You are on page 1of 68

B i l .

7 ( 2 0 15 )

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA

Diterbitkan oleh:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur, Malaysia

Cetakan pertama 2015


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2015
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa
cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Dicetak oleh:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

(ii)

Kandungan
1.

Pembaharuan dalam kejuruteraan genetik tumbuhan: menuju


ke arah teknologi gen bersih

3.

Kaedah analisis tekstur produk makanan

19

Penggunaan bertih beras traditional Sarawak dalam penghasilan


bar granola

33

2.

4.

5.

6.

Canopytechture struktur ringkas pelbagai guna untuk penanaman


sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar di ruang terhad
Teknologi fermentasi pepejal: aplikasi dalam menambah nilai bahan
buangan sampingan industri pemprosesan kelapa

Pengurusan bersepadu kumbang belalai perosak utama tanaman


ubi keledek

1
11

25

43

(iii)

Buletin Teknologi MARDI, Bil. 7(2015): 1 10

Pembaharuan dalam kejuruteraan genetik


tumbuhan: menuju ke arah teknologi gen bersih
(An update in plant genetic engineering: advancing
towards clean gene technology)
Nazrul Hisham Nazaruddin dan Rogayah Sekeli
Pengenalan
Bioteknologi secara amnya didefinisikan sebagai
penggunaan organisma hidup dalam penghasilan mahupun
pengubahsuaian sesuatu produk. Kaedah bioteknologi telah
diaplikasikan dalam pelbagai aspek bioekonomi seperti
pertanian, perubatan, produk makanan dan juga alam sekitar.
Sejarah telah membuktikan bahawa manipulasi genetik telah
dilakukan oleh para petani sejak ribuan tahun dahulu dengan
menggunakan teknik pembiakbakaan untuk mendapatkan
baka tanaman yang berkualiti.

Kemajuan teknologi dan pemahaman ilmu secara
mendalam khususnya dalam bidang genetik dan biologi
molekul telah memberi impak kepada teknik manipulasi
gen secara lebih saintifik dan spesifik. Oleh itu, definisi
bioteknologi tumbuhan telah diperinci dan diperhalusi dengan
memasukkan pendekatan teknologi moden untuk mengubah
fungsi biologi sesuatu organisma dengan kemasukan gen
asing. Teknik ini dikenali sebagai teknik kejuruteraan genetik.
Kejuruteraan genetik atau modifikasi genetik berfungsi untuk
memanipulasi genetik sesuatu organisma secara terus. Produk
tumbuhan yang dihasilkan melalui kaedah ini dikenali sebagai
tanaman transgenik.

Manipulasi gen merangkumi kemasukan, pembuangan
dan pengubahsuaian cebisan segman DNA yang mengandungi
satu atau lebih gen yang diminati ke dalam genom sesuatu
tumbuhan. Secara langsung, ia membolehkan tanaman
transgenik mengekspresi ciri-ciri fenotipik yang dikehendaki
seperti peningkatan kadar pengeluaran hasil tanaman,
kerintangan kepada penyakit kritikal tanaman, penghasilan
makanan tinggi nutrien dan pelbagai lagi. Pendekatan
bioteknologi moden ini mempunyai potensi yang besar dan
mampu memberi nafas baharu kepada sektor pertanian pada
masa hadapan kerana penghasilan varieti baharu dengan
nilai tambah melalui kaedah kacukan atau pembiakbakaan
konvensional mempunyai beberapa batasan yang signifikan.
Sebagai contoh, penerimaan gen asing melalui teknik
pembiakbakaan terbatas kepada tumbuhan yang sama
spesies sahaja. Selain itu, jumlah sampel kacukan yang
tinggi diperlukan untuk mendapatkan hibrid atau varieti
baharu yang signifikan. Secara tidak langsung melibatkan
1

kos operasi yang tinggi dan memerlukan masa saringan yang


agakpanjang.

Dengan teknologi kejuruteraan genetik, pengenalan gen
asing ke dalam genom tumbuhan sama ada daripada spesies
tanaman yang sama atau berlainan, kulat, bakteria mahupun
virus yang diminati dapat diimplementasi dan direalisasikan.
Teknologi ini juga sangat khusus dan berupaya memencil,
menganalisis dan memanipulasi gen secara spesifik dan
versatil. Antara tanaman transgenik yang berjaya dibangunkan
serta dikomersialkan di peringkat antarabangsa ialah kacang
soya, jagung, tomato dan betik dengan negara pengeksport
utama seperti Amerika Syarikat.

Namun, produk transgenik telah digambarkan sebagai
produk yang mempunyai potensi yang negatif terhadap
kesihatan manusia dan alam sekitar, khususnya oleh majoriti
pengguna di Eropah. Pada tahun 2004, hampir 50% pengguna
di Eropah berpendapat produk transgenik kurang selamat
untuk dimakan, manakala 33% pengguna pula tidak pasti
dan hanya 20% sahaja pengguna yang mengetahui bahawa
tiada asas atau bukti saintifik yang menyokong kesan buruk
produk tanaman transgenik kepada kesihatan manusia.
Ini kerana penghasilan tanaman transgenik kebiasaannya
menggunakan gen penanda pemilihan yang penting untuk
proses penyaringan.

Gen penanda pemilihan yang selalu digunakan ialah gen
penanda rintang antibiotik dan gen penanda rintang herbisid.
Penggunaan gen penanda yang mempunyai nilai kerintangan
ini telah menimbulkan prasangka buruk akan kesannya
kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Bagi menangani
kebimbangan dan meningkatkan lagi penerimaan awam
terhadap produk tanaman transgenik, satu teknologi yang
dikenali sebagai teknologi gen bersih telah diperkenalkan.
Teknologi ini mampu menghasilkan tanaman yang bebas
gen penanda pemilihan dan lebih mesra alam serta terbukti
selamat kepada kesihatan manusia dan persekitaran.
Kepentingan gen penanda pemilihan
Kejayaan teknik kejuruteraan genetik tumbuhan berkait rapat
dengan penggunaan gen penanda pemilihan (Gambar rajah 1).
Secara umumnya, gen penanda pemilihan berfungsi memberi
imunisasi kepada sel yang berjaya ditransformasikan dengan
gen yang dikehendaki untuk kelangsungan hidup di atas
medium yang dipilih dan berperanan penting khususnya
semasa proses penyaringan.

Penggunaan antibiotik mahupun herbisid di dalam
medium mampu merencat tumbesaran tumbuhan dengan
mengganggu sistem metabolik dan pertumbuhan sel.
Olehitu, sel tisu transgenik yang berjaya ditransformasi
dan mengandungi gen penanda antibiotik boleh dikenal
pasti dengan penggunaan antibiotik berkepekatan optimum
2

Penembakan zarah
(biolistik)

Gen dikenal pasti


dan dipencilkan

Replikasi gen

Zarah emas
disalut dengan
gen

dan
dimasukkan
ke dalam
bakteria

Gen
diklon ke
dalam plasmid
vektor

Bakteria
memindahkan
gen ke dalam
genom tumbuhan

Sel ditembak
dan DNA masuk
ke dalam
genom tumbuhan

Regenerasi
pokok transgenik

Agrobacterium

Sel transgenik
dikenal pasti

Proses
penyaringan sel

Validasi
kemasukan
gen

Gambar rajah 1. Teknik transformasi tumbuhan melalui kaedah kejuruteraan genetik.


Gen penanda pemilihan memainkan peranan penting semasa proses penyaringan
untuk pengenalpastian sel transgenik yang putatif

semasa proses penyaringan dijalankan. Kaedah penyaringan


ini terbukti mampu memudahkan proses pengenalpastian
tumbuhan transgenik di samping menjimatkan kos dan masa
untuk analisis.

Salah satu kaedah yang mudah dalam menghasilkan
tanaman transgenik bebas gen penanda antibiotik atau
herbisid adalah dengan mengelakkan penggunaan sebarang
gen penanda. Proses pengenalpastian integrasi gen yang
dikehendaki akan dianalisis dengan menggunakan kaedah
tindak balas berantai polimerase (PCR) terhadap semua
pokok yang diregenerasi. Walaupun teknik ini berpotensi
menghasilkan tanaman transgenik yang bebas gen penanda,
namun ia memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang
untuk mengasingkan tanaman transgenik daripada beriburibu tanaman yang tidak transgenik. Tambahan pula, kadar
kecekapan transformasi menggunakan teknik ini juga jauh
lebih rendah berbanding dengan penggunaan gen penanda
antibiotik. Ini membuktikan kepentingan penggunaan gen
penanda dalam transformasi tumbuhan terutama dalam proses
penyaringan tumbuhan transgenik dan untuk mendapatkan
tanaman transgenik yang tulen.

Oleh itu, satu pendekatan telah dikaji iaitu pendekatan
teknologi gen bersih. Pendekatan ini menekankan kepentingan
alternatif baharu gen penanda pemilihan yang lebih mesra
alam serta terbukti selamat kepada kesihatan manusia dan
3

persekitaran. Saintis seluruh dunia telah dan akan terus


memberi idea untuk penambahbaikan sistem transformasi
tanaman. Beberapa pendekatan telah diaplikasikan dalam
penyelidikan kejuruteraan genetik tumbuhan di MARDI
seperti penggunaan gen penanda manA yang mengekod enzim
phosphomannose isomerase (pmi) dan juga teknik rekombinasi
tapak spesifik.

Kejuruteraan genetik tumbuhan merupakan satu projek
jangka masa panjang. Pengeluaran produk bioteknologi
mempunyai tiga proses iaitu penyelidikan dan pembangunan
(R&D), pengeluaran produk dan pemasaran. Oleh itu,
perancangan untuk tempoh tersebut hendaklah dirancang
dengan diteliti iaitu bermula dari peringkat makmal
sehingga industri. Produk bioteknologi moden yang hendak
dibangunkan juga perlu mengikut standard yang ditetapkan
dan mematuhi Akta Biokeselamatan Kebangsaan 2007. Akta
Biokeselamatan Kebangsaan 2007 telah diluluskan oleh
parlimen dan diwartakan pada 1 Disember 2009. Akta ini
ditubuhkan bagi mengawal pengeluaran, import, eksport
dan penggunaan terkawal organisma terubah suai secara
genetikdiMalaysia.
Keraguan terhadap penggunaan gen penanda antibiotik
danherbisid
Walaupun gen penanda pemilihan merupakan komponen
penting dalam proses kejuruteraan genetik tumbuhan,
namun ia tidak lagi diperlukan selepas proses penyaringan
selesai. Kehadiran gen penanda dalam tanaman transgenik
telah menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan. Walau
bagaimanapun, setakat ini tiada kajian yang membuktikan
makanan terubah suai secara genetik tidak selamat untuk
dimakan. Antara kebimbangan yang timbul daripada
penggunaan gen penanda pemilihan adalah seperti
yangberikut:
(a) Penggunaan gen penanda antibiotik mengundang isu
kebimbangan awam terhadap kesihatan manusia. Isu ini
sering diperdebatkan oleh para ilmuan dan saintis sejak
pengenalan kejuruteraan genetik suatu ketika dahulu.
Segelintir saintis dan aktivis tanaman organik berpendapat
dengan memakan tanaman atau produk transgenik, sistem
ketahanan badan boleh terjejas. Ini kerana bakteria baik
mahupun bakteria oportunis yang hidup dalam mikroflora
usus manusia berpotensi mendapatkan gen penanda
antibiotik daripada makanan yang bersumberkan tanaman
transgenik, khususnya melalui pemindahan gen secara
horizontal. Secara tidak langsung, ia berupaya menjadikan
bakteria tersebut rintang kepada antibiotik atau lebih
dikenali sebagai super bug. Namun, sehingga kini tiada

bukti kukuh dan saintifik yang menunjukkan produk


makanan komersial yang terubah suai secara genetik tidak
selamat untuk dimakan berbanding dengan produk yang
dihasilkan secara konvensional.
(b) Penggunaan gen penanda herbisid pula dikhuatiri
dapat memindahkan nilai kerintangan kepada
rumput liar ataupun spesies tumbuhan lain melalui
persenyawaan silang. Ini menghasilkan super weed yang
boleh meneuralisasikan kesan racun tumbuhan lalu
menimbulkan masalah kepada pengawalan rumput liar.
Namun, perkara ini berkait rapat kepada jenis tumbuhan
terubah suai genetik tersebut kerana persenyawaan hanya
berlaku antara induk spesies yang sama. Isu ini juga telah
dijadikan hujah kepada kesan negatif tumbuhan terubah
suai genetik kepada alam sekitar.
(c) Wujud perdebatan antara saintis yang menyatakan gen
penanda antibiotik dan herbisid berpotensi memberi beban
metabolisme kepada setiap sel tumbuhan transgenik. Ini
kerana penggalak (promoter) yang kuat digunakan untuk
mengekspresikan gen penanda lalu memaksa penghasilan
enzim yang tidak diperlukan lagi secara berterusan dalam
setiap sel sepanjang hayatnya. Dari sudut eksperimentasi
pula, situasi ini berpotensi menyebabkan keputusan
analisis gen yang diminati terpengaruh dengan tekanan
daripada ekspresi gen penanda dan menyebabkan fenotip
yang dijangka tidak kelihatan atau disenyapkan. Keadaan
ini mungkin menyebabkan keputusan menjadi negatif
yang akan merugikan masa dan kos penyelidikan.
Aplikasi teknologi gen bersih di MARDI
Kejuruteraan genetik tumbuhan merupakan salah satu bidang
yang mampu menjana ekonomi negara pada masa akan
datang. Akar umbi penghasilan sesuatu tanaman terubah
suai secara genetik harus diteliti dan diperhalusi sebelum
memulakan proses transformasi. Ini kerana penghasilannya
memakan masa yang lama dan juga kos yang tinggi. Isu
kebimbangan awam terhadap penggunaan gen penanda dan
kepatuhan terhadap aspek biokeselamatan, khususnya akta
biokeselamatan kebangsaan perlu diberi perhatian yang serius.
Oleh itu, implementasi teknologi gen bersih sangat signifikan
untuk kemajuan bioteknologi tumbuhan diMalaysia.

Dua strategi teknologi gen bersih yang telah diaplikasikan
di MARDI adalah seperti yang berikut:
(a) penggunaan gen manA sebagai gen penanda
antimetabolit.
(b) pemotongan gen penanda pemilihan menggunakan sistem
rekombinasi tapak spesifik.

Carta alir 1. Peringkat transformasi kalus betik Eksotika. A) Embriogenik kalus yang berusia
1bulan yang diguna sebagai tisu sasaran untuk transformasi. Kalus yang berjaya hidup
dalam medium penyaringan seterusnya membentuk somatik embrio (embryogenesis) secara
berperingkat B) berbentuk globul, C) berbentuk hati, D) berbentuk torpedo, E) regenerasi dan
F)pokoktransgenik

Kedua-dua kaedah ini terbukti mampu meningkatkan kadar


kecekapan sistem transformasi betik Eksotika dan secara tidak
langsung membolehkan lebih banyak tanaman transgenik
dapat dihasilkan. Peningkatan jumlah tanaman transgenik dan
peningkatan penerimaan masyarakat merupakan strategi yang
sangat penting dalam memajukan lagi bidang bioteknologi
tumbuhan. Carta alir 1 menerangkan peringkat transformasi
betik Eksotika yang dilakukan secara kejuruteraan genetik.
Gen penanda phosphomannose isomerase
Pendekatan pertama adalah penggunaan gen penanda
alternatif yang telah diuji secara mendalam dan disahkan
selamat iaitu gen penanda manA. Gen penanda ini mengekod
enzim phosphomannose isomerase (pmi) dan berbeza dengan
gen penanda antibiotik dan gen penanda herbisid. Gen
penanda pmi bertindak dengan memanipulasi ketidakupayaan
kebanyakan tanaman untuk memetabolasikan gula manosa
di dalam medium sebagai satu-satunya sumber karbon.
Enzim pmi yang dihasilkan oleh tanaman transgenik
berfungsi menukarkan gula manosa kepada gula fruktosa
iaitu gula yang boleh digunakan untuk penghasilan tenaga
dan tumbesaran pokok. Keadaan ini menyebabkan sel
tumbuhan normal yang tidak berjaya ditransformasikan
tidak berkeupayaan menggunakan gula manosa dan
membantutkan tumbesarannya. Ini kerana sel hidup
6

memerlukan utilasi sumber karbon untuk penghasilan tenaga


dan kelangsunganhidup.

Kelebihan ketara teknologi ini berbanding dengan gen
penanda antibiotik dan herbisid adalah proses penyaringan
dilakukan tanpa menggunakan bahan toksik yang berteraskan
manipulasi sumber karbon iaitu gula manosa dan secara
tidak langsung dapat menjimatkan kos penyelidikan kerana
harganya jauh lebih murah. Teknik ini juga terbukti mampu
meningkatkan kecekapan transformasi sehingga sepuluh kali
ganda berbanding dengan kaedah penggunaan gen penanda
antibiotik dalam penyelidikan transfomasi betik Eksotika.

Penggunaannya juga telah dibuktikan tidak memberi
kesan negatif kepada manusia dan alam persekitaran kerana
kajian toksikologi dan alergi secara mendalam telah dijalankan
oleh syarikat gergasi bioteknologi, Sygenta. Selain itu, gen
ini juga didapati tidak menunjukkan kesan negatif semasa
evolusi ekspresi gen yang diminati. Kajian yang mendalam
dan aplikasi kaedah ini dalam penghasilan tanaman transgenik
di MARDI dijangka mampu meningkatkan kepercayaan dan
penerimaan orang awam terhadap tanaman dan produk
hasilan transgenik khususnya untuk pengkomersialan pada
masa hadapan.
Aplikasi sistem rekombinasi tapak spesifik
Rekombinasi tapak spesifik merupakan sistem unik yang
berasal daripada sistem bakteria mahupun kulat yang
berpotensi untuk digunakan dalam penambahbaikan sistem
transformasi tumbuhan. Di MARDI, kajian transformasi
betik Eksotika dengan menggunakan sistem rekombinasi
tapak spesifik ini sedang giat dijalankan. Secara umumnya,
proses penyaringan menggunakan antibiotik masih tetap
digunakan. Walau bagaimanapun, selepas proses penyaringan
selesai, sistem ini bertindak memotong keluar gen penanda
antibiotik daripada genom tumbuhan transgenik. Komponen
terpenting dalam sistem rekombinasi tapak spesifik ini ialah
gen rekombinase yang dipacu oleh promoter yang boleh
dirangsang dan dua tapak pengenalpastian sasaran oleh
enzimpemotong.

Gen rekombinase mengekod enzim pemotong yang
mempunyai kebolehan memotong dan menyambung
semula dua tapak sasaran tersebut. Sistem ini dibentuk di
mana gen rekombinase dipacu oleh promoter yang boleh
dirangsang dengan kaedah seperti haba, bahan kimia, kesan
spesifik kepada organ tumbuhan dan lain-lain. Dengan
sistem kawalan yang spesifik daripada promoter ini, enzim
pemotong dapat diaruh dan diaktifkan pada masa yang
sesuai. Oleh itu, dengan meletakkan gen penanda antibiotik
dan gen rekombinase di antara dua tapak sasaran tersebut,
pemotongan keluar gen penanda antibiotik dapat dilakukan
dengan pengekodan dan pengaktifan enzim pemotong selepas
7

B
Gambar 1. Kajian asai GUS ke atas kalus embriogenik
betik yang ditransformasikan. Pengekspresan gen
GUS yang merupakan gen pelapor menyebabkan
kalus (A) berubah kepada warna biru (B dan C) dan
ia menjadi petunjuk positif integrasi gen ke dalam
genom tumbuhan transgenik

proses saringan siap dijalankan. Kawasan di antara dua


tapak itu dikenali sebagai kawasan swahapus kerana gen
rekombinase turut dipotong keluar bersama-sama gen penanda
antibiotik. Dengan itu, pokok transgenik yang terhasil adalah
bebas sama sekali dengan gen penanda antibiotik (Gambar 1).
Hala tuju penyelidikan kejuruteraan genetik
Penyelidikan kejuruteraan genetik tumbuhan dijangka dapat
memacu perkembangan bidang pertanian pada masa akan
datang. Beberapa halangan daripada teknik pembiakbakaan
konvensional dapat diatasi dengan kaedah bioteknologi
moden. Isu keselamatan produk tanaman terubah suai secara
genetik telah dikaji di seluruh dunia dan pendekatan ke arah
penerimaan umum semakin diperhalusi. Isu gen penanda
pemilihan yang memberi kerintangan terhadap antibiotik dan
herbisid telah mencorakkan dunia sains dengan cabaran ke
arah penggunaan kaedah alternatif yang lebih baik. Beberapa
fokus telah digariskan untuk penyelidikan pada masa akan
datang adalah seperti yang berikut:
(a) Aplikasi teknologi gen bersih secara meluas
(b) Kemasukan gen asing yang minimum
(c) Penggunaan gen yang diminati bersumberkan spesies yang
terdekat (sisgenik)
(d) Pengeditan genom
Meskipun kaedah konvensional masih merupakan sumber
majoriti penghasilan tanaman dan bahan makanan utama
didunia, teknologi transgenik merupakan salah satu kaedah
yang berpotensi tinggi dan versatil untuk penghasilan bahan
makanan pada masa hadapan. Kepentingan teknologi ini
selaras dengan pola perkembangan populasi di dunia yang
menyebabkan permintaan makanan yang tinggi dan keadaan
cuaca yang semakin tidak menentu.

