You are on page 1of 4

SK (L) BUKIT BINTANG SATU,

PETALING JAYA

MINIT MESYUARAT
MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KEDUA DAN PENYELARASAN HARI
SUKAN

Hari
: Isnin
Tarikh
: 20 Jun 2011
Masa
: 4.30 Petang
Tempat: Bilik Gerakan SK (L) Bukit Bintang Satu

KEHADIRAN :
1. En. Zulkifli Ahmad
2. En. Mohd Zin Abu Samah
3. En. Abdul Rahman Mohamad
4. Pn. Zamzuriani Mohd Fani
5. En. Zuharisan Mohd Zaid
6. Pn. Nurzulyna Sani
7. Pn. Munirah Md Parid
8. Pn. Fatimah Ramlay
9. Cik Norzamzila Mat
10. Pn. Sellamany Arasen
11. Cik Siti Ruhani Othman
12. Pn. Nik Asilah Nik Ali
13. En. Roslan Ibrahim
14. En. Mohd Rusdi Pasu
15. En. Alif Saufwan Abas
16. Pn. Khadijah Attamimi

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
1.1 En. Mohd Zin Abu Samah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru yang menghadirkan diri dalam mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat adalah membincangkan perkara
berkaitan dengan perubahan pelaksanaan Hari Sukan Sekolah 2011 beserta perkara yang
berkaitan dengan Program 1M 1S.
2. Perkara berbangkit
2.1 En. Mohd Zin menyebut tentang kekurangan tenaga kerja pada hari sukan
kerana sekolah kekurangan guru. Perubahan terhadap ahli jawatankuasa pelaksana perlu
diubah semula.
2.2 Mesyuarat setiap rumah sukan perlu dilaksanakan sebelum Hari Sukan untuk
membincangkan tentang hiasan rumah sukan dan perbarisan. En. Roslan Ibrahim
mencadangkan mesyuarat rumah sukan diadakan pada 28.6.2011 pada pukul 5.15 Petang.

3. Alatan Sukaneka
3.1 En. Rusdi perlu membuat semakan terhadap alatan alatan sukaneka yang
diperlukan pada hari sukan sekolah nanti.

4. Peruntukan untuk hiasan rumah sukan


4.1 En. Zulkifli Ahmad menerangkan bahawa setiap rumah diberi peruntukan
sebanyak RM100 untuk perhiasan dan perbarisan rumah sukan.
4.2 Hadiah pertandingan hiasan rumah sukan dan perbarisan akan diberikan pada
pemenang tempat pertama sahaja.

5. Perbincangan aturcara program


5.1 En. Mohd Zin menerangkan kepada semua guru supaya aturcara program
yang dirancang perlu diteliti supaya majlis sukan berjalan dengan lancar.

5.2 Setelah perbincangan dilakukan oleh semua guru, aturcara program pada hari
sukan adalah seperti berikut :Aturcara Program
Acara 100m
Acara Sukaneka Tahun 1
Acara Jemputan
Acara Sukaneka Tahun 2
Acara 200m
Acara Sukaneka Tahun 3
Acara Sukan Rakyat (PIBG)
Rehat
4 x 200M
Acara Sukan Rakyat (PIBG)
Acara Tarik Tali
Acara Bekas Murid
Acara 4 X100M
Bersurai
5.3 En. Mohd Zin memberi peringatan kepada semua guru supaya dapat
bekerjasama dalam menjayakan hari sukan sekolah pada tahun ini.

6. Makanan murid dan pegawai


6.1 Pn. Nik Asilah menerangkan bahawa setiap murid mendapat makanan dan
mendapat sokongan dari Guru Besar.
6.2 Makanan pegawai juga disediakan pada waktu pagi dan tengahari.

7. Semakan anggaran perbelanjaaan


7.1 Setiausaha sukan dan ahli jawatankuasa yang berkaitan diperingatkan supaya
membuat semakan terhadap anggaran perbelanjaan hari sukan sekolah.

8. Persembahan semasa hari sukan


8.1 En. Mohd Zin mencadangkan supaya satu persembahan diadakan pada waktu
rehat semasa hari sukan. Persembahan boleh diadakan oleh jemputan dari mana mana
persatuan atau kelab.

9. Hal hal lain


9.1 Sumbangan luar adalah digalakkan. En. Rusdi selaku pengerusi kelab guru
diminta mengambil perhatian terhadap sumbangan luar yang boleh menambahkan tabung
kewangan kelab guru pada tahun ini.
9.2 Ahli jawatankuasa untuk Program Larian 1M 1S akan disediakan oleh pihak
SK (L) Bukit Bintang Dua dan semua guru akan terlibat sebagai ahli jawatankuasa
tersebut.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.

Disediakan oleh,

.
(En. Muhammad Alif Saufwan Abas)
Setiausaha Sukan

Disahkan oleh,

(En. Mohd Zin Abu Samah)


GPK Ko - Kurikulum

You might also like