You are on page 1of 2

BAB 9:

KESIMPULAN

Keseluruhannya, latihan industri yang telah dijalankan pada 1 Disember


2014 hingga 17 April 2015 iaitu selama kurang lima (5) bulan telah tamat dengan
jayanya bertempat di Lapangan Terbang Sibu.

Pelajar yang menjalani latihan

industri ini diberi pendedahan kepada bidang pekerjaan sebenar sesuai dengan
bidang yang mereka ceburi.

Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan

diwajibkan untuk membuat sebuah Buku Laporan Industri.

Ini bertujuan untuk

memberi kesimpulan yang menyeluruh tentang apa yang telah dipelajari dan
dipraktikkan di sesebuah organisasi semasa menjalani latihan industri ini .
Malahan, setiap pelajar akan diberi penilaian dari segi disiplin, ketepatan
masa, personaliti, kebolehan seseorang pelajar untuk melaksanakan tugas,
kebolehan am ataupun dari segi teknikal, kesanggupan dan kerajinan pelajar serta
minat bekerja dan lain-lain lagi. Organisasi ini telah menekankan kepada pelajar
praktikal bahawa sekiranya melakukan apa-apa kerja jangan terlalu memfokus
dalam bidang sendiri. Sekiranya kita mengetahui kerja dalam bidang lain, ia akan
menjadi satu kelebihan dalam diri dan menjadikan seseorang itu serba boleh
melakukan kerja setelah memasuki alam pekerjaan kelak.
Walau bagaimanapun, latihan industri di lapangan terbang merupakan satu
pengalaman yang mungkin tidak dapat dirasai dimana-mana tempat kerana ia

102

penuh dengan kerja yang berbeza dan jarang dilakukan ditempat lain. Antara kerja
yang dimaksudkan ialah, mengecat garisan centreline di runway , mengatur
aerobridge, dan menyenggara Aeronautical Ground Light (AGL).

Kerja-kerja

seperti ini hanya terdapat di lapangan terbang sahaja. Oleh sebab itu, pelajar perlu
menyiapkan diri dengan mental dan fizikal yang stabil sebelum melakukan manamana kerja yang diarah oleh penyelia yang mungkin diluar bidang yang kita pelajari
di institusi masing-masing.
Bidang kejuruteraan di lapangan terbang ini lebih tertumpu kepada memberi
keselesaan kepada orang awam ataupun penumpang yang datang ke lapangan ini.
Bidang ini yang akan membaiki dan memastikan kemudahan-kemudahan yang
terdapat dilapangan terbang dapat digunakan oleh mana-mana pihak. Keselesaan
kemudahan yang disediakan yang terdapat dilapangan terbang mencerminkan
identiti perkhidmatan yang cuba untuk memenuhi kehendak pelanggan .

103

You might also like