Penghargaan
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
dan pihak MARDI atas penganugerahan geran penyelidikan
Sciencefund RB1151SF10 dan dana pembangunan MARDI
21003002700001. Sekalung penghargaan juga ditujukan
kepada semua kolaborator dan staf sokongan di Pusat
Penyelidikan Bioteknologi khususnya Pn. Noraini Abdullah,
Cik SitiFathiha, Cik Roslinda dan En. Amin Asyraf, serta
kakitangan MARDI Pontian khususnya En. Mohd Nizam Zubir
dan En.Khairul Anuar yang telah membekalkan biji betik
Eksotika untuk tujuan penyelidikan.
Bibliografi

Anon. (2008). The biosafety act of Malaysia: dispelling the myths. Ministry of
Natural Resources and Environment (NRE) Malaysia in collaboration
with the Center of Excellence for Biodiversity Law(CEBLAW)
Chandrama, P.U., Akula, N.M., Mayank, A.G., Devanshi, C.U., Doo-Hwan,
K., Se-Chul, C. dan Se, W.P. (2010). An update on the progress towards
the development of marker-free transgenic plants. Botanical Studies 51:
277 292
Glass-OShea, B. (2011). The history and future of genetically modified
crops: frankenfoods, superweeds, and the developing world. Journal of
Food Law and Policy Vol. 7
Joersbo, M. (2001). Advances in the selection of transgenic plants using nonantibiotic marker genes. Plant Physiology 111: 269 272
Krens, F.A., Pelgrom, K.T.B., Schaart, J.G., Den Nijs, T.P.M. dan Rouwendal,
J.A. (2003). Clean vector technology for marker-free transgenic crops.
Proceedings of the international congress In the wake of the double helix:
from the green revolution to the gene revolution, Italy, m.s. 509515
Privalle, L.S., Wright, M., Reed, J., Hansen, G., Dawson, J., Dunder, E.M.,
Chang, Y.F., Powell, M.L. dan Meghji, M. (2000). Phosphomannose
isomerase, a novel selectable plant selection system: mode of action
and safety assessment. Proceedings of the 6th International symposium on
the biosafety of GMOs
Weil, J.H. (2005). Are genetically modified plants useful and safe? IUBMB
Life 57:311 314
Yau, Y. dan Stewart, C.N. (2013). Less is more: strategies to remove marker
genes from transgenic plants. BMC Biotechnology 13: 36

Ringkasan
Penggunaan gen penanda pemilihan merupakan satu kaedah yang
penting untuk proses penyaringan tanaman transgenik dalam
kejuruteraan genetik tumbuhan. Namun, penggunaan gen penanda
pemilihan seperti gen rintang antibiotik mahupun herbisid telah
mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kebimbangan awam
terhadap isu berkaitan biokeselamatan. Oleh itu, satu teknologi
baharu telah dibangunkan iaitu teknologi gen bersih dan berperanan
menghasilkan tanaman transgenik yang lebih selamat serta mematuhi
akta biokeselamatan kebangsaan. Teknologi ini bertujuan untuk
meningkatkan penerimaan orang awam terhadap produk transgenik
dengan menangani kebimbangan khususnya tentang penggunaan
gen penanda. Salah satu pendekatan yang telah diaplikasikan adalah
penggunaan penanda alternatif yang tiada atau rendah risikonya
terhadap keselamatan manusia dan alam sekitar. Sebagai contoh,
penggunaan gen phosphomannose isomerase yang terbukti selamat
dan telah diuji dari pelbagai aspek termasuk kadar kecekapan
transformasinya. Selain itu, pendekatan yang boleh digunakan adalah
pembangunan tanaman transgenik yang bebas penanda pemilihan
melalui sistem rekombinasi tapak spesifik di mana pemotongan gen
penanda dilakukan selepas proses penyaringan selesai. Oleh itu, aplikasi
teknologi gen bersih merupakan contoh pendekatan yang penting
dalam kejuruteraan genetik tumbuhan dan berupaya meningkatkan
penerimaan orang awam terhadap tanaman transgenik serta produk
hasilan transgenik pada masa akan datang.
Summary
Selectable marker gene (SMG) is an important selection tool in plant
genetic engineering. However, the usage of conventional SMGs, such
as the antibiotics- and herbicide-resistance genes are controversial
and have triggered public concern on biosafety issues. Hence, a novel
clean gene technology has been developed to produce safer and
biosafety compliance transgenic crops. The aim is to improve public
acceptance towards transgenic products by addressing concern on the
use of undesirable SMG. One of the approaches is to use selectable
marker with low or no risks to human safety and the environment.
The best example is the use of phosphomannose isomerase (pmi)
technology which has been fully assessed for its safety and efficiency.
Besides that, the development of marker-free transgenic crops is
also a favourable approach. This technology exploits the properties
of site-specific recombination system of bacteria and yeast to excise
SMG from transgenic plants genome selection process. Thus, for the
future prospect of plant genetic engineering, the application of clean
gene technology is essential and has the potential to increase public
acceptance towards transgenic crops and products.
Pengarang
Nazrul Hisham Nazaruddin
Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
E-mel: nazrulhisham@mardi.gov.my
Rogayah Sekeli
Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur

10

Buletin Teknologi MARDI, Bil.7(2015): 11 17

Canopytechture struktur ringkas pelbagai


guna untuk penanaman sayur-sayuran dan
buah-buahan jenis menjalar di ruang terhad

(Canopytechture a simple multipurpose structure for


growing climbing vegetables and fruits in a limited space)
Hamdan Mohd Noor, Farahzety Abdul Mutalib,
HanimAhmad, Zulhazmi Sayuti dan Ab Kahar Sandrang
Pengenalan
Pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar
boleh ditanam di kawasan laman yang terhad seperti
dipersekitaran rumah kediaman, ruang pejabat dan taman
kejiranan. Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis
menjalar memerlukan struktur penyokong tanaman atau
para yang membolehkan tanaman tersebut berpaut, tumbuh
vertikal dan mengeluarkan hasil. Secara konvensional, kayu
pancang daripada buluh sering dijadikan sebagai sokongan
dan para atau sistem trellis yang diperbuat daripada dawai
bagi membolehkan tanaman sayuran menjalar jenis berbuah
tumbuh berpaut. Untuk memudahkan aktiviti tersebut, satu
struktur ringkas bagi memenuhi keperluan pertumbuhan
sayuran-sayuran menjalar jenis berbuah yang dikenali sebagai
canopytechture telah direka bentuk.

Canopytechture yang penuh dengan tanaman sayursayuran atau buah-buahan memanjat dapat mempamerkan
buah bergantungan, seterusnya memberi impak landskap
yang unik dan kelihatan menarik. Di samping itu, ruang
teduh di bawah canopytechture yang disusun berderetan boleh
dijadikan tempat istirehat dengan menempatkan kerusi taman
dibawahnya.
Ciri-ciri canopytechture
Canopytechture merupakan sistem struktur penyokong
ringkaspelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran
dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat yang
mengeluarkan buah. Ia merupakan struktur berpara khas yang
direka bentuk bagi membolehkan tanaman melilit, berpaut dan
tumbuh secara vertikal. Struktur ini mempunyai para khas
yang berbentuk heksagon (segi enam), bergaris pusat 150cm
dan terletak di atas tiang penyokong dengan ketinggian
180cm. Melalui proses latihan dan lenturan, sayur-sayuran
atau buah-buahan menjalar dapat tumbuh secara vertikal dan
mengeluarkan hasil buah yang bergantungan di bahagian
parakhas.

Untuk pertanian bandar, struktur penyokong ringkas
pelbagai guna ini sangat praktikal diaplikasikan bersama
pasuan self-watering container (SWC) dan juga pasuan biasa
11

bagi penanaman sayur-sayuran menjalar seperti petola, peria,


timun dan labu serta buah-buahan seperti anggur dan melon.
Penggunaannya dapat membantu penghuni bandar bercucuk
tanam walaupun memiliki ruang laman yang terhad. Selain
hasil tanaman, canopytechture juga dapat memberi impak
estetika dan menjadi elemen terapi di ruang laman tersebut.
Penanaman
Semaian
Anak benih sayur-sayuran atau buah-buahan jenis menjalar
disediakan dengan menyemai biji benih di dalam dulang
semaian yang mengandungi berbilang sel. Medium peat moss
disyorkan sebagai medium percambahan biji benih. Dulang
semaian diletakkan di kawasan yang bernaung dengan
keperluan cahaya matahari 50%. Semaian perlu disiram
sebanyak dua kali sehari secara semburan halus atau kapilari.
Biasanya, semaian akan bercambah dalam masa 34hari dan
anak benih dibiarkan membesar. Baja foliar boleh diberi secara
semburan untuk menghasilkan pertumbuhan anak benih
yang sihat dan berkualiti. Setelah anak benih mengeluarkan
24helai daun sebenar, ia boleh dipindahkan ke dalam
pasuan canopytechture. Proses memindahkan anak benih
hendaklah dilakukan seelok-eloknya pada waktu pagi atau
lewat petang bagi mengelakkan berlakunya renjatan akibat
cuaca panas.
Menanam dan bekas tanaman
Umumnya, anak benih yang berumur 2 minggu selepas
disemai sesuai dipindahkan ke dalam bekas tanaman
atau pasu. Bilangan anak benih yang sesuai ditanam
bergantung kepada saiz dan jenis pasuan yang dipilih. Untuk
pasuanSWC (dilengkapi dengan sistem takungan air) bersaiz
52cmx46cm, sebanyak empat anak benih sesuai ditanam
sepasu. Melalui pasuan ini, tanaman tidak perlu kerap
disiram kerana ia memperoleh air secara tindakan kapilari.
Medium penanaman yang sesuai digunakan ialah campuran
tanah, peatmoss, pasir dan tempurung kelapa sawit terproses
pada nisbah 1:1:1:1. Sekiranya terdapat tanaman yang mati,
penyulaman anak benih hendaklah dilakukan segera bagi
memperoleh pertumbuhan dan hasil yang seragam.
Melatih tanaman
Selepas 2 3 minggu anak benih ditanam dan pokok mencapai
ketinggian 15 20 cm, sokongan dengan menggunakan
tali rafia perlu diberi supaya pokok boleh tumbuh secara
vertikal. Caranya adalah dengan mengikat tali rafia pada
dawai bengkok berbentuk U (10 15 cm tinggi) yang dicucuk
bersebelahan dengan pangkal setiap pokok (Gambar1),
manakala hujung tali tersebut ditarik ke bahagian para
khas canopytechture (Gambar2) setinggi 1.5 2.0 m dari
12

Gambar 1. Tali rafia diikat pada


dawai bengkok berbentuk U dan
dicucuk bersebelahan pangkal
pokok

Gambar 2. Hujung tali rafia


ditarik dan diikat ke bahagian
para khas canopytechture

Gambar 3. Tanaman perlu


dilatih untuk memanjat,
melilit tali rafia dan tumbuh
vertikal ke struktur para khas

aras permukaan medium. Semasa


pertumbuhan, pokok perlu dilatih untuk
memanjat, melilit tali rafia dan tumbuh
vertikal ke struktur bahagian para khas
dengan sempurna(Gambar 3).
Jenis dan pertumbuhan
tanamanmenjalar
Sayur-sayuran dan buah-buahan
jenis menjalar yang ditanam dengan
menggunakan struktur canopytechture
menghasilkan pertumbuhan secara
vertikal yang subur sekiranya dilatih
Gambar 4. Tanaman tumbuh secara vertikal
di peringkat awal lagi (Gambar 4).
perlu dilatih di peringkat awal pertumbuhan
Selepas 3 4 minggu penanaman,
tanaman mula mengeluarkan bunga
dan berbuah (Gambar 5). Jangka masa kutipan hasil bagi
tanaman bergantung kepada varieti sayuran. Sebagai
contoh, petola segi, petola ular dan peria boleh dituai dalam
tempoh 7 16minggu selepas ditanam (Gambar 6). Jadual 1
menunjukkan tempoh pengeluaran buah, hasil tanaman dan
jangka hayat tanaman yang ditanam di dalam pasuan SWC
diMARDI.
Penyelenggaraan tanaman
Pengairan
Pengairan bagi penanaman sayur-sayuran menjalar yang
diaplikasikan dengan menggunakan pasuan SWC tidak perlu
kerap disiram. Kekerapan menambah air di dalam pasuan
SWC (bersaiz 52 cm x 46 cm) bergantung kepada umur dan
jenis tanaman yang ditanam. Di peringkat awal pertumbuhan,
tanaman hanya memerlukan sedikit pengairan iaitu kira-kira
13

Petola segi

Peria katak

Gambar 5. Sayur-sayuran mula berbuah selepas 4 minggu ditanam

Gambar 6. Petola segi


mengeluarkan buah dan boleh
dituai dalam tempoh 7 16
minggu selepas penanaman
Jadual 1. Tempoh pengeluaran buah, hasil dan jangka hayat tanaman terpilih yang
ditanam di dalam pasuan SWC
Jenis tanaman
Sayur-sayuran
Petola segi
Peria katak
Labu manis
Timun
Buah-buahan
Melon
(var. Hang Lipo)
Melon
(var. Permai)

Tempoh
Bilangan
buah dituai buah/
(hari)*
struktur

Berat
sebiji buah
(g)

Jumlah
Jangka hayat
hasil/struktur tanaman
(kg)**
(hari)

50
51
77
55

300
300
700
400

11.2
8.4
3.9
9.5

79
98
140
70

79
98
140
70

28
24
5
18

500
400
900
650

76 85

600 1,100

6.9

85

76 86

900 1,600

10.0

86

*Hari selepas ditanam


**Berdasarkan empat pokok sepasu

14

7 hari sekali penambahan air. Biasanya, kadar penambahan


air meningkat apabila pokok semakin meningkat dewasa.
Contohnya, tanaman seperti timun dan petola perlu ditambah
air 2 3 hari sekali (kira-kira 5 liter setiap penambahan) ketika
tanaman sedang berbuah. Walau bagaimanapun, penggunaan
struktur canopytechture bagi tanaman sayur-sayuran menjalar
jenis berbuah yang ditanam di dalam bekas biasa atau di atas
tanah perlu disiram 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan
lewat petang kecuali hari hujan.
Membaja
Sayur-sayuran menjalar yang ditanam di dalam pasu perlu
dibaja bagi menjamin pertumbuhan yang sihat dansubur.
Pembajaan boleh dilakukan secara manual dengan
menggunakan baja sebatian NPK 12:12:17:2 pada kadar
10g/pokok, diberi setiap 3 minggu sekali dengan menabur
disekeliling pangkal pokok dan digaul ke dalam tanah.
Walau bagaimanapun, jika terdapat simptom kekurangan baja
seperti daun kekuningan dan pertumbuhan yang tidak sihat,
pembajaan tambahan menggunakan baja foliar boleh diberi
secara semburan. Pembajaan yang berlebihan perlu dielak
kerana boleh menyebabkan tanaman tumbuh terlalu subur
atau lebih dikenali dengan istilah mabuk daun.
Mencantas
Cantasan perlu dilakukan ke atas tunas air atau sulur yang
tumbuh semasa melatih tanaman tumbuh secara vertikal
menuju ke arah struktur berangka heksagon. Kebiasaannya,
tunas atau sulur air yang tumbuh liar dan tidak dikehendaki
perlu dicantas bagi memperoleh bentuk tanaman yang
seragam dan kelihatan menarik. Selain itu, cantasan juga dapat
mengelakkan berlakunya pembaziran penggunaan baja.
Kawalan penyakit dan perosak
Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar
sering mengalami kerosakan yang tinggi akibat serangan
penyakit dan serangga perosak. Oleh itu, kawalan penyakit
dan serangga perosak yang dilakukan secara bersepadu
dengan menggunakan racun dan kadar sukatan yang sesuai
dapat meningkatkan lagi peratus kejayaan pengawalannya.
Namun begitu, perkara utama bagi mengelakkan berlakunya
serangan penyakit dan serangga perosak tanaman adalah
dengan menjaga kebersihan persekitaran yang optimum.
Pemerhatian yang teliti dan kerap perlu dilakukan bagi
mengenal pasti simptom berlakunya serangan awal dan
tindakan segera pencegahan dapat dilakukan.

15

Kesimpulan
Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar
menggunakan teknologi struktur canopytechture dapat
memaksimumkan penggunaan ruang laman yang terhad
disamping menjana hasil tambahan kepada pengguna.
Tanaman menjalar jenis berbuah pada struktur canopytechture
dihasilkan melalui proses penyemaian biji benih dan
penanaman di dalam pasu. Di peringkat awal pertumbuhan,
tanaman menjalar perlu sentiasa dilatih agar melilit pada tali
rafia dan tumbuh secara vertikal menuju ke arah struktur
canopytechture berbentuk heksagon. Tanaman tersebut
perlu diberi pengairan dan pembajaan yang secukupnya
sehingga mengeluarkan buah. Buah yang dihasilkan secara
bergantungan pada struktur canopytechture dapat memberi
impak estetika di ruang laman terhad di samping menjadi
sumber makanan untuk kegunaan dapur.
Penghargaan
Pengarang mengucapkan ribuan terima kasih kepada
En.Rosmizan Abdul Rani dan En. Mohad Hoszaini Rosman
yang telah membantu dalam kerja-kerja penyediaan
bahantanaman.
Bibliografi

Ab. Kahar, S., Hanim, A. dan Zulhazmi, S. (2009). Closed capillary


propagation system for stem cutting. Buletin Teknol. Tanaman 6: 9 15
Ab Kahar, S., Zulhazmi, S. dan Hanim, A. (2009). Propagation of landscape
trees using micro cuttings. Buletin Teknol. Tanaman 6: 1 8
Mahamud, S., Jamaludin, S., Mohamad Roff, M.N., Ab Halim, A.H.,
Mohamad, A.M. dan Suwardi, A.A. (2009). Manual teknologi fertigasi
penanaman cili, rockmelon dan tomato, 94 hlm. Serdang: MARDI
Shaari, K., Zareen, S., Akhtar, M.N. dan Lajis, N. (2011). Chemical
constituents of Melicope ptelefolia. Natural Product Communications
6(3):343 348
Simonsen, H.T., Adsersen, A., Bremner, P., Heinrich, M., Smitt, U.W. dan
Jaroszewski, J.W. (2004). Antifungal constituents of Melicope borbonica.
Phytotherapy Research PTR 18(7): 542 545
Yu-Feng, X., Yue, L., Qing-Tao, D. dan Li-Bing, G. (2011). Study on the
chemical constituents from Melicope ptelefolia. Zhongyaocai Journal of
Chinese Medicinal Materials 34(3): 386 388

16

Ringkasan
Penanaman sayur-sayuran menjalar secara vertikal di dalam pasu
dengan menggunakan struktur ringkas berangka heksagon yang
dipanggil canopytechture membolehkan pengeluaran tanaman di ruang
laman yang terhad selain mewujudkan lebih ruang untuk penanaman.
Penggunaan struktur ringkas pelbagai guna ini membolehkan tanaman
sayuran menjalar tumbuh dengan lebih sihat, kelihatan menarik dan
buah mudah dituai. Melalui penggunaan canopytechture, penanaman
sayur-sayuran menjalar dapat dipraktikkan dengan lebih mudah di
samping memberi nilai estetika di kawasan laman. Canopytechture juga
berpotensi dijadikan elemen terapi ketika tanaman mengeluarkan buah
yang bergantungan. Oleh itu, canopytechture amat sesuai untuk dimiliki
oleh warga kota yang sering berhadapan dengan masalah ruang terhad
untuk aktiviti bercucuk tanam.
Summary
Growing climbing vegetables vertically in pots using a simple structure
with a hexagonal frame, called canopytechture has been developed to
enable crop production in a limited space besides creating more planting
space. This multipurpose structure makes plant grow healthier, looks
attractive and easy to harvest. With the use of canopytechture, growing
climbing vegetables can be done with much ease besides providing
aesthetic value in the planting areas. The hanging fruits of canopytechture
is rather therapeutic. Thus, canopytechture is very practical in urban areas
with limited space for farming activity.
Pengarang
Hamdan Mohd Noor
Pusat Penyelidikan Hortikultur, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
E-mel: hamdanor@mardi.gov.my
Farahzety Abdul Mutalib, Hanim Ahmad, Zulhazmi Sayuti
dan AbKaharSandrang
Pusat Penyelidikan Hortikultur, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur

17

Buletin Teknologi MARDI, Bil.7(2015): 19 23

Kaedah analisis tekstur produk makanan


(Textural analysis method for food products)
Mohd Irwani Hafiz Sahid, Khalisanni Khalid
danNorizahAyob
Pengenalan
Tekstur merujuk kepada mutu makanan yang kita boleh rasa
sama ada dengan jari, lelangit, lidah atau gigi. Julat ukuran
tekstur dalam makanan sangat luas. Dalam sains makanan
pula, tekstur makanan didefinisikan sebagai sambutan
utama deria sentuhan terhadap rangsangan fizikal yang
dihasilkan daripada hubungan antara beberapa bahagian
badan dan makanan. Tekstur merupakan atribut penting
dalam menentukan kualiti produk makanan. Jika tekstur
makanan tidak seperti yang diharapkan, ia menunjukkan
penurunan kualiti hasilan. Sebagai contoh, kerepek mesti
mempunyai tekstur yang rangup, dodol seharusnya melekit
dan sebagainya. Pengguna sering menggunakan deria mereka
lazimnya deria sentuhan untuk menilai tekstur sesuatu
makanan. Apabila menilai tekstur makanan, kita akan menilai
mengikut tahap kekerasan, kelembutan dan kerangupan
sesuatumakanan.

