You are on page 1of 28

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :
Nama

: SANTHIAH A/P SUNTHARARAJU

No K/P

: 950628-01-6032

Tarikh

: 13 MAC 2015

HALAMAN JUDUL

TAJUK:
Strategi penyelesaian masalah mengikut langkah masalah penyelesaian
masalah polya & Algoritm berbeza untuk operasi asas matematik

Jabatan Matematik
IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Mengkuang, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

II

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Santhiah a/p Sunthararaju dari
kelas 2 PISMP SEJARAH, amat bersyukur kepada Tuhan yang Maha Mulia kerana dengan
limpah kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu Dr. Abdul Razak Othman kerana beliau telah mejadi pedoman dan pembimbing saya
untuk melengkapkan kerja kursus ini. Beliau telah mengajar saya pelbagai teknik yang
berkesan untuk menghasilkan suatu kerja kursus yang berkualiti dan sempurna.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya,
En.Sunthraraju a/l Marimuthu dan Pn.Suba a/p Subbramaniam yang telah membantu saya
dari aspek kewangan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah memberi
sokongan moral kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang telah
ditetapkan. Ucapan penghargaan saya juga khas ditujukan kepada rakan-rakan sekelas
saya yang telah sudi meluangkan masa bersama saya di perpusatakaan bagi mengumpul
bahan untuk kerja kursus.
Akhirnya, penghargaan ini saya tujukan kepada semua pihak yang telah menolong
saya secara langsung dan juga secara tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini dengan
cemerlang. Semoga tuhan dapat membalas jasa kalian dan segala usaha yang telah saya
ambil bagi menyiapkan kerja kursus ini. Bantuan dari semua pihak, tidak mungkin saya
dapat lupakan dan segala bantuan yang telah diberikan kepada saya amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

