You are on page 1of 15

1.

PENGENALAN

Resos merupakan bahanbahan yang boleh digunakan untuk membantu proses


pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik.
Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik kerana ia akan memudahkan muridmurid untuk
memahami konsep-konsep yang terdapat dalam matematik dengan menggunakan
bahan- bahan konkrit. Ia merupakan salah satu daripada resos.
Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana
belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek
yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan
menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-murid
yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan
baik.
Guru perlu menyedari bahawa penggunaan resos yang baik dan menarik sangat
penting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep matematik dan
menggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Oleh itu, guru perlulah
berusaha untuk menyediakan resos dan bahan supaya dapat menyampaikan
pengajaran dengan berkesan. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran
matematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada murid-murid dan
guru itu sendiri.
Antara contoh resos yang boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan manipulatif dan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi
maklumat dan komunikasi. Contoh bahan bercetak ialah buku-buku, jurnal-jurnal dan
kalender. Contoh bahan manipulatif pula ialah kit manipulatif yang terdiri daripada
papan geo, blok Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas sepuluh. Selain itu, alat
penimbang dan alat mengira seperti kalkulator, abakus, rod dan batang kayu juga
merupakan resos. Manakala, komputer, projektor dan perisian komputer yang berkaitan
penyelesaian masalah matematik juga boleh digunakan.

Oleh itu, dalam tugasan ini guru pelatih telah ditugaskan untuk menghasilkan resos
yang menarik, kreatif, efektif dan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Resos ini akan meningkatkan mutu serta kualiti pengajaran
dan pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk pemahaman
yang lebih baik terhadap sukatan matematik. Resos yang baik akan dapat membantu
murid- murid dalam proses pembelajaran.

2.0

CARTA PENGURUSAN GRAFIK

Alat Bantu Mengajar

Definisi : Sebarang objek, bahan, kelengkapan, model,


rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang
kemudahan yang menolong menambah atau memudahkan
pembelajaran matematik.

Pengelasan Alat Bantu Mengajar

Contoh Alat Bantu Mengajar

a) Ruang pengajaran

a) Penggunaan papan hitam

b) Buku teks

b) Sifat-sifat geometri

c) Bahan bertulis

c) Polihedron-polihedron

d) Alat tayang

d) Model trigonometri

e) Model- model matematik

e) Sifat-sifat algebra

Fungsi Alat Bantu Mengajar


a) Sebagai cara untuk membantu murid memahami konsep dan
prinsip matematik
b) Sebagai cara motivasi
c) Sebagai cara untuk menggayakan pengajaran
d) Sebagai cara untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
e) Sebagai cara untuk mendirikan simulasi mengenai situasi hakikat
f) Sebagai cara untuk mencapai perwakilan tiga dimensi
g) Sebagai cara untuk menampung perbezaan individu

Aspek Sejarah Matematikmenjadikan topik lebih mudah


difahami, motivasi,
pengembangan sikap positif

Artikel- digunakan untuk


menerangkan kepentingan
matematik
1. Pembelajaran matematik bantu
perkembangan fikiran penyelesaian
masalah
2. Kemahiran fikir dalam matematik
bantu dalam subjek lain
3. Pelbagai kerjaya boleh diceburi
dengan matematik
4. Lulus matematik syarat kemasukan
IPT
5. Penghargaan terhadap murid
cemerlang matematik

Matematik Rekreasi
Pengajaran dan
pembelajaran dalam
bentuk hiburan
1. Membina minat murid
2. Pengajaran yang bosan
menyebabkan murid
berpotensi hilang minat
terhadap matematik
3. Pelajar yang lemah dan tidak
berminat menjauhi matematik

Misteri Dalam MatematikTeka- teki dan masalah kod


merupakan soalan misteri
yang mengkagumkan murid
1. Contohnya ialah susunkan digit
1, 2, 3, 4 supaya menghasilkan
satu nombor yang boleh
dibahagi tepat dengan 11
jawapan : 1342, 2134, 1234,
2431, 3124, 4213, 4312

1. Mengarahkan murid baca nota


sejarah yang berkaitan matematik
2. Mulakan pengajaran dengan guna
bahan sejarah matematik sebagai set
induksi
3. Kaitkan bahan sejarah dengan topik
4. Tunjukkan filem dan ahli matematik
terkenal
5. Memberikan projek berkaitan sejarah
matematik

BAHAN
PENGAJARAN

Jenaka Dalam
MatematikMasalah yang menarik,
lucu dan menduga akal
1. Menggambarkan situasi yang
lucu dan memberikan
jawapan yang tidak disangkasangka
2. Penyelesaian menjadi
hiburan
murid-murid

Permainan MatematikUntuk pengembangan


proses berfikir
1. Bermula dengan
permasalahan ditimbulkan
dalam soalan
2. Cara untuk menyelesaikan
Dan rumus untuk digunakan
3. Jawapan yang akan
diperolehi

3.0

PENGGUNAAN RESOS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MATEMATIK

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam
sebarang

usaha

pembinaan

insan.