Oleh sebab kaedah penggunaan deria manusia adalah
terlalu subjektif dan berbeza daripada seorang individu
dengan individu yang lain, maka pelbagai jenis peralatan
untuk mengukur tekstur telah diperkenalkan. Kaedah
penentuan nilai tekstur dengan menggunakan peralatan
saintifik seperti alat penganalisis tekstur dikenali sebagai
kaedah objektif. Kaedah ini merupakan kaedah piawai jika
dibandingkan dengan kaedah subjektif yang menggunakan
pendapat manusia. Pengukuran tekstur dilakukan dengan
mengambil kira beberapa jenis daya seperti dalam
Gambarrajah 1.
Aplikasi alat pengukur tekstur
Terdapat pelbagai jenis makanan yang mempunyai sifat
tekstur yang berbeza. Olehitu, pelbagai kaedah yang
digunakan untuk mengukur tekstur makanan mengikut
sifat teksturnya. Pengukuran tekstur secara objektif akan
menggunakan pendekatan bagaimana sesuatu makanan
itu dikunyah. Kunyahan makanan memerlukan daya yang
boleh diterjemahkan dalam bentuk daya mampatan/tusukan,
pemotongan/ricihan dan regangan. Daya tersebut boleh
diukur secara instrumentasi dengan menggunakan peralatan
penganalisis makanan dengan kaedah yang berbeza dan
memerlukan aksesori yang berlainan. Bahagianini akan
membantu penganalisis tekstur makanan untuk menggunakan
19

Daya

Daya

Daya

Daya

=
Mampatan
Daya

Potongan

Tusukan
Daya

Daya

Daya

Ricihan

Daya

Regangan
Gambar rajah 1. Jenis-jenis daya dalam penentuan tekstur makanan

kaedah yang sesuai dengan sampel makanan yang


hendakdiuji.
Kaedah mampatan dan tusukan
Kaedah ujian mampatan dan tusukan merupakan bentuk ujian
tekstur yang paling lazim diaplikasi dalam produk makanan.
Kaedah mampatan dan tusukan sesuai untuk makanan pepejal
yang menggunakan aksesori seperti prob silinder, kon dan
jarum. Uji kaji dijalankan dengan cara meletakkan sampel
makanan di atas platform dengan membiarkan prob menekan
sampel makanan pada tekanan dan kelajuan yang ditetapkan.

Kaedah mampatan menggunakan prob yang berdiameter
lebih besar daripada sampel, manakala ujian tusukan
menggunakan prob yang lebih halus seperti prob kon atau
jarum. Perbezaan antara ujian mampatan dan tusukan ialah
ujian mampatan mengukur daya yang diperlukan untuk
mengubah bentuk makanan tanpa perubahan isi padu,
manakala ujian tusukan akan mengukur jumlah daya yang
diperlukan untuk menebuk lubang pada sampel makanan.

Prob tersebut akan menusuk sampel untuk bacaan
daya. Antara kaedah mampatan yang digunakan melalui
cara ini adalah seperti kaedah tusukan dan penembusan
(punctureandpenetration). Kaedah mampatan penyemperitan
(extrusion) pula melibatkan prob silinder yang menekan
20

sampel yang dilekatkan di dalam bekas yang mempunyai


lubang di bahagian bawah untuk tujuan semperitan seperti
picagari. Kaedah tusukan sesuai untuk produk yang keras,
tetapi rapuh seperti biskut manakala kaedah penyemperitan
sesuai untuk produk separa pejal seperti dodol.

Antara kaedah mampatan lain yang sering digunakan
ialah analisis profil tekstur [textureprofile analysis (TPA)]
(Gambar 1). Kaedah ini dapat memberi banyak data kerana
menilai banyak atribut tekstur seperti nilai kekerasan,
kekenyalan, keanjalan, kekunyahan dan
kebolehan kekal bentuk dan melibatkan dua
kali mampatan. Mampatan pertama adalah
secara santai dan kemudian dimampatkan lagi
kali kedua. Semasa melakukan ujian, sampel
makanan akan diletakkan di antara plat rata
dengan prob kemudian dimampatkan. Analisis
profil tekstur adalah cara yang diterima untuk
mencirikan struktur makanan yang telah
digunakan untuk mengkaji sifat tekstur pelbagai
makanan dan produk makanan.
Kaedah pemotongan dan ricihan
Ujian pemotongan atau daya ricihan boleh
ditentukan dengan menggunakan aksesori
Gambar 1. Ujian analisis profil
seperti pisau dengan platform berslot. Semasa
tekstur dijalankan menggunakan prob
ujian, sampel diletakkan di atas platform
silinder
berslot dan pisau dibiarkan memotong sampel
makanan dengan daya dan kelajuan yang
ditetapkan. Kaedah ini merupakan stimulasi bagaimana gigi
kacip memotong makanan. Terdapat pelbagai jenis kaedah
yang digunakan bergantung pada jenis dan rupa bentuk
makanan yang ingin diuji. Setiap kaedah memerlukan
pisau dan platform yang berlainan. Kaedah ini sesuai untuk
mengkaji kekerasan daging, sayuran rangup seperti lobak dan
makanan pepejal lembut seperti keju. Sebagai contoh, ujian
daya putus boleh ditentukan dengan menggunakan pisau
berpinggir dengan platform berslot. Sampel diletakkan di atas
platform dan ujian daya putus dijalankan dengan membiarkan
pisau memotong sampel pada tekanan dan kelajuan
yangditetapkan.

Terdapat pelbagai cara ujian pemotongan dan ricihan
dilakukan bergantung pada produk makanan yang hendak
diuji dan pelbagai jenis pisau boleh digunakan bergantung
pada sampel makanan. Antara pisau yang digunakan ialah
pisau Warner-Bratzler yang mempunyai lekuk untuk memotong
sosej (Gambar 2). Pisau Kamer Shear yang mempunyai lima
mata pisau untuk bacaan yang menyeluruh dan pisau
bebenang untuk memotong sampel lembut seperti mentega.
Selain produk makanan, kaedah ini juga sering digunakan
untuk menguji kekuatan pembungkusan makanan. Sebagai
21

Gambar 2. Ujian pemotongan dijalankan


menggunakan pisau Warner-Bratzler

Gambar 3. Ujian regangan


dijalankan pada sampel pasta

contoh, plastik pembungkus yang lebih kuat memerlukan


lebih daya regangan untuk putus atau pecah.
Kaedah regangan
Kaedah ujian regangan melibatkan daya tarikan terhadap
sampel dari dua arah. Ujian ini sesuai untuk produk makanan
seperti mi, pasta dan piza. Kaedah ini menguji keliatan dan
tahap keanjalan makanan. Ujian regangan dilakukan dengan
mengetip sampel pada pengetip di bahagian atas dan bahagian
bawah sampel dan alat pengukur tekstur akan menarik sampel
sehingga merenggang dan adakalanya putus(Gambar 3).
Kesimpulan
Analisis tekstur makanan boleh dilakukan secara objektif
dengan menggunakan peralatan saintifik yang dikenali sebagai
alat penganalisis makanan. Terdapat pelbagai kaedah analisis
makanan yang boleh dilakukan bergatung kepada sifat dan
jenis tekstur makanan. Sukatan tekstur makanan boleh diukur
melalui daya mampatan/tusukan, pemotongan/ricihan
danregangan.
Bibliografi

Bourne, M.C. (2002). Food texture and viscocity: concept and measurement, Edisi
ke-2. U.S.A.: Academic Press
Matz, S.A. (1962). Food texture. Westport, Connecticut: The AVI Publishing
Company INC
Szczesniak, A.S. (1990). Texture is it still an overlooked food attribute?
Journal of Food Technology 9: 86 92

22

Ringkasan
Tekstur merupakan aspek penting dalam penilaian mutu produk
makanan. Setiap jenis makanan mempunyai sifat tekstur yang tersendiri.
Pengguna mengharapkan makanan yang dibeli mempunyai tekstur
seperti yang diharapkan. Oleh itu, ukuran tekstur harus dilakukan
untuk menilai tahap kualiti sesuatu produk makanan. Melalui teknologi
moden, penilaian tekstur boleh dilakukan dengan penggunaan alatan
penganalisis tekstur. Walau bagaimanapun, pengukuran tekstur harus
dilakukan dengan kaedah yang betul yang telah dibangunkan untuk
mengukur tekstur produk makanan. Artikel ini akan membantu penilai
tekstur untuk menentukan kaedah yang sesuai dengan produk makanan
yang dihasilkan.
Summary
Texture is an important aspect in the evaluation of the quality of food
products. Each type of food has its own texture properties. Consumers
expect food purchased has a texture that meet their expectation. Thus,
the measurement of the texture should be conducted to assess the
quality of food product. With modern technology, texture evaluation can
be carried out with the use of a texture analyser. However, the texture
measurements should be done with the right methods. Various methods
have been developed to measure the texture of food products. This
article will help food texture evaluators to determine the appropriate
method for the food products.
Pengarang
Mohd Irwani Hafiz Sahid
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur, Malaysia
E-mel: irwan@mardi.gov.my
Khalisanni Khalid
Pusat Perkhidmatan Teknikal, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur, Malaysia
Norizah Ayob
Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur, Malaysia

23

Buletin Teknologi MARDI, Bil.7(2015): 25 31

Teknologi fermentasi pepejal: aplikasi dalam


menambah nilai bahan buangan sampingan
industri pemprosesan kelapa

(Solid-state fermentation: application in value-adding the


by-product of coconut processing industry)
Anisah Jamaluddin, Nur Yuhasliza Abd. Rashid,
DangLelamurni Abd. Razak, Shaiful Adzni Sharifuddin,
Ainaa Abd. Kahar dan Kamariah Long
Pengenalan
Isu lambakan bahan buangan hasil sampingan pertanian
telah lama mendapat perhatian masyarakat global kerana
masalah dalam aspek pengurusan dan pelupusan serta
kesannya terhadap alam sekitar. Masalah pengurusan bahan
buangan ini menjadi semakin serius apabila kos bagi tujuan
pelupusan adalah tinggi dan semakin meningkat saban tahun.
Dianggarkan 998 juta tan bahan buangan sampingan pertanian
dihasilkan di peringkat global dan di Malaysia sahaja, kirakira 1.2 juta tan bahan buangan pertanian dihasilkan setiap
tahun. Daripada bilangan ini, hanya kira-kira 15% digunakan
bagi tujuan makanan ternakan dan selebihnya dibuang
ke persekitaran yang menimbulkan isu pencemaran alam
sekitar. Isu ini telah menarik perhatian penyelidik seantero
dunia dan seterusnya menyuntik idea untuk menukar bahan
buangan ini kepada produk baharu yang lebih bermanfaat dan
bernilai tambah. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan
mengaplikasikan teknologi fermentasi pepejal menggunakan
pelbagai jenis mikroorganisma bagi menukar bahan buangan
sampingan pertanian ini kepada produk yang lebih bermanfaat
dan bernilai tinggi.
Teknologi fermentasi pepejal
Teknologi fermentasi pepejal merupakan proses yang telah
diaplikasi sejak ribuan tahun dahulu dan penggunaannya
luas dalam penghasilan makanan difermentasi di seluruh
dunia. Teknologi fermentasi pepejal didefinisi sebagai proses
fermentasi yang melibatkan pertumbuhan mikroorganisma
terhadap bahan pepejal dengan lembapan atau kandungan
air yang sangat terhad. Pelbagai mikroorganisma seperti
bakteria, yis dan kulat telah digunakan dalam sistem ini untuk
pelbagai tujuan seperti penghasilan enzim, metabolit sekunder,
biopestisid, biosurfaktan, agen biokawalan dan sebagainya.
Namun begitu, kulat merupakan kumpulan mikroorganisma
paling berpotensi berdasarkan faktor fisiologi, enzimologi dan
kandungan biokimia.

Pertumbuhan kulat yang melibatkan hifa yang menjalar,
keupayaan untuk bermandiri dalam keadaan air yang terhad
25

(Aw = water activity) dan ketahanan terhadap tekanan osmotik


yang tinggi menjadikan ia sebagai mikroorganisma yang
efisien dan berdaya saing dalam dunia mikroflora terutamanya
dalam proses biopemprosesan. Mod pertumbuhannya
menggunakan hifa yang bersifat menjalar memberi kelebihan
kepada kulat berbanding dengan mikroorganisma unisel lain
dari aspek pengkolonian substrat dan penggunaan nutrien
yang terkandung dalam substrat. Kaedah pertumbuhan ini
memberi keupayaan kepada kulat untuk menembusi substrat
dan kepelbagaian enzim hidrolitik yang dihasilkan oleh
mikroorganisma ini membolehkan nutrien yang terkandung
dalam substrat digunakan semaksimum mungkin.

Pelbagai kajian telah membuktikan keupayaan dan
kejayaan pengaplikasian teknologi fermentasi pepejal
menggunakan pelbagai jenis mikroorganisma. Antara
yang popular di negara kita adalah penghasilan makanan
tradisional tempe yang melibatkan penggunaan kulat
Rhizopusoligosporus terhadap substrat kacang soya. Selain itu,
aplikasi teknologi ini dalam industri makanan dibuktikan
dengan penghasilan pelbagai enzim, asid organik dan gam
xantan. Fermentasi pepejal juga berguna dalam menambah
nilai dan pengubahsuaian komposisi sesuatu substrat dan
terbukti mampu meningkatkan kualiti nutrisi dan menurunkan
sebatian antinutrisi yang terkandung dalam substrat kacang
soya. Antara kajian yang melibatkan proses fermentasi
pepejal menggunakan pelbagai jenis mikroorganisma bagi
menghasilkan produk yang bernilai tinggi diringkaskan seperti
dalam Jadual 1.
Jadual 1. Antara mikroorganisma yang digunakan dalam teknologi fermentasi pepejal
Mikroflora
Kulat
Rhizopus oligosporus
Aspergillus oryzae
Aspergillus niger
Penicilium notatum, roquefortii
Trichoderma sp.
Rhizopus oryzae
Fusarium sp.
Yis
Saccharomyces cerevisiae
Schwanniomyces castelli
Bakteria
Bacillus sp.
Lactobacillus sp., Clostridium sp.

26

Tujuan/hasil teknologi fermentasi pepejal


Makanan (tempe), enzim amylase dan lipase
Koji, makanan, asid sitrik
Protein, amylase, asid sitrik
Penisilin, keju
Bioinsektisid, kawalan biologi
Phytase
Pengkomposan, Giberelins
Makanan, etanol
Etanol, enzim amylase
Natto, enzim amylase
Makanan

Penghasilan bioingredien dengan nilai kosmeseutikal hasil


daripada tambah nilai testa kelapa menerusi teknologi
fermentasi pepejal
Mutakhir ini, kajian berkaitan penghasilan bioingredien
bersifat organik semakin mendapat perhatian di kalangan
penyelidik lantaran kecenderungan masyarakat yang
mengutamakan produk kesihatan dan kecantikan yang
bersifat semula jadi. Kecenderungan ini berpunca daripada
penggunaan bahan sintetik dalam produk makanan, kesihatan
dan kecantikan yang mampu menjurus kepada pelbagai
masalah kesihatan. Oleh itu, kajian berkaitan pencarian
bioingredien bersifat semula jadi semakin giat dijalankan bagi
menggantikan bahan sintetik sedia ada
yang digunakan dalam industri.

Usaha untuk menambah nilai
dan fungsi bahan buangan sampingan
industri kelapa (Cocos nucifera) telah
dijalankan di MARDI. Bahan buangan
yang ditambah nilai ialah testa kelapa
yang merupakan bahan buangan
daripada industri pemprosesan santan
dan kelapa parut yang merujuk kepada
lapisan berwarna coklat di bahagian luar
Gambar 1. Testa kelapa yang merupakan bahan
di antara bahagian tempurung dan isi
buangan sampingan industri kelapa
putih kelapa (Gambar 1).

Meskipun penggunaan testa kelapa Jadual 2. Kandungan proksimat testa kelapa
sangat terhad terutamanya sebagai
Komposisi
Peratus (%)
bahan makanan ternakan, analisis
proksimat terhadap bahan buangan
Lembapan
24
ini menunjukkan ia mengandungi
Protein
67
pelbagai nutrien yang bermanfaat
Serat kasar
24 26
(Jadual 2). Oleh itu, ia menjadi titik tolak
Lemak
50 53
kepada penyelidikan di MARDI untuk
Abu (ash)
23
mengeksploitasi fungsinya sebagai
Karbohidrat
9 11
substrat dalam proses fermentasi pepejal
bagi meningkatkan fungsi dan nilai testa
kelapa dalam aspekkosmeseutikal.

Dalam kajian ini, testa kelapa telah digunakan sebagai
substrat atau bahan sokongan untuk pertumbuhan pelbagai
jenis mikroorganisma terpilih. Hasil saringan menggunakan
pelbagai jenis mikroorganisma daripada kumpulan bakteria,
yis dan kulat menunjukkan kulat merupakan mikroorganisma
terbaik untuk digunakan dalam kajian ini. Antara
mikroorganisma yang digunakan adalah daripada spesies
Rhizopus, Aspergillus dan Monascus yang terdiri daripada
Rhizopus oryzae, Rhizopus oligosporus, Aspergillus oryzae,
Aspergillus niger dan Monascus purpureus. Ekstrak air testa
kelapa difermentasi ini seterusnya digunakan dalam pelbagai
analisis bioasai yang berkaitan dengan fungsi kosmeseutikal
seperti kandungan sebatian fenolik, aktiviti antioksida, aktiviti
27

perencatan enzim tyrosinase dan elastase. Hasil analisis bioasai


ekstrak testa kelapa difermentasi dibandingkan dengan ekstrak
yang tidak difermentasi yang berperanan sebagai kawalan.
Proses fermentasi pepejal yang telah dijalankan menunjukkan
ia mampu meningkatkan nilai dan fungsi testa kelapa di mana
semua bioaktiviti yang diuji mempamerkan peningkatan
aktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan testa kelapa yang
tidak difermentasi.

