You are on page 1of 10

Tarian

Tarian Singa

Tarian Singa (bahasa Cina: ; pinyin: wsh) adalah sebahagian daripada


tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan
meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu
dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan
dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu
akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa
ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan
membawa tuah.

Tarian Kipas

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di
mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina
mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada
masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi,
angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina
mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya
tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di
tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh
membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota
masyarakat.

Tarian Joget

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini


dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian
Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tariansosial serta diterima oleh
berbagai-bagai kaum di Malaysia. Ia juga biasanya ditarikan secara
berpasangan lelaki dan wanita.
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu-lagu yang dihasilkan seperti Joget
Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga
popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali
sebagai joget lambak.

Tarian Kuda Kepang

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian


rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa
dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penaripenari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan
iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat.
Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam
sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramairamai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan
menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas
persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor,
terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya
dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki.
Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang
diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan
penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua.
Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas
arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan.
Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk
memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang
kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.
Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka

yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci


penarinya atau akan menimpa musibah.
Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada
pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang
hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha
mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo
menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau
mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda.
Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang
atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang
berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali.
Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah
tarian kuda kepang.

Tarian Zapin

Tarian Zapin (Jawi: )merupakan sejenis tarian


rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh
peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah
menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di
Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang
sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti
di Malaysia, Brunei, Singapura danIndonesia. Zapin telah mengalami

pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih


tradisional sifatnya.
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya
usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin
adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak
tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat
anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang
dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Bharatanatayam

Bharathanatyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India.


Bharathanayam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan
tradisi, yang mana untuk menguasai perlu mengambil masa
bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai pergerakan tangan, kaki
dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap,penuh
dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil
Nadudi bahagian selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini
dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Satu
persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam, Varnam,
Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan
elemen Nritta atau tarian tulen dan Nriya (tarian Ekspressi).

Sumazau

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang


amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian
tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan
pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan
di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan
burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah
sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini
hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain
tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau
yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan
kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan
perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini
dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang
berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus.

Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza


mengikut daerah dan desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras
bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,
mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan
lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap
hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah
kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut
irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya
turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan
semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun
tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan
"Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas
menuai padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan
perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi
dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas.
Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang
(tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade
dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping
pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian
seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut
ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan
oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan
peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai
pakaian tradisional hitam.

Ngajat

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.


Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari
Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim
menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas
mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau
baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulubulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras
yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi
tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas
dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap
rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya.
Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu
kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah'
sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di
tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti
berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri
dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan
kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat
bertali seperti gitar.

You might also like