Berasaskan

kepada

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa relevan. Kurikulum Standard


Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik ini diolah dan disusun semula.
Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat
seterusnya.

Langkah

yang

diambil

adalah

selaras

dengan

keperluan

untuk

menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid yang mempunyai


latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran
tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi
dan inovasi dalam menghadapi serta menangani perubahan dan cabaran masa depan.
Semenjak sebelum merdeka lagi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
pelbagai dasar mahupun polisi yang mempunyai visi dan misi ke arah mewujudkan
permodenan dan penambahbaikan daalm bidang pendidikan Negara. Selepas
Kurikulum

Bersepadu

sekolah

Rendah

(KBSR)

diperkenalkan,

atas

dasar

penambahbaikan kerajaan telah menggubal kembali silibus pelajaran kepada Kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat tiga elemen nilai yang ditambah di dalam
KSSR ialah kreativiti dan inovasi, keusahawanan, serta teknologi maklumat dan
komunikasi.
KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Kajian ilmiah pada kali ini akan memberi pengkhususan kepada bahan atau resos
dalam pembelajaran dan pengajaran matematik di sekolah. Penggunaan sumber atau
resos bukanlah sesuatu yang masih baru kerana sebelum penciptaan system nombor,
gambarajah dan benda konkrit telah pun digunakan untuk mengajar idea-idea
matematik.
Umumnya, resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan, objek, kelengkapan,
model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat
menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik. Resos boleh dirujuk
kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. Ini bermaksud resos merujuk
kepada set benda yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran dan
pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar.
Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. Resos
mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat
pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih
daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti
yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep abstrak tidak semuanya dapat ditafsir
dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan menggunakan perkataan
sahaja. Kebiasaannya, apabila seorang guru gagal menerangkan konsep matematik
kepada murid secara berlisan, dia seharusnya mencari jalan inisiatif lain untuk
mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya penggunaan resos dalam
pengajaran matematik.
Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep,
prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan
seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan
penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia
fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk mempelbagaikan strategi
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru sekolah rendah digalakkan

mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran


matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran


dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu
belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara
kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.
Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan resos
yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan
kepada kedua-dua pihak. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid
akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk menarik
perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yang digunakan harus
disediakan ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Faktor
jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil kira. Jika
resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan
kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang
sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan menyebabkan
mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan.
Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan
gambar atau imej yang berwarna- warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam
penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd
Resad, 2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar
atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan
proses penyimpanan maklumat.
Oleh yang demikian, para guru haruslah berusaha untuk memperbaiki serta
meningkatkan kemahiran diri dan kreativiti dalam menghasilkan serta mengendalikan
resos supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Contohnya, guru perlu
bersedia menghadiri kursus yang berkaitan dengan bahan-bahan resos. Guru haruslah
mengendalikan pengajaran Matematik dengan bantuan resos matematik dengan cara
yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif dan berguna. Hasilkan resos yang

berlainan dan unik di mata pelajar. Ini serta merta akan meningkatkan daya tarikan
pelajar terhadap resos yang digunakan oleh guru tersebut. Guru perlu kreatif dan
inovatif dalam memainkan peranannya sebagai pencetus idea dan melahirkan murid
yang berilmu pengetahuan, menguasai dan mengamalkan sikap dan nilai yang baik
serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi murid.
Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam
matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi
mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos
dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid.
Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat
dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam pelbagi bentuk
seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran
menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Bagi kajian ini, kami ingin memfokuskan kepada resos bahan pengajaran yang baik.
Pembelajaran matematik melibatkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan fakta,
kemahiran dan prosedur yang lebih tinggi. Ia memerlukan struktur konseptual, strategi
tentang penyelesaian, kaedah penyelesaian, pendekatan untuk menyelesaikan
masalah dan sikap penghargaan tehadap matematik. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku seharusnya mampu menggalakkan dan meningkatkan
minat serta kemampuan murid untuk memahami konsep matematik secara maksimum.
Oleh itu, sebagai seorang bakal guru perlulah mahir untuk memilih resos dan bahanbahan yang mampu merangsang minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran matematik.
Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid untuk menguasai
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, menyelesaikan masalah dan membuat
kesimpulan atau keputusan terhadap sesebuah permasalahan. Oleh itu, resos seperti
bahan- bahan yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan.