Agen antioksida semula jadi yang terkandung dalam
tumbuhan semakin menjadi perhatian di kalangan pengguna
dan komuniti kerana kajian epidemiologi menunjukkan
pengambilan antioksida semula jadi yang kerap mampu
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser.
Sebatian fenolik merupakan metabolit aktif yang sering
dikaitkan dengan fungsi antioksida. Analisis kandungan
fenolik terhadap ekstrak testa kelapa difermentasi
menunjukkan peningkatan antara 6 8 kali ganda berbanding
dengan ekstrak testa kelapa yang tidak difermentasi.
Peningkatan kandungan fenolik ini dikaitkan dengan tindak
balas enzim oleh kulat yang menjadi pemangkin dalam
pembentukan sebatian fenolik ringkas.

Analisis untuk mengukur kandungan aktiviti antioksida
dalam ekstrak kajian turut dijalankan dengan menggunakan
dua jenis kaedah yang sering digunakan dalam kajian
berkaitan iaitu asai 2,2-diphenyl-1-picrylhydrazyl (DPPH) dan
ferric reducing antioxidant power (FRAP). Hasil analisis memberi
keputusan yang seiring dengan analisis kandungan fenolik
dimana teknologi fermentasi pepejal berupaya meningkatkan
aktiviti antioksida dalam testa kelapa sehingga tiga kali ganda
berbanding dengan kawalan. Hasil analisis yang seiring ini
menunjukkan kemungkinan peningkatan aktiviti antioksida
dalam testa kelapa difermentasi ini berkait rapat dengan
peningkatan kandungan sebatian fenolik yang terkandung
didalamnya.

Pelbagai analisis lain turut menunjukkan proses
fermentasi mampu memberi kesan positif terhadap
aktiviti biologi lain yang turut berkait rapat dengan aspek
kosmeseutikal. Antaranya adalah perencatan aktiviti enzim
tyrosinase telah dijalankan bagi melihat potensi ekstrak
kajian ini sebagai agen pemutihan kulit. Pendedahan
kepada sinaran radiasi ultraviolet boleh menyebabkan
pembentukan melanin yang berlebihan berikutan proliferasi
sel melanosit yang pantas. Penghasilan melanin secara
abnormal iaitu secara berlebihan akan menjurus kepada
masalah pigmentasi kulit. Enzim tyrosinase ialah enzim
yang terlibat dalam pembentukan melanin dan perencatan
aktiviti enzim ini menjadi kaedah dalam pencarian bahan
aktif yang mampu bertindak sebagai agen antipigmentasi
dan pemutihan kulit. Dalam kajian ini, aktiviti perencatan
enzim tyrosinase oleh ekstrak testa kelapa difermentasi telah
28

menunjukkan peningkatan sehingga 17 kali ganda berbanding


dengankawalan.

Selain itu , aktiviti perencatan enzim elastase turut
dilakukan bagi melihat potensi ekstrak kajian sebagai agen
antipenuaan. Elastase ialah enzim yang bertanggungjawab
dalam mendegradasi komponen elastin di dalam kulit yang
menjurus kepada masalah penuaan kulit. Sehubungan itu,
perencatan aktiviti enzim elastase menjadi ukuran kepada
potensi ekstrak kajian sebagai agen antipenuaan. Aktiviti
antipenuaan didapati positif dalam beberapa ekstrak testa
kelapa difermentasi seperti ekstrak yang difermentasi
menggunakan fungus Rhizopus oryzae.

Analisis kromatografi turut dijalankan menggunakan high
performance liquid chromatography (HPLC) dan menunjukkan
kehadiran sebatian asid kojik dalam ekstrak testa kelapa
difermentasi. Asid kojik merupakan bahan aktif yang sering
diguna pakai dalam penghasilan produk pemutihan kulit.
Kajian menunjukkan komponen asid kojik tidak dapat dikesan
dalam ekstrak kawalan, namun ia didapati dalam ekstrak

0.040
0.030
0.020

7.672

Sebelum fermentasi

10.324

0.050

4.996
askorbik - 5.287
laktik - 5.964
7.373

AU

0.060

sukinik - 8.685

0.070

asetik - 6.424

tartarik - 4.037

0.080

0.010
0.000
2.00 4.00 6.00 8.00 10.00 12.00 14.00 16.00 18.00 20.00 22.00 24.00 26.00 28.00 30.00

kojik - 11.650

Minit
1.00

0.40
0.20
0.00

10.353

0.60

tartarik - 4.022
4.634
askorbik - 5.090
laktik - 6.067
asetik - 6.425
sitrik - 6.963
7.421 7.673
7.880
sukinik - 8.699

AU

0.80

Selepas fermentasi

2.00 4.00 6.00 8.00 10.00 12.00 14.00 16.00 18.00 20.00 22.00 24.00 26.00 28.00 30.00
Minit

Rajah 1. Kromatogram analisis HPLC yang menunjukkan kehadiran asid


kojik dalam sampel kajian selepas proses fermentasi

29

yang telah difermentasi (Rajah 1). Kehadiran bahan aktif ini


kemungkinan menyumbang kepada aktiviti antityrosinase
yang terdapat dalam ekstrak kajian. Selain itu, kandungan
asid fenolik yang merupakan salah satu komponen dalam
kumpulan sebatian fenolik turut dianalisis dan hasil kajian
menunjukkan kehadiran beberapa jenis asid fenolik dalam
ekstrak kajian seperti asid galik dan asid protocatechuic. Asid
galik merupakan salah satu sebatian dalam tumbuhan yang
memiliki aktiviti antipenuaan.
Kesimpulan
Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan teknologi fermentasi
pepejal yang dijalankan berupaya untuk meningkatkan aktiviti
biologi dan komponen bioaktif dalam testa kelapa. Oleh itu,
teknologi fermentasi pepejal mampu menjadi kaedah yang
efektif menukar bahan buangan sampingan industri atau
makanan kepada produk yang lebih bernilai tambah.
Penghargaan
Projek penyelidikan adalah bawah pembiayaan geran Projek
Pembangunan Rancangan Malaysia ke-10 bawah seliaan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penghargaan
kepada kumpulan penyelidik yang terbabit secara langsung
dan tidak langsung dalam kajian ini.
Bibliografi

Appaiah, P., Sunil, L., Prasanth Kumar, P.K., Gopala Krishna, A.G. (2014).
Composition of coconut testa, coconut kernel dan its oil. J. Am. Oil.
Chem. Soc. 91: 917 924
Bashir, S.M., Ahmad, I. dan Abduhamid, U. (2011). Microbiological features
of solid state fermentation and its application An overview. Research
in Biotechnology 2(6): 21 26
Bhargav, S., Panda, B.P., Ali, M. dan Javed, S. (2008). Solid-state
Fermentation: An Overview. Chem. Biochem. Eng. 22(1): 49 70
Couto, S.R. dan Sanroman, M.A. (2006).Application of solid-state
fermentation to food industry, A review. J. Food Eng. 76: 291 302
Mukherjee, P.K., Maity, N., Nema, N.K. dan Sarkar, B.K. (2011). Bioactive
compounds from natural resources against skin aging. Phytomedicine
19: 64 73
Pandey, A., Soccol, C.R. dan Mitchell, D. (2000). New developments in solid
state fermentation: Bioprocesses and products. Process Biochem. 35:
1153 1169
Raimbault, M. (1998). General and microbiological aspects of solid substrate
fermentation. Electron. J. Biotechnol. 1(3):1 15
Renaud, S.C., Gueguen, R., Schenker, J. dan dHoutaud, A. (1998). Alcohol
and mortality in middle-aged men from eastern France. Epidemiology
9: 184 188
Temple, N.J. (2000). Antioxidants and disease: more questions than answers.
Nutrition Research 20: 449 459
Thomas, L., Larroche, C. dan Pandey, A. (2013). Currents development in
solid-state fermentation. Biochemical Engineering Journal 81: 146 161

30

Ringkasan
Kebelakangan ini, limpahan bahan buangan hasil pertanian semakin
mendapat perhatian global bagi penggunaan dalam penghasilan produk
bernilai tambah. Kaedah bioteknologi khasnya proses fermentasi
sering diaplikasi sebagai salah satu cara untuk menukarkan bahan
buangan pertanian kepada produk yang lebih bermanfaat. Testa
kelapa merupakan antara bahan buangan pertanian daripada industri
pemprosesan kelapa yang kurang diberi perhatian untuk dimanipulasi
bagi penghasilan produk yang lebih bernilai. Dalam kajian ini, testa
kelapa telah difermentasi menerusi teknologi fermentasi pepejal
dengan pelbagai jenis kulat daripada spesies Rhizopus, Aspergillus dan
Monascus dengan menggunakan kultur tunggal dan kombinasi bagi
tujuan meningkatkan aktiviti biologi yang terkandung di dalamnya.
Hasil penyelidikan menunjukkan proses fermentasi pepejal berupaya
meningkatkan fungsi berkaitan penjagaan kulit dan kandungan
metabolit dalam testa kelapa seperti kandungan sebatian fenolik,
aktiviti antioksida, aktiviti perencatan enzim tyrosinase dan elastase
yang merupakan indikasi kepada aktiviti antipigmentasi/agen pemutih
kulit dan antipenuaan. Analisis kromatografi juga mempamerkan
kehadiran beberapa komponen penting seperti asid kojik dan asid galik
yang sering kali dikaitkan peranannya dalam fungsi kosmeseutikal.
Berdasarkan penemuan ini, ekstrak testa kelapa difermentasi berpotensi
digunakan sebagai bahan alternatif dalam produk penjagaan kulit yang
bersifat semula jadi dan organik bagi menggantikan komponen sintetik
memandangkan permintaan terhadap produk semula jadi semakin
meningkat di kalangan pengguna.
Summary
Recently, increased attention has been given to the agriculture byproducts as they are abundantly available for the production of
value-added products. The advent of biotechnology, specifically, the
fermentation process, has been used as a tool for effective conversion
of these by-products into useful products. Coconut testa is among the
agriculture by-products obtained from the coconut processing industry
that is seldom highlighted and used for the production of value-added
products. In this study, this substrate was fermented with various types
of fungi from Rhizopus, Aspergillus and Monascus species through single
and mixed culture by solid-state fermentation in order to improve their
bioactivities. The results demonstrated enhancement of skin care related
functionalities and metabolite content such as total phenolic, antioxidant,
anti tyrosinase and anti elastase, which indicate the potential of these
fermented extracts as anti pigmentation/whitening and anti ageing
agent. Chromatography analysis also showed an increment in certain
compounds such as kojic acid and gallic acid that are usually associated
with cosmeceutical purposes. Therefore, these fermented extracts has
the potential to be used as substitute ingredients for the synthetic
components in natural and organic skin care products since there is an
increasing demand for natural products among consumers.
Pengarang
Anisah Jamaluddin
Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
E-mel: anisj@mardi.gov.my

31

Buletin Teknologi MARDI, Bil.7(2015): 33 42

Penggunaan bertih beras traditional Sarawak


dalam penghasilan bar granola
(The use of Sarawak traditional puffed rice in the
production of granola bar)

Nicholas Daniel, Chua Hun Pin, Majelan Serudin,


TeresaAnie Meng, Hazijah Mohd Hossen, Lorne Kadut dan
ZakariaAbdulRahman
Pengenalan
Pembangunan produk berasaskan beras semakin mendapat
permintaan daripada pengguna selain turut mempelbagaikan
produk berasaskan hasil pertanian tempatan. Pengeluaran
produk beras di negara-negara Asia adalah penting kerana
40% daripada sumber tenaga harian individu berasal
daripada beras yang merupakan karbohidrat kompleks dan
bebas kandungan lemak. Makanan berasaskan beras telah
dibangunkan di kebanyakan negara dan telah digunakan
dalam makanan bayi, roti, kek, bijirin sarapan dan lain-lain.

Gaya hidup moden pada masa kini yang lebih banyak
berada di luar rumah sudah pasti memerlukan makanan
yang mudah, segera dan berkhasiat. Bagi keperluan ini, bar
tenaga atau bar granola ialah makanan ringan yang selalu
menjadi pilihan pengguna. Kebanyakan bar tenaga yang ada
di pasaran dijual pada harga premium dan kebanyakannya
ialah produk import. Selain tujuan membekalkan tenaga, bar
tenaga atau bar granola diperlukan untuk menambah diet
dalambadan. Oleh itu, kandungan nutrien dalam produk
ini perlu ditingkatkan walaupun ia dikategorikan sebagai
makanansegera.

Penggunaan bertih beras tradisional Sarawak dalam
pemprosesan bar granola merupakan proses yang mudah dan
hampir menyerupai pemprosesan bar tenaga dan bar granola
lain yang berada di pasaran. Varieti beras yang berbeza akan
menghasilkan ciri bar granola yang berbeza, khususnya
dari segi rasa dan tekstur. Oleh itu, pemilihan varieti perlu
dibuat dengan betul berdasarkan jenis dan ciri bar granola
yangdikehendaki.
Kebaikan bar granola beras
Bar granola secara umumnya masih dikategorikan
sebagai makanan ringan dan sebahagian pengguna masih
menganggapnya sebagai makanan yang kurang berkhasiat.
Bagi produk bar yang telah berada di pasaran, bar granola
biasanya mengandungi lebih banyak gentian (3.9%) manakala
bar coklat hanya mengandungi sedikit gentian biasanya antara
0.3 1.0%. Bar granola juga kebiasaannya rendah kandungan
kalori berbanding dengan bar coklat.
33


Penggunaan gandum, bijirin lain selain gandum, buahbuahan kering dan kekacang biasanya akan dijadikan sumber
untuk meningkatkan kandungan nutrien dalam bar granola.
Beras pula adalah sumber makanan utama, berkhasiat serta
kos yang berpatutan dan sesuai digunakan untuk pengeluaran
produk makanan seperti bar granola. Beras ialah karbohidrat
kompleks dan bebas daripada lemak, kolesterol dan garam.
Ia juga bukan jenis makanan yang menyumbang kepada
alahan dan baik untuk pengguna yang mempunyai masalah
alahan seperti penyakit celiac sprue. Penyakit ini biasanya
akan menjejaskan usus kecil dan seterusnya menghalang
penyerapan beberapa nutrien penting termasuk besi, asid
folik, kalsium dan vitamin larut lemak.

Pemilihan bahan mentah yang berkhasiat perlu
diselarikan dengan kos agar harga jualan produk tidak
membebankan pengguna. Bagi memenuhi keperluan ini, beras
tradisional Sarawak merupakan pilihan yang berpotensi untuk
digunakan dalam pengeluaran bar granola kerana ia ditanam
secara meluas untuk bekalan yang berterusan dan merupakan
kos bahan mentah yang rendah. Selain itu, sumber beras
untuk menghasilkan bar granola ini mudah didapati sama
ada dibeli di pasaran atau secara terus daripada pembekal
beras atau petani yang mengusahakan penanaman padi
secarakomersial. Bahan lain juga mudah diperoleh dan bar
granola ini boleh diusahakan secara kotej atau kecil-kecilan
dan tidak memerlukan peralatan pemprosesan yang mahal dan
terlalu canggih. Secara umumnya, kos penghasilan bar granola
daripada bertih beras adalah lebih rendah berbanding dengan
produk bar tenaga dan bar coklat yang ada di pasaran.
Penghasilan bertih beras tradisional Sarawak
Sampel padi Sarawak varieti Bubuk, Mamut dan Bali
dikeringkan di bawah cahaya matahari sehingga lembapan
12%. Padi yang digunakan adalah dari sawah padi di
Batang Lupar Sarawak iaitu kawasan yang terlibat dalam
projek National Key Economic Area (NKEA) Negara bawah
Entry Point Projek (EPP-11). Tiga varieti padi ini dipilih bagi
memenuhi salah satu tujuan projek berkenaan iaitu untuk
mempelbagaikan penggunaan jenis beras tempatan dalam
pemprosesan produk nilai tambah makanan.

Padi yang telah dikeringkan kemudian dipanaskan
didalam kuali tanpa menggunakan minyak masak. Proses
menghasilkan bertih beras dimulakan dengan memanaskan
kuali selama 2 3 minit. Padi kemudian diletakkan ke dalam
kuali panas dan digaul perlahan sehingga setiap butiran
padi mula mengembang dan kemudian terbuka membentuk
bertih beras. Bertih beras kemudian dibiarkan sejuk sebelum
sekam padi diasingkan daripada bertih dengan menggunakan
ayak atau secara manual dengan tangan. Bertih beras harus
disimpan di dalam bekas kedap udara sebelum digunakan
34

untuk memproses bar granola bagi mengelakkan bertih


menjadi lembik dan lemau akibat terdedah terlalu lama
kepada udara.
Formulasi bar granola beras
Tiga bar granola beras telah dihasilkan dengan menggunakan
formulasi yang sama berdasarkan formulasi bar granola buahbuahan oleh penyelidik sebelum ini, tetapi dengan beberapa
pengubahsuaian. Beberapa ujian awal telah dijalankan untuk
mendapatkan formulasi yang stabil. Setiap bar granola yang
dihasilkan telah dibuat dengan menggunakan bertih beras
daripada varieti beras Bubuk, Mamut dan Bali. Sirap maltosa,
sirap glukosa, oat, susupekatmanis, kismis, madu, susu
tepung, minyakmasaksayuran dan perisa vanila dibeli dari
pasarrayatempatan. Formulasi tiga bar granola daripada
bertih beras ditunjukkan seperti dalam Jadual 1.
Kaedah pemprosesan bar granola beras
Bertih beras digaul bersama dengan oat di atas dulang dan
diratakan. Campuran kemudian dibakar di dalam ketuhar
pada suhu 180 C selama 30 minit. Setelah selesai, campuran
bertih beras dan oat dibiarkan sejuk sehingga suhu 80 90 C.
Kismis pula dipotong menjadi bahagian kecil dan kemudian
dibasuh serta dituskan.

Langkah seterusnya adalah menyediakan sirap
sebagai agen pengikat dan pelekat untuk bar granola.
Bagimenghasilkan bahan pelekat ini, sirap maltosa, sirap
glukosa dan minyak sayuran dicampur bersama di dalam
kuali dan dipanaskan perlahan-lahan pada suhu 70 80 C
sambil digaul. Setelah campuran bercampur sebati, madu
dan serbuk susu skim ditambah ke dalam campuran dan
terus digaul untuk membentuk sirap yang perlu dipanaskan
sehingga suhu 104 C.
Jadual 1. Formulasi bar granola daripada bertih beras Bubuk, Mamut dan Bali
Bahan
Bertih beras
Sirap maltosa
Sirap glukosa
Oat
Susu sejat manis
Kismis
Madu
Serbuk susu
Minyak sayuran
Perisa vanila
Bar coklat untuk salutan

Bar granola beras


Bubuk (GB-Bubuk)
(%)
18.5
12
9
10
17
15
2
6
10
0.5
Pilihan

Bar granola beras


Mamut (GB-Mamut)
(%)
18.5
12
9
10
17
15
2
6
10
0.5
Pilihan

Bar granola
beras Bali (GB-Bali)
(%)
18.5
12
9
10
17
15
2
6
10
0.5
Pilihan

35


Campuran bertih beras dan oat yang telah dipanggang
dan dibiarkan sejuk pada awal proses kemudian dicampur
dengan kismis. Sirap pelekat kemudian dituang ke dalam
campuran bertih beras, oat dan kismis dan digaul sehingga
sebati. Kemudian, susu pekat manis dan perisa vanila
ditambah ke dalam campuran untuk membentuk satu adunan
yang sebati.

Satu lapisan nipis mentega disapu di permukaan
dalam dulang pembakar dan kertas minyak diletakkan di
bahagian bawah sebelum adunan bar granola dimasukkan
bagi memudahkan bar granola dikeluarkan daripada dulang
apabila masak. Dulang yang digunakan mestilah pada saiz
yang bersesuaian yang boleh menampung dan membentuk
ketebalan bargranola sehingga 1 cm.

Adunan kemudian diletakkan ke dalam dulang
pembakar, dirata dan ditekan dengan perlahan-lahan sehingga
membentuk permukaan adunan yang rata dan padat. Adunan
kemudian dibakar pada suhu 180 C selama 20 minit sehingga
membentuk bar granola yang padat, berbentuk pepejal dan
tekstur yang sedikit lembut. Bar granola kemudian dipotong
menjadi bentuk bar (Gambar 1) dan boleh juga disalut dengan
coklat cair dan dibiarkan sejuk untuk proses pembekuan coklat
(Gambar 2). Carta alir 1 menunjukkan pemprosesan bar granola
daripada beras tradisional Sarawak.
Penerimaan nilai rasa
Tahap penerimaan yang baik telah diperoleh daripada
panel penilai untuk bar granola daripada bertih beras yang
dihasilkan. Melalui ujian nilai rasa yang melibatkan skor
1 7 (1 = kurang suka, 7 = sangat suka), skor keseluruhan
menunjukkan bar granola yang dihasilkan menggunakan
bertih beras varieti Bubuk menerima skor yang tinggi untuk
semua ciri nilai rasa berbanding dengan bar granola yang
dihasilkan dengan bertih beras varieti Mamut dan Bali.
Penilaian panel nilai rasa untuk tiga granola bar ditunjukkan
seperti dalam Jadual 2.

Gambar 1. Bar granola bertih beras

36

Gambar 2. Bar granola bertih beras


bersalut coklat


Penyediaan sirap

(Masukkan sirap maltosa,

sirap glukosa dan lemak sayuran

ke dalam kuali dan panaskan

perlahan-lahan sambil dikacau).



Masukkan madu dan serbuk

susu skim pada adunan

sambil dikacau

Kismis kering
(dipotong kecil dan dicuci)
Masak sehingga 104 C

Tus

Percampuran 80 90 C pada
besen berasingan

Tambah susu sejat dan perisa

Tuang ke dalam dulang yang


dilapis dengan kertas minyak yang
disapu nipis dengan mentega dan tekan

Bakar pada suhu 180 C/20 minit

Penyejukan dan pemotongan

Dicelup ke dalam coklat cair dan


dibiarkan beku/keras

Bar granola bertih beras


bersalut coklat

Susun bertih beras


dan oat/nestum
di dalam dulang
(1 cm tinggi)
Panggang (roast) di dalam
ketuhar (180 C/30 minit)
Sejukkan sehingga
80 90 C

Carta alir 1. Kaedah pemprosesan bar granola bertih beras


Jadual 2. Penerimaan panel penilai terhadap ciri-ciri nilai rasa bar granola bertih beras
Ciri nilai rasa

Bar granola beras Bubuk Bar granola beras Mamut Bar granola beras Bali
(GB-Bubuk)
(GB-Mamut)
(GB-Bali)

Aroma
Warna inti (isi)
Kelikatan
Kelembutan
Rasa

6.10
5.80
5.45
5.25
5.85

5.50
5.75
5.20
4.95
5.50

5.70
5.60
5.00
4.90
5.85


Jumlah skor melebihi 5 menunjukkan bar granola
khususnya yang dihasilkan dengan menggunakan bertih beras
varieti Bubuk boleh diterima oleh panel penilai. Skor bagi bar
granola yang dihasilkan dengan menggunakan bertih beras
varieti Mamut dan Bali masing masing ialah 4.95 dan 4.90
untuk ciri kelembutan, di mana ia menunjukkan tekstur yang
kurang lembut berbanding dengan bar granola daripada bertih
beras varieti Bubuk. Formulasi bar granola ini boleh ditambah
baik oleh pengusaha dengan menambah perisa atau bahan
makanan lain bergantung kepada kehendak pasaran dan
kreativitipengusaha.
37

Nilai pemakanan dan proksimat


Nilai pemakanan dan proksimat bar granola yang
dibangunkan daripada bertih beras Sarawak ditunjukkan
seperti dalam Jadual 3. Beras tradisional Sarawak dipilih untuk
dibangunkan menjadi produk makanan kerana mempunyai
rasa yang unik di samping beras itu sendiri mempunyai nilai
pemakanan yang tinggi hasil daripada kaedah dan kawasan
penanaman yang lebih kepada pendekatan tradisional
danorganik.

Bagi tiga jenis bar granola (GB Bubuk, GB Mamut
danGB Bali) yang dihasilkan daripada bertih beras varieti
yang berlainan, didapati GB Bubuk mengandungi jumlah
protein dan serat yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan
kandungan nutrien yang sama pada GB Mamut dan GBBali.
Protein diperlukanuntuk fungsi fisiologi dan mengurangkan
malnutrisi protein-tenaga manusia manakala gentian mentah
penting dalam makanan sebagai agen antidiabetes.

Selain itu, GB Bubuk juga didapati jauh lebih rendah
dalam kandungan karbohidrat. Sama seperti bar tenaga yang
ada di pasaran, bar granola bertih beras yang dibangunkan
bertujuan untuk menyediakan tenaga tertentu kepada
pengguna. Dalam kajian ini, bertih beras varieti Bubuk
paling sesuai diproses sebagai bar granola kerana kandungan
tenaga, protein dan serat yang lebih tinggi dan kandungan
karbohidrat yang rendah. Kandungan karbohidrat yang rendah
dalam bar granola adalah penting untuk mengurangkan risiko
penyakit kencing manis kesan daripada nilai indeks glisemik
(GI) yang tinggi untuk makanan berkenaan.

Secara umumnya, bar granola yang dibangunkan
daripada bertih beras ini dipercayai dapat menyumbang
pendapatan kepada industri tempatan terutama di kalangan
petani, masyarakat tempatan dan industri kecil dan sederhana
di Sarawak khasnya dan di seluruh negara umumnya.
Penggunaan bertih beras tempatan sebagai salah satu daripada
bahan dalam pemprosesan produk makanan seperti bar
granola secara tidak langsung akan meningkatkan permintaan
untuk pengeluaran varieti beras tempatan.
Jadual 3. Nilai pemakanan dan proksimat bar granola bertih beras
Nilai pemakanan dan
proksimat
Tenaga/kalori (kcal)
Protein (%)
Karbohidrat (%)
Lemak (%)
Serat (%)
Abu (%)
Lembapan (%)

38

Bar granola
beras Bubuk
(GB-Bubuk)
488.00
5.80
60.60
24.75
0.85
1.60
6.45

Bar granola
beras Mamut
(GB-Mamut)
469.00
5.45
67.60
19.65
0.65
1.70
4.85

Bar granola
beras Bali
(GB-Bali)
452.00
4.85
70.65
16.70
0.85
1.80
5.15

Kawalan mutu semasa dan selepas pemprosesan


Sama seperti pemprosesan makanan lain, kawalan kualiti
bahan mentah adalah penting dalam pemprosesan bar granola
bertih beras. Perlu dipastikan bahan mentah yang digunakan
berkeadaan baik dari segi fizikal dan belum melepasi tarikh
akhir simpanan produk.

Bertih beras yang diperoleh daripada proses menggoreng
kering padi perlu dibersihkan dengan mengasingkan
sebahagian kecil sekam padi yang masih melekat pada bertih
beras berkenaan. Sekam padi dianggap sebagai benda asing
apabila bertih beras diproses menjadi bar granola yang boleh
menjejaskan kualiti bar granola yang dihasilkan.

Pencampuran untuk menghasilkan bahan pelekat untuk
bar granola merupakan proses yang penting dan kritikal.
Perludipastikan suhu awal proses pencampuran sirap
maltosa, sirap glukosa dan minyak sayuran tidak melebihi
80C sambil digaul perlahan secara berterusan. Suhu yang
tinggi boleh mengakibatkan minyak sayuran sukar bercampur
sebati dengan bahan lain. Setelah tiga bahan berkenaan
bercampur dengan sebati, bahan lain seperti madu dan serbuk
susu skim ditambah ke dalam campuran dan dipanaskan
sehingga suhu104 C.

Selain itu, proses mencelup bar granola dengan coklat
yang telah dicairkan adalah proses yang kritikal jika dibuat
secara manual. Ia perlu dibuat dengan cermat dengan
menggunakan peralatan yang sesuai agar hasil akhir bar
granola adalah dalam bentuk yang sempurna dan seragam.
Selepas proses mencelup dengan coklat, bar granola perlu
disejukkan dengan segera pada suhu simpanan dingin bagi
tujuan mengeraskan lapisan coklat berkenaan. Pemprosesan
bar granola bertih beras pada peringkat ini melibatkan
pengendalian secara manual. Oleh itu, amalan sanitasi seperti
penggunaan sarung tangan dan peralatan yang bersih perlu
dititikberatkan selain kebersihan keadaansekeliling.
Pembungkusan dan penyimpanan
Bar granola boleh bertahan sehingga 8bulan dengan
menggunakan pembungkusan jenis oriented polypropylene/Q5/
vapour metallised cast polypropylene (OPP/Q5/VMCPP) dan
disimpan dalam keadaan suhu bilik (28 C) dan lembapan
bandingan (R.H.) 70 80%. Kaedah pembungkusan yang
sama juga boleh digunakan untuk produk bar granola bertih
berasini.

Selain kaedah seperti di atas, bar granola juga boleh
dibungkus dengan menggunakan pembungkusan kotak
yang terbahagi kepada beberapa bahagian di dalamnya
yang mempunyai saiz petak bersesuaian dengan saiz bar
granola. Pembungkusan jenis kotak berpetak seperti ini
yang ditutup dengan sempurna dapat memberi jangka hayat
kepada bar granola sehingga 4 bulan jika disimpan pada
39

suhu bilik (28C). Kaedah penyimpanan bar granola dalam


pembungkusan kotak berpetak adalah seperti Gambar 3.

Gambar 3. Kaedah penyimpanan bar granola


dalam pembungkusan kotak berpetak

Kesimpulan
Bertih beras yang dihasilkan daripada padi Sarawak iaitu
varieti Bubuk, Mamut dan Bali boleh digunakan untuk
menghasilkan bar granola yang mempunyai ciri yang
tersendiri. Kaedah pemprosesan bar granola bertih beras
adalah mudah. Kajian menunjukkan bar granola yang
dihasilkan dengan menggunakan bertih beras varieti Bubuk
adalah yang paling diterima pengguna dari segi penilaian nilai
rasa di samping mempunyai kandungan tenaga, protein dan
serat yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan bar granola
daripada bertih beras varieti Mamut dan Bali.
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada kakitangan
MARDI Kuching khususnya Pn. Nur Atiqah Abdullah, pihak
pengurusan dan kakitangan sokongan yang terlibat dalam
menjalankan kajian ini. Pembiayaan kewangan daripada
peruntukan NKEA Entry Point Project (EPP11) bagi menjayakan
projek ini sangat dihargai dan diucapkan ribuanterima kasih.
Bibliografi

Andras, D., Gautney, J., Patterson, J. dan Selden, D. (2012). Alteration


of two ingredients in controlled granola energy bar sample yields
better sensory appeal of color but not texture or flavor in a Bastyr
community sample. Experimental Food Science Journal 37: 773 782
Coleman, Edward, C., Birney, Sharon, R.B. dan Rita, W. (2006). Food bar and
method for making. New York, United States: FreePatentsOnline.com
Dendy, D.A.V. dan Dobraszczyk, B.J. (2001). Cereals and Cereals products:
Chemistry and Technology. New York: An Aspen Publication
Estevez, A.M., Escobar, B., Vasquez, M., Castillo, E. Araya, E., dan Zacarias,
I. (1995). Cereal and nut bars, nutritional quality and storage stability.
Plant Foods for Human Nutrition 47: 309 317

40

Gallagher, E., Gormley, T.R. dan Arendt, E.K. (2004). Recent advances in
the formulation of gluten-free cereal-based products. Trends in Food
Scienceand Technology 15:143 152
Okaka, J.C. dan Isieh, M.I. (1990). Development and quality evaluation of
cowpea wheat biscuit. Nigerian Food Journal 56 62
Sharifah, S.M., Che Rahani, Z., Noor, A.A., Latifah, M.S., Azizah, I. dan
Zuwariah, I. (2009). Buletin Teknologi Makanan Bil. 6: 1 7
Sharifah, S.M. dan Norazizah, A. (2001). Development of pineapple granola
bars. Prosiding bengkel penyelidikan industri nanas. 28 Ogos 2001,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, m.s. 1 15. Serdang: MARDI
Ugwuona, F.U., Ogara, J.I. dan Awogbenja, M.D. (2012). Chemical and
sensory quality of cakes formulated with wheat soybean and cassava
flours. Indian Journal L. Sci. 1(2): 1 6
Villavicencio, A.l.C.H. (2007). Sensorial analysis evaluation in cereal bars
preserved by ionizing radiation processing. Radiation physics and
chemistry 76 (11 12): 1875 1877
WHO (2004). Complementary feeding of young children in developing
countries. Diperoleh pada 14 Mei 2009 dari www.int/childdolesencehealth/NUTRon/complementaryhtm224p

Ringkasan
Bar granola yang dibangunkan dalam kajian ini menggunakan bertih
beras tradisional Sarawak varieti Bubuk, Mamut dan Bali. Bertih beras
varieti berlainan akan menghasilkan bar granola yang mempunyai
ciri yang tersendiri. Kaedah pemprosesan bar granola melibatkan
proses pemanasan padi di dalam dulang tanpa minyak masak bagi
menghasilkan bertih, seterusnya proses pencampuran bahan-bahan
lain bagi menghasilkan sebatian pelekat. Bertih beras kemudian digaul
sebati dengan sebatian pelekat sebelum dibentuk di dalam dulang acuan
dan dibakar pada suhu 180 C selama 20 minit. Bar granola kemudian
dipotong mengikut bentuk bar dan boleh disalut dengan coklat cair
sebelum proses penyejukan bagi mendapatkan lapisan coklat yang
keras menyaluti bahagian luar bar granola. Keputusan ujian nilai rasa
menunjukkan bar granola yang dihasilkan menggunakan bertih beras
varieti Bubuk menerima skor yang tinggi untuk semua ciri nilai rasa
berbanding dengan bar granola yang dihasilkan dengan bertih beras
varieti Mamut dan Bali. Selain itu, bertih beras varieti Bubuk adalah
yang paling sesuai digunakan kerana bar granola yang dihasilkan
mempunyai kandungan tenaga, protein dan serat yang lebih tinggi dan
kandungan karbohidrat yang rendah. Secara umumnya, bar granola
yang dibangunkan daripada bertih beras ini dapat menyumbang
pendapatan kepada industri tempatan terutama di kalangan petani,
masyarakat tempatan dan industri kecil dan sederhana di Sarawak dan
di seluruh negara.
Summary
Three types of granola bars in this study were developed from puffed
rice (bertih) that were processed from Sarawaks traditional rice varieties
namely Bubuk, Mamut and Bali. Puffed rice of different varieties will
produce granola with different bar characteristics. Initially, the paddy
is heated in a pan (without oil) to puffed it. The puffed rice is mixed
with an adhesive mixture, poured into a tray-mold, and then baked
at 180 C for 20 mins. It is then cut into a bar shape and coated with
melted chocolate. Results of the sensory evaluation showed that granola
bars produced from Bubuk puffed rice received highest scores for all

41

sensory attributes when compared with granola bar of Mamut and Bali
puffed rice. Moreover, granola bar of Bubuk puffed rice is high in energy,
protein and fiber, but low in carbohydrate. In general, granola bars
developed from puffed rice opens up opportunities for development of
local granola bar industry. This can be benefited economically by the
farmers, local communities and the small and medium industries not
only in Sarawak, but also throughout the country
Pengarang
Nicholas Daniel
Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan,
Stesen MARDI Kuching, Lot 411, Blok 14,
Jalan Sultan Tengah, 93055 Petra Jaya, Kuching Sarawak
E-mel: nicholas@mardi.gov.my
Chua Hun Pin, Teresa Anie Meng, Hazijah Mohd Hossen dan
ZakariaAbdulRahman
Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan,
Stesen MARDI Kuching, Lot 411, Blok 14,
Jalan Sultan Tengah, 93055 Petra Jaya, Kuching Sarawak
Majelan Serudin dan Lorne Kadut
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi,
Stesen MARDI Kuching, Lot 411, Blok 14,
Jalan Sultan Tengah, 93055 Petra Jaya, Kuching Sarawak

42

Buletin Teknologi MARDI, Bil.7(2015): 43 49

Pengurusan bersepadu kumbang belalai


perosak utama tanaman ubi keledek

(Integrated management of sweet potato weevil major


pest of sweet potato)
Dilipkumar Masilamany dan Erwan Shah Shari
Pengenalan
Ubi keledek (Ipomoea batatas) daripada keluarga
Convolvulaceae merupakan salah satu tanaman terpenting
didunia yang digunakan sebagai sumber makanan dan bahan
pemprosesan untuk penghasilan produk seperti tepung,
kanji dan lain-lain. Selain mengandungi sumber karbohidrat
dan serat yang tinggi, ubi keledek juga mengandungi
vitamin B, C dan E. Asia merupakan rantau terbesar yang
menghasilkan ubi keledek dengan lebih 90 juta tan setiap
tahun. China merupakan pengeluar terbesar ubi keledek
dunia iaitu sebanyak 81% daripada jumlah keseluruhan
pengeluaran ubikeledek pada 2007. Tanaman ubi keledek
telah menyumbang kepada sosioekonomi Malaysia di samping
meningkatkan taraf hidup para petani. Seperti juga tanaman
lain, ubi keledek sering menghadapi ancaman serangan
serangga perosak dan penyakit. Salah satu ancaman terbesar
industri pengeluaran ubi keledek ialah kumbang belalai.

Kumbang belalai (Cylas formicarius) berasal daripada
keluarga Curculionidae yang merupakan perosak utama
kepada tanaman ubi keledek di negara tropika dan
subtropika. Serangan kumbang belalai tanpa kawalan boleh
mengakibatkan kerosakan hasil tanaman sebanyak 60 100%.
Serangan bukan sahaja menyebabkan kerosakan di ladang,
malahan turut menyebabkan kerosakan di gudang simpanan
dan pusat kuarantin tanaman. Ubi keledek yang diserang
akan menjadi reput, berbau busuk serta pahit jika dimakan
(Gambar1) yang berpunca daripada penghasilan toksin
terpenoid yang boleh merendahkan mutu ubi keledek dan
menyebabkan ia tidak sesuai sebagai produk makanan.

Gambar 1. Kesan serangan kumbang belalai pada ubi keledek

43


Kawalan serangan kumbang belalai boleh dijalankan
secara berkesan melalui kaedah pengurusan perosak
bersepadu (PPB) atau lebih dikenali sebagai integrated pest
management (IPM). Kaedah PPB ini merupakan kawalan
perosak yang menggabungkan dan mengintegrasikan kaedah
kawalan biologi, kimia, kultur dan fizikal yang mengambil
kira kesan terhadap petani, masyarakat dan ekosistem
persekitaran. Pelaksanaan PPB merupakan salah satu asas
utama dalam konsep pertanian lestari bagi menjamin
pengeluaran pertanian yang dapat menampung keperluan
semasan di samping menambah baik sumber pengeluaran
sedia ada pada masa hadapan.

