You are on page 1of 1

Slot 7

Tajuk: Pakaian Seragam Pengakap


Masa: 4.15-5.00 petang
Penceramah: Puan Nurul Shahidah

Sesi dimulakan dengan istiadat melapor oleh wakil pelajar IPG Kampus Ipoh kepada

penceramah.
Sesi dimulakan dengan lagu cacing:
Cacing panjang, cacing pendek,
Geli-gelinya,
Turun naik atas, turun naik bawah,
Geli-gelinya.

Sesi diteruskan dengan maklumat berkaitan peraturan yang terkandung dalam


bahagian ini yang mana terdiri daripada beberapa aspek dan situasi:
1. Rupa bentuk dan corak = Anggota pergerakan pengakap tidak boleh memakai
pakaian yang lain selain daripada apa yang telah ditetapkan.
2. Warna = Warna kelabu asap bagi kemeja pengakap, baju pengakap untuk
wanita, tudung dan jaket. Selain itu, terdapat juga warna biru tua untuk seluar
pengakap.
3. Istiadat rasmi = Pakaian yang perlu dipakai semasa istiadat rasmi ialah topi,
kemeja/ baju wanita, sekaf, tali pinggang, stoking biru tua, dan berkasut hitam.
4. Perkhemahan dan kursus pengakap= perlu memakai pakaian seragam yang
lengkap.
5. Pakaian seragam = terdapat pakaian seragam pengakap biasa (No.3), pakaian
seragam pengakap rasmi pegawai (No.2), dan pakaian seragam pemimpin

tertinggi (No.1).
Sesi diakhiri dengan istiadat penutup slot tersebut yang dilaksanakan oleh wakil
pelajar IPG Kampus Ipoh.

You might also like