Terdapat beberapa resos yang menjadi bahan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran seperti artikel, aspek sejarah matematik, matematik rekreasi, jenaka
dalam matematik, misteri dalam matematik dan permainan matematik.
Resos yang pertama untuk dibincangkan ialah artikel. Bahan bahan artikel boleh
digunakan untuk menerangkan kepentingan matematik dalam kehidupan seharian
manusia. Kebanyakan manusia tidak mengetahui akan kewujudan matematik dan
konsep matematik yang berlaku dalam persekitaran mereka. Dengan artikel, akan
dapat menerangkan bahawa pembelajaran matematik akan membantu perkembangan
pemikiran menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan. Matematik melatih
kita untuk mengenalpasti data, menganalisa data, mengenal konsep, aturan, prinsip
dan menjangkakan keputusan. Selain itu, kemahiran berfikir dalam matematik akan
membantu pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Matematik juga akan
memberikan banyak peluang kerjaya dan pekerjaan untuk diceburi oleh murid- murid
yang menceburi bidang matematik. Matematik juga menjadi syarat minimum untuk
kemasukan ke Institusi- institusi pendidikan tinggi.
Resos yang kedua adalah aspek sejarah matematik itu sendiri yang untuk kerana
membawa makna yang berbeza kepada individu yang berlainan. Namun demikian
sejarah matematik membekalkan pengayaan yang baik dalam kurikulum matematik.
Ramai yang berpendapat bahawa mempelajari matematik adalah untuk lulus dalam
peperiksaan sahaja, namun dengan adanya pengajaran aspek sejarah matematik yang
teratur akan memberikan kesedaran kepada kepentingan dan perkembangan
matematik yang membantu kehidupan nenek moyang kita yang terdahulu. Pengajaran
sejarah matematik dalam pengajaran harian juga akan menjadikan topik yang
dibincangkan mudah difahami dan dapat memberikan motivasi kepada murid-murid.
Antara kaedah- kaedah yang yang boleh digunakan oleh para guru bagi menyelitkan
aspek sejarah matematik ialah dengan mengarahkan murid-murid untuk membaca
nota-nota bahan sejarah yang berkaitan matematik. Aspek sejarah matematik juga
merupakan resos yang sangat bagus untuk digunakan sebagai set induksi di dalam
kelas bagi memulakan pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh membuat

perkaitan dengan menyebut aspek sejarah matematik semasa dalam proses


pengajaran. Filem-filem dan ahli-ahli matematik boleh dijadikan sebagai sumber
motivasi untuk memperkembangkan pengetahuan matematik. Selain itu, murid-murid
juga boleh diberikan projek untuk dilaksanakan melibatkan sejarah atau aspek
matematik seperti sejaran pengukuran, nombor, cabang-cabang matematik dan
sebagainya.
Resos yang ketiga pula ialah matematik rekreasi yang melibatkan jenaka , misteri,
drama dan permainan. Kaedah tersebut boleh digunakan dalam kelas matematik.
Penggunaan kaedah yang berbentuk hiburan dan keseronokan ini akan menjadikan
pengajaran menjadi lebih menarik. Minat murid-murid akan dapat dibina dan dipupuk
dengan menggunakan beberapa jenis matemati rekreasi. Sekiranya ia tidak diselitkan
dalam pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bosan dan
meyebabkan murid yang pandai dan berpotensi tidak dapat mengembangkan minat
mereka terhadap matematik. Manakala murid yang lemah dan tidak berminat akan
menjauhi diri daripada bidang matematik. Oleh itu, penggunaan resos matematik
rekreasi merupakan satu cara untuk merangsang minat dan tumpuan murid.
Kegunaannya pula perlulah bersesuaian mengikut umur dan tahap murid tersebut.
Resos yang keempat ialah jenaka dalam matematik iaitu guru itu sendiri menjadikan
dirinya sebagai resos iaitu membuat jenaka yang berkaitan matematik. Jenaka
merupakan masalah yang menarik, lucu dan dapat menduga akal fikiran.

