You are on page 1of 3

DIFINISI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan


sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa perlembagaan menentukan
pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan dijadikan
dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan
kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala
tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada
rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.Perlembagaan Malaysia yang
diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara dan dibahagikan kepada 15
Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah
Menteri dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara
persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan
Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan,
Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Sejarah

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah
diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu
rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil
pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri
lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatn
Pindaan

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini
memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada
pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48
tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan
telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada
sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah
dicairkan".Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi
satu atau lebih artikel yang relevan.

 Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan


 Bahagian 2 - Kebebasan asasi
 Bahagian 3 - Kewarganegaraan
 Bahagian 4 - Persekutuan
 Bahagian 5 - Negeri-negeri
 Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
 Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
 Bahagian 8 - Pilihanraya
 Bahagian 9 - Kehakiman
 Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
 Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
 Bahagian 12 - Am dan pelbagai
 Bahagian 13 - Peruntukan sementara
 Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
 Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

You might also like