleh dorongan bawah sedar. Beliau juga menekankan bahawa pengalaman pada
masa sekarang lebih penting daripada pengalaman lepas. Roger yang mengemukakan Terapi
Pusatan Klien, beliau berpendapat bahawa konsep kendiri adalah terdiri daripada gabungan
diantara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi orang lain
terhadap dirinya. Contohnya , jika seseorang individu mempunyai konsep kendiri yang dirinya
adalah seseorang yang baik dan bila berada di dalam sesuatu persekitaran , dia dilayan dan diberi
perhatian sebagaimana yang sepatutnya diberikan kepada orang baik.
Pada tahun 1951, Carl Rogers telah melihat kendiri dalam aspek yang lebih mendalam
dan luas.Beliau membahagikan kendiri global kepada kendiri sebagai mengetahui I dan kendiri
sebagai diketahui me. Kendiri yang mengetahui I aktif memproses pengalaman dan adalah
konsep universal di mana semua orang dapat memproses pengalamannya. Kendiri sebagai

diketahui me pula ialah kandungan apa yang dialaminya dan merupakan konsep yang spesifik
kepada individu tersebut.
Bagi kendiri sebagai diketahui me, Rogers (1985) membahagikan kendiri sebagai objek
(struktur) yang bermaksud persepsi individu terhadap dirinya atau imej kendiri dan kendiri
sebagai proses iaitu penghargaan individu terhadap kendirinya. Ini seterusnya akan membentuk
konsep kendiri yang terdiri daripada kognisi kendiri, kendiri dari aspek orang lain dan kendiri
ideal.
c) Teori Maslow (1970)
Kebiasaanya , individu cenderung untuk membuat penilaian terhadap dirinya berdasarkan
kepada tanggapan dan layanan orang-orang disekeliling terhadap dirinya . Individu akan lebih
berkeyakinan pada dirinya sendiri jika tanggapan dan layanan yang positif dan baik diberikan
kepadanya. Di sini satu konsep kendiri akan terbina iaitu penilaian tentang diri sendiri dan akan
mempengaruhi sikap , interaksi sosial dan juga personaliti seseorang. Seterusnya , ia juga
mempengaruhi matlamat dan juga cita-cita seseorang dalam memenuhi kehendaknya.
Pernyataan ini , sesuai dengan teori yang dikemukakan oleh Abraham Maslow(1970)
iaitu Teori Hierarki Keperluan. Menurut Maslow (1970) dalam Azlina (2002), beliau
mengkelaskan keperluan asas manusia kepada lima keperluan mengikut hierarki. Keperluan asas
tersebut ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan , keperluan kasih sayang , penghargaan
kendiri dan juga peringkat yang tertinggi iaitu kesempurnaan kendiri.
d) Teori Hierarki Keperluan Maslow sebagai Model Kajian Konsep Kendiri.
Teori ini menekankan bahawa seseorang individu perlu memenuhi kesemua keperluan
asas iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan kasih sayang sebelum
memenuhi keperluan penghargaan kendiri dan mencapai kesempurnaan kendiri. Jika keperluan
asas telah dipenuhi , seseorang individu akan lebih yakin pada diri dan seterusnya membina
konsep kendiri yang positif.
e) Penggunaan Teori Hierarki Keperluan Maslow

Teori Hierarki Keperluan Maslow menekankan komponen keperluan asas seseorang


individu yang perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu keperluan fisiologi , keperluan keselamatan
dan keperluan kasih sayang sebelum memenuhi komponen keperluan yang lebih tinggi iaitu
penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Seseorang individu akan mempunyai konsep
kendiri yang positif jika individu tersebut telah mencapai kesempurnaan kendiri. Keperluan asas
perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum mencapai tahap kesempurnaan kendiri.

Konsep Kendiri
Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan
lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi konsep
kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja dan disirami
air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita perlu menjalankan
tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan konsep kendiri
kanak-kanak berdasarkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek
fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin
tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanak-kanak
adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep
kendiri kanak-kanak , ia perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.
Kanak kanak suka meniru perwatakan orang yang lebih dewasa. Selain ibu bapa , guru juga
memainkan peranan yang penting sebagai agen membentuk perkembangan konsep
kendiri.Semasa murid berada di sekolah, guru hendaklah mempertingkatkan kualiti kendiri
kanak-kanak seperti mempunyai keyakinan yang tinggi dan percaya yang anda boleh
menyempurnakan tanggungjawab dalam kerjaya dengan betul , mempunyai kemahiran mengurus
kanak-kanak, boleh mengawal perasaan marah, mengeluarkan bunyi suara yang lunak dan
mesra ,keupayaan menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak, dan juga guru hendaklah
menerima kanak-kanak yang ada dalam kelas mereka tanpa syarat.