Kebanyakan petani tempatan tidak mengamalkan
kaedah PPB untuk mengawal serangan kumbang belalai
kerana beranggapan serangan ini tidak menjejaskan
hasil pengeluaran. Selain itu, terdapat juga petani yang
beranggapan kelarah pada ubi keledek adalah suatu yang
normal dan tidak boleh dikawal. Ini jelas menunjukkan
bahawa pengetahuan mengenai kepentingan PPB masih terhad
di kalangan petani tempatan walaupun konsep ini telah lama
diperkenalkan di Malaysia. Pengetahuan berkaitan biologi,
kitar hidup dan kesan berkaitan kumbang belalai perlu ada
bagi memastikan langkah kawalan yang akan dijalankan
adalah tepat dan berkesan.
Biologi dan kitar hidup
Kumbang belalai terdiri daripada tiga jenis spesies utama
iaitu Cylas puncticollis, C. brunneus dan C. formicarius. Spesies
C. puncticollis dan C. brunneus biasanya terdapat di kawasan
Afrika Timur, manakala C. formicarius pula banyak terdapat
di kawasan tropika khususnya di Asia. Secara umumnya,
kumbang belalai mempunyai empat peringkat dalam kitaran
hidup iaitu telur, larva, pupa dan dewasa (Gambar 2). Faktor
suhu memainkan peranan yang penting bagi menetapkan
tempoh masa setiap peringkat pertumbuhan. Semakin tinggi
suhu persekitaran, semakin cepat masa
yang diambil untuk setiap kitaran.
Secara puratanya, pertumbuhan daripada
telur kedewasa mengambil masa
selama32hari.
Kumbang betina yang telah
mengawan akan bertelur di dalam
rongga atau lubang yang telah dikorek
kebiasaannya di bahagian akar, batang
dan ubi pokok keledek yang terdedah.
Biasanya kumbang ini bertelur pada
rongga di bawah epidermis secara tunggal
dan ditutupi dengan sisa tisu epidermis
atau najis supaya telurnya tidak kelihatan.
Gambar 2. Kitar hidup kumbang belalai
Kumbang betina mampu menghasilkan
44

50 250 biji telur dan menetas dalam


tempoh 3 7 hari bergantung pada keadaan
persekitaran. Larva yang baru menetas
bersaiz lebih besar daripada telur, tidak
berkaki, berwarna putih dan memakan
bahagian akar dan ubi pokok. Peringkat
larva mendatangkan kerosakan yang
tinggi pada tanaman ubi keledek. Larva
pada bahagian ubi atau batang seterusnya
bertukar menjadi pupa selepas 1035 hari.
Gambar 3. Bentuk sesungut yang berbeza
Peringkat pupa pula mengambil tempoh
selama 7 24hari sebelum bertukar menjadi antara kumbang jantan dan betina
kumbangdewasa.

Pada awalnya pupa yang bertukar menjadi dewasa akan
berwarna perang. Selepas 6 8 hari, permukaan luar kumbang
akan mengeras dan bertukar menjadi warna coklat gelap.
Pada peringkat inilah kumbang dewasa akan keluar dari
zon akar dan mula membiak serta menyerang keseluruhan
tanaman. Kumbang belalai pada peringkat dewasa akan
kelihatan seperti semut yang besar. Jantina kumbang belalai
dapat dibezakan melalui bentuk sesungut. Kumbang jantan
mempunyai sesungut yang lurus manakala sesungut kumbang
betina pula berbentuk bulat (Gambar3). Secara puratanya,
seekor kumbang dewasa mempunyai jangka hayat selama 110
hari dan mampu menghasilkan 5 8 generasi setahun.
Kerosakan pada tanaman ubi keledek
Akar penyimpanan ubi keledek merupakan sumber makanan
dan tapak bertelur utama bagi kumbang belalai. Semasa
pokok ubi keledek belum menghasilkan akar penyimpanan,
kumbang dewasa hidup di bahagian batang dan daun.
Pada peringkat permulaan, kumbang dewasa memakan dan
bertelur di bahagian batang rayap, manakala larva pula
memakan bahagian batang sehingga ke bahagian ubi. Pokok
yang telah mengalami kerosakan yang teruk di bahagian
batang akan menjadi layu dan seterusnya mati. Jika serangan
larva berlaku di bahagian sistem vaskular tumbuhan, ia
boleh mengurangkan saiz dan bilangan akar penyimpanan
ubikeledek.

Apabila pokok ubi keledek semakin membesar, kumbang
dewasa akan menyerang bahagian akar penyimpanan yang
lebih terdedah. Kebiasaannya, 80 90% kumbang belalai
dijumpai di bahagian batang atau akar penyimpanan
dengan jarak kira-kira 10 15 cm dari permukaan tanah.
Serangan kumbang belalai sangat tinggi pada musim
kering kerana ia mudah menyerang bahagian akar melalui
rekahan tanah. Serangan mudah merebak melalui bahan
tanaman (keratanpokok), sisa ubi keledek dan perumah lain.

45

Antaratanaman yang menjadi perumah alternatif kumbang


belalai ialah kangkung (Ipomoea aquatica) dan seri pagi
(Calystegia soldanella atau Ipomoea indica).
Kawalan perosak bersepadu
Kaedah kultur
Kawalan secara kultur melibatkan amalan pertanian yang baik
bagi memastikan tanaman subur dan musuh sukar menyerang
tanaman. Amalan kultur sangat penting untuk mengurangkan
risiko serangan kumbang belalai dan seharusnya dipraktikkan
sebagai langkah kawalan utama. Antara perkara yang paling
asas bagi mengelakkan serangan kumbang belalai adalah
dengan menggunakan anak benih atau keratan batang yang
sihat. Keratan anak benih perlu direndam ke dalam larutan
carbaryl pada kadar 15 g/10 liter air selama 10 15 minit
untuk membunuh telur dan ulat kumbang belalai. Selain itu,
batas tanaman perlu dinaikkan apabila tanah dalam keadaan
kering atau mempunyai rekahan. Ubi yang mula membesar
menghasilkan rekahan di permukaan batas dan menyebabkan
ubi lebih terdedah. Rekahan ini akhirnya memberi peluang
kepada kumbang belalai untuk menyerang masuk ke
dalamtanaman.

Kaedah menanam ubi keledek secara bergilir dengan
tanaman lain juga digalakkan bagi mengurangkan serangan
kumbang belalai di samping mengelak ketidakseimbangan
nutrien di dalam tanah. Tanaman giliran yang sesuai bagi
pokok ubi keledek adalah seperti jagung manis, sengkuang,
labu dan tembikai. Selain itu, penuaian ubi keledek pada
masa yang tepat merupakan perkara yang perlu diberi
perhatian yang serius. Seandainya lewat dituai, ia akan
memberi peluang yang tinggi kepada kumbang dewasa untuk
memusnahkan hasil tanaman. Hasil tanaman perlu dituai pada
masa yang ditetapkan atau 2 minggu lebih awal jika kawasan
tanaman mempunyai risiko yang tinggi untuk serangan
kumbangbelalai.
Kaedah biologi
Kaedah ini masih memerlukan banyak kajian dan
percubaan. Namun beberapa organisma seperti nematod
(Heterorhabditisspp. dan Steinernema spp.), kulat
(Beauveriabassiana dan Metarrhizumsp.) dan bakteria (Bacillus
thuringiensis) telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam
mengurangkan populasi kumbang belalai pada tanaman
ubi keledek. Nematod dan bakteria bertindak dengan cara
yang sama iaitu menembusi tanah serta ubi dan seterusnya
membunuh larva. Kulat pula bertindak dengan cara berjangkit
dan membunuh kumbang dewasa.

46

Kaedah fizikal
Populasi kumbang belalai boleh dikurangkan dengan
menggunakan perangkap feromon. Feromon merupakan
isyarat kimia yang mencetus tindak balas semula jadi bagi ahli
lain daripada spesies yang sama. Feromon seks digunakan
secara meluas dalam pengawalan serangga perosak tanaman.
Feromon seks kumbang belalai telah dihasilkan secara
komersial di banyak negara seperti India, Costa Rica, Australia
dan China. Kapsul getah yang mengandungi feromon seks
dipasang di dalam bekas plastik yang mengandungi air
sabun atau larutan racun. Kumbang dewasa yang tertarik
dengan feromon tersebut akan terjatuh ke dalam perangkap
lalu dibunuh oleh air sabun atau larutan racun. Selain itu,
perangkap feromon seks juga boleh digunakan berserta
dengan kulat Beauveria bassiana atau Metarrhizum sp.
Larutankulat disembur di permukaan perangkap atau pada
dedaun sekeliling perangkap. Kumbang dewasa yang tertarik
pada feromon akan dijangkiti oleh kulat dan membantu
menyebarkan spora kulat kepada koloninya sebelum mati.
Secara umumnya, perangkap feromon dapat digunakan untuk
mengawal populasi atau memantau kehadiran kumbang
belalai ubi keledek di sesuatu kawasan.
Kaedah kimia
Kebiasaannya, kawalan serangan kumbang belalai lebih
berkesan dengan kaedah kultur, fizikal dan biologi sahaja.
Ini kerana, kebanyakan populasi kumbang belalai terlindung
di bawah tanah dan berada di dalam keratan batang serta
ubi. Walau bagaimanapun, kaedah kawalan kimia perlu
dipraktikkan untuk mengawal populasi kumbang belalai
pada peringkat awal serangan. Biopestisid seperti ekstrak
daun semambu yang kurang mendatangkan kesan terhadap
musuh semula jadi kumbang belalai dan keadaan persekitaran
boleh digunakan untuk menjauhkan pokok daripada serangan
kumbang belalai. Selain itu, racun carbofuran ditabur 45 hari
selepas tanam pada kadar 1.5 kg/ha juga dilaporkan berkesan
mengawal serangan kumbang belalai.
Kesimpulan
Masih ramai petani yang tidak mempunyai pengetahuan
dan kemahiran yang secukupnya untuk mengawal serangan
kumbang belalai di ladang ubi keledek mereka. Amalan
pengurusan perosak bersepadu ini memberi pendedahan
kepada para petani berkaitan prinsip ekologi dan pengurusan
ekosistem tanaman ubi keledek. Selain itu, garis panduan
tentang penjagaan kebersihan di sekitar kawasan tanaman
juga penting bagi meminimumkan risiko serangan kumbang
belalai. Dengan adanya pengetahuan berkaitan pengurusan
perosak bersepadu ini, para petani boleh membuat keputusan
yang tepat mengenai langkah yang seharusnya diambil apabila
47

mendapati tanaman mereka diancam oleh serangga perosak


ini. Langkah untuk mengekang serangan kumbang belalai
secara keseluruhannya masih menjadi cabaran dan kajian
dalam bidang penyelidikan juga masih giat dilaksanakan
bagi mencari formula terbaik menghapuskan serangan ini
dan seterusnya mengurangkan kehilangan hasil ubi keledek
diMalaysia.
Penghargaan
Pengarang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
En. Ahmad Firdaus Zulkifili, Cik Noor Asilah Izyan Ismail,
En. Mohamed Nor Ibrahim dan En. Rosli Hussin yang telah
membantu menjayakan kajian berkaitan kumbang belalai
ubikeledek.
Bibliografi

Capinera, J.L. (2002). Sweet potato weevil, Cylas formicarius (Fabricius)


m.s.7. University of Florida: Cooperative Extension Service
Fuglie, K.O. (2007). Priorities for sweet potato research in developing
countries: results of a survey. Horticulture Science 42: 1200 1206
Gupta, R.N. dan Pandey, N.D. (1993). Effect of sweet potato varieties on
the growth and development of sweet potato weevil, Cylas formicarius
Fabricius under laboratory conditions. Indian Journal of Entomology
55:162 169
Hwang, J.S. dan Hung, C.C. (1991). Evaluation of the effect of integrated
control of sweet potato weevil, Cylas formicarius Fab. with sex
pheromone and insecticide. Chinese Journal of Entomology 11: 140 146
Jansson, R.K. dan Lecrone, S.H. (1997). Effect of sweet potato cultivar on
efficacy and persistence of entomopathogenic nematodes for control of
Cylas formicarius. Nematropica 27: 41 52
Jansson, R.K. dan Raman, K.V. (1991). Biological control of Cylas spp. In:
Sweet potato pest management: A global perspective (Raman, K.V. ed.), m.s.
169 201. Boulder: Westview Press
Li, Z.Z. (1998). Control of Cylas formicarius Fab. with pheromone. Plant
Protection 24: 28 30
Pillai, K.S., Rajamma, P. dan Palaniswami, M.S. (1993). New technique in
the control of sweet potato weevil using synthetic sex pheromone in
India. International Journal of Pest Management 39: 84 89
Rajasekhara, R.K., Naskar, S.K., Palaniswami, M.S. dan Ray, R.C. (2010).
Management of sweet potato weevil [Cylas formicarius (Fab.)]: An
overview. Journal of Root Crops 36: 14 26

Ringkasan
Kumbang belalai (Cylas formicarius) merupakan serangga perosak
utama tanaman ubi keledek bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di
seluruh dunia. Walaupun wujud dalam populasi yang kecil, serangga
ini menjadi ancaman terbesar kerana boleh merendahkan kualiti ubi
keledek dan menyebabkan ubi berbau busuk, berasa pahit dan tidak
sesuai untuk menghasilkan produk makanan. Umumnya, kumbang
belalai menyerang tanaman dengan cara yang berbeza berdasarkan
peringkat kitar hidup. Kumbang dewasa memakan bahagian daun dan
permukaan ubi manakala larva pula mengorek dan memakan bahagian
dalam ubi dan batang. Racun serangga merupakan kaedah kawalan yang

48

biasa digunakan oleh para petani. Namun penggunaan racun perosak


sahaja tidak akan memberi impak yang signifikan terhadap kawalan
kumbang belalai. Selain itu, alam sekitar juga turut terjejas dan boleh
mengganggu serta memudaratkan organisma serta ekosistem yang
berhampiran. Menyedari kesan negatif dan kerugian akibat serangan
kumbang belalai, sistem pengurusan perosak bersepadu haruslah
dijadikan panduan dan amalan utama bagi petani dan pengusaha
tanaman ubi keledek. Keseluruhannya, artikel ini membincangkan kitar
hidup, simptom serangan, kerosakan ubi keledek serta maklumat dan
kaedah berkenaan amalan pengurusan perosak bersepadu kumbang
belalai.
Summary
Sweet potato weevil (Cylas formicarius) is a dreadful pest that can
damages sweet potato not only in Malaysia but also worldwide. Even
though its population is small , this insect has the potential potential to
severely damage to the crop. Generally, sweet potato weevils infested
the crop based on their lifecycle stages. The adult weevils feed on the
leaves and the surface of the tubers while the larvae bore into the tubers
and stems. Insecticide is a common control method used by farmers.
However, insecticide alone does not have a significant impact to the
management of sweet potato weevil. Furthermore, the environment will
also be affected and this can be detrimental and harmful to the nearby
organisms and ecosystem. To overcome the negative effects and losses
caused by the sweet potato weevil, the integrated pest management
approach has to be practice by the farmers. Overall, this article discusses
the biological and life cycle of the weevil, symptoms and damage
of infestation, as well as information and methods to conduct the
integrated pest management practices.
Pengarang
Dilipkumar Masilamany
Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, MARDI Seberang Perai,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
E-mel: dilip@mardi.gov.my
Erwan Shah Shari
Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, MARDI Bachok,
16310 Bachok, Kelantan

49

Buletin Teknologi MARDI, Bil.7(2015): 51 60

Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk


pengeluaran padi aerob di Malaysia
(Mechanization and water management technologies for
aerobic rice production in Malaysia)

Chan Chee Sheng, Mohd Khusairy Khadzir, Sariam Othman


dan Mohamed Fauzi Md Isa
Pengenalan
Bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi, pelbagai
usaha telah dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran
beras bagi mencapai tahap sara diri yang lebih tinggi. Banyak
strategi telah dicadangkan bagi memenuhi tahap sara diri ini
termasuklah segala aspek pengeluaran beras bermula daripada
pembangunan varieti benih, kualiti pengeluaran benih,
pengurusan lepas tuai, pengurusan air, penyediaan tanah,
amalan penanaman, pengurusan nutrisi, penjagaan tanaman,
kawalan rumpai, mekanisasi, proses penuaian, peningkatan
kawasan tanaman dan teknologi lepas tuai. Kerajaan juga telah
menyediakan pelbagai subsidi input termasuk baja (keduaduanya, organik dan bukan organik), perapi tanah, penyediaan
tanah, infrastruktur ladang dan insentif hasil. Namun, tahap
sara diri masih lagi sekitar 72%.

Salah satu cara hasil padi dapat ditingkatkan dengan
pesat adalah dengan meningkatkan kawasan pengeluaran
padi. Kekurangan sumber asli seperti tanah rendah yang
sesuai, bekalan air tidak mencukupi sepanjang tempoh
pertumbuhan dan kekurangan tenaga buruh merupakan
cabaran utama untuk mencapai objektif ini. MARDItelah
mencetuskan idea penanaman padi aerob untuk mengatasi
masalah ini. Penanaman padi aerob pada asasnya
menggunakan pendekatan yang berbeza di mana padi yang
berhasil tinggi ditanam di kawasan yang tidak perlu dibajak
basah dan takungan air, dengan pengairan tambahan dan
input yang tinggi. Apabila hujan tidak mencukupi, pengairan
diberikan untuk mengisi air tanah di zon akar selepas
mencapai tahap ambang yang telah ditetapkan. Kawasan
sasaran tanaman terdiri daripada kawasan tanaman padi
tunggal, sawah padi terbiar dan tanaman bergilir berhampiran
pinggir kawasan jelapang padi di mana kemarau boleh
berlaku semasa musim kering.
Teknologi mekanisasi untuk penanaman padi aerob
Semua aktiviti penanaman padi aerob perlu dimekanisasikan
bergantung kepada kesediaan jentera yang sesuai. Kini,
aktiviti penanaman utama seperti penyediaan tanah,

51

penanaman, pengurusan tanaman, penuaian dan pengendalian


lepas tuai dapat dimekanisasikan dengan menggunakan
kepakarantempatan.

Antara semua tanaman yang diusahakan di Malaysia,
penanaman padi sawah mencapai tahap makanisasi yang
paling tinggi. Penyediaan tanah, penuaian dan pengendalian
pukal menerima pakai proses mekanisasi sepenuhnya kecuali
penjagaan dan penyelenggaraan tanaman yang menerima
pakai aras makanisasi yang agak rendah. Untuk mencapai
tahap kejayaan yang sama bagi padi aerob, pakej lengkap
sistem mekanisasi penanaman menjadi satu keperluan
termasuk sistem pengairan dan saliran.

Pembangunan pakej mekanisasi ladang adalah untuk
meningkatkan kecekapan dan ketepatan kerja ladang di
samping mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.
Ini akan mewujudkan satu kaedah penanaman yang lebih
sistematik untuk penanaman padi yang merupakan prasyarat
bagi sistem pengeluaran yang berjaya. Sistem mekanisasi
untuk penanaman padi aerob telah dibangunkan oleh MARDI
yang dapat membantu dalam semua aspek aktiviti penanaman.
Pakej mekanisasi termasuklah pembersihan tanah, penyediaan
tanah, penapakan tanaman, penjagaan dan penyelenggaraan
tanaman termasuk penggunaan baja, semburan bahan kimia,
penuaian dan pengendalian lepas tuai serta sistem bekalan air
untuk pengairan tambahan.
Penyediaan tanah
Penyediaan tanah merupakan langkah awal yang penting bagi
tujuan penapakan tanaman yang sempurna. Penyediaan tanah
yang kurang sempurna akan menyebabkan percambahan
benih kurang baik dan penapakan yang tidak seragam.
Langkah penyediaan tanah untuk penanaman padi aerob
bermula daripada pembersihan tanah, membajak, harrow dan
akhirnya putar.

Dalam usaha untuk mencapai petak penanaman yang rata
untuk percambahan benih yang seragam, petak tanaman mesti
sentiasa dalam keadaan kering supaya jentera ladang dapat
bergerak dengan bebas untuk melaksanakan aktiviti yang
berkaitan. Perparitan yang cukup kedalaman dan intensiti
perlu disediakan supaya petak tidak bertakung air dan cepat
kering. Ini bukan sahaja boleh memanjangkan tempoh masa
penyediaan tanah, tetapi juga penapakan tanaman serentak
untuk kawasan yang luas.

Pembersihan tanah bermula dengan semburan racun
herba sistemik atau sentuhan dengan menggunakan
penyembur galas manual atau bermotor untuk membasmi
rumpai diikuti dengan pembakaran. Penyediaan tanah
bermula dengan pembajakan pertama iaitu bajak piring,
diikuti pembajakan ke-2 seminggu selepas pembajakan
pertama dengan menggunakan alat harrow untuk memecahkan
52

ketulan tanah besar kepada ketulan yang lebih kecil.


Petak akan diputar 1 2 hari sebelum penapakan dan jika
saiz ketulan tidak cukup kecil (kurang daripada2.5cm)
bagi memenuhi keperluan penyemaian, putaran
tambahandiperlukan.

