You are on page 1of 9

Islam DiNobat Kehidupan Selamat Dunia Akhirat



.



Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita
sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan
segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 19 surah Ali Imran :

Maksudnya : Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah


ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu
tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki
yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur
ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat
segera hitungan hisabNya.
Keindahan pada diri, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya
terletak

pada

keindahan

Islam.

Oleh

itu

betapa

peri

pentingnya

menegakkan keindahan Islam dan menghindar salah tanggap mengenai


kemurnian agama Allah ini. Realiti semasa, Islam banyak disalah tafsir dan
disalah faham bukan sekadar daripada orang bukan Islam, malah orang
Islam sendiri. Sebab itu Islamophobia bukan hanya berlaku pada orang
bukan Islam, malah turut membabitkan umat Islam yang tidak memahami
Islam.
Akibatnya, ketidakfahaman itu memberi kesan kepada perlakuan
seterusnya memberi kesan kepada keadaan hidup umat Islam hari ini.
Apabila berlaku salah faham, maka akan terjadi salah amal kerana keduaduanya saling berkait antara ilmu dan amal. Ilmu itu adalah imam, manakala
amal itu adalah makmumnya. Jika pemimpin tersalah, maka besar
kebarangkalian pengikut di belakang juga turut tersasar. Sebab itu jika
berlaku salah faham, ini akan melahirkan salah amal dan salah perjuangan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Sesungguhnya misi Islam sebagai rahmat dan penyelamat bukan
sahaja kepada umat Islam tetapi turut merangkumi yang belum beragama
Islam. Al-Quran jelas menyatakan bagaimana pengutusan nabi Muhammad
s.a.w sebagi rahmat kepada sekalian alam bukan khusus untuk bangsa dan
tempat tertentu sahaja

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya, ayat 107 :

Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad),


melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.
Justeru, apabila Islam itu lemah, tidak kelihatan gagah dan hebatnya,
maka yang rugi bukan sekadar umat Islam tetapi dunia seluruhnya akan
kerugian, gelap serta malap. Hari ini, kegagahan dan keindahan Islam
sudah tidak terserlah lagi dalam bentuk amalinya dan yang tinggal hanya
teori,

ilmu

serta

ilmiah

semata,

sedangkan

manusia

cenderung

mempercayai mata berbanding telinga.


Jika kita hanya mendengar mengenai keindahan Islam tetapi tidak
dapat dizahirkan untuk tatapan dalam bentuk amalan, sikap serta tindakan,
maka orang tidak akan mempercayai wujudnya keindahan sistem dalam
Islam. Terlalu banyak perkara yang disalah tanggap dan disalahertikan
mengenai Islam. Contohnya berkaitan hukum Hudud, jihad, riba, hubungan
antara

lelaki

dan

perempuan,

aurat

dan

sebagainya.

Oleh itu kita wajib menjadikan Ibadah sebagai teras dan asas yang
menjadi tanggungjawab kita sepanjang hayat untuk mengabdikan diri
kepada Allah. Tugas ibadah kepada Allah sepenuh masa, bukannya kerja
sambilan, malah menuntut kita untuk kerja lebih masa demi membawa
kepada kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Apabila kita bertindak
selaras dengan tujuan hidup, barulah kita mampu memperolehi kejayaan,
kebahagiaan dan ketenangan hidup sesuai dengan ikrar kita setiap kali
solat yang mengakui untuk tunduk patuh kepada Allah dalam setiap aspek
kehidupan sebagaimana firman Allah dalam ayat 162 surah al- Anam :

Maksudnya : Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,


hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :
























Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya
yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut
serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat;
mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan
pandangan.

Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan hujung bulan 11 yang lalu


dengan suasana berbeza antara suka duka, gembira sedih berdasarkan
kepada tahap kecemerlangan. Yang cemerlang sepastinya mula memasang
cita-cita untuk memasuki sekolah pilihan dan terbaik. Berjaya dan gagalnya
dalam peperiksaan di peringkat sekolah telah mewujudkan jurang
perbezaan hala tuju apatah lagi berjaya dan gagalnya kita dalam
memahami dan menghayati Islam dalam kehidupan akan memberi kesan
besar bukan sahaja kepada kehidupan dunia malah di alam barzakh dan
akhirat nanti.
Oleh itu kita wajib bersungguh dalam mendidik dan mentarbiah diri kita
sendiri seterusnya ahli keluarga terdekat diikuti masyarakat yang lebih luas
bukan sahaja untuk berjaya yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah,
universiti malah yang jauh lebih penting berjaya di alam kubur seterusnya
atas timbangan Allah di padang Mahsyar nanti. Kita tidak mahu hanya
setakat melahirkan anak-anak cemerlang akademik tetapi buta al-Quran,
Solat jarang-jarang, akhlak tunggang langgang, aurat ditayang-tayang ,
maksiat-jadi-mainan.
Kita merasa teruja dengan usaha kerajaan Turki merancang untuk
membina sebuah masjid di setiap universiti iaitu lebih 80 buah seluruh Turki
di mana ada yang siap diguna dan ada dalam proses pembinaan. Kita
boleh bayangkan jika semua Universiti di Negara kita bukan sahaja memiliki
masjid malah solat berjemaah menjadi amalan teras maka kita boleh lihat
mahasiswa dalam semua bidang pengajian bergabung dalam rumah Allah
untuk sama-sama meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini mengikut
bidang masing-masing. Bila mahasiswa yang sudah terdidik dengan solat

