You are on page 1of 3

Kesan-kesan politik akibat kedatangan Parti Komunis Malaya (PKM)

penubuhan MCA atas cadangan Malcolm MacDonald, Malayan Chinese


Association (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tan Cheng
Lock menjadi presiden pertama. Orang-orang cina telah digalakkan untuk
menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang cina yang akan
memperjuangkan hak dan kepentingan orang cina. Wujud juga penubuhan
parti perikatan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum, Parti
Perikatan telah ditubuhkan pada 1952 di mana UMNO telah bergabung
dengan MCA. Parti Perikatan UMNO-MCA kemudiannya bergabung dengan
MIC pada 1954 untuk membentuk Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC yang
lebih besar. Kesan pergabungan mempercepatkan kemerdekaan dalam
usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai, British telah bertolakansur

dengan

menerima

tuntutan

parti-parti

sederhana,

misalnya

Pilihanraya Pulau Pinang telah diadakan pada 1 Disember 1951 dan


Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16 Februari 1952.
Pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas
pilihanraya itu, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
PKM makin berleluasa ini menyebabkan pembesaran pasukan
keselamatan dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan
telah menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan. Bilangan
anggota polis ditambah hingga 70,000 anggota. Tentera dari Negara
Komanwel seperti Australia, New Zealand,Afrika Timur,dan Fiji dibawa
masuk ke Tanah Melayu. Home Guard ditubuhkan pada peringkat kampung
bagi membantu polis Dan tentera. Anggotanya terdiri daripada lelaki dan
wanita. SC (Special Constables) atau mata-mata khas seramai 24,000
anggota dilatih dan dihantar bagi mengawal ladang serta lombong yang
terpencil. Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk
menyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat.
Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu
polis dan 200 ribu pengawal kampung. Lahirnya, pemimpin sederhana
dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM,. Daripada parti-parti ini,
lahirlah pemimpin sederhana seperti Tan Cheng Lock, Thuraisingam, Tunku

Abdul Rahman dan sebagainya. Mereka memainkan peranan yang penting


dalam pentadbiran Tanah Melayu. Terbentuknya Undang-undang Darurat
semasa pemberontakan PKM, Undang-undang Darurat telah diisytiharkan
pada 23 Julai 1948 dan diperkenalkan pada Julai 1949. Undang-undang ini
telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Keselamatan ISA
(terutamanya yang berkaitan dengan penangkapan tanpa bicara).
Langkah yang diambil bagi melumpuhkan parti kiri undang-undang
Darurat bukan sahaja mengharamkan PKM, telah juga mengharamkan
parti-parti kiri yang merupakan penyokong PKM seperti Malayan
Democratic Union, AWAS, API dan sebagainya. (Ramlah Binti Adam et al,
2010). Akibatnya, ini telah melumpuhkan parti-parti kiri di Tanah Melayu.
Undang-undang Darurat pada 23 Julai 1948 telah mengharamkan PKM.
Mengikut undang-undang ini, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan
menahan tanpa perbicaraan bagi mereka yang disyaki terlibat dalam
kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi kuasa untuk membuang negeri mereka
yang dianggap kehadirannya membahayakan keselamatan Tanah Melayu.
Kegiatan politik terbantut semasa pemberontakan PKM di Tanah
Melayu,

parti-parti

kiri

telah

diharamkan.

Walaupun

kerajaan

membenarkan penubuhan parti-parti sederhana seperti UMNO, MCA dan


MIC tetapi parti-parti ini diawasi oleh kerajaan dan tidak mempunyai
kebebasan untuk berkembang. Akibatnya, kegiatan politik Tanah Melayu
terbantut. Kerjasama dengan Siam pemberontakan PKM di Tanah Melayu
juga membuka jalan kepada Tanah Melayu untuk mengadakan kerjasama
dengan Siam. Pada ketika itu, kerajaan Tanah Melayu telah menantangani
perjanjian dengan Siam untuk membolehkan pasukan keselamatan Tanah
Melayu melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM. Dasar luar Tanah
Melayu selepas merdeka pemberontakan PKM juga mempengaruhi dasar
luar Tanah Melayu selepas kemerdekaan. Selepas merdeka, Tanah Melayu
langsung

tidak

mengadakan

hubungan

diplomatik

dengan

negara

komunis. Keadaan ini berterusan sehinggalah tahun 1974 dimana Tun


Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu telah
mengubah

dasar

tersebut.

Perkembangan

parti

sederhan

dalam

pemberontakan PKM, PKM telah diharamkan oleh British dan ini diikuti
dengan pengharaman parti-parti kiri.
Pada masa yang sama penubuhan parti sederhana dibenarkan.
Akibatnya ini telah memberi peluang kepada parti sederhana berkembang
tanpa saingan parti-parti kiri. Rundingan Baling dalam usaha menamatkan
pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28 dan 29
Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan
Cheng Lock dan David Marshall. Pihak PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen
Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan ini gagal kerana
Chin Peng tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahamn iaitu
membubarkan PKM dan Tunku Abdul Rahman pula tidak dapat menerima
kehendak Chin Peng iaitu mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah.
Perubahan pucuk pimpinan UMNO pemberontakan PKM turut merintis jalan
kepada perubahan pucuk pimpinan UMNO. Sebelum itu, Dato Onn Bin
Jaafar ingin membuka UMNO kepada orang bukan Melayu supaya mereka
dapat menyertainya. Namun, cadangan ini ditentang oleh ahli-ahli dalam
UMNO. Akibatnya, Dato Onn Bin Jaafar keluar dari UMNO dan menubuhkan
parti politik baru, iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Sementara di
UMNO, pucuk pimpinan diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman. Hubungan
rakyat dengan kerajaan dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM,
kerajaan telah menangkap rakyat yang disyaki. Tindakan ini sedikit
sebanyak telah menjejaskan hubungan rakyat dengan kerajaan.
RUJUKAN
Ramlah Binti Adam et al (2010). Sejarah Tingkatan 3. DBP & KPM
Mahfuzah (2011). Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat. From
https://cikgumahfuzah.files.wordpress.com/2011/07/31.pdf
Accessed on 5 April 2015.
Maruwiah Ahmat (2012). Komunis di Tanah Melayu. From
http://maruwiah.com/category/artikel/komunis-di-tanah-melayu/
Accessed on 5 April 2015.

You might also like