You are on page 1of 21

WWW.ANDREWCHOO.EDU.

MY

PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA KATA DASAR


Kata
Alamat

Ambang

Baharu

Makna
a) Tanda
b) Tempat tinggal
a) Waktu sebelum sesuatu
kejadian
b) Kayu palang antara dua
tiang (pada jendela atau
pintu)
a) Tidak ada sebelumnya
b) Moden
c) Segar
d) Sekejap, sebentar

Baik

a) Berfaedah, bagus ,elok


b) Sembuh, pulih
c) Sesuai
d) Sangat rapat
e) Tidak jahat

Bangkit

a) Jaga daripada tidur


b) Hidup kembali
c) Naik(adunan)
d) Terbit
e) Sedar untuk bergerak
f) Berdiri daripda duduk

Bantai

a) Sembelih
b) Pukul
c) Makan

Belenggu

a) Gari,alat untuk memgikat


b) Kongkongan

Ayat Contoh
a) Awan mendung alamat akan hujan.
b) Posmen menghantar surat berdasarkan
alamat pada sampul surat.
a) Setiap tahun bulan Disember berada di
ambang tahun baru.
b) Layang-layang adik tersangkut pada ambang
pintu.
a) Bangunan pencakar langit itu baharu dibina
b) Banyak barang ciptaan baharu di pasaran.
c) Sayur-sayuran itu baharu dipetik dari kebun.
d) Adik baharu balik dari sekolah.
a) Buku-buku itu baik untuk dibaca.
b) Kecederaan kaki adik telah baik.
c) Kasut itu baik untuk adik.
d) Hubungan persahabatan Apin dan Bakar
sangat baik.
e) Tabiat abang yang baik itu disukai ayah.
a) Adik bangkit pukul 5.00 pagi
b) Pada hari kiamat semua mayat akan bangkit
dari kubur
c) Kek itu bangkit dengan elok setelah dibakar
d) Akibat diusik,kemarahan Alif mula bangkit
e) Akibat terlalu lama hidup dalam
kemiskinan,anaknya bangkit untuk membela
keluarga
f) Alice lee bangkit dari kerusi untuk menjawab
pertayaan gurunya.
a) Lima ekor lembu dibantai pada hari raya
korban
b) Peragut itu dibantai oleh orang ramai
c) Sebaik sahaja makanan itu dihidangkan,
tetamu mula membantai
a) Polis belenggu tangan lelaki tersebut kerana
mencuri
b) Negara di bawah belenggu penjajah sukar
untuk membuat apa-apa keputusan
1

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Bencana

a) Kecelakaan,malapetaka
b) Pengkhianatan,gangguan

Bernas

a) Berisi
b) Subur,penuh berisi(padi
atau gandum)
a) Penjodoh bilangan
b) Permukaan yang datar
c) Ukuran lebar
d) Jurusan, disiplin ilmu
e) Lapangan yang diceburi

Bidang

Bulat

a) Bentuk seperti bola


b) Bