You are on page 1of 6

SOALAN 2

Pelan lantai dalam sesebuah bilik darjah sangat penting kerana pelan inilah yang
akan menunjukkan adakah sesebuah kelas itu kondusif atau tidak. Persekitaran bilik darjah
penting kerana persekitaran yang kondusif boleh menggalakkan atau menghalang
pembelajaran. Menurut Michael Marland (1975) suasana fizikal bilik darjah mungkin
merupakan kawan atau musuh kepada pembelajaran. Dalam memastikan bilik darjah yang
kondusif, terdapat beberapa ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21 yang boleh
dilaksanakan dalam bilik darjah antaranya pedagogi guru, sokongan ibu bapa, penglibatan
murid, sumber media, kreativiti, kolaborasi, komunikasi dan pemikiran kritikal.
Prasekolah DMag telah menepati ciri-ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21.
Pertama ialah pedagogi guru. Dalam kelas Prasekolah DMag, guru akan selalu
menggunakan pendekatan TMK dalam pedagoginya. Hal ini kerana terdapat pemancar LCD
yang sedia terpasang di dalam kelas serta komputer riba yang disediakan kepada guru.
Guru juga diberikan latihan dan kursus berkenaan penggunaan teknologi dalam pengajaran
bagi membantu dan memudahkan guru untuk mengimplimentasikan TMK dalam pengajaran
terhadap kanak-kanak. Penglibatan murid juga penting dalam setiap aktiviti yang dikelolakan
oleh guru. Penglibatan murid yang aktif dapat membantu dalam perkembangan diri mereka.
Kanak-kanak yang terlibat aktif juga dapat meneroka pelbagai aktiviti yang disediakan khas
untuk mereka.
Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disusun dengan
kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah prasekolah ini
disusun mengikut kumpulan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam
pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa
kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang
mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga
membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid
yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan.
Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan dilakukan kerana kebolehan muridmurid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini
memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.Susun atur jenis
kumpulan ini lebih mudah untuk menggalakkan kerjasama dan tolong-menolong dalam diri
kanak-kanak selain daripada mudah menjalankan aktiviti.
Dari segi saiz bilik darjah, ruang bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi
sesebuah bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru boleh berdiri di
tengah kelas serta dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan atau

berpasangan. Dengan ini, kanak-kanak dapat memberi sepenuh perhatian kepada guru
yang mengajar di hadapan kelas. Guru juga dapat mengubah ,mengajar dan menunjuk ajar
kepada murid-murid secara berkesan jika mereka melakukan apa jua kesalahan, sama ada
kesalahan ejaan, kiraan atau perbuatan yang tidak menyeronokkan. Saiz bilik darjah
Prasekolah DMag adalah berukuran 90 meter persegi yang boleh memuatkan seramai 25
orang kanak-kanak.
Daripada aspek kemudahan infrastruktur, bilik darjah di Prasekolah DMag dilengkapi
dengan kerusi, meja, papan hitam, kipas, tingkap, pintu, papan pameran, rak-rak, komputer
dan peralatan tersebut berada dalam keadaan sempurna. Bagi memastikan bilik darjah
berada dalam keadaan yang kondusif, pemeriksaan terhadap peralatan akan dilakukan
setiap sebulan sekali. Selain itu, hasil-hasil kerja kanak-kanak juga digantung dan dilekatkan
di ruangan khas hasil karya untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada karya kanakkanak selain menyemai sikap bangga dengan hasil karya sendiri dan rakan-rakan.
Prasekolah ini juga mempunyai beberapa bahagian ruang yang dibahagikan
mengikut fungsinya. Ruang yang paling hadapan berdekatan pintu masuk ialah ruang untuk
tetamu atau ibu bapa. Ruang ini diletakkan di bahagian hadapan sekali kerana untuk
memastikan kanak-kanak tidak terganggu dalam sesi pembelajaran mereka jika ada tetamu
yang hadir. Selain itu, ruang ini juga digunakan oleh kanak-kanak untuk menunggu ibu bapa
mereka datang untuk mengambil mereka pulang. Ruang ini juga merupakan ruang untuk ibu
bapa berinteraksi dengan guru untuk menanyakan soalan mengenai perkembangan anak
mereka. Ruang ini juga dapat menerapkan budaya membaca kerana satu rak buku telah
diletakkan bersebelahan sofa dan majalah diletakkan di atas meja. Jadi apabila kanak-kanak
sedang menunggu kedatangan ibu bapa mereka, kanak-kanak boleh membaca bahan yang
disediakan guru tersebut.
Ruang seterusnya ialah ruang parking lot yang terletak di antara ruang makan dan
tandas serta berdekatan tangga. Ruang ini merupakan satu ruang di mana terletaknya satu
papan putih dan beberapa batang pen marker dan nota kecil untuk dilekatkan di papan
putih. Ruang ini diwujudkan dengan inisiatif agar kanak-kanak dapat meluahkan perasaan
mereka tanpa pengetahuan guru dan rakan yang lain. Perkara ini menggalakkan
penglibatan kanak-kanak yang mempunyai perasaan malu atau takut dalam meluahkan apa
yang terbuku di hati mereka. Selain itu, dengan wujudnya ruangan ini, guru boleh
mengenalpasti masalah kanak-kanak dengan mudah dan jika masalah tersebut merupakan
satu perkara yang serius seperti buli dan dera, guru boleh mengenalpasti kanak-kanak yang
terlibat dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran kawasan terbabit dan
seterusnya membantu mereka dalam menyelesaikan masalah terbabit.

Ruang makan adalah ruang di mana kanak-kanak berkumpul untuk mengambil


makanan dan menjamah makanan terbabit. Ruang makan ini terdiri daripada kawasan
dapur dan kawasan makan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan dalam kawasan makan ini
seperti aktiviti memasak dan eksperimen. Aktiviti memasak ini dijalankan sekali sebulan
kerana kami ingin memupuk sifat kerajinan dalam melakukan kerja dan bekerjasama dalam
kumpulan. Selain itu, aktiviti memasak ini juga dapat menerapkan nilai tolong-menolong
terutama sekali menolong ibu ketika berada di rumah. Aktiviti eksperimen kerap kali
diadakan

kerana

aktiviti

seperti

ini

dapat

membantu

kanak-kanak

dalam

memperkembangkan sifat ingin tahu dan meneroka mereka. Secara keseluruhannya, aktiviti
yang dijalankan dalam kawasan ini melibatkan penglibatan kanak-kanak secara 100%
kerana kanak-kanak sangat menyukai aktiviti yang berasaskan hands on dan minds on.
Selain daripada aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak, mereka juga belajar mengenai
pengurusan sebelum, semasa dan selepas makan di sini. Pada permulaan sesi
persekolahan, guru dan pembantu murid akan membahagikan tugas kanak-kanak mengikut
kumpulan iaitu tugas mengatur alas meja, mengatur sudu kepada rakan-rakan dan
mengambil buah. Makanan pula diambil secara individu yang diletakkan di atas kaunter. Hal
ini dapat menerapkan sifat tanggungjawab dalam tugas yang diberikan dan berdikari dalam
mengambil makanan sendiri.
Ruang bersebelahan ruang makan iaitu ruang permaidani biru adalah ruang bagi
kesihatan, perbincangan dan kerohanian. Ruang ini dirangkumkan melalui pelbagai tunjang
kerana ruang ini merupakan ruang paling besar yang berada di tingkat bawah prasekolah.
Selain itu, kemudahan sumber air yang dekat juga dapat membantu guru dalam mengajar
cara-cara berwuduk, mencuci kotoran, menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti
eksperimen dan penerokaan. Melalui kemudahan pemancar LCD dan smart board yang
ada, guru boleh menggunakan pendekatan TMK dalam pengajarannya. Guru boleh
menunjukkan tayangan video sebagai bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak selain
dapat melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran apabila menggunakan smart
booard. Smart board berfungsi sebagai satu papan interaktif yang boleh diguna dengan
menulis atau melukis apa sahaja di papan putih seterusnya akan dipindahkan ke dalam
komputer riba. Ruang ini juga mempunyai sudut informasi yang menempatkan dua buah
komputer untuk diakses oleh kanak-kanak dalam mencari maklumat.
Prasekolah ini juga mempunyai satu ruang pejabat yang menepatkan bilik sakit dan
tandas guru. Bilik sakit digunakan sebagai bilik rehat kanak-kanak yang sakit sebelum
menunggu kedatangan ibu bapa. Terdapat beberapa jenis ubat yang disediakan di dalam
peti pertolongan cemas yang wajib ada di dalam sesebuah premis.