III

SENARAI KANDUNGAN

MUKASURAT

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN JUDUL

II

PENGHARGAAN

III

SENARAI KANDUNGAN

IV

1.0 Pengenalan

2.0 Soalan 1
2.1 Strategi Penyelesaian Masalah I

2.2 Strategi Penyelesaian Masalah II

3.0 Soalan 2
3.1 Strategi Penyelesaian Masalah I

3.2 Strategi Penyelesaian Masalah II

10

4.0 Soalan 3
4.1 Strategi Penyelesaian Masalah I

12

4.2 Strategi Penyelesaian Masalah II

14

5.0 Soalan 3
5.1 Strategi Penyelesaian Masalah I

16

5.2 Strategi Penyelesaian Masalah II

17

6.0 Operasi Penambahan


6.1 Kaedah Expended Algorithm.

18

6.2 Kaedah kekisi / Lattice

19

7.0 Operasi Tolak


7.1 Pengansingan / Mengambil Keluar

20

7.2 Kaedah Penolakan Berkembang/ Exapand Subtraction

21

IV

8.0 Operasi Darab


8.1 Kaedah Lattice

23

8.2 Garisan & Titik

24

9.0 Operasi Bahagi


9.1 Menceraikan Model

25

9.2 Tolak Berulang-ulang

26

10.0 Rumusan

27

REFLEKSI
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

Pengenalan

Literasi Nombor merupakan unsur pentinG untuk membezakan antara mengajar


penyelesaian masalah dengan menggunakan penyelesaian masalah sebagai strategi
pengajaran. Pengajaran penyelesaian masalah mengajar kita cara untuk menyelesaikan
masalah. Penyelesaian masalah sebagai strategi pengajaran adalah teknik pengajaran yang
mana masalah digunakan sebagai cara untuk memahami atau memperoleh kecelikan dalam
meneroka matematik. Seseorang perlu menguasai teknik ataupun strategi untuk
menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat, mudah dan tepat.
Model Penyelesaian Masalah Polya ialah salah teori ataupun strategi untuk
menyelesaikan masalah. Terdapat empat langkah dalam Model Penyelesaian Masalah
Polya. Langkah pertama ialah memahami soalan. Hal ini kerana tanpa memahami masalah,
seseorang tidak boleh mencari jalan penyelesaian yang tepat. Langkah kedua ialah
merancang strategi penyelesaian. Di sini seseorang akan berfikir strategi ataupun kaedah
yang paling sesuai yang dapat diaplikasikan untuk meyelsaikan masalah Matematik
tersebut.
Manakala, langkah ketiga ialah melaksanakan strategi. Di bawah langkah ini
seseorang akan laksanakan strategi yang dipilih untuk menyelesaikan masalah Matematik.
Akhirnya, meyemak semula penyelesaian kepada masalah tersebut merupakan langkah
empat. Di sini seseorang akan membaca soalan semula untuk memastikan sama ada
mereka telah menjawab soalan yang dikemukakan. Selain itu, mereka juga akan
memastikan jawapan yang diperolehi adalah betul dan munasabah

1
2.0 Soalan 1

2.1 Strategi Penyelesaian Masalah I

Langkah 1: Memahami masalah


Mula-mula saya telah memahami masalah yang dikemukakan dalam soalan ini.
Berdasarkan kefahaman saya, terdapat sebanyak 9 bulatan dan 4 baris dalam gambar rajah
tersebut. Saya perlu mengisikan setiap bulatan yang kosong dengan menggunakan manamana nombor seperti 1,2,3,4,5,6,7 sehingga 8. Syaratnya, setiap bulatan mesti diisi dengan
satu nombor sahaja. Manakala hasiltambah ataupun nilai nombor dalam setiap baris tidak
boleh melebihi 15.
Langkah 2: Merancang strategi
Setelah saya memahami soalan, saya bermula untuk berfikir cara untuk
menyelesaikan masalah ini. Saya telah membaca maklumat yang telah saya kumpulkan
sebelum ini. Saya mendapati bahawa terdapat salah satu bulatan yang sudah diisi dengan
nombor 6. Oleh itu, saya perlu mengisikan 8 bulatan yang masih kosong. Setelah berfiri
saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah cuba dan jaya untuk
menyelesaikan masalah matematik ini.
Langkah 3: Melaksanakan strategi
Seterusnya, saya telah berusaha memasukkan ataupun mengaplikasikan kaedah
cuba dan jaya dalam masalah ini. Maka, saya telah cuba mengisi nombor dalam setiap
bulatan secara rawak dan mengira semula untuk memastikan bahawa hasiltambah setiap
baris adalah 15. Saya telah cuba sebanyak tiga kali untuk menyelesaikan masalah
matematik ini. Hasilnya seperti bawah:

6
8

5
2

Rajah 1: Cubaan Pertama

6
5

1
7
8
Rajah 2: Cubaan Kedua

6
7

8
3
1

Rajah 3: Cubaan Ketiga

Langkah 4: Menyemak semula


Menurut langkah keempat Model Penyelesaian Masalah Polya saya telah baca
semula arahan soalan yang diberi. Saya menyemak setiap langkah dalam jalan kerja untuk
mengelakkan kesalahan yang berpunca daripada sifat cuai dan lalai. Setelah saya telah
cuba beberapa kali, pada cubaan kali ketiga saya berjaya untuk mendapat jawapan yang
betul. Bagi menyemak semula jalan penyelesaian masalah ini saya telah menghitung
haslitambah setiap baris dan mendapat 15 sebagai jawapan. Saya berasa saya telah
menyelesaikan maslah tersebut dengan betul dan munasabah.