Peringkat perkembangan Konsep Kendiri oleh Erikson


Pada peringkat Maskular anal / Autonomi lawan perasaan malu dan keraguan (18 bulan
hingga 3 tahun)

ia mempunyai kaitan dengan peringkat dubur (anal) dalam teori Freud dan

berlaku semasa kanak-kanak berusia di antara 2 3 tahun. Mengikut Teori Erikson, tahap
perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Perkembangan pada
peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam diri kanak-kanak iaitu autonomi
lawan rasa malu atau sangsi. Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami
bahawa mereka boleh mengawal tindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai
autonomi ke atas diri mereka. Mulai usia 18 bulan, konsep kendiri seseorang mulai nyata.
Seseorang kanak-kanak mulai mengetahui apa yang diperkatakan dan lakukan itu merupakan
satu tindakannya dan bukanlah orang lain. Keinginan untuk bertindak secara bebas juga
meningkat. Kanak-kanak lebih suka membuat sesuatu tindakan itu secara individu dan bukannya
bergantung kepada orang lain untuk membuatnya. Pada peringkat ini juga seseorang kanakkanak mungkin percaya yang dirinya adalah cekap dan berkebolehan. Sebaliknya, jika dia berasa
yang dirinya kurang cekap dia akan berasa malu dan mula meragui kebolehan dirinya. Tingkah
laku kanak-kanak yang sentiasa dipuji dan diterima akan menyebabkan dia berasa lebih
berkeyakinan lagi. Sebaliknya, tingkahlaku yang menyebabkan dia didenda atau dimarahi akan
menyebabkan kanak-kanak itu berasa malu atau ragu-ragu. Menurut Erikson, tingkahlaku yang
tidak diingini hendaklah dikawal dan yang diingini dipuji pula. Dengan cara ini kanak-kanak
akan mengenal jenis-jenis tingkahlaku yang digalakkan dan yang hendak dielak. Kecenderungan
kanak-kanak hendak berfungsi secara bebas hendaklah diterima serta didorongkan. Perasaan
autonomi dan kawalan kendiri akan terbentuk jika ibu bapa memberi bimbingan kepada anakanak. Dengan ini, anak-anak akan memiliki perasaan positif terhadap orang lain dan berasa
bangga. Nilai (virtue) yang timbul di sini adalah will, iaitu kehendak atau kuasa untuk
membuat keputusan dan penilaian dengan bebas atau mengawal dengan kemahuan sendiri.
Menerusi kefahaman ini, dapat autonomi bermaksud kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan
hingga 3 tahun berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau
orang lain yang sebaya dengannya. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak
mendapatkan autonomi, mereka mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi.
Mereka rasa malu jika gagal menangani sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan sangsi

memberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak ke atas dunia
dengan kekuatan sendiri.
Pada

peringkat

Lokomotor

genital

/Inisiatif

lawan

bersalah(3

hingga

tahun),mempunayai kaitan dengan peringkat phallic dalam teori Freud. Jika konflik pada
peringkat sebelumnya berjaya diatasi ,kanak-kanak berasa dirinya kini mempunyai hak. Ketika
ini kanak-kanak yang berumur 3 tahun , perasaan autonominya sudahpun mencapai aras
perkembangan yang tinggi jika adanya galakkan.Selain itu, kanak-kanak diperingkat ini juga
ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Keinginan seperti ini dikenali
sebagai inisiatif. Perkembangan inisiatif adalah amat penting dalam lingkungan usia 3 hingga 6
tahun. Sekiranya trait inisitif hendak dipupuk , kanak-kanak seharusnya sentiasa didorong untuk
mencuba sesuatu yang baru. Piaget menekankan aktiviti ini sebagai keperluan untuk
perkembangan intelek. Ia juga perlu untuk perkembangan psikososial.Inisiatif merupakan trait
yanga akan membantu kita sepanjang hayat. Sekiranya tidak digalakkan pada peringkat ini,
perkembangan seseorang kanak-kanak itu mungkin terjejas.Dari galakkan yang diberikan kepada
kanak-kanak untuk meneroka dan mencuba, mereka akan menyedari keupayaan mereka serta
potensinya. Mereka akan mula mengetahui yang mereka itu boleh mengarahkan diri mereka
untuk mencapai sesuatu yang berfaedah.Kanak-kanak dalam keadaan tersebut akan membesar
menjadi seoarang dewasa yang berinisiatif. Jika sebaliknya, kanak-kanak yang tidak dibenarkan
mencuba dan meneroka akan membesar menjadi individu yang kurang berinisiatif serta rendah
keyakinan diri. Kanak-kanak seperti ini sering berasa bersalah. Perkembangan konsep kendiri
yang sebeginilah yang akan dilihat membentuk konsep kendiri yang negatif.
Pada peringkat Latency /Ketekunan lawan kompleks rendah diri (6 hingga 12 tahun),
dilihat ada persamaan teori Freud. Ketika mencapai usia 6 tahun , kanak adalah amat bertenaga.
Kebolehan dalam berbahasa telah meningkat. Mereka mula mencapai peringkat operasi
konkrit.Mereka berupaya mengambarkan tranformasi dan pertalian diantara dua situasi yang
berkaitan iaitu memahami proses pembalikan serta berfikiran logik.Mereka juga boleh
memehami konsep ruang , kelajuan ,masa dan sebab musabab sesuatu kejadian. Mereka juga
berkeupayaan menyusun idea-idea mengikut urutan juga boleh memahami sesuatu idea dari
beberapa segi. Ini juga bermakna mereka sudah bersedia untuk menerima pandangan-pandangan
orang lain.Bahasa mula digunakan dengan agak betul dan tepat selagi ia adalah tentang objek10