Tingkat bawah prasekolah ini juga menempatkan dua buah kelas prasekolah yang
dapat menampung kapasiti kanak-kanak seramai 25 orang. Setiap kelas dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan yang lengkap dan tersusun serta kondusif. Selain meja dan kerusi
yang sesuai dengan keselesaan kanak-kanak, terdapat aplikasi TMK yang dapat digunakan
oleh kanak-kanak iaitu penggunaan komputer. Penggunaan komputer digunakan untuk
carian maklumat di internet atau menonton video-video pendidikan.
Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini
adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga
hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid
dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di
belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan
pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap
gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu
dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat
merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.
Tingkat kedua pula menempatkan bilik ekspresi seni, ekspresi muzik, bilik drama
dan perpustakaan mini. Dalam bilik ekspresi seni, kanak-kanak akan melakukan pelbagai
aktiviti seni yang mereka sukai.
Pelan lantai luar pula terbahagi kepada beberapa bahagian di sekelilingnya. Ruang
pertama yang dititikberatkan ialah tapak permainan. Aktiviti luar seperti permainan luar akan
diadakan di sini. Kanak-kanak dibenarkan bermain mengikut mainan kegemaran mereka.
Sementara itu, guru juga telah menetapkan beberapa peraturan bagi menjaga tingkah laku
kanak-kanak serta menekankan beberapa aspek keselamatan ketika berada di kawasan
tapak permainan.
Kawasan kebun juga dibina di sebelah kanan bangunan. Kebun ini dibina untuk
melatih kanak-kanak melakukan aktiviti bercucuk tanam selain memperkembangkan motor
halus mereka dengan cara menanam pokok. Selain itu, kebun sayur ini juga dapat
membantu dalam pembelajaran mengenai kesyukuran kepada alam sekitar dan kekuasaan
tuhan dalam mencipta tumbuh-tumbuhan. Kebun sayur ini akan ditanam sendiri oleh kanakkanak.
Gazebo yang diletakkan di pertengahan antara kebun dan tapak permainan pula
merupakan kawasan rehat atau tempat ibu bapa menunggu anak mereka ketika selesai sesi
persekolahan. Di sebelah gazebo terbabit terdapat kolam ikan yang membantu dalam

menambahkan kecantikan halaman prasekolah. Kolam ikan tersebut juga berperanan dalam
sesi pembelajaran apabila guru memberitahu jenis ikan dan kepentingan air yang ada dalam
kolam terbabit.
Kotak berwarna-warni yang berada di sebelah kiri bangunan ialah kotak yang boleh
mengeluarkan bunyi dan akan berubah warna jika dipijak. Kotak-kotak tersebut merupakan
satu inovasi permainan yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak. Selain itu, guru juga boleh
mengajar topik muzik dan warna pada ruangan ini.
Di sekeliling lingkaran air pancut yang terdapat di sebelah kiri bangunan yang berada
berdekatan pagar, terdapat kawasan lingkaran batu refleksologi yang boleh dipijak oleh
kanak-kanak. Kawasan refleksologi ini dapat membantu dalam peredaran darah semasa
memijak kawasan terbabit. Guru boleh mengajar mengenai deria sentuhan yang dialami
kanak-kanak seperti rasa sakit dan geli. Bunga-bunga yang ada di sekeliling air pancut juga
dapat menjadi bahan bantu mengajar kanak-kanak selain merupakan satu elemen dalam
menambahkan lagi keceriaan pemandangan halaman prasekolah.
Kawasan kolam renang dan kawasan berpasir pula adalah suatu prasarana yang
perlu ada di luar kelas prasekolah. Kawasan ini digunakan oleeh kanak-kanak untuk
melakukan aktiviti berasaskan air dan pasir.
Kesimpulannya, pengurusan sebuah bilik darjah yang baik dan kondusif merupakan
salah satu faktor meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid di
sekolah akan menikmati dan menggunakan kemudahan yang amat lengkap dan
memungkinkan melahirkan anak-anak murid yang cemerlang.

You might also like