4
2.2 Strategi Penyelesaian Masalah II

Langkah 1: Memahami masalah


Mula-mula saya telah memahami masalah yang dikemukakan dalam soalan ini.
Berdasarkan kefahaman saya, terdapat sebanyak 9 bulatan dan 4 baris dalam gambar rajah
tersebut. Saya perlu mengisikan setiap bulatan yang kosong dengan menggunakan manamana nombor seperti 1,2,3,4,5,6,7 sehingga 8. Syaratnya, setiap bulatan mesti diisi dengan
satu nombor sahaja. Manakala hasiltambah ataupun nilai nombor dalam setiap baris tidak
boleh melebihi 15.
Langkah 2: Merancang strategi
Setelah saya memahami soalan, saya bermula untuk berfikir cara untuk
menyelesaikan masalah ini. Saya telah membaca maklumat yang telah saya kumpulkan
sebelum ini. Saya mendapati bahawa terdapat salah satu bulatan yang sudah diisi dengan
nombor 6. Oleh itu, saya perlu mengisikan 8 bulatan yang masih kosong. Setelah berfikir
saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah cuba dan jaya untuk
menyelesaikan masalah matematik ini.
Langkah 3: Melaksanakan strategi
Saya telah mengaplikasikan gabungan 2 jenis strategi iaitu strategi teka dan uji dan
juga bekerja secara songsang. Mula-mula saya senaraikan nombor nombor dari 1
sehingga 8. Setelah itu, saya telah menyingkirkan nombor 6 kerana nombor tersebut
sudahpun diisi dalam bulatan yang paling atas sepertimana yang diberi dalam soalan.
Seterusnya, menggunakan strategi teka dan uji untuk mengisi bulatan yang masih kosong.
Selepas itu, saya mengaplikasikan kaedah kerja songsang dalam jawapan yang saya dapat
sebentar tadi dengan menukar kedudukan nombor dalam setiap barisan kiri dan kanan
secara songsang kecuali nombor 6 dan juga nombor 3. Haslinya, seperti bawah:

6
8

5
2

Rajah 4: Cubaan Pertama

6
7

8
3
1

Rajah 5: Jawapan menggunakan kaedah teka dan uji

6
8

7
3
2

Rajah 6: Jawapan menggunakan kaedah kerja secara songsang.

Langkah 4: Menyemak semula


Setelah saya telah mengisi semua bulatan yang kosong, saya telah membaca
semula arahan soalan yang diberi. Saya menyemak setiap langkah dalam jalan kerja untuk
mengelakkan kesalahan yang berpunca daripada sifat cuai dan lalai. Walaupun saya telah
menyelesaikan maslaah tersebut saya menyemak sekali lagi untuk memastikan bahawa
langkah yang telah saya pilih adalah betul dan tepat. Bagi menyemak semula jalan
penyelesaian masalah ini saya telah menghitung haslitambah setiap baris dan mendapat 15
sebagai jawapan. Saya yakin bahawa cara penyelesaian masalah tersebut adalah betul dan
munasabah.

7
3.0 Soalan 2
3.1 Strategi Penyelesaian Masalah I
Langkah 1: Memahami masalah
Mula-mula saya telah membaca soalan tersebut dengan teliti supaya dapat
memahami kehendak soalan dengan jelas. Daripada soalan tersebut, saya telah berusaha
untuk mengumpul maklumat. Soalan menjelaskan bahawa Ali bekerja dengan cepat
berbanding dengan Mohamad. Buktinya, Ali mengambil masa 10 hari untuk mengecat
rumahnya. Manakala, Mohamad mengambil masa 30 hari untuk mengecat sebuah rumah.
Dari sini saya telah mendapat nisbah 1: 3.
Seterusnya, saya memahami bahawa mereka setuju untuk bergabung tenaga unutk
mengecat rumah Ali. Syaratnya, Ali akan berehat selama 2 hari dan Mohamad akan berehat
selama 8 hari. Manakala, tidak ada 2 orang yang akan berehat pada hari yang sama. Saya
juga memahami kehendak soalan iaitu mencari berapa hari yang akan diambil oleh Ali dan
Muhamad unutk mengecat rumah Ali.
Langkah 2: Merancang strategi
Bagi menyelesaikan masalah matematik ini, saya telah berfikir dan mengambil
keputusan untuk menerapkan strategi melukis gambarajah. Saya telah menterjemahkan
masalah yang diberi dalam bentuk ayat matematik dengan melukis rajah atau gambar yang
sesuai. Saya berbuat demikian kerana gambarajah menjadi perantara antara konkrit dan
abstrak.
Langkah 3: Melaksanakan strategi
Dalam langkah ini saya telah melukis sebuah rajah yang mewakili rumah Ali. Dengan
menggunakan informasi yang mengatakan Ali akan mengambil masa sebanyak 10 hari
untuk mengecat rumahnya, saya telah membahagikan rumahnya kepada 10 bahagian.
Seterusnya, saya telah melakarkan bahagian-bahagian yang dicat oleh Ali dan Muhamad
bagi setiap hari.Saya juga mengambil kira maklumat yang menyatakan dimana Ali akan
berehat 8 hari dan Mohamad akan berehat 2 hari serta tiada dua orang yang akan berehat
pada hari yang sama. Hasilnya seperti di bawah:

