You are on page 1of 7

5.

KEPERCAYAAN, PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM


TAMADUN CHINA.
1) Kepercayaan
Tamadun China mengamalkan beberapa kepercayaan, salah satunya ialah
kepercayan primitif dan animisme seperti menyembah unsur alam. Mereka juga
menganggap bencana alam sebagai kemarahan dewa seperti banjir dan kemarau. Mereka
juga menekankan konsep Feng-Sui. Konsep Feng-Sui merupakan keharmonian alam
seperti angin dan air. Kehidupan harmoni dalam persekitaran semula jadi amat diperlukan
kerana ia membawa tuah.
Selain itu, kepercayaan konfiunisme juga diamalkan. Ketika itu, Kong Fu Tze
atau nama sebenarnya Kung Chiu yang telah mengasas kepercayaan ini. Beliau telah
mengarang ajaran ini dalam Analects atau Lun Yu. Ajaran beliau yang terdapat dalam
Analects ialah menjaga hubungan antara manusia, akhlak yang mulia ini amat
dipentingkan. Tambahan pula, mereka hendaklah mengingati nenek moyang seolah-olah
roh mereka hadir di dunia ini. Analects juga merupakan etika yang mengajar manusia
berakhhlak mulia dan susunan falsafah.
Tambahan pula, daoisme/taoisme merupakan salah satu kerpercayaan dalam
tamadun China. Daoisme/taoisme ini diasaskan oleh Lao-Tzi(Li Peh Yang), beliau telah
mengarangnya dalam buku I-Ching (The Way and Virtue). Taoisme ini telah diambil
dari perkataan Tao yang bererti jalan atau cara dan kuasanya. Apa yang dimaksudkan
dengan jalan ialah arah dan cara semesta. Manakala konsep kuasa ialah kuasa yang
diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk menikut

arah alam semesta. Antara kandungan yang terdapat dalam ajarannya ialah manusia
mendapatkan sesuatu yang tidak dapat diperolehi dengan cara yang tidak baik lebih
kepada kearah kejahatan, malah dunia manusia dianggap buruk. Dunia ini akan aman dan
tidak banyak undang-undang yang diperlukan, jika manusia tidak mengejar semua itu.
Konsep kepimpinan yang perlu ditauladani juga dianggap tidak perlu diamalkan kerana
beliau menganggap perkara ini amat mustahil sikap baik pemerintah boleh dicontohi oleh
rakyat dalam Negara yang luas. Malah, ajarannya juga mengajak manusia untuk bertapa
di gua-gua untuk menghapuskan dosa yang telah dibuat.
Malahan pula, Buddha juga merupakan kepercayaan tamadun China. Buddha
merupakan ajaran yang diasaskan oleh Gautama Buddha yang berasal dari India. Ajaran
Buddha telah dibawa oleh Fa-Hsien ke Negara China pada tahun 339M. Ajaran ini
diterima baik oleh masyarakat kerana ia mengamalkan sifat keterbukaan dan senang
difahami. Tambahan pula, berlaku asimilasi dengan falsafah Daoisme dan Konfisiunisme.
Selain itu, dalam negara China pada ketika itu berlaku kekacauan dan peperangan dan
orang yang beragama ini yang menenangkan mereka yang berada dalam kesusahan ketika
itu. Ajaran ini juga diterima baik kerana ia mempunyai persamaan dengan falsafah
Daoisme.

2) Pandangan Semesta
Salah satu pandangan semesta yang dapat dilihat ialah Tien. Tien merupakan
pekara yang merujuk kepada langit (Heaven) secara fizikal. Secara tidak langsung ini
merujuk kepada Dewa tertinggi yang disamakan dengan langit justeru ia dikaitkan
dengan pemerintah seluruh dunia dan dirujuk kepada teori metafizik China. Ini juga
dianggap sebagai prinsip moral. Seperti cintakan keamanan, keadilan dan pemerintahan
dan sebagainya.
Di/Ti juga dirujuk sebagai pandangan semesta. Perkara ini merujuk kepada bumi.
Selain itu, ia ingin menunjukkan bumi ini dipelihara oleh dewa. Perkara ini diguna pakai
sejak zama Dinasti Shang sebagai Shang Di, Di @ Ti.
Dao/Tao jugak salah satu pandangan semesta. Lorong atau jalan dirujuk yang
dimaksudkan Dao dan Tao. Merupakan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat buruk
atau baik. Menurut konfisius, seseorang individu perlu mematuhi konsep tatatertib moral
kerana melalui konsep ini ia dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Manakala menurut Daoisme, secara metafizik, iaitu punca utama kehidupan (Tuhan).
Apabila seseorang individu mencapai penyatuan dengan Dao ia merupakan pencapaian
tertinggi dalam pembinaan diri.
Seterusnya ialah konsep Yin dan Yang. Mereka percaya bahawa dalam alam ini
berlaku interaksi antara dua kuasa yang berlawan iaitu Yin dan Yang. Yin itu membawa
maksud kepada perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut dan lain-lain. Manakala,
Yang merupakan lelaki, panas, aktif, cerah, kering dan lain-lain. Dunia ini juga dianggap
sebagai dualisme. Ini menunjukkan bahawa dunia ini mempunyai dua perkara yang