objek yang konkrit. Konsep tentang kejujuran dan taat setia masih lagi sukar difahami.
Persaingan dalam permainan mula bertambah hebat. Kanak-kanak tidak lagi mudah menerima
kekalahan dan pertengkaran juga sentiasa berlaku dalam permainan di mana unsur persaingan
adalah kuat.Menurut Erikson , kanak-kanak pada peringkat ini perlu menyalurkan tenaga mereka
kearah menghasilkan sesuatu yang baik. Tugasan yang dijalankan hendaklah menghasilkan
sesuatu seperti penyelesaian, produk, kemahirqan atau kefahaman. Apabila tenaga kanak-kanak
ditujukan kepada tugasan yang bertujuan , ketekunan individu tersebut akan dipupuk.Ketekunan
ini akan meningkatkan lagi ketrampilan iaitu keupayaan untuk melakukan atau membuat
sesuatu.Pada peringkat ini , merupakan kunci bagi perkembangan sikap yang rajin melalui
keinginan untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah. Keinginan ini hendaklah sentiasa
digalakkan.Sekiranya keinginan itu dihalang ,suatu perasaan rendah diri dan kurang yakin akan
dibentuk . Orang dewasa akan menjadi marah jika sesuatu aktiviti itu menimbulkan kebisingan.
Amalan seperti inilah akan menyebabkan seeorang kanak-kanak itu rasa bersalah. Oleh yang
demikian,aktiviti-aktiviti yang berfaedah dilakukan oleh kanak-kanak hendaklah dipuji dan
digalakkan agar sikap ketekunan mereka dapat dipupuk.
Deria Kendiri
Menurut Kash & Borich (1978) dalam bukunya Teacher Behavior & Pupil SelfConcept, konsep kendiri yang umum terdiri daripada lima deria kendiri iaitu deria kendiri
berpendirian, deria identiti kendiri , deria perkembangan kendiri, deria penghargaan kendiri dan
deria imej kendiri. Model ini dikatakan mewakili komponen-komponen dalam bentuk bersifat
psikologi yang konsisten dan biasa kepada kesemua konsep kendiri.Kendiri pendirian adalah
yang paling dominan dan penting. Ia merujuk kepada kebolehan merasa atau melihat yang umum
berkenaan keselamatan atau bahaya. Penerimaan penolakkan dan percaya tidak percaya orang
lain dan persekitaran. Identiti kendiri merujuk kepada kebolehan kendiri bergabung dengan
orang lain dan persekitaran dan mempunyai identiti peranan dan terlibat sebagai ahli sosial
melalui komunikasi. Perkembangan kendiri merujuk kepada kendiri sebagai pelaksana , pelajar
dan orang yang mengetahui yang diekspresikan sebagai kecemerlangan kendiri. Penghargaan
kendiri merujuk kepada pengesahan kendiri, pengiktirafan dan mengenalpasti berkenaan impak
daripada orang lain dan persekitaran. Imej kendiri pula merujuk kepada keadaan nilai sekarang
dan masa lepas berdasarkan imej kendiri dan nilai berdasarkan kendiri unggul.
11

Terdapat lima aspek yang terdapat dalam The Tennessee Self-Concept Scale (TSCS)
sepertimana yang dikemukakan oleh Fitts (1965) iaitu :
a)Kendiri Fizikal
Dalam bahagian ini, individu akan memberi pandangan tentang tubuhnya , perawakan ,
kesihatannya , kemahiran dan fizikal keperluan seks.
b) Kendiri peribadi
Pernyataan-pernyataan yang dapat mencerminkan nilai diri yang dirasai individu iaitu
perasaan dan nilainya terhadap peribadi yang tidak ada berkaitan dengan fizikalnya atau
hubungannya dengan orang lain.
c)Kendiri Moral dan Etika
Aspek ini memberi gambaran kendiri individu dari segi moral dan kesusilaan. Ia
menyentuh tentang soal-soal harga diri , hubungan dengan pencipta , perasaan sebagai orang baik
dan orang jahat dan rasa puas hati atau sebaliknya terhadap agama yang dianutinya.
d)Kendiri Keluarga
Ia memberi gambaran tentang perasaan dan persepsi terhadp kepentingan dan fungsi diri
terhadap keluarga dan penerimaan keluarga terhadap diri, iaitu mempunyai kesedaran setakat
mana dirinya berharga dan bermakna kepada keluarga.
e) Kendiri Sosial
Kendiri sosial ini memberi gambaran tentang diri berpandukan diri yang menyentuh
tentang aspek perhubungan dengan orang lain . Ia jelas mencerminkan Sense of adequancy and
worthdalam soal interaksi sosial dengan orang lain.
Pembentukan Konsep Kendiri
H.W.Marsh dan R.J.Shavelson (1985) telah mendapati bahawa murid-murid mempunyai
beberapa konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling berkaitan. Konsep kendiri mereka
terbentuk oleh konsep-konsep kendiri lain yang lebih spesifik. Secara keseluruhannya konsep
12