Ali

Muhamad
Rajah 7: Gambarajah yang dihasilkan beserta dengan penyelesaian masalah.
Setelah melukis gambarajah ini saya telah mentransformasikan segala maklumat
yang telah saya kumpulkan sebelum ini. Berdasarkan pada maklumat tersebut Ali akan
mengecat 1 bahagian untuk sehari. Manakala Muhamad akan mengecat 1/3 dalam 1
bahagian untuk sehari. Pada hari kedua dan ketiga Ali akan berehat dan Muhamad akan
mengecat 2/3 lagi dalam 1 bahagian. Seterusnya, pada hari keempat sehingga ke hari
sebelas Ali akan mengambil alih untuk mengacat.
Ali + Muhamad = 1 hari
Muhamad sahaja = 2 hari
Ali sahaja = 8 hari
1 + 2+ 8 = 11 hari

Maka, jumlah hari yang Ali dan Mohamad akan mengambil untuk siap mengecat
rumah Ali ialah 11.

Langkah 4: Menyemak semula


Saya menyemak setiap langkah dalam jalan kerja untuk mengelakkan kesalahan
yang berpunca daripada kelalaian. Saya menyemak sekali lagi untuk memastikan bahawa
langkah yang telah saya pilih adalah betul dan tepat. Bagi menyemak semula jalan
penyelesaian masalah ini saya telah mengira jumlah hari yang Ali berehat dan jumlah yang
Muhamad berehat. Saya juga memastikan tidak ada dua orang yang berehat pada hari yang
sama.

9
3.2 Strategi Penyelesaian Masalah II
Langkah 1: Memahami masalah
Mula-mula saya telah membaca soalan tersebut dengan teliti supaya dapat
memahami kehendak soalan dengan jelas. Daripada soalan tersebut, saya telah berusaha
untuk mengumpul maklumat. Soalan menjelaskan bahawa Ali bekerja dengan cepat
berbanding dengan Mohamad. Buktinya, Ali mengambil masa 10 hari untuk mengecat
rumahnya. Manakala, Mohamad mengambil masa 30 hari untuk mengecat sebuah rumah.
Dari sini saya telah mendapat nisbah 1: 3.
Seterusnya, saya memahami bahawa mereka setuju untuk bergabung tenaga unutk
mengecat rumah Ali. Syaratnya, Ali akan berehat selama 2 hari dan Mohamad akan berehat
selama 8 hari. Manakala, tidak ada 2 orang yang akan berehat pada hari yang sama. Saya
juga memahami kehendak soalan iaitu mencari berapa hari yang akan diambil oleh Ali dan
Muhamad unutk mengecat rumah Ali.
Langkah 2: Merancang strategi:
Setelah memahami soalan , saya telah mencari strategi masalah yang sesuai untuk
meyelesaikan masalah ini. Saya telah memilih kaedah memudahkan masalah untuk
merungkaikan masalah tersebut.
Langkah 3: Melaksanakan strategi:
Saya telah menulis semula masalah tersebut dalam ayat-ayat pendek supaya mudah
untuk memahami dan senang untuk mendapat jawapan. Haslinya seperti di bawah:

Ali akan habis mengecat rumah dalam 10 hari


Muhamad akan habis mengecat rumah dalam 30 hari
Ali akan rehat 2 hari
Muhamad rehat 8 hari
Nisbahnya 1:3
Rumah Ali dibahagi kepada 3 bahagian
Hari 1: Ali mengecat 1 bahagian & Muhamad mengecat 1/3 dalam 1 bahagian
Hari 2 & 3: Muhamad mengecat lagi 2/3 dalam satu bahagian & Ali rehat
Hari 4-11: Ali mengecat lagi 10 bahagian & Muhamad rehat

10

Jumlah hari Ali dan Muhamad mengecat = 1hari


Jumlah hari Ali sahaja mengecat = 8 hari
Jumlah hari Muhamad sahaja mengecat = 2 hari
Maka, 1+8+2= 11 hari untuk habis mengecat rumah Ali

Langkah 4: Menyemak semula


Saya telah menyemak setiap langkah dalam jalan kerja ataupun proses
penyelesaian masalah untuk mengelakkan kesilapan yang berpunca daripada kecuaian.
Saya menyemak sekali lagi untuk memastikan bahawa langkah yang telah saya pilih adalah
betul dan tepat. Saya juga memastikan setiap langkah telah saya tulis adalah betul. Bagi
menyemak semula jalan penyelesaian masalah ini saya telah mengira jumlah hari yang Ali
berehat dan jumlah yang Muhamad berehat. Saya juga memastikan tidak ada dua orang
yang berehat pada hari yang sama.

11
4.0 Soalan 3

4.1 Strategi Penyelesaian Masalah I


Langkah 1: Memahami masalah
Mula-mula saya telah mengambil masa untuk membaca dan memahami kehendak
soalan. Setelah itu, saya mengumpul beberapa maklumat dari soalan tersebut. Antaranya,
lelaki adalah kurang 9 orang daripada separuh bilangan perempuan. Manakala, perempuan
aadalah 3 orang lebih daripada 3 kali ganda jumlah lelaki. Saya telah memahami bahawa
kehendak soalan tersebut ialah mencari jumlah bilangan murid dalam Kelab Matematik
tersebut.
Langkah 2: Merancang strategi
Setelah itu, saya merancang strategi untuk merungkaikan masalah ini. Kaedah yang
telah mengaplikasikan adalah kaedah persamaan serentak. Setelah membaca semua
strategi penyelesaian

masalah saya berasa strategi persamaan serentak adalah lebih

sesuai untuk menyelesaikan masalah matematik tersebut.


Langkah 3: Melaksanakan strategi
Saya memulakan jalan kerja bagi soalan tersebut dengan menamakan jumlah
perempuan sebagai x. Manakala, jumlah lelaki dinamakan sebagai y. Hasilnya seperti di
bawah:

x = y -9 1 x 2
2x = y 18

2x y = -18 ... 1

y = 3 + 3x
3x y = -3. 2
2x = y 18.. 1
3x y = -3 2
(2 - 1)

12

x=y9
15 = (48) 9
15 = 24 9
x = 15

y = 3 + 3x
y = 3 + 3 (15)
y = 3 + 45
y = 48

Ganti 15 dalam 1
2 (15) y = -18
30 y = -18
30 + 18 = y
48 = y
x + y = 15 +48
= 63

Maka jumlah murid dalam kelab matematik ialah 63 orang.