berlawanan seperti besar dan kecil, kiri dan kanan, lelaki dan perempuan dan sebagainya.
Selain itu, konsep ini disarankan oleh Daoisme.
Selain itu, konsep Zhung-Yong (The Golden Mean) juga diamalkan pada tamadun
China. Kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah merupakan perkara yang merujuk
kepada konsep ini. Perkara ini mewujudkan keharmonian alam semesta. Jalan
penyelesaian yang menggunakan kekerasan juga tidak dipersetujui oleh konsep ini.
Malah, konsep ini dikatakan terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan,
keadaan dan masa.
Seterusnya, konsep datung/Ta Tung (The Grand Unity), ini merujuk kepada
dunia ini boleh dikongsi oleh manusia sejagat secara adil. Perkara ini dibawa oleh
pencapaian yang paling sempurna iaitu tahap keharmonian yang diibaratkan sebagai Jalan
Agung.

3) Nilai-Nilai Murni
Salah satu nilai-nilai murni ialah konsep Wu Lan (Lima Hubungan). Lima
hubungan yang dimaksudkan ialah hubungan asas antara manusia seperti hubungan
antara suami dan isteri, hubungan antara bapa dan anak, kekeluargaan, hubungan antara
adik-beradik, hubungan antara sahabat (masyarakat) dan hubungan antara pemerintah dan
rakyat.
Seterusnya ialah konsep Ren iaitu kemanusiaan. Konsep ini merujuk kepada nilai
kasih saying dan cinta kepada manusia. Selain itu,ia menunjukkan bahawa setiap manusia
mempunyai naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa
hormat kepada diri sendiri dan memandang tinggi mertabat manusia. Konsep Ren juga
terdapat asas-asas yang tertentu seperti konsep Zhong (ketaatan). Melalui kata-kata
Konfusius, apa yang ingin kita lakukan untuk diri kita, kita lakukan juga untuk orang
lain, apa yang kita ingin sempurnakan untuk diri kita, kita sempurnakan juga untuk orang
lain. Selain itu, konsep Shu (kemaafan), konsep Xiao (berbakti) dan konsep Di (hormat)
juga terdapat dalam konsep Ren.
Konsep Li (tatasusila) jugak salah satu pandangan semesta. Perkara ini merujuk
kepada peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin
dan juga adat istiadat. Li membawa maksud berakhlak seperti rendah diri dan
menghormati orang lain. Konsep Li ini mempunyai fungsi untuk mengawal tingkah laku
manusia. Melalui Konfusius, tiga ciri-ciri telah dikemukakan, antaranya ialah peraturan

hubungan antara manusia dengan Tuhan, iaitu dikaitkan dengan aspek perasaan dan
naluri. Ciri seterusnya, peraturan antara manusia dengan manusia, iaitu penghormatan
kepada manusia. Ciri terakhir ialah peraturan hubungan dalam politik, iaitu akhlak seiring
dengan kepimpinan. Kepimpinan ini ditekankan bahawa ia perlu diteladani oleh
masyarakat.
Seterusnya, Zhong Yong (kesederhanaan), ia merupakan cara untuk pertahankan
Li dan menjaga Ren. Zhong membawa maksud kepada tengah dan Yong pula ialah biasa.
Ini merupakan asas kepada manusia untuk menjadi manusia yang baik, membangunkan
diri dan mengendalikan hubungan antara manusia. Keseimbangan, bertolak ansur, ikhlas
amat ditekankan oleh Konfisius. Melalui kata-kata Konfisius, membazir berlebihlebihan menampakkan kesombongan dan berjimat-cermat menampakkkan kepapaan,
berbanding dengan kesombongan saya lebih rela kelihatan papa.
Melalui pemikiran politik Konfisius, Ren membawa kepada nilai asas. Iaitu nilai
asas yang boleh membawa kepada terbentuknya kerajaan yang berkebajikan (Renzheng).
Malah ren juga membawa maksud sifat baik hati, baik budi, kejituan, betul,perlindungan,
kekuasaan, ihsan dan harga diri dari pemerintah kepada rakyat. Selain itu, Te yang
bermaksud kekuatan atau kekuasaan ini merupakan inti kekuatan manusia terletak kepada
kekuatan rohani (faculty of mind). Apa yang ingin disampaikan ialah kekerasan tidak
dapat selama-lamanya memaksa rakyat untuk taat. Ia juga mengatakan bahawa melalui
kekuasaan ke atas kejiwaan akan dapat melahirkan kesetiaan rakyat tanpa paksaan.
Seterusnya, Zheng Ming iaitu peranaan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan
mengikut nama/jawatan yang disandang. Melalui kata-kata Konfisius, Raja sebagai raja,
pembesar sebagai pembesar ayah sebagai ayah, anak sebagai anak. Li ialah

pemenritahan bertatasusila, ketaatan perlu diselami oleh para pembesar untuk berkhidmat
dan raja melayan pembesar berdasarkan tatasusila (adat dan adab)

You might also like