Ia akan

menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangkasangka. Dengan itu, penyelesaiannya akan menjadi hiburan kepada murid-murid.
Contohnya ialah :
1. Seekor monyet tejatuh ke dalam perigi yang dalamnya 30 meter. Setiap hari
monyet memanjat 3 meter tetapi kerana dinding perigi sngat licin, ia tergelincir 2
meter. Selepas berapa harikah monyet itu dapat keluar daripada perigi trsebut?

Jawapannya : Dua puluh lapan hari kerana pada hari yang ke-28 ia akan sampai
ke atas dan tidak terjatuh semula.
Kelima ialah misteri yang berlaku dalam matematik seperti masalah ajaib, tekateki dan masalah kod. Ia merupakan soalan- soalan misteri yang boleh
menyebabkan murid berasa kagum terhadap matematik. Antara masalah yang
boleh diberikan kepada murid-murid ialah :

1. Jika anda mendarabkan dua nombor, anda akan mendapati suatu nombor yang
lebih besar daripada hasil tambah kedua-dua nimbor tersebut. Benar atau Tidak?

Jawapan : Benar, jika nombor berkenaan adalah lebih besar daripada satu.

Resos yang terakhir sekali untuk dibincangkan ialah permainan dalam matematik yang
melibatkan proses berfikir dengan kreatif dan kritis. Soalan dikemukan kepada muridmurid dan mereka akan berfikir untuk memahami permasalahan yang ditimbulkan
dalam soalan tersebut. Mereka akan cuba mencari jalan penyelesaian dan memilih
rumus yang bersesuaian untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Selepas mendapat jawapan, mereka akan menilai jawapan yang telah mereka perolehi
dan berfikir bagaimana jawapan yang lebih tepat. Permainan matematik boleh
dilaksanakan dalam proses pengajaran

bagi melatih murid-murid supaya dapat

memperkembangkan tahap dan keupayaan pemikiran mereka. Contoh permainan


matematik ialah :

1. Terdapat tiga cara untuk pergi ke rumah Iskandar, dari rumah Nurul, dan dua
cara untuk sampai ke rumah Alias, dari rumah Iskandar. Berapakah cara untuk

sampai ke rumah Alia , jika dalam perjalanan dari rumah Nurul, singgah sebentar
di rumah Iskandar?

Jawapan : Terdapat enam cara.

4.0

PENUTUP

Setelah selesai melaksanakan tugasan kerja kursus kami pada kali ini, kami telah
mempelajarikepentingan

penggunaan

resos

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran khususnya dalam subjek matematik. Guru perlu sedar tentang peranan
resos untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep matematik serta
pemikiran matematik murid.
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah harus berubah dan
lebih kreatif, daripada diberitahu oleh guru dan dibina oleh pelajar. Salah satu
kaedahnya ialah dengan penggunaan resos yang pelbagai. Memilih dan menyediakan
resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih
berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik.
Resos sangat penting dalam proses pengajaran. Resos yang digunakan oleh guru
berpotensi untuk mengelak kebosanan pelajar di dalam kelas matematik dan
menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap
matematik.

Selain itu, resos yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Kesesuaian resos dengan isi
pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru penting bagi memastikan isi pelajaran
yang

ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya

kekemasan,kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Jika tidak resos
yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan resos tersebut.
Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi
maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik
yang bergelar guru. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan
berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan
satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna kepada pelajar mereka.
5.0

RUJUKAN

Noraini Idris. (2001). PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK. Siri Pengajian


dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur. Penerbit Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Khoo Phon Sai. (1986). Belajar untuk Mengajar MATEMATIK Sekolah Menengah. Siri
Pendidikan Berita. Kuala Lumpur. Penerbit Berita Publishing Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (1988). PANDUAN MENGAJAR MATEMATIK KBSR. Siri Pendidikan
Guru. Kuala Lumpur. Penerbit Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Norma binti Haji Hassan.(2004). HUBUNGAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN


MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM,
PENGKALAN CHEPA, KELANTAN. Muka surat 25 dan 33.

Diakses pada 25 Mac 2012 daripada


http://mujahid.tripod.com/strategi.html

Diakses pada 27 Mac 2012 daripada


http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/penggunaan-alat-dan-teknologidalam-matematik-0

You might also like