You are on page 1of 3

Monday, June 11, 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH:


PELAKSANAAN DAN CABARAN (THE POSTMODERN PERSPECTIVE ON EDUCATIONAL NEEDS)
Pengenalan
Dapatan penyelidikan Profesor Madya Dr. Faizah binti Abdul Majid, dari Fakulti Pendidikan UiTM
yang diterbitkan dalam Journal of US-China Education Review, Vol.8, No.10, 2011. ISSN15486613memberikan perspektif asas tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di
Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau, PBS belum sampai ke tahap
pelaksanaan penuh (full swing). Shanusi Ahmad (LPM) dalam kertas cadangan Ph.D beliau
menegaskan bahawa PBS di Malaysia lebih berbentuk gabungan dengan sistem peperiksaan
berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Dasar kenaikan automatik murid ke tingkatan empat dan persijilan terbuka mulai tahun 1992
telah membuka jalan kepada titik tolak pelaksanaan PBS menerusi ujian lisan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris oleh guru di sekolah masing-masing. Pengenalan kerja kursus dan folio kajian
tempatan sejak sekolah rendah lagi mengukuhkan pelaksanaan PBS. Penambahbaikan ujian
pencapaian sekolah rendah (UPSR) dan pemansuhan penilaian menengah rendah (PMR) mulai
tahun 2014 juga bakal menyaksikan pelaksanaan PBS yang lebih menyeluruh.
Isu-isu

Pelaksanaan

PBS

Hamzah dan Sinnasamy (2009) mendapati bahawa pelaksanaan ujian lisan berasaskan sekolah
(PLBS dan ULBS) tidak akur sepenuhnya dengan kehendak garis panduan LPM. Hal itu berpunca
daripada tahap kesedaran inovasi dan perubahan yang masih belum mencukupi. Kepimpinan PBS
yang diterajui oleh pengetua juga belum benar-benar mantap dari segi kefahaman konseptual
PBS
dan
peranan
ikhtisas
yang
perlu
dipatuhi.
Kecairan maklumat akibat kaedah latihan teragih yang bermula daripada kementerian, jabatan
pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, sekolah, jawatankuasa kurikulum dan panitia mata
pelajaran mengakibatkan proses pendedahan kepada guru pelaksana PBS menjadi suntuk.
Jurulatih utama (JU) berkursus selama seminggu, tetapi apabila sampai kepada panitia, taklimat
hanya mengambil masa dua jam. Guru juga berhadapan dengan peruntukan aktiviti bilik darjah
untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.
Pemantauan oleh pakar dan pihak berkuasa pelajaran juga berhadapan dengan kekangan
kewangan dan tatacara pergerakan guru keluar daripada kawasan sekolah masing-masing. JU dan
pentaksir kawasan tidak boleh bertugas di luar kawasan sekolah melebihi 30 peratus daripada
waktu rasmi di sekolah. Maka, tanggungjawab pemantauan diserahkan pula kepada pengetua,
penolong kanan (pentadbiran dan kurikulum) dan guru-guru kanan mata pelajaran yang sudah
sedia sibuk dengan pelbagai jenis borang dan data.
Bagi memastikan bahawa pihak sekolah akur dengan konsep PBS, pengetua dikehendaki
menyediakan sistem data dan fail yang berfungsi sebagai bukti hitam putih hasil kerja setiap
orang murid. Bilangan fail mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk
penyimpanan fail berkenaan. Sistem kod dan nombor fail mesti seragam supaya carian fail dapat
dilakukan secara serta-merta jika diminta oleh pegawai atasan yang memantau pelaksanaan PBS
secara mengejut.
Pengurusan

PBS

secara

atas

talian

Kemajuan teknologi maya dan jaringan ialah jawapan kepada isu timbunan fail dan pembaziran
kos cetakan dan penjilidan folio murid, kecuali untuk projek pendidikan seni visual atau kerja
pertukangan kemahiran hidup. Eza Shafinaz binti Mohamed Zaharin (2011) menerusi kertas
projek sarjana sains maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mencadangkan sistem efolio. Eza menyenaraikan manfaat e-folio yang dapat menangani masalah kehilangan bukti
dokumentasi bertulis, ciplak, ruang penyimpanan, kos cetak dan jilid, melengkapkan pelbagai
format borang, kecuaian manusia dan sebaran maklumat PBS kepada semua pihak yang
berkepentingan.