kendiri dapat dibahagi kepada tiga bahagian dalam bidang yang berbeza iaitu inggeris,
matematik dan bukan akademik termasuk juga dalam bidang seni.
Struktur Konsep Kendiri
Kash dan Borich (1978) dalam Prof. Dr Azizi b. Yahaya mempunyai kefahaman
tersendiri terhadap konsep kendiri dan konsep kendiri. Mereka melihat perkembangan
kendiri dari perspektif interaksi sosial. Definisi mereka terhadap konsep kendiri ialah satu
kesedaran atau pengenalan psikologikal terhadap kendiri yang abstrak, di mana proses kesedaran
dan pengenalan ini didorong oleh interaksi sosial, dan akan selalu berubah mengikut
perkembangan pengalaman.
Kash dan Borich mencadangkan konstruk kendiri sebagai konstruk tiga komponen iaitu
kendiri pelaku, kendiri proses dan kendiri objek. Konsep kendiri juga boleh diterangkan
dengan hasil daripada proses psikologikal ( contohnya penilaian ) yang dilaksanakan ke atas
pengalaman psikologikal, yang seterusnya dapat mempengaruhi respon individu terhadap proses
dan pengalaman baru . Dengan ini, mereka memperkenalkan satu model struktur konsep kendiri
yang terdiri daripada lima komponen mengikut perkembangan kendiri termasuk kendiri fizikal
( bodily self ), identiti kendiri ( self identity ), kendiri pelaksana ( self extension ), estim kendiri
dan imej kendiri.
Kendiri fizikal merupakan satu pengertian diri terhadap kewujudan sendiri yang
mempunyai bentuk, kandungan dan kewujudan yang tertentu, dan dengan kesedaran kewujudan
ini seseorang dapat berbeza dengan persekitarannya.
Identiti kendiri merujuk kepada pengertian kendiri dalam perhubungan diri dengan orang
lain atau persekitarannya, di mana perhubungan ini membawa kepada peranan dan identiti dalam
penglibatan sosial.
13

Kendiri pelaku mewujudkan kesedaran perwakilan dan penanggungan diri, di mana


kesedaran ini akan mendorong kepada satu kendiri pelaksana ( performing self ) yang meneroka
kendiri seseorang yang belum tentu ( unknown self ).
Estim kendiri merupakan hasil pengesahan, penerimaan dan persetujuan terhadap
dirinya. Ia berhubung rapat dengan kendiri imej atau pengertian terhadap penilaian diri dan ideal
diri sejak dahulu sampai sekarang.
Jenis-jenis konsep kendiri
Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran seperti
didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara mara dan
harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri. Kasih sayang dan penerimaan
orang lain daripada persekitaran boleh mengubah konsep kendiri seseorang kanak-kanak.
Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada bagaimana seseorang bertindak balas kepada
elemen-elemen persekitaran.Kanak-kanak yang dididik dengan kasih sayang dan sempurna akan
membentuk pandangan positif tentang diri, begitu juga sebaliknya.Konsep kendiri dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan negatif.

Konsep kendiri positif


Jika kita perhatikan seseorang yang sering dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah
mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang mempunyai konsep
kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan dan perhatikan yang baik samaada daripada
ibubapa sendiri , keluarga, guru , rakan-rakan mahupun orang berada di persekitarannya.
Individu ini akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan .
Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh
terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu. Individu ini juga tidak mudah melatah atau
mengalah dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya
kegagalan , akan diterimanya dengan tenang dan tabah. Selain itu juga , individu ini bersifat
14

optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia
juga bersifat lebih tenang , mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi.
Individu ini sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi.Individu dalam kategori ini
juga sentiasa merasa bahagia , tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha untuk memikul
tanggungjawab dengan amanah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif


Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri. Antaranya
adalah pengalaman,penampilan fizikal, pengaruh budaya, kasih sayang dan layanan baik dari
keluarga dan juga keadaan persekitaran. Individu yang sentiasa memperoleh ganjaran yang
positif seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya sejak dari kecil apabila melakukan
sesuatu samaada mendapat kejayaan mahupun kegagalan adalah antara individu yang
memperolehi konsep kendiri yang positif. Peneguhan yang paling berkesan berkesan adalah
datangnya dari ibubapa kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan individu
tersebut. Di antara contoh peneguhan yang positif ialah Pandainya anak mama dan juga Baik
anak mama hari ini.
Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada ibubapa
dan keluarga juga berkemungkinan besar akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Ini
kerana

individu

tersebut

tidak

akan

merasa

kekurangan

dan

kekosongan.

