You are on page 1of 1

Laporan ahli jawatankuasa peralatan

Pada hari 31 Oktober 2009, sekumpulan guru pelatih dari PISMP (PT)
seramai 19 orang telah menyempurnakan salah satu aktiviti peringkat Institut iaitu
Pesta Deepavali 2009 yang dianjurkan oleh persatuan bahasa tamil. Pelbagai ahli
jawatankuasa telah ditubuhkan dan saya Sathiskumar a/l Supramaniam dan rakan
saya Kannan a/l manickam telah dilantik sebagai AJK peralatan.
Antara tugas kami adalah untuk membekalkan segala peralatan yang akan
digunakan dalam program ini. Kami telah menyenaraikan segala peralatan yang
dikehendaki dengan bantuan rakan-rakan sekelas.
Selepas mempastikan segala peralatan telah disenaraikan, kami telah
memohon kebenaran untuk memohon barang-barang tersebut dari setor Institut
Perguruan Tuanku Bainun. Kami juga mendapati bahawa, pihak setor tidak dapat
menyediakan beberapa barang yang dipesan. Oleh yang demikian, selepas
berbincang dengan rakan sekumpulan, kami telah bersetuju untuk mengumpulkan
wang untuk membeli barang-barang yang tidak dapat disediakan oleh pihak setor.
Akhirnya, kami berjaya memperolehi barang-barang tersebut atas usaha sendiri.
Kami telah berjaya mendapatkan segala peralatan yang disenaraikan seawal
9 hari sebelum program. Pada fasa semasa kami tidak menghadapi sebarang
masalah dan semuanya berjalan dengan lancar. Segala peralatan yang dipinjam dari
Institut sentiasa diperhatikan dan digunakan sebaik mungkin. Kami telah mengumpul
serta memeriksa setiap alatan yang digunakan sebaik sahaja aktivitinya tamat dan
ini telah mengurangkan beban kami pada akhir program dan mengelakkan daripada
kehilangan peralatan. Kami telah mengembalikan segala peralatan yang dipinjam
dari Institut selepas digunakan.

Disediakan oleh,
-------------------------Sathis kumar a/l Supramaniam
( AJK peralatan )

You might also like