Professional Documents
Culture Documents
Instrumen Pentaksiran Bahasa Malaysia Tahun 4
Instrumen Pentaksiran Bahasa Malaysia Tahun 4
Nama : __________________________________________
Kelas : ___________________________________________
Tarikh: ___________________________________________
Rujukan : Standard Pembelajaran 3.3.3 (Kemahiran menulis / kelompok tiga)
22
Tuan,
PERCEMARAN DI KAMPUNG BELENGU
Berhubung perkara di atas, saya selaku pengerusi Kelab Alam Sekitar
Sekolah Kebangsaan Belengu ingin memaklumkan kepada pihak tuan
tentang masalah pencemaran di Kampung Belengu, Temerloh, Pahang.
2.
Percemaran ini berlaku sebaik sahaja pembukaan kilang di Bukit Ara.
Pembukaan kilang ini telah menyebabkan sungai tercemar dan berlakunya
pencemaran udara. Banyak penduduk menghidapi asma, batuk dan penyakit
gatal kulit sejak akhir-akhir ini.
3.
Pembukaan dan operasi kilang ini telah menyebabkan berlakunya
pencemaran sungai. Dahulu sungai ini banyak ikan dan airnya jernih tetapi
kini telah tercemar. Airnya telah menjadi keruh dan berlumpur. Banyak ikan
telah mati.
4.
Operasi kilang ini juga telah menyebabkan berlakunya pencemaran
udara. Keadaan ini telah menganggu keselesaan penduduk kampung.
5.
Saya bagi pihak Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Belengu
memohon jasa baik tuan untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin.
Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..
(NUR NADIRAH BT. AHMAD)
Pengerusi,
Kelab Persatuan Alam sekitar,
2.
3.
4.
5.