Dalam

hidupnya.Mereka akan sentiasa merasa di hargai dan merasa ada orang yang ada bersamasamanya dalam melakukan sesuatu.
Keadaan dan persekitaran keluarga juga turut mempengaruhi seseorang individu dalam
membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni akan
membantu seseorang membina konsep kendiri yang baik. Sekiranya keluarga berada dalam
keadaan yang harmonis dan ceria, setiap daripada ahli keluarga akan berasa selamat dan gembira
dilahirkan dalam keluarga tersebut.
Selain itu individu yang sering mendapat pengiktirafan sama ada dari ibubapa , guru dan
rakan-rakannya berjaya membentuk konsep kendiri positif. Individu ini akan sentiasa dalam
15

keadaan riang dan gembira kerana dapat membuatkan orang yang berada di persekitarannya
mempercayai dan yakin dengan kebolehannya.
Keyakinan tinggi yang ada dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep
kendiri yang positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada diri
sendiri akan menyebabkan individu terbabit akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk
dirinya tanpa merasa takut dan malu apabila mengalami kegagalan.

Konsep kendiri negatif


Jika kita lihat individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan samaada dalam bidang
apa sekalipun , biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif. Berbeza
penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana individu
jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati , tidak gembira , cepat merajuk serta perasaannya
mudah tersinggung.Individu dalam kategori ini biasanya merasakan dirinya tidak berguna lagi
kerana kualiti hidupnya amat teruk dan tiada usaha untuk mengatasi masalah kehidupannya.
Mereka ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru , rakan-rakan
dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang
atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain .
keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan dimana individu tersebut akan berasa dirinya
mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu
berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut
akan menjadi seorang yang pasif , sentiasa dalam keadaan yang muram dan tidak mudah untuk
bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya. Mereka yang
tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri negatif biasanya suka
melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan.Mereka juga suka
bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan yang mempunyai
kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat menyedihkan , mereka ini amat mudah
dipermainkan oleh orang lain.Individu yang mempunyai konsep kendiri yang negative
mempunyai emosi dan mental yang mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur luar kerana tiada

16

keyakinan , tidak berpendirian

dan tidak tabah.Pelajar ini mudah dipengaruhi dan mudah

terjerumus dengan aktiviti yang tidak sihat.

Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif


Semua orang sudah mengetahui bahawa seorang individu yang baru dilahirkan masih
belum mempunyai konsep kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses
berinteraksi dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif ataupun negatif.Konsep kendiri
yang negative daripada kurangnya kasih sayang , perhatian dan belaian daripada ibu bapa , guru
ataupun orang dewasa yang lain. Ini mengakibatkan wujudnya perasaan tidak dipunyai serta
kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan
yang negatif dalam diri dan akhirnya akan membentuk satu yang dinamakan konsep kendiri yang
negatif.
Suasana

dalam keluarga juga merupakan faktor yang boleh mendorong kepada

pembentukkan konsep kendiri. Sekiranya suasana keluarga bahagia dan harmoni akan dapat
membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan ini keluarga yang sebaliknya akan membentuk
konsep kendiri yang negatif. Ini kerana keadaan keluarga yang kucar kacir serta dengan keadaan
ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan kasih sayang yang
sepenuhnya kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak yang sedang membesar berasa
tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini pula akan menyebabkan anakanak.sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kerungsingan dan seterusnya akan terbentuklah
konsep kendiri yang negatif.
Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain juga
merupakan satu punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif. Individu
tersebut akan merasa rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya tidak dipenuhi oleh
keluarganya seperti keluarga yang lain.
Aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri yang negatif.
Kecacatan yang dimiliki akan dirasai sebagai penghalang kepadanya untuk bergaul dan

17

menyertai aktiviti-aktiviti seperti orang lain.Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut
akan berasa rendah diri dan merasakan bahawa dirinya tidak berguna kepada orang lain.

Kesan dari konsep kendiri negatif


Individu yang mempunyai konsep kendiri negatif biasanya menghadapi masalah emosi
dan mental yang kurang stabil menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam
pembelajaran. Perkara ini juga menyebabkan pencapaian akademik yang tidak baik. Lama
kelamaan, murid-murid ini hilang minat dan semangat dalam meneruskan pelajaran. Muridmurid ini bukan sahaja menggelapkan masa depan mereka , bahkan juga mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka juga menyebabkan suasana di dalam kelas
tidak sesuai untuk belajar. Ia juga menganggu pelajar-pelajar lain yang hendak belajar.
Disebabkan mereka tiada pendirian yang teguh dan mudah dipengaruhi oleh orang lain, mereka
mudah hilang arah tuju dan identiti sendiri dalam kehidupan.

