You are on page 1of 3

Kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat

Idea :
i.
ii.
iii.
iv.

Mewujudkan masyarakat harmoni


Menarik kedatangan pelancong
Memajukan ekonomi negara
Meningkatkan imej negara

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dapat
hidup dalam keadaan harmoni. Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara
yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang
bangsa, agama dan budaya. Hal ini demikian kerana kebijaksanaan pemimpin kita yang
menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang
maju menjelang tahun 2020 nanti. Pada pendapat saya, banyak kepentingan yang dapat
diperoleh jika perpaduan kaum dapat dikukuhkan dalam kalangan masyarakat.
Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima
antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan
konflik antara kaum. Pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar kita supaya
menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka saling
bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain kerana tidak mahu pisang
berbuah dua kali. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak menyumbang
ke arah perpaduan kaum. Sebagai buktinya, di Malaysia wujud Sekolah Kebangsaan, Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang masingmasing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang sama bahasa lain boleh dipelajari.
Hal inilah yang menyebabkan semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni
kerana perasaan prejudis kepada kaum lain tidak wujud. Jelas menunjukkan bahawa
masyarakat yang harmoni mampu diwujudkan jika perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan.
Selain itu, ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan
budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup
masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah
ibadat, kesenian dan sebagainya kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan
pelancong dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan
lebih dekat kebudayaan pelbagai kaum. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang

hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk


mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan
lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia
turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi
perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan
tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan
kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan

adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada


pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang
tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak
H1N1.Sebagai buktinya, pada tahun lalu seramai 25 juta orang pelancong asing datang ke
negara kita hasil daripada usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh mempromosikan keunikan
yang terdapat di Malaysia khususnya kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di sini. Menteri
pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen menjelaskan bahawa usaha untuk menarik 30 juta
pelancong asing ke Malaysia pada tahun 2012 sedang digiatkan dan fokus kementerian adalah
menganjurkan festival kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di negara kita. Jadi, perpaduan
kaum yang kukuh di negara kita mampu menarik pelancong asing datang ke sini.
Di samping itu, perpaduan kaum juga secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi
negara. Tidak dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal
di sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra
pelabur. Hal ini kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan rugi
akibat pergolakan yang berlaku di sesebuah negara. Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi
pelabur asing dari Amerika, Eropah, Jepun, China dan India. Baru-baru ini, pelabur dari China
membawa modal sebanyak RM1.5 bilion untuk dilaburkan dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi di Cyberjaya kerana yakin dengan usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk
memacu negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti.
Sudah tentu modal yang dilaburkan itu mampu menjana pendapatan kepada negara sekali gus
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pelabur ini berani menanam
modal di sini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kestabilan politik negara ekoran daripada
masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa sebarang perbalahan. Jadi, sudah terang lagi
bersuluh bahawa perpaduan kaum mampu mengukuhkan ekonomi negara.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu
meningkatkan imej negara di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada
masa kini sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang
berterusan membina negara yang disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada pada
mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi perintis untuk meletakkan
Malaysia sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Ketokohan yang ada pada beliau telah
menjadikan negara-negara dunia ketiga sebagai model dan orang yang boleh bersuara untuk
membela nasib mereka di pentas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia juga dikenali di
pentas antarabangsa adalah kerana kestabilan masyarakat yang wujud di negara kita. Sebagai
buktinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara
yang ke-9 paling aman di dunia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah badan bebas
yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan
sedemikian adalah kerana masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan menjadi
aman dan harmoni.

You might also like