You are on page 1of 1

Kaedah Penilaian Bahasa

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul.
Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan
ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan
dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya
dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil
disediakan.

Tujuan pembelajaran Projek


1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
2. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat
di luar bilik darjah.

Jenis-jenis penilaian Projek


1. Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau
bertulis.
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan
menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

You might also like