Pengawalan ibu bapa terhadap pembentukan Konsep Kendiri


Pengawalan oleh ibu bapa dalam mengawal tingkah laku anak adakalanya boleh
mendatangkan pembentukan Konsep Kendiri yang negatif. Selalunya ibu bapa menggunakan
perkataan jangan dalam setiap tegahan atau larangan. Ibu bapa kurang memberi alasan kenapa
tidak boleh melakukan sesuatu tindakan secara rasional. Alasan yang diberi lebih kepada ugutan
dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang yakin kepada diri
sendiri dan bergantung kepada orang lain dan kurang berdikari. Ini bermakna kanak-kanak tidak
mencapai autonomi. Isu pengawalan adalah permulaan modifikasi tingkah laku terhadap kanakkanak.
Bandura (1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru perbuatan yang dilakukan oleh
orang dewasa. Kanak-kanak akan membuat pemerhatian yang berulang-ulang dan memperoleh
maklumat sama ada perbuatan yang ditiru mendapat sambutan atau teguran dan tegahan daripada

18

orang dewasa.Contohnya perbuatan bersalaman akan menimbulkan keserasian dan membentuk


tabiat kepadanya, jadi kanak-kanak akan bersalaman apabila diminta berbuat demikian.
Dalam mengekalkan tingkah laku positif dan autonomi, langkah- langkah yang boleh
diambil oleh orang dewasa dalam membantu kanak-kanak mengekalkan autonomi terhadap diri
mereka ialah memberi ganjaran,memberi dorongan dan sokongan,dan juga memberi kanakkanak merasakan ada kejayaan dalam diri mereka.
Terdapat ibu bapa yang memberi hadiah dan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku
anak.Cara sebegini adalah perbuatan yang dapat

menggalakkan tingkahlaku kanak-kanak

tersebut dan juga dapat menolong mereka mengekalkan tingkah laku positif. Konsep kendiri
banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah penyesuaian diri. Ini termasuk
penghargaan kendiri, penerimaan dan penolakan diri. Jika sesaorang kanak-kanak merasai
kurang penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami
perasaan penolakan diri. Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi
masalah hidup yang dihadapinya.
Kanak-kanak yang dapat mengekalkan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai
sikap yang positif, sanggup berusaha hingga dapat menyempurnakan tugasannya, dapat
menyerlahkan bakat dan kebolehannya. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang
sederhana, mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan yang tepat.
Manakala kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah biasanya bersikap rendah
diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat berinteraksi dengan berkesan, dan
sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada kebolehan diri sendiri. Kanak-kanak
yang memberi banyak alasan untuk menolak tugasan telah mempamerkan tindakan atau taktik
yang menunjukkan mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah dan banyak alasan.
Dalam pengekalan tingkah laku yang positif guru perlu memberi perhatian yang
sewajarnya seperti dorongan dan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanakkanak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh mengekalkan tingkah laku positif. Perkara yang
utama perlu dilakukan oleh guru ialah memberi pengalaman kepada murid dan menikmati
pengalaman kejayaan bersama kepada kanak-kanak. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak
19

menjadi pemimpin atau mengambil bahagian dalam aktiviti seperti main peranan, simulasi, dan
permainan dalam kumpulan.
Semua kanak-kanak perlu merasa bangga terhadap diri mereka dan keluarganya. Mereka
perlu merasai dirinya dihargai dan merasa berkebolehan dan dapat mencapai sesuatu. Mereka
perlu merasa selamat dan yakin kepada diri sendiri.

Sistem Kaizen
Sistem Kaizen mula di kesan sejak tahun 1950-an, di negara Jepun. Ia dijalankan sewaktu
syarikat pembuatan kereta Toyota memperkenalkan kitaran kualiti dalam proses pengeluarannya.
Istilah kaizen mula terkenal di barat sejak tahun 1980-an yang lahir daripada perkembangan
ekonomi selepas Jepunkalah dalam Perang Dunia Kedua.Dr. W. Edwards Deming, seorang pakar
statistik telah dihantar ke Jepun bagi membantu membangunkan

semula negara tersebut.