Penggunaan e-folio juga memberi kesempatan kepada murid untuk mempersembahkan hasil
kerja mereka secara multimedia. Folio kerja kursus tidak lagi terhad kepada bentuk kertas
berjilid, sebaliknya boleh dinaik taraf kepada format audio visual, animasi dan grafik yang
canggih. Nilai tambah pelaksanaan PBS menerusi sistem e-folio sudah tentu lebih ketara.
Capaian e-folio boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet, serta
boleh dilindungi menerusi kata laluan, fail read-only dan had akses untuk orang awam. Capaian
penuh hanya dibenarkan untuk pemilik folio, pentaksir dan pihak berkuasa pendidikan tertinggi.
Pihak lain hanya boleh membaca bahagian abstrak atau sinopsis, serta perlu mendapat keizinan
pemilik folio menerusi e-mel yang tertera jika hendak memperoleh versi folio yang lengkap.
Sistem e-folio boleh diletakkan di bawah sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) sedia ada
dan skor markah terus ke laman sesawang LPM atau MPM. Untuk keselamatan data, segala fail
hendaklah juga disimpan secara talian tempatan (off-line, LAN) dan peranti mudah alih lain
seperti cakera padat (CD), pemacu jari (thumb-drive) dan lain-lain. Selain itu, murid dan
pentaksir sekolah juga digalakkan mewujudkan sistem e-mel sebagai salinan fail tambahan untuk
pelan B kepada risiko ancaman serangan penggodam dan virus terhadap sistem induk e-folio.
Cabaran

Pelaksanaan

PBS

PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh dunia.
Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan secara berpusat dalam tempoh 9
tahun persekolahan awal kanak-kanak. Australia, Hong Kong dan New Zealand juga boleh
dianggap berjaya melaksanakan PBS secara sistematik. Kepesatan perubahan persekitaran
pendidikan, dinamika masyarakat dan industri bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal
dan segera.
Proses perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok zon selesa. Pembaharuan akan
mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan dan kepakaran lama. Usaha menarik perhatian
ke arah melemahkan rintangan terhadap perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan
perlu
dikendalikan
secara
paling
bijaksana,
cermat
dan
hormat.
Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat LPM dan MPM
sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan masyarakat. Murid akan lebih
bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas
dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. Pihak LPM
dan MPM pula akan bertindak sebagai pemantau, penyelaras dan penjaga kesahan, serta
kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang berkepentingan.
Langkah

Memperkasa

PBS

Guru akan sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Maka, keperluan
latihan dalam perkhidmatan (Ladap, in-service training atau Inset) harus berorientasi praktikum
(hands-on). Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus aras komunikasi dua hala terhad
perlu kepada proses ubah suai. Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi
pelaksanaan PBS mestilah sentiasa akur dan sejajar.
Memandangkan begitu banyak data dan fail yang hendak diuruskan, pelantikan pembantu guru
hendaklah dibuat dengan segera. Pembantu guru hanya dikhususkan untuk meningkatkan
kecekapan kemasukan data pembelajaran, bukan untuk membantu kerja-kerja pejabat seperti
urusan stok dan percetakan. Spesifikasi dan terma tugas pembantu guru hendaklah secara jelas
menegaskan hal berkenaan, terutama sistem pengurusan data dan fail PBS.
Kesimpulan

dan

Penutup

PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada
orientasi peperiksaan per se yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu. Anjakan
paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang
menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa
hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran
sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zamanberzaman
akan
tetap
dimanfaatkan
dalam
persekitaran
terkini.

Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan
ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah.
Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan
bangsa, negara dan umat...
Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 11:04 PM

You might also like