Semua aktiviti penyediaan ladang perlu dilakukan
dalam keadaan tanah kering. Pemilihan traktor ladang
yang digunakan untuk penyediaan tanah adalah lebih
mudah berbanding dengan penanaman padi sawah kerana
keadaan tanah yang kering mempunyai keupayaan galas
yang lebih tinggi. Dalam keadaan biasa, traktor ladang 60
kk cukup untuk melaksanakan semua aktiviti penyediaan
tanah termasuk bajak cakera, harrow dan putar. Jika perataan
tanah diperlukan, maka rear bucket atau motor penggred
(motorgrader) perlu digunakan.
Penapakan tanaman
Penabur benih berbaris dalam keadaan tanah kering disyorkan
bagi penapakan tanaman. Ia bukan sahaja untuk mengatasi
masalah kekurangan tenaga buruh, tetapi juga untuk
mengurangkan kos penyelenggaraan tanaman. Sebanyak 50%
tenaga kerja boleh dikurangkan dengan menggunakan alat
penabur berbaris mekanikal berbanding
dengan penanaman berbaris secara manual.

Selain itu, dengan menggunakan
penaburan secara berbaris, serangan rumpai
mudah untuk dikawal berbanding dengan
tabur terus. Pada masa kini, terdapat dua
jenis penabur benih berbaris iaitu penabur
benih aerob dan penabur benih Accord
seperti dalam Gambar 1 dan Gambar 2.
Penabur benih aerob adalah penabur
benih enam baris yang dicipta sendiri
oleh MARDI dan sesuai untuk penanaman
petak bersaiz kecil. Traktor pejalan kaki
Gambar 1. Penabur benih aerob untuk
digunakan sebagai penggerak utama dan
penanaman petak kecil
alat penabur benih dipasang di bahagian
belakang penggerak utama. Sebaliknya,
penabur benih Accord diimport dan
diubah suai untuk penaburan padi aerob.
Alat penabur ini mempunyai sembilan
penabur berbaris yang dikuasai oleh traktor
ladang dan sesuai untuk penanaman
skalabesar.

Kadar kerja penabur benih aerob
dan Accord masing-masing ialah
3.0 4.0 dan 1.0 1.5 jam sehektar.
Manakala, penanaman berbaris secara
manual memerlukan 200 jam sehektar, ini
Gambar 2. Penabur benih Accord untuk
menunjukkan penanaman secara mekanikal penanaman skala besar
53

dapat menjimatkan masa yang banyak. Perbandingan


spesifikasi terperinci antara penabur aerob dan Accord adalah
seperti dalam Jadual 1. Untuk penaburan benih berbaris, petak
mesti diputar dalam keadaan kering. Biji benih kering ditanam
ke dalam tanah selepas pusingan terakhir penyediaan tanah
dan ditutup selepas ditanam.
Jadual 1. Spesifikasi dan fungsi alat penabur benih berbaris
Spesifikasi

Penabur aerob

Penabur Accord

1.

Hos penabur benih

6 baris

9 11 baris

2.

Kadar benih (kg/ha)

80 150

60 150

Penggerak utama

Traktor mini atau traktor


pejalan 2 roda

Traktor ladang 4 roda

Keupayaan tangki benih

6 tangki (6 kg setiap satu)

150 200 kg (satu)

Mekanisme menabur benih

Graviti

Pneumatik sistem aliran


udara

Penjagaan dan penyelenggaraan tanaman


Penggunaan penyembur galas jenis
bermotor adalah cara yang disukai ramai
untuk semburan kimia bagi mengawal
rumpai, perosak, penyakit dan juga untuk
baja foliar dalam penanaman padi aerob.
Kaedah ini tidak memerlukan jentera
ladang yang besar. Kadangkala, penyembur
galas manual juga digunakan untuk tujuan
yang sama dalam pengeluaran ladang kecil.
Penyembur (blower) galas bermotor juga
digunakan untuk aktiviti membaja selain
Gambar 3. Penggerak utama berkelegaan
daripada meracun. Sepanjang tempoh
tinggi beroda untuk penjagaan dan
pertumbuhan tanaman, pembajaan yang
penyelenggaraan tanaman
diperlukan adalah sebanyak tiga kali.

Pada masa kini, MARDI telah memperkenalkan traktor
berkelegaan tinggi beroda (Gambar 3) sebagai penggerak
utama untuk penjagaan dan penyelenggaraan padi aerob.
Reka bentuk traktor yang mempunyai kelegaan 80 cm dari
aras tanah dan mempunyai kelebaran roda 12 14 cm dapat
membolehkan penggerak utama untuk bergerak bebas di
antara barisan penanaman bagi 45 hari pertama selepas
penaburan tanpa merosakkan tanaman. Apabila traktor
ini dipasang dengan alat yang berbeza seperti penyembur
baja, ia boleh digunakan untuk penjagaan tanaman dan
penyelenggaraan seperti semburan kimia untuk rumpai,
perosak dan kawalan penyakit serta pembajaan jenis berbutir
dan kadar kerja boleh mencapai 6 7 ha/hari.

54

Penuaian dan pengendalian lepas tuai


Penuaian merupakan aktiviti yang paling mencabar antara
semua aktiviti pertanian yang mempunyai kekangan masa.
Kelewatan menuai bukan sahaja menyebabkan kerugian dari
segi kuantiti, malahan juga kepada kualiti bijian padi yang
dituai. Ini akan mengurangkan pendapatan sebanyak 30 50%
daripada kehilangan hasil padi dan harga jualan yang lebih
rendah disebabkan beras yang berkualiti rendah. Kelewatan
menuai akan mengakibatkan kerugian dalam kuantiti hasil
padi akibat pendedahan yang lama kepada perosak dan
serangan serangga, burung, tikus dan pokok padi rebah.
Kerugian dari segi kualiti juga boleh berlaku kerana biji padi
yang terlalu matang akan menghasilkan peratus beras hancur
yang tinggi dan warna berubah selepas pengilangan. Oleh itu,
padi aerob disyorkan untuk dituai 85 90% pada peringkat
masak. Dalam keadaan ini, bilangan bijian hijau di tangkai
padi adalah antara 10 15%.

Pada masa kini, jentuai padi yang diubah suai daripada
jentuai gandum untuk iklim tropika basah adalah disyorkan
untuk menuai padi aerob. Bagi petak penanaman yang
lebih kecil, jentuai padi trek getah dari Jepun dengan sistem
penghancur aliran paksi boleh digunakan. Kesemua padi yang
dituai perlu diangkut dengan pengendalian pukal. Traktor
yang dipasang dengan treler atau lori trak dengan keupayaan
2 10 tan digunakan untuk mengangkut padi dari ladang ke
kilang beras. Operasi ini dapat menjimatkan pembelian bahan
pembungkusan dan beg pengangkutan untuk memuatkan padi
ke treler dan dihantar ke kilang beras. Kesemua padi yang
dituai harus dijual secara terus dalam bentuk padi basah. Ini
akan menjimatkan kos pengendalian kerja-kerja untuk proses
pengeringan dengan penggunaan sinaran matahari yang
bergantung kepada keadaan cuaca dan ruang yang ada.
Sistem pengurusan air di ladang
Untuk memastikan pertumbuhan optimum sepanjang tempoh
penanaman padi, pengurusan air ladang adalah kritikal.
Bagi mencapai matlamat ini, bekalan air ke ladang mesti
mencukupi dan tepat pada masanya. Sumber air adalah
terhad dan perlu dihantar ke ladang tanpa pembaziran.
Untuk mencapai pengurusan air yang baik pada peringkat
awal penyediaan tanah, petak penanaman mesti dalam
keadaan kering dan perlu diputar dan diratakan dengan
sempurna supaya dapat aras penanaman yang seragam.
Aktiviti memutar dan meratakan petak penanaman tidak
boleh dilakukan dalam keadaan tanah tepu atau petak yang
bertakung air. Pengairan awal diperlukan untuk memastikan
pertumbuhan awal yang merupakan prasyarat untuk
mendapat hasil tinggi jika tiada hujan. Pengurusan air yang
baik di peringkat pertumbuhan vegetatif ini adalah untuk
menggalakkan pokok padi beranak dan mencapai anak padi
55

yang optimum bagi setiap unit kawasan.


Dengan mengawal air di ladang, memenuhi
permintaan air yang berbeza bagi setiap
peringkat pertumbuhan dapat memastikan
pertumbuhan yang baik bagi tangkai,
sistem akar dan pengisian bijirin tinggi
pokok padi.

Pada masa kini, sistem pengairan
renjis (Gambar 4) dan pengairan
permukaan alternatif basah serta kering
ialah dua kaedah pengairan tambahan
Gambar 4. Padi aerob yang ditanam
yang disyorkan untuk penanaman padi
berbaris dengan pengairan sistem renjisan
aerob. Pilihan untuk menentukan kaedah
pengairan yang paling sesuai bergantung
kepada topografi ladang, sumber air, penggunaan tanah,
perosak serta kejadian penyakit dan amalan penanaman. Hasil
kajian menunjukkan pengairan renjis menggunakan jumlah air
yang lebih kurang berbanding dengan pengairan permukaan
alternatif basah dan kering, tetapi untuk kaedah pengairan
renjis tanaman padi lebih mudah terdedah kepada serangan
penyakit kerana persekitaran tanaman yang lembap. Keduadua kaedah menghasilkan keputusan yang setanding terhadap
hasil padi.

Keperluan air semusim adalah antara 442 763 mm
bergantung pada keadaan cuaca, topografi ladang, kaedah
pengairan dan tekstur tanah. Ini menunjukkan bahawa
penanaman padi aerob dapat menjimatkan jumlah kuantiti air
yang banyak berbanding dengan penanaman padi sawah yang
biasanya memerlukan 1,200 mm kedalaman air. Kekerapan
pengairan adalah antara 3 6 hari berdasarkan jenis tanah
dan peringkat pertumbuhan tanaman. Jumlah air yang
digunakan untuk setiap pengairan adalah sekitar 20 30 mm
kedalamanair.

Pengairan secara ringan dan kerap adalah lebih baik
berbanding dengan pengairan dengan jumlah air yang
banyak dan sekali-sekala bagi mengelakkan tekanan air yang
boleh menyebabkan pengurangan hasil padi. Sebanyak 50%
pengurangan hasil padi dicatatkan jika tekanan air berlaku
semasa peringkat terbit dan pengisian pembentukan bijian.
Dengan purata penggunaan air semusim ialah 530 mm dan
hasil sekitar 3 t/ha, indeks produktiviti air ialah 0.57 kg/m 3
berbanding dengan tanaman sawah 0.42 kg/m3. Pengurangan
penggunaan air yang diperlukan terutamanya disebabkan
kekurangan kerugian resapan dan serapan, kekurangan pada
penyejatan kerana ketiadaan air bertakung dan juga air yang
diperlukan pada tempoh pratepu untuk membadai tanah
tidak diperlukan langsung. Untuk mencapai penjimatan
air dan juga mendapat hasil yang tinggi dalam penanaman
padi aerob adalah bergantung kepada pengurusan air dan
56

tanah yang baik, pemahaman asas hubungan tanaman dan


pengurusanpengairan.
Pakej mekanisasi
Untuk mencapai tahap mekanisasi yang sama untuk
penanaman padi aerob dengan padi sawah, pakej mekanisasi
yang sesuai diperlukan bagi memastikan kesemua aktiviti
penanaman dapat dilaksanakan dengan lancar bermula
daripada aktiviti penyediaan tanah sehingga proses penuaian
padi. Pakej mekanisasi yang dicadangkan untuk aktivitiaktiviti penanaman diringkaskan seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 2.
Jadual 2. Cadangan pakej mekanisasi untuk penanaman padi aerob
Jenis mesin ladang
Penyediaan tanah
Traktor ladang (60 80 KK)
Bajak piring
Harrow piring
Rotovator
Rear bucket
Motor Penggred
Penapakan Tanaman
Traktor ladang atau pejalan
Penabur benih aerob
Penabur benih accord
Penyemburan
Empat roda traktor ladang (30 90 kk)
Traktor berkelegaan tinggi beroda
Penyembur boom, kapasiti tangki
400600 liter
Penyembur bermotor
Penyembur galas

Keupayaan operasi
(ha/hari)
5.0 6.0

2.0
6.0

10.0 15.0
3.0 4.0
2.0 3.0

Pembajaan
Penyembur galas bermotor

4.0 5.0

Penuaian
Jentuai padi saiz sederhana
Jentuai padi

5.0 10.0
10.0 15.0

Keadaan ladang
Keadaan tanah
kering

Keadaan tanah
kering

Keadaan tanah yang


lembap

Keadaan tanah yang


lembap
Keadaan tanah
kering

Pengangkutan dan pengendalian pukal


Lori (3 8 tan)
Traktor yang dipasang dengan treler
(810 tan)

Jalan ladang yang


sesuai

Sistem pengurusan air


Pengairan permukaan (basin)
Pengairan renjisan

Tanah yang rata

57

Kesimpulan
Potensi penanaman padi aerob di negara ini adalah baik
kerana boleh ditanam sebagai tanaman darat seperti jagung
dan sayur-sayuran serta menjimatkan air berbanding dengan
tanaman padi sawah. Oleh itu, di kawasan yang airnya agak
sukar dan mempunyai tanah yang sesuai, cara terbaik untuk
memaksimumkan jumlah pengeluaran padi adalah dengan
penanaman padi aerob. Tahap mekanisasi untuk penanaman
padi aerob adalah sama dengan penanaman padi sawah. Ini
dapat memastikan aktiviti penanaman boleh dijalankan tanpa
bergantung terlalu banyak kepada tenaga buruh. Dengan
pembangunan sistem pengairan yang berbentuk permukaan
atau renjis, air boleh dibekalkan ke ladang pada masa yang
sesuai dengan jumlah kuantiti yang tepat di kawasan yang
memerlukan. Kawasan sasaran ialah kawasan yang sukar
mendapat air di kawasan sawah semusim, sawah padi
terbiar atau tanaman bergilir berhampiran dengan kawasan
jelapangpadi.
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Penyelidikan
Mekanisasi dan Automasi serta Pusat Penyelidikan Padi dan
Tanaman Industri MARDI bagi menyediakan kemudahan
untuk menjalankan projek ini. Terima kasih juga kepada
kakitangan MARDI Seberang Perai yang banyak memberi
bantuan untuk projek yang telah dibiayai oleh MARDI
danMOSTI.
Rujukan

Bhagirath, S.C. dan David, E.J. (2011). Row spacing and weed control timing
affect yield of aerobic rice. Field Crops Research Vol. 121(2): 226 231
Bouman, B.A.M., Lampanyan, R.M. dan Tuong, T.P. (2007) Water
management in irrigated rice: Coping with water scarcity. Los Banos: IRRI
Chan, C.S. dan Chong, A.H. (2009) Effect of seasonal weather on crop
evapotranspiration and rice yield. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam persidangan tahunan MANCID yang ke-14. 14 15 Feb. 2009,
Kuching, Sarawak
Chan, C.S., Zainudin, H., Saad, A. dan Azmi, M. (2012) Productive water
use in aerobic rice cultivation . J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 40(1):117 126
Mohd Khusairy K., Ayob H., Chan C.S., Mohamed Fauzi M.I. dan
Mohamad Fakhrul Zaman, O. (2014). Sistem mekanisasi padi aerob,
m.s.33 35. Skudai: Penerbit UTM
Mohd Khusairy K., Ayob H., Chan C.S., Mohamed Fauzi M.I. dan
Mohamad Fakhrul Zaman, O. (2014). Mechanization system for
aerobic rice production. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
National conference on agricultural and food mechanization, 20 22
Mei 2014, Kota Kinabalu, Sabah
Sariam, O., Azmi, M., Chan, C.S., Zainudin, PMD H., Azimzh, A.K.,
Badrulhadza, A., Mohd Khusairy, K., Mohd Fitri, M., Alicia, A.J.,
Ismail, C.H., Shajarutulwardah. M.Y. dan Rosnani, H. (2013). Manual
teknologi penanaman padi aerob, 27 m.s. Serdang: MARDI

58

Xue, C.Y., Yang, X.G., Bouman, B.A.M., Deng, W., Zhang, Q.P., Yan, W.X.,
Zhang, T.Y., Rouzi, A., Wang, H.Q. dan Wang, P. (2007) Effects of
irrigation and nitrogen on the performance of aerobic rice in northern
China. Field Crops Res.

Ringkasan
Penanaman padi sawah menerima penggunaan mekanisasi pada tahap
yang sangat tinggi yang memerlukan air yang banyak dan bertakung
dalam keadaan yang berterusan. Untuk menjamin dan mengekalkan
pengeluaran beras dan pada masa yang sama untuk menjimatkan air
kerana sumber air semakin berkurangan disebabkan perubahan iklim
dan persaingan daripada pengguna dosmentik dan perindustrian
padi aerob telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. Walau
bagaimanapun, teknologi mekanisasi untuk pengeluaran padi aerob
berbeza berbanding dengan padi sawah. Semua aktiviti pertanian
untuk pengeluaran padi aerob dijalankan dalam keadaan tanah kering.
Penyediaan tanah untuk pengeluaran padi aerob bermula dengan bajak
piring, bajak harrow dan putar kering. Kadangkala, rear bucket diperlukan
bergantung kepada topografi tanah dan kaedah pengairan yang akan
digunakan. MARDI telah membangunkan dan memperkenalkan
alat menabur benih berbaris (row seeder) untuk mewujudkan barisan
anak benih yang boleh memudahkan kawalan rumpai dan kerja-kerja
penyelenggaraan untuk penanaman berskala kecil. Selain itu, MARDI
juga telah mengimport penyemai benih berbaris yang bernama Accord
dan diubah suai untuk penanaman padi berskala komersial. Dua
kaedah pengairan untuk penanaman padi aerob telah disyorkan untuk
mencapai produktiviti air yang tinggi dan juga memenuhi keperluan
air. Kedua-dua kaedah ialah pengairan renjis dan pengairan permukaan
alternatif basah dan kering. Pilihan yang paling sesuai bergantung
kepada topografi lapangan, sumber air, perosak dan penyakit serta
amalan penanaman. Hasil kajian menunjukkan kaedah pengairan
renjis menggunakan air kurang sedikit berbanding dengan pengairan
permukaan alternatif basah dan kering, tetapi tanaman di bawah
pengairan renjis lebih mudah terdedah kepada serangan penyakit
kerana persekitaran tanaman yang lembap. Walau bagaimanapun,
kedua-dua kaedah menghasilkan keputusan hasil yangsetanding.
Summary
Wetland rice cultivation adopts a very high level of mechanization
which requires continuous flooding of paddy fields and thus needs
a very high level of water input. To safeguard and sustain the rice
production and at the same time, to conserve water due to decreasing
water resources, climatic changes and competition from domestic and
industrial users, aerobic rice production was introduced to overcome
these problems. However, the mechanization technology for aerobic rice
production is very different from wetland rice. All farming activities for
aerobic rice production are performed on aerobic soil conditions. Dry
land preparations start from disc plough, disc harrow and rotarvation.
At times, rear bucket may be needed, depending on land topography
and choice of irrigation used. MARDI has developed a new row seeder
(named aerob row seeder) for row seeding and suitable for small-scale
cultivation. Row seeding could ease weed control and field maintenance

59

works. Apart from that, MARDI also has imported an Accord Seeder and
then modified it to suit for commercial scale. Two irrigation methods
for aerobic rice cultivation are also recommended to achieve high
water productivity and requirement. These two methods are overhead
sprinklers and alternate drying and wetting (AWD) surface irrigation.
The most suitable choice depends on the field topography, water source,
pest and disease control, and cultural practices. Research results showed
that the overhead irrigation method uses less water compared to the
alternate wetting and drying, but the crops using this method are more
susceptible to disease infestation due to the moist crop environment.
However, these two methods produced about the same yield.
Pengarang
Chan Chee Sheng
MARDI Seberang Perai, Peti Surat 203, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
E-mel: cschan@mardi.gov.my
Mohd Khusairy Khadzir dan Mohamed Fauzi Md Isa
MARDI Seberang Perai, Peti Surat 203, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Sariam Othman
Pusat Perkhidmatan Teknikal, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301,
50774 Kuala Lumpur

60

Buletin Teknologi MARDI, Bil.7(2015): 61 68

Aplikasi nanoteknologi dalam sektor pertanian


dan industri makanan
(Nanotechnology application in agricultural sector and
food industry)
Mohd Afendy Abdul Talib
Pengenalan
Nanoteknologi didefinisikan sebagai penghasilan atau
penggunaan bahan, alat dan sistem melalui manipulasi bahan
pada saiz antara 1 100 nanometer (nm). Dalam terminologi
saintifik, awalan nano bermaksud satu per bilion atau 10 -9.
Oleh itu, 1 nanometer (nm) bersamaan 1 per bilion meter
atau 10-9 meter iaitu bersamaan dengan lebar 6 atom karbon
atau 10 molekul air. S e b a g a i p e r b a n d i n g a n , rambut
manusia bersaiz lebih kurang 80,000 nm dan sel darah
merah lebih kurang 7,000 nm lebar ( Gambar rajah 1). Apabila
digabungkan dengan komponen bioteknologi, nanoteknologi
menjadi platform baharu yang berkuasa dengan potensi
aplikasi yang amat besar merangkumi bidang pertanian,
peranti diagnostik, farmaseutikal baharu, pengimejan
perubatan, sensor biologi dan banyak lagi. Pada masa
kini, bentuk atau potensi bahan nano yang sedia untuk
digunakan dalam aplikasi bioteknologi ialah partikel nano,
nanowayar, nanogentian, nanostruktur dan nanomesin.