Deming telah menyarankan pengusaha Jepun agar memberi tumpuan terhadap proses dalam
organisasi dengan focus utama adalah pekerja dalam organisasi berusaha memperbaiki ketidak
sempurnaan dalam setiap langkah pemprosesan.Usaha tersebut membuahkan hasil dimana
Syarikat Toyota telah menjadi contoh terbaik apabila telah wujud beberapa amalan
penambahbaikan seperti JIT(Just It Time) dan TQM (Total Qualiti Management).
Perkataan Kaizen secara ilmiahnya bermaksud sebagai perubahan positif yang
menggalakkan individu memulakan satu langkah kecil untuk penambahbaikan sesuatu perkara
yang dianggap sebagai negative. Falsafah Kaizen menyifatkan kehidupan seharian individu
adalah berkisar denga alam pekerjaan , kehidupan sosial dan institusi kekeluargaan yang
memerlukan usaha untuk memperbaikinya menjadi lebih baik pada setiap masa.Proses
penambahbaikan menerusi kaedah Kaizen ini walaupun bermula dengan perkara yang kecil dan
mengambil masa yang lama namun hasil yang diperolehi sangat memberansangkan.
Salah satu konsep utama Kaizen adalah aktiviti penambahbaikan secra berterusan di
mana teknik tersebut boleh menggalakkan individu mencari kaedah memperbaiki kehidupan
seharian kepada keadaan yang lebih baik. Konsep asas dalam Kaizen boleh disifatkan sebagai
satu proses semulajadi yang sering diadaptasi kedalam kehidupan seharian masyarakat Jepun.
Amalan yang terkandung dalam proses Kaizen adalah secara harian, berterusan , stabil dan
20

mengambil jangka masa yang panjang. Kaizen tidak menggalakkan perubahan secara drastick
tetapi komitmen dan persediaan rapi untuk melakukan perubahan menjadi teras utama dengan
sentiasa mencari idea-idea kecil secara berterusan. Kaizen bukanlah satu sistem yang harus
terhenti apabila satu matlamat telah tercapai tetapi ianya adalah proses yang tiada penghujungnya
dengan menghasilkan sesuatu yang sentiasa baharu dan menjadi semakin lebih baik seperti juga
dalam merubah konsep kendiri negatif kepada yang positif.
Melakukan perubahan berteraskan sistem Kaizen, mengunakan kata kuncinya iaitu
motivasi. Secara literalnya motivasi merupakan suatu keinginan

untuk melakukan sesuatu

perkara.Ini bermakna dorongan sangat diperlukan dalam menginplementasikan Kaizen dalam


kehidupan seharian. Bagi tujuan ini, falsafah penambaikan berterusan perlu wujud dalam minda
dan diterapkan dengan dorongan daripada ahli keluarga , rakan-rakan atau pensyarah.
Kepercayaan dan menghormati merupakan nilai-nilai teras dalam proses Kaizen harus didokong
oleh individu yang terlibat dalam aktiviti yang dilakukan. Daripada nilai tersebut akan
mengembangkan budaya dan konsep kendiri yang berteraskan Kaizen yang akan
memperlihatkan ciri-ciriseperti fokus terhadap setiap perincian yang dirancang , mudah
menerima nasihat yang membina, sanggup untuk bertanggungjawab , kesediaan untuk
bekerjasama, sentiasa memandang kehadapan, dan bangga dengan aktiviti yang dilaksana
sebagai penghargaan terhadap diri dan juga kumpulan. Samaada melalui semulajadi ataupun
latihan, masyarakat Jepun sentiasa mengambil berat terhadap perkara yang kecil dan memiliki
rasa tanggungjawab yang tinggi agar segala pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan berjalan
selancar yang boleh.Bagi menggalakkan lagi sikap Kaizen, individu perlu melakukan perubahan
besar dalam budaya kehidupan seharian. Kesilapan yang dilakukan memberi pengajaran agar
kesilapan yang sama tidak berulang lagi tetapi kejayaan akan mendorong individu untuk
mengulangi atau mencuba sesuatu yang baru.
Proses pembelajaran berterusan berlaku sepanjang masa dan ianya sangat penting untuk
mencapai penambahbaikan jangka masa panjang yang dikaitkan dengan konsep penambahbaikan
berterusan. Mereka perlu belajar dari kesilapan dan cuba memperbaikinya. Ini memerlukan
dorongan dan sokongan dari orang yang terdekat dan masyarakat disekelilingnya. Walaupun
usaha mengikut sistem Kaizen pada awalnya sukar, tetapi apabila ia sudah menjadi proses
amalan kehidupan seharian , ianya akan menjadi mudah kerana Kaizen telah mengeluarkan
21

halangan-halangan dalam proses pengurusan kendiri individu.Kaizen berkisar tentang kualiti dan
penambahbaikan. Seseorang individu dapat mengenal pasti aspek-aspek yang perlu diperbaiki
disamping aktiviti Kaizen yang boleh dijadikan sebagai kaedah motivasi individu untuk memiliki
konsep pengurusan kendiri yang lebih positif.Ini memberi makna bahawa konsep kendiri dan
Kaizen saling berkaitan. Untuk melaksanakan Kaizen memerlukan konsep Kendiri yang positif
dalam diri individu. Konsep kendiri positif menjadi semakin baik dan positif kerana ianya diasah
menerusi proses mengadaptasi Kaizen itu sendiri.