berjemaah ini bertebaran dengan kerjaya masing-masing nanti akan


menghidupkan pula masjid, surau samada di Bandar, kampung, tempat
kerja dan di mana sahaja kerana golongan inilah menjadi harapan kepada
agama, bangsa dan Negara.
Kita lihat pada hari ini suasana solat berjemaah menjadi teras itu
hanya di pondok, sebahagian sekolah agama dan asrama penuh sahaja
tidak diteruskan di peringkat Universiti. Sebab itu tidak pelik ramai siswa
yang bukan sahaja tinggal solat malah terlibat dengan kerosakan akhlak
sebagaimana nasib yang menimpa pengajian agama yang hanya ditekan
peringkat sekolah tetapi bila masuk Universiti luar daripada bidang agama
maka subjek agama tidak lagi diberikan perhatian khusus. Melalui sistem ini
akan

terus

melahirkan

Islam

hanya

pada

nama

bukan

pada

pengamalannya. Kegagalan untuk berhijrah kepada Islam menyebabkan


kita semakin mundur bersama jahiliah
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Kegagalan memperkasakan pengajian agama telah melahirkan ramai
di kalangan orang Islam menjadi pengguna terhadap tamadun barat yang
terpisah daripada Aqidah di mana setengah daripadanya menjadi sekular
dan liberal. Sekular bermakna sesuatu pegangan itu bersifat duniawi dan
tidak terhubung dengan ukhrawi. Liberal bermakna usaha memisahkan
agama dari kehidupan, agama dari ilmu dan agama dari pemikiran.
Pemikiran yang merbahaya ini terus menjalar dalam jiwa ramai di kalangan
umat Islam sehingga banyak arahan agama dipersenda dan cuba
menafsirkan agama berdasarkan hawa nafsu sehingga tanpa segan silu
mempertikaikan hukuman kepada orang murtad, tutup aurat, budaya

songsang liwat disamping menolak hukum poligami, pembahagian pusaka


dan sebagainya.
Malah kita bimbang bila Mahkamah Sivil membebaskan 3 lelaki yang
berpakaian wanita di Negeri Sembilan sebulan lalu atas alasan hukuman
Mahkamah Syariah bercanggah dengan hak kebebasan yang diberi oleh
perlembagaan negara dan merai kecenderungan individu. 3 tahun lepas
ada seorang lelaki Islam di Terengganu yang telah menukar alat jantina
memohon di mahkamah agar dibenarkan untuk dia menukar kepada nama
perempuan. Malah beberapa hari lepas NGO Justice for Sisters (JFS)serta
segelinti maknya membantah usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) yang berusaha usaha mengembalikan golongan mak nyah kepada
fitrah asal mereka menerusi Program Mukhayyam atas alasan yang
dangkal.
Kita bimbang bila budaya negatif ini bukan sahaja semakin membarah
malah

mendapat

pembelaan

daripada

mahkmah

sivil

yang

bakal

menghancurkan Negara. Kita wajib sedar bahawa Pengkid, iaitu wanita


yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti
lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, iaitu mak nyah atau pondan sama
ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual
seperti wanita adalah haram di sisi Islam


























Maksudnya : Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita
daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada
kalangan wanita

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Sebagai umat yang beriman kita yakin bahawa setiap rezeki mestilah
daripada sumber yang halal dan dibelanjakan pula pada perkara yang halal.
Oleh itu kita berasa begitu marah dan kecewa dengan pendedahan
Timbalan Menteri Pengangkutan dalam Dewan Rakyat 17 November lepas
yang mengesahkan bahawa setiap tiket yang dibeli oleh pelanggan adalah
termasuk penyediaan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang dan
tidak menafikan hidangan tersebut termasuk minuman keras atau arak.
Ini menunjukkan walaupun seseorang pelanggan Muslim tidak
membeli arak secara langsung, namun sebahagian daripada kos pembelian
tiket tersebut menyumbang kepada penyediaan dan penjualan arak oleh
MAS. Tambahan pula ramai pekerja MAS beragama Islam turut terlibat
secara langsung dalam perkara ini.
Oleh yang demikian, kita mendesak pihak pengurusan MAS agar
menghentikan serta merta penjualan dan penyediaan minuman keras atau
arak dalam setiap operasi perniagaannya. Kita optimis bahawa tindakan
drastik ini akan mendatangkan keberkatan daripada Allah SWT seiring
dengan penstrukturan semula model perniagaan MAS yang baharu.
Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai


arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula
beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada
manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka
akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: Dermakanlah apa-apa) yang
berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada
kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu
berfikir

You might also like