Industri makanan dan pertanian telah melabur berbilion
ringgit dalam penyelidikan nanoteknologi dan dalam masa
yang sama produk makanan nano yang tidak berlabel telah
berada di pasaran. Dalam senario global, negara maju dan
negara membangun sedang melabur terhadap teknologi
ini untuk mendapatkan pegangan saham. Pada ketika ini,
Amerika Syarikat mendahului dengan pelaburan USD3.7
bilion melalui Inisiatif Nanoteknologi Nasional negara
tersebut dan diikuti oleh Kesatuan Eropah dan Jepun masingmasing dengan pelaburan dana USD1.2 bilion dan USD750 juta.
Secara perbandingan, tahap dana negara membangun adalah
jauh lebih kecil daripada gergasi dunia ini.

Pengkomersialan produk nanobioteknologi mempunyai
masa depan yang cerah dan dalam tempoh 10 tahun ini,
banyak produk baharu berasaskan teknologi dijangka akan
diluluskan dan ada yang telah pun digunakan di serata
dunia. Nanoteknologi menyumbang kepada persaingan
dan pertumbuhan yang mapan dalam beberapa bidang
aplikasiindustri.

Ciri-ciri kimia atau/dan fizikal partikel nano memberi
fungsi yang berguna dan sedang rancak dieksploitasi pelbagai
pihak dalam bidang perubatan, bioteknologi, elektronik,
sains bahan dan sektor tenaga. Sektor pertanian juga tidak
61

Manusia
(6 kaki tinggi)
2 bilion nm

NANO
100 nm (0.001 nm)

MIKRO
100,000 nm (0.1 nm )

MAKRO

Diameter
rambut
manusia
75,000 nm

Buckyball
1 nm

Saiz terkecil
dapat dilihat
oleh mata
10,000 nm
DNA
2 nm

Epal ( ~ 8 cm)
80 juta nm

Semut ( ~ 5 mm )
5 juta nm

Bakteria
E. coli
2,000 nm

Diameter tiub
nanokarbon
1.3 nm

Gambar rajah 1. Perbezaan skala makro, mikro dan nano


Sumber: Silicon Valley Toxics Coalition

ketinggalan dalam pembangunan yang berpotensi ini dimana


inovasi secara berterusan sangat diperlukan disebabkan
bertambahnya sekuriti makanan global dan cabaran perubahan
cuaca yang memberi kesan kepada pengeluaran sektor
pertanian. Pada masa dahulu, pertanian mendapat manfaat
daripada banyak inovasi teknologi termasuk varieti hibrid,
kimia sintetik dan bioteknologi. Kini, para penyelidik mula
memberi tumpuan kepada nanoteknologi sebagai sumber
penambahbaikan pertanian.
Aplikasi nanoteknologi dalam bidang pertanian
danpemakanan
Aplikasi nanoteknologi dalam sektor pertanian dan industri
makanan mempunyai empat teras utama (Rajah 1). Empat teras
tersebut adalah seperti yang berikut:
Nanopertanian dan peningkatan produktiviti
Aplikasi nanoteknologi dalam sains bahan dan teknologi
penukaran biojisim dalam bidang pertanian adalah seperti
penyediaan makanan, makanan haiwan, serat dan bahan bakar.
Melalui kemajuan nanoteknologi, beberapa teknik termaju
dibangunkan untuk penambahbaikan amalan pertanian
tepat yang membolehkan kawalan yang jitu pada skala
nanometer. Sumber alternatif untuk baja telah dibangunkan
apabila partikel nano silikon dioksida (SiO 2) diketahui dapat
62

Nanopertanian
dan
peningkatan
produktiviti

Kawalan
kualiti
menggunakan
sensor nano

Aplikasi
Nanoteknologi
dalam Sektor
Pertanian dan
Industri
Makanan

Pengurusan
kualiti air
pertanian

Pemprosesan
produk agro,
penyimpanan
dan
pengedaran

Rajah 1. Empat teras utama aplikasi nanoteknologi dalam sektor pertanian


dan industri makanan

meningkatkan percambahan biji tomato. Pembawa skala nano


pula ialah bahan nano yang digunakan untuk penghantaran
baja, pestisid, herbisid dan pengawal atur pertumbuhan yang
lebih efisien. Penggunaan enkapsulasi, polimer, dendrimer
dan ikatan ionik permukaan adalah antara mekanisme yang
terlibat dalan penghantaran yang efisien, penyimpanan yang
lebih baik dan perlepasan sesuatu produk seperti nutrien
secara terkawal. Selain itu, pembawa berskala nano juga
boleh direka supaya boleh melekat pada akar tumbuhan atau
struktur tanah yang berdekatan bertujuan untuk mengelak
sesetengah nutrien atau bahan kimia tertentu daripada larut
resap ke persekitaran untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar. Pelbagai nanoemulsi untuk diaplikasi sebagai herbisid
dan pestisid telah berjaya diformulasi. Penggunaannya bukan
sahaja dapat meningkatkan keberkesanan terhadap serangga
dan rumpai, tetapi dapat mengurangkan jumlah penggunaan
bahan kimia tersebut.
Pengurusan kualiti air pertanian
Pada ketika ini, bekalan air mentah yang banyak dan bersih
untuk kegunaan manusia dan industri merupakan cabaran
paling penting yang dihadapi dunia. Menurut satu kajian
yang pernah dilakukan, lebih daripada satu bilion manusia
di dunia ini yang kekurangan bekalan air bersih dan situasi
ini semakin bertambah buruk. Dalam jangka masa terdekat,
dianggarkan purata bekalan air setiap orang akan menurun
sebanyak 33% yang akan membawa kepada kematian jutaan
penduduk. Air bersih diperlukan dalan kuantiti yang banyak
untuk sektor pertanian, tetapi situasi ini menyumbang kepada
pencemaran air bawah tanah yang serius hasil penggunaan
pestisid, baja dan bahan kimia pertanian yang lain. Untuk
menyelesaikan masalah ini dan untuk merawat kuantiti air
63

buangan yangbesar, teknologi novel yang mapan dan kos


efektif diperlukan.

Penyelidikan dan pembangunan dalam nanoteknologi
telah membolehkan kita untuk mencari penyelesaian yang
novel dan berupaya dilaksanakan untuk remediasi dan
penulenan air buangan. Sumber air yang boleh didapati
kebanyakannya dicemari dengan mikroorganisma patogenik
bawaan air seperti cryptosporidium, bakteria koliform, virus
dan lain-lain, pelbagai garam dan logam (kuprum, plumbum,
arsenik dan sebagainya), sisa kimia pertanian, ribuan
kompaun daripada produk farmaseutikal dan penjagaan
peribadi, kompaun pengganggu endokrin dan bahan cemar
radioaktif. Antarapenyelesaian novel melalui nanoteknologi
untuk rawatan air buangan adalah seperti yang berikut:
Partikel metalik nanooligodinamik Sistem disinfeksi
mikrob secara kimia fizikal melalui penggunaan bahan seperti
klorin dioksida, ozon dan ultraungu lazimnya digunakan oleh
negara maju, tetapi kebanyakan negara sedang membangun
tidak mempunyai sistem sebegini kerana kekurangan
infrastruktur. Partikel metalik nanooligodinamik mempunyai
keupayaan membantu menghasilkan air bebas daripada
mikrob. Antara bahan nano, partikel metalik nanooligodinamik
seperti perak adalah yang paling berpotensi kerana ia bersifat
antibakteria dan antivirus yang dapat membebaskan spesies
oksigen reaktif yang memotong DNA mikroorganisma dan
boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi. Ciri-cirinya yang
lain adalah mudah digunakan, nisbah permukaan per isi
padu yang tinggi, struktur kristalografik dan pembolehsuaian
kepada pelbagaisubstrat.
Pemangkinan cahaya Pemangkinan cahaya melibatkan
tindak balas pemangkin dengan kompaun kimia dengan
kehadiran cahaya. Partikel nano kompaun yang spesifik
disinarkan dengan cahaya ultraungu yang akan menyebabkan
elektron pada kulit paling luar teruja dan menghasilkan
pasangan lubang elektron yang berupaya melakukan
disinfeksi air. Ia bertindak sebagai agen pengoksidaan
yang bagus dan agen ini termasuklah logam oksida seperti
titanium oksida, zink oksida, perak, emas dan lain-lain lagi.
Prosespemangkinan cahaya ini boleh digunakan untuk
mengurai kompaun toksik seperti pestisid yang mengambil
masa lama untuk mengurai bawah keadaan normal.
Desalinasi/penyahmasinan air masin Disebabkan
sumber air mentah yang terhad, kemungkinan pada masa
akan datang desalinasi atau penyahmasinan air laut akan
menjadi sumber utama air mentah. Teknologi desalinasi
konvensional seperti osmosis songsang masih digunakan,
tetapi kosnya tinggi disebabkan penggunaan tenaga yang
64

banyak serta harga membran yang sangat mahal dan


membebankan pengguna. Nanoteknologi telah memainkan
peranan penting dalam pembangunan beberapa alternatif
jimat tenaga, antaranya ialah membran biomimetik proteinpolimer, membran tiub nanokarbon-sejajar dan membran
nanokomposit filem nipis dan zeolit. Teknologi ini 1,000 kali
lebih efisien daripada osmosis songsang kerana bahan ini
mempunyai kadar ketelapan air yang tinggi kerana kewujudan
membran karbon tiub nano dalam strukturnya. Teknologiini
mungkin diperkenalkan di pasaran dalam sedikit masa
lagi tetapi peningkatan skala, keberkesanan desalinisasi
yang praktikal dan kestabilan jangka masa panjang adalah
cabaran yang paling kritikal untuk dipertimbangkan sebelum
kejayaanpengkomersialannya.
Pemprosesan produk agro, penyimpanan dan pengedaran
Bahan nanolignoselulosa Bahan lignoselulosa bersaiz
nano yang didapati daripada tanaman dan pokok telah
membuka pasaran baharu untuk bahan dan produk
bersaiz nano yang inovatif dan mempunyai nilai tambah.
Kristal lignoselulosa bersaiz nano telah digunakan sebagai
pengukuh yang mempunyai berat yang ringan dalam matriks
polimer. Ia boleh diaplikasi dalam pembungkusan makanan,
pembinaan dan struktur badan kenderaan pengangkutan.
Michigan Biotechnology Incorporate International (MBI) telah
membangunkan teknologi penghasilan nano lignoselulosa
daripada jerami gandum untuk menghasilkan biokomposit
yang boleh menggantikan gentian kaca dan plastik dalam
banyak aplikasi termasuk bahagian automotif. Penghasilan
nanolignoselulosa ialah jalan terbaik untuk pengurusan sisa
pertanian kerana bahan ini boleh didapati daripada sisa
pertanian yang berasaskan lignin dan selulosa.
Bioremediasi pestisid yang rintang Partikel nano boleh
digunakan untuk bioremediasi kompaun yang rintang dan
terurai perlahan seperti pestisid. Kompaun berbahaya ini
cenderung untuk bergabung dengan pasangan lubang elektron
positif yang akan diurai dan ditukar kepada kompaun yang
tidak toksik. Partikel nanouranit biogenik telah digunakan
untuk bioremediasi uranium, manakala bahan nano yang
disinstesis secara semula jadi daripada organisma seperti
Gundelia tournefortii, Centaurea virgata, Reseda lutea, Scariola
orientalis, Eleagnum angustifolia, Bacillus sp. dan Noaea
mucronata dapat menarik logam berat terutamanya kuprum,
zink, plumbum dan nikel. Secara perbandingan, disinfektan
berasaskan partikel nano adalah lebih baik daripada
disinfektan kimia seperti sodium hipoklorit berdasarkan
kajian terhadap aktiviti mikrob pada spesies Salmonella
danStaphylococcus.
65

Disinfektan Pasangan lubang elektron terutama elektron


negatif yang terhasil daripada partikel nano yang teruja
boleh dijadikan disinfektan untuk bakteria. Apabila bakteria
bersentuh dengan partikel nano ini, elektron yang teruja akan
dipindahkan kepada sel bakteria yang akan menyebabkan
penyingkiran bakteria tersebut di dalam pembungkusan buahbuahan dan makanan.
Kawalan kualiti menggunakan sensor nano
Biosensor pengesan pantas Pelbagai ciri kompaun meruap
dihasilkan daripada mikroorganisma yang berguna dan
yang mendatangkan mudarat kepada manusia. Contohnya,
fermentasi yis akan menghasilkan alkohol apabila bakteria
menggunakan gula. Dalam industri makanan, organisma
perosak makanan disebabkan oleh bakteria dan menghasilkan
bau yang kurang enak. Bau ini adalah indikasi yang jelas
kepada degradasi makanan yang boleh dikesan melalui
visual dan bau, tetapi kaedah ini kadangkala tidak praktikal
dilakukan sekiranya melibatkan kuantiti sampel makanan
yang banyak. Oleh itu, biosensor yang berfungsi untuk
mengesan bau ini secara pantas dihasilkan.

Biosensor yang menggunakan partikel nano dipanggil
nanobiosensor dan semakin mendapat perhatian dalam
industri makanan dan pertanian disebabkan cirinya yang
dapat mengurangkan masa panjang yang diambil untuk
ujian mikrob dan asai imuno. Aplikasi alat ini termasuklah
mengesan kontaminan dalam bekalan air, bahan makanan
mentah dan produk makanan. Nanobiosensor yang
menggunakan Fe3O4 berupaya untuk mengesan bakteria
Bacillus thuringiensis yang menghasilkan toksin yang sangat
berbahaya dalam makanan. Dalam bidang akuakultur
pula, nanobiosensor yang boleh mengesan tahap amina
meruap dalam ikan digunakan untuk menentukan tahap
kesegaran ikan tersebut. Ikan yang telah disimpan lama akan
menghasilkan amina meruap dalam kuantiti yang tinggi.
Partikel nanoemas Partikel nanoemas secara komersial
digunakan sebagai kaedah pengujian pantas untuk ujian
kehamilan dan pengesan molekul biologi yang berasaskan
warna koloid emas yang bergantung kepada saiz partikel,
bentuk, indeks biasan medium sekeliling dan pemisahan
antara partikel nano tersebut. Partikel nano boleh melekat
diatas permukaan molekul yang spesifik seperti antibodi
dengan menggunakan agen penstabil partikel nanoemas.
Molekul ini akan terjerap di atas permukaan partikel nano
dan mengubah indeks biasan efektif persekitaran dan
seterusnya dibaca oleh instrumen seperti resonans plasmon
permukaan. Ciri ini menjadikan biosensor yang berasaskan
partikel nanoemas mempunyai potensi yang amat besar dalam
pembangunan biosensor dalam aplikasi pertanian.
66

Kesimpulan
Era nanoteknologi adalah era yang berubah dengan pantas dan
menjadi satu daripada bidang sains moden yang berkembang
dengan pesat. Pada masa kini, setiap bidang sains sedikit
sebanyak mempunyai kaitan dengan nanoteknologi, daripada
amalan perladangan kepada pemasaran, nanoteknologi telah
membawa kepada satu revolusi. Sektor pertanian dan industri
makanan dan merupakan dua sektor utama yang mendapat
faedah daripada saintis yang membangunkan evolusi dalam
nanoteknologi. Aplikasi skala besar partikel nano dalam
sektor pertanian membawa kepada perubahan revolusi yang
berupaya meningkatkan produktiviti dalam sektor ini yang
secara langsung membantu meningkatkan pendapatan para
petani dan industri pertanian itu sendiri. Namundemikian,
pengetahuan dan kesedaran orang ramai terhadap
aplikasi nanoteknologi dalam pertanian dan perladangan
perlu dipupuk supaya teknologi ini boleh dimanfaatkan
sepenuhnya. Pengguna pula perlu memahami risiko dan aspek
keselamatannanoteknologi.
Bibliografi

Chen, H. dan Yada, R. (2011). Nanotechnologies in agriculture: New tools


for sustainable development. Trends in Food Science and Technology
22(11):585 594
Cheng, M.M.C., Cuda, G., Bunimovich, Y.L., Gaspari, M., Heath, J.R.,
Hill, H.D. dan Ferrari, M. (2006). Nanotechnologies for biomolecular
detection and medical diagnostics. Current Opinion in Chemical Biology
10(1): 11 9
Cross, K.M., Lu, Y., Zheng, T., Zhan, J., McPherson, G. dan John, V. (2009).
Water decontamination using iron and iron oxide nanoparticles
nanotechnology applications for clean water (Savage, N., Diallo, M.,
Duncan, J., Street, A.dan Sustich, R., ed.), Bab 24, 347 hlm. Norwich,
New York: William Andrew Inc.
Dasgupta, N., Ranjan, S., Mundekkad, D., Ramalingam, C., Shanker, R. dan
Kumar, A. (2015). Nanotechnology in agro-food: From field to plate.
Food Research International
Parisi, C., Vigani, M. dan Rodrguez-Cerezo, E. (2014). Agricultural
Nanotechnologies: What are the current possibilities? Nano Today

Ringkasan
Perubahan cuaca, urbanisasi dan penggunaan sumber semula jadi
yang mapan dan isu alam sekitar seperti pencemaran pestisid dan baja
merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh pengusaha pertanian
di seluruh dunia. Masalah ini ditambah lagi dengan peningkatan
ketara dalam permintaan hasilan pertanian untuk memenuhi populasi
manusia yang dijangka berjumlah 6 9 bilion penduduk pada tahun
2050. Senario pembangunan pesat dan sistem pertanian yang kompleks
wujud terutamanya di kalangan negara membangun dan cabaran lebih
getir dihadapi negara tersebut kerana pertanian ibarat tulang belakang
kepada ekonomi sesuatu negara itu. Aplikasi nanoteknologi dalam

67

sektor pertanian dan industri makanan dilihat


menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi
industri. Bukan itu sahaja, ia dapat meningkat
kaedah sedia ada ke arah penghasilan produk
ditambah nilai.

berupaya membantu
pelbagai pihak dalam
atau menambah baik
yang berkualiti serta

Summary
Climate change, urbanisation and sustainable use of natural resources
and environmental issues such as pollution of pesticides and fertilizers
are among the challenges faced by agricultural entrepreneurs around
the world. These problems are exaggerated with the significant increase
in the demand for agricultural products as the human population
is expected to be 6 9 billion in 2050. Rapid development scenarios
and complex agricultural system exists in developing countries, and
these challenges are more prominent to countries where agriculture
is the backbone to their economy. Application of nanotechnology in
agricultural sector and food industry can solve several problems faced
by these industries and also enhanced or improve existing methods to
produce quality value-added products. Some examples of applications
of nanotechnology in agriculture, food and environment were described
in this article.
Pengarang
Mohd. Afendy Abdul Talib
Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
E-mel: fendy@mardi.gov.my

68

Penerbit MARDI 2015

You might also like