22

PENUTUP
Setiap daripada kita tentunya mempunyai gambaran atau pandangan terhadap diri sendiri.
Gambaran sedemikian disebut konsep kendiri. Secara keseluruhannya ,ia merangkumi gambaran
tentang rupa , kesihatan, kebolehan , kelemahan dan tingkahlaku.
Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung
kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Semakin banyak seseorang
bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers(1951) telah menyatakan bahawa manusia itu
memang mempunyai potensi untuk menuju kearah kesempurnaan kendiri dengan syarat
seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya . Adalah penting untuk seseorang
memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke arah kesempurnaan
kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri
perlu juga terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.
Konsep kendiri juga

dibentuk hasil daripada interaksi kita dengan orang lain dan

penyesuaian kita dengan alam sekitar. Lazimnya penyesuaian yang berjaya akan membawa
kepada konsep kendiri yang positif manakala kegagalan akan membawa kepada konsep kendiri
yang negatif. Disamping itu tanggapan orang lain terhadap diri kita juga mempengaruhi konsep
kendiri seseorang itu.
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif biasanya akan dapat menghadapi
masalah dan cabaran dengan tabah. Individu sebegini dilihat bersifat optimistik , lebih terbuka
sikapnya serta bersedia menerima pendapat dan kritikan dari orang lain. Seseorang itu juga akan
kelihatan lebih relaks atau tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain, senang
dihampiri.Keadaan emosinya juga lebih stabil.
Individu yang sentiasa mengalami kegagalan dalam kehidupannya, kerjayanya atau
bidang akademiknya, lazimnya mempunyai konsep kendiri yang negatif. Kanak-kanak yang
sentiasa dimarahi ,dikritik , kurang menerima perhatian dan kasih sayang sering mempunyai
konsep kendiri yang negatif. Mereka akn bersifat tidak gembira, tidak berpuashati, cepat merajuk
serta mudah tersinggung akan menyebabkan diri mereka kurang diterima oleh orang lain,
contonya rakan sebaya. Keadaan ini akan memburukkan lagi imej kendiri mereka.

23

Pandangan Erikson tentang perkembangan konsep kendiri dilihat lebih menjurus kepada
perkembangan psikososial seseorang itu sejak lahir hinggalah ke alam dewasa seterusnya ke
akhir hayat. Tahap-tahap perkembangan sebagaimana yang diutarakan oleh Erikson dilihat ada
persamaan dengan Teori Psikoseksual Freud terutamanya pada empat peringkat pertama
perkembangan yang beliau utarakan. Apa yang menarik mengenai pandangan beliau disamping
fenomena perkembangan moral dan personaliti ialah fenomena perapatan dan identifikasi.
Perapatan didefinisikan sebagai kemahuan bayi mendekati individu yang signifikan seperti ibu
bapa atau penjaga sewaktu dia memerlukan makanan atau keselesaan. Ia juga membawa maksud
kanak-kanak mahu supaya mereka dijaga dan disayangi oleh sesetengah individu. Manakala
identifikasi merupakan satu proses asas pengenalan kendiri seseorang. Pendek kata, perinsip
dalaman teori Erikson merangkumi identiti, ego, prinsip epigenetik dan prinsip psikososial. Teori
Erikson merupakan satu huraian bagaimana personaliti dan konsep kendiri yang sihat berfungsi
dan berkembang sepanjang kehidupan manusia. Ia juga ada menjelaskan tentang bagaimana ego
mengadaptasi dirinya kepada urutan krisis-krisis psikososial. Epigenisis dan konflik psikososial
merupakan satu mekanisma perubahan yang memandu ke arah perkembangan identiti ego
seseorang individu itu. Yang penting di sini, teori Erikson banyak menyumbangkan kita tentang
pemahaman semulajadi manusia, di samping personaliti dan konsep kendiri.
Aspek kognitif yang sihat dari segi perkembangannya sudah pasti menjamin
pembentukan konsep kendiri yang positif. Walaubagaimanapun, aspek kognitif bukanlan faktor
tunggal yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang itu, bahkan aspek jasmani
(psikomotor/fizikal), afektif (perasaan/emosi), sosial, baka dan persekitaran juga dilihat
berpotensi dalam mencorakkan konsep kendiri seseorang insan itu.

24

RUJUKAN /BIBLIOGRAFI
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2006).Siri Kaunseling :Membentuk Identiti
Remaja.Bentong :PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Azlina Abu Bakar(2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam:Karisma Publications Sdn.
Bhd.
Azizi Yahaya,Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya(2005).Pembangunan
Kendiri. Skudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Sharifah Alwiah Alsagof.(1987).Psikologi Pendidikan 1.Kuala Lumpur.Heinemann(Malaysia)
Sdn.Bhd.
Faizah Yunus (2007).Kaizen Dalam Pengurusan Organisasi.Dalam MD Nasrudin Md Akhir,
Asmadi Hassan(2007) Dinamisme Politik dan Sosiobudaya Jepun, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur: Falkulti Satera dan Sains Sosial , Jabatan Pengajian Asia Timur.

25

You might also like