Langkah 4 : Menyemak semula


Setelah saya meyelesaikan masalah tersebut saya membaca semula arahan. Saya
menyemak setiap langkah dalam jalan kerja untuk mengelakkan kesilapan yang berpunca
daripada kecuai. Saya juga menyemak sekali lagi bagi memastikan setiap langkah yang
telah saya pilih adalah betul dan tepat. Saya yakin bahawa cara penyelesaian masalah
tersebut adalah betul dan munasabah.
13
4.2 Strategi Penyelesaian Masalah II

Langkah 1: Memahami masalah


Mula-mula saya telah mengambil masa untuk membaca dan memahami kehendak
soalan. Setelah itu, saya mengumpul beberapa maklumat dari soalan tersebut. Antaranya,
lelaki adalah kurang 9 orang daripada separuh bilangan perempuan. Manakala, perempuan
aadalah 3 orang lebih daripada 3 kali ganda jumlah lelaki. Saya telah memahami bahawa
kehendak soalan tersebut ialah mencari jumlah bilangan murid dalam Kelab Matematik
tersebut.
Langkah 2: Merancang strategi
Setelah memahami soalan tersebut saya menggunakan kaedah cuba dan jaya
ataupun teka dan uji bagi menyelesaikan maslah matematik ini. Walaupun pelaksanaan
strategi ini akan mengambil masa yang banyak , saya berasa kaedah penyelesaian ini
mudah untuk difikir dan melaksanakan.
Langkah 3: Melaksanakan strategi
Semasa mengaplikasikan strategi teka dan uji saya telah memulakan prosesnya
dengan membuat satu andaian bilangan murid perempuan dan seterusnya menggunakan
jawapan tersebut untuk mencari jumlah bilangan murid lelaki. Hasilnya boleh dilihat di
bawah:
Cubaan 1
18 (anggaran bilangan murid perempuan)
18 - - 9= 0
0 = bilangan murid lelaki

14
Cubaan 2

36 (anggaran bilangan murid perempuan)


36 - 9 = 4
4 = bilangan murid lelaki
Perempuan = 3 (4) + 3
= 15 jumlah murid perempuan
36 = 15

Cubaan 3
48 (anggaran bilangan murid perempuan)
48 - 9 = 15
15 = bilangan murid lelaki
Perempuan = 3 (15) + 3
= 48
48 = 48
Jumlah perempuan = 48
Jumlah lelaki = 15
Jumlah murid= 48 + 15
= 63

Maka jumlah murid dalam Kelab Matematik ialah 63 orang

Langkah 4 : Menyemak semula


Setelah melaksanakan cubaan sebanyak tiga kali, saya mendapat jawapan yang
betul pada cubaan yang terakhir. Saya telah menggantikan nilai perempuan dan nilai lelaki
dalam soalan untuk menyemak dan memastikan jawapan saya adalh betul dan mengikut
langkah yang betul.
15
5.0 Soalan 4

5.1 Strategi Penyelesaian Masalah I


Langakah 1: Memahami masalah
Saya telah meneliti soalan tersebut untuk mengetahui kehendak soalan tersebut
dengan jelas. Soalan menyatakan bahawa terdapat 11 nombor ganjil yang mengikut turutan.
Manakala, nilai nombor terbesar dalam turutan tersebut mestilah 5 kali ganda dari nombor
terkecil. Seterusnya, saya seharusnya cari turutan nombor-nombor ganjil tersebut.
Langkah 2: Merancang strategi
Bagi menyelesaikan masalah nombor ganjil ini saya telah memilih strategi
penyelesaian masalah teka dan uji. Saya berasa kaedah teka dan uji ataupun cuba dan
jaya ialah paling mudah dan sesuai untuk menyelesaikan masalah matematik ini.
Langkah 3: Melaksanakan strategi
Mula-mula saya telah menyenaraikan 11 nombor bermula dari 1 sehingga 21. Saya
telah memilih nombor paling kecil secara rawak dan saya darabkannya dengan 5. Saya
mengulangi teknik ini sehingga saya mendapat jawapan mengikut kehendak soalan.
Hasilnya seperti di bawah:
Cubaan 1
1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 17, 19, 21
Nombor terkecil = 1
Nombor terbesar = 21
Nombor terkecil x 5 = Nombor terbesar
1x5=5
5 = 25

16
Cubaan 2

5, 7, 9, 11, 13, 15, 17, 19, 21, 23, 25


Nombor terkecil = 5
Nombor terbesar = 25
Nombor terkecil x 5 = Nombor terbesar
5 x 5 = 25
25 = 25

Langkah 4 : Menyemak semula


Saya telah mengulangi kaedah cuba dan jaya sebanyak 2 kali untuk mendapat
jawapan yang betul. Bagi menyemak semula jawapan yang saya dapat adalah betul, saya
telah mendarabkan nilai paling kecil dengan nilai yang paling besar bagi setiap turutan yang
telah saya memilih secara rawak. Saya juga menyemak setiap langkah supaya
mengelakkan sebarang kesilapan.

5.2 Strategi Penyelesaian Masalah II


Langkah 1: Memahami masalah
Saya telah meneliti soalan tersebut untuk mengetahui kehendak soalan tersebut
dengan jelas. Soalan menyatakan bahawa terdapat 11 nombor ganjil yang mengikut turutan.
Manakala, nilai nombor terbesar dalam turutan tersebut mestilah 5 kali ganda dari nombor
terkecil. Seterusnya, saya seharusnya cari turutan nombor-nombor ganjil tersebut.
Langkah 2: Merancang strategi
Setelah itu, saya merancang strategi untuk merungkaikan masalah ini. Kaedah yang
telah mengaplikasikan adalah menetukan pola. Saya telah mencuba kaedah tersebut untuk
menyelesaikan soalan matematik ini.

17
Langkah 3: Melaksanakan strategi

Mula-mula saya telah menyeneraikan 11 nombor mengikut turutan dari nombor 3


sehingga 23. Seterusnya, saya telah menggunakan pola n + 2 untuk membina turutan
nombor ganjil yang baru. Setelah itu, saya telah menggantikan n dengan salah satu
nombor ganjil yang terdapat dalam turutan nombor ganjil tersebut dan seterusnya tambah
dengan 2. Hasil kerjanya boleh dilihat di sini:
n = 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 17, 19, 21, 23
n + 2 = (3 + 2), (5 +2), (9 +2), (11 + 2), (13 + 2), (15 + 2), (17 + 2), (19 + 2), (21 + 2), (23 + 2)
n = 5, 7, 9, 11, 13, 15, 17, 19, 21, 23, 25
Nombor terkecil = 5
Nombor terbesar = 25
Nombor terkecil x 5 = Nombor terbesar
5 x 5 = 25
25 = 25

Langkah 4 : Menyemak semula


Saya telah telah mendarabkan nilai paling kecil dengan 5 untuk memastikan
jawapannya ialah nilai yang paling besar dalam turutan tersebut. Saya juga menyemak
sekali unutk memastikan bahawa turutan yang saya bina mengikut kaedah menentukan pola
adalah betul. Saya juga menyemak setiap langkah supaya mengelakkan sebarang
kesilapan. Saya berasa jawapan yang saya dapat adalah munasabah.

18
6.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, pada masa kini penyelesaian masalah menjadi salah satu
fokus dominan dalam kurikulum matematik. Menguasai kemahiran dalam penyelesaian
masalah adalah penting bagi seorang individu kerana ia merupakan satu proses di mana
individu tersebut menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman sedia ada untuk
menyelesaikan masalah baru. Ini langsungnya, akan menguatkan perkembangan intelek
seseorang manusia. Akhirnya, model penyelsaian maslah dan juga strategi penyelesaian
masalah memberi manfaat kepada warga pendidik dan juga warga murid.

19
REFLEKSI

Saya Santhiah a/p Sunthararaju dari kelas 2 PISMP Sejarah ingin mengucapkan
dahulu terima kasih kepada pensyarah saya Dr. Abdul Razak Othman. Saya telah mendapat
soalan KKBI pada hari 09 bulan februari 2015. Mula-mula apabila saya membaca soalannya
saya kurang faham kehendak soalannya . Namun selepas pensyarah kursus Literasi
Nombor telah menjelaskan soalan KKBI dalam waktu kuliah untuk kali pertama, saya mula
faham kehendak soalan tersebut. Seterusnya, saya dan rakan-rakan saya telah bermula
untuk mengumpul maklumat dan bahan dari pelbagai sudut dan sumber.
Selain itu, kami telah ke Perpustakaan Zaba setiap hari selepas tamat kuliah. Kami
telah berusha unutk mengumpul info secara berkolaborasi. Kami telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat dari buku, internet dan sebagainya. Setelah
itu, di kolej kediaman kami sering membincangkan bahan yang telah dapat. Kami telah
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menganalisa sesuatu maklumat yang telah dapat.
Selepas kami mengumpulkan segala maklumat, bahan dan info berhubung dengan tugasan
Sejarah Sabah dan Sarawak. Kemudian, kami telah membuat keputusan untuk membuat
tugasan secara solo.
Saya telah bermula untuk menyediakan draf Literasi Nombor. Semasa melakukan
tugasan ini secara automatik saya menghadapi banyak cabaran dan masalah. Namun, saya
berusaha untuk bertemu dengan pensyarah dan bertanya beberapa kemusykilan. Saya
telah mendapat jawapan dan saya mula untuk memahami cara menjawab soalan tugasan
ini. Kadang-kadang saya tidak boleh bertemu dengan pensyarah atas sebab-sebab tertentu
ataupun pensyarah terlalu sibuk melaksanakan tugasnysa. Walaubagaimanapun, saya telah
mendapat peluang untuk bertanya solan kepada pensyarah dalam waktu kuliah.

Semasa membuat tugasan ini saya mendapat peluang untuk mempelajari Langkah
Penyelesaian Masalah Polya. Dengan itu, saya telah memahami pelbagai strategi
penyelesaian masalah Matematik.

Saya juga bersempat untuk melayari dan membaca

laman

dengan

internet

yang

berkaiatan

Literasi

Nombor. Dari

situ

saya

telah

mengaplikasikan teknik penyelesaian masalah dalam tugasan. Justeru, saya telah


memasukkan isi-isi ini dalam tugasan saya. Saya juga dapat menambahkan ilmu ataupun
pengetahuan tentang Literasi dengan lebih mendalam.
Melalui tugasan ini asya telah melatih diri saya untuk mengaitkan pembelajaran
subjek Matematik dengan kehidupan harian kita. Saya juga telah mendapat peluang untuk
mempelajari ilmu dan pengetahuan baru melalui tugasan ini. Selain itu, saya berharap
segala, ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang saya telah menimba daripada tugasan ini
akan membantu saya semasa saya bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil. Saya juga mempelajari kepentingan pengurusan masa melalui tugasan
ini. Seterusnya, saya telah menyiapkan amanah yang diberi oleh pensyarah kepada saya
dengan baik. Akhirnya, saya berharap saya telah menjawab soalan tugasan ini dengan baik
dan sesuai dengan kehendak soalan. Terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Randall, Frank & Anne, (1996). Problem Solving Experiences in Mathematics (Grade 2).
New
Jersey : Dale Seymour Publications.

Stephen Brown, & Marion Walter, (2005). The Art of Problem Posing (Third Edition). London:
Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

http://www.slideshare.net/anuarzainalsepri/topik-1-penyelesaian-masalah
http://bertzzie.com/knowledge/analisisalgoritma/PengenalanDesaindanAnalisisAlgoritma.html
http://anjungmatematik.blogspot.com/
http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/WAJ3105_Literasi
_Nombor.pdf

LAMPIRAN

You might also like