Professional Documents
Culture Documents
Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi 100309082943 Phpapp01
Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi 100309082943 Phpapp01
Cili Kulai
568 F1
Hibrid
Anak benih berumur 25-30 hari boleh dipindahkan ke polibeg. Polibeg yang
biasa digunakan untuk tanaman cili secara fertigasi adalah 16 x 16 dan
berwarna putih.
MASA
Antara 9.00am hingga
5.30pm
Antara 9.00am hingga
5.30pm
Antara 9.00am hingga
5.30pm
Antara 9.00am hingga
5.30pm
Antara 9.00am hingga
5.30pm
Antara 9.00am hingga
5.30pm
Antara 9.00am hingga
5.30pm
7
8
sehingga Antara 9.00am hingga
tamat
5.30pm
EC
1.4-1.6
1.4-1.6
1.6-1.8
2.0-2.2
2.2-2.4
2.4-2.6
2.4-2.6
2.5-2.6
Meracun
Racun yang biasa digunakan adalah racun serangga, ulat dan racun kulat.
Memandangkan media tanaman yang digunakan adalah bebas daripada
penyakit bawaan tanah, maka pokok cili mendapat penyakit hanya
daripada serangan serangga, ulat dan kulat.
Terdapat 2 teknik dalam meracun pokok cili:
1. Meracun 3-4 hari sekali dengan mencampurkan semua jenis racun.
2. Melihat pada tanda serangan serangga dan kulat, kemudian
meracun serangga dan kulat yang berkenaan sahaja.
MEMUNGUT HASIL
Pokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan buah.
Setiap hari akan ada buah yang masak, tetapi bergantung pada bilangan
pokok. Jika kurang daripada 2,000 pokok, buah cili dipungut setiap 2-3 hari
sekali selepas masak pada kali pertama. Anggaran hasil setiap kali pungutan
untuk keseluruhan 2,000 pokok adalah 30kg.
Walau bagaimanapun, jika lebih daripada 3,000 pokok, buah boleh
dipungut setiap hari.
Pungutan buah cili berterusan sehinggalah hasil yang diperolehi kurang elok
untuk dijual. Secara purata, sepohon pokok cili dapat menghasilkan kira-kira
2.5kg hingga 3 kg buah yang elok sepanjang hayat pokok tersebut.
Terdapat 3 keadaan di masa buah cili boleh dipungut:
1. Semasa buah masih hijau
2. Semasa buah sedikit kemerahan
3. Semasa buah sudah merah
Rumah Lindungan Hujan tidak menjadi satu kewajipan dalam tanaman cili.
Ramai pengusaha cili yang sudah berjaya tanpa Rumah Lindungan Hujan.
Bergantung kepada cuaca, Rumah Lindungan Hujan amat diperlukan bagi
kawasan yang taburan hujannya tinggi seperti di kawasan Cameron
Highlands dan Taiping.
Jika tiada Rumah Lindungan Hujan di kawasan tersebut, air hujan akan
bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan akan mengurangkan
kepekatan air baja untuk kegunaan tanaman dan akan merugikan
pengusaha.
Di kawasan utara, dalam masa satu tahun, hujan lebih kurang 3 hingga 4
bulan sahaja. Bakinya dalam setahun tiada hujan. Maka agak membazir jika
didirikan Rumah Lindungan Hujan kerana hanya digunakan dalam masa 3
hingga 4 bulan sahaja dan kos untuk membina Rumah Lindungan Hujan pula
adalah tinggi.
Walau bagaimanapun, penggunaan Rumah Lindungan Hujan dapat
memberikan hasil yang lebih tinggi terutama pada musim hujan kerana
buah yang dihasilkan lebih berkualiti disamping harga cili pada musim hujan
adalah tinggi.
PESANAN PENAJA
TEMPAHAN
Untuk mendapatkan DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro, sila
lawati laman web http://www.abiagro.com.my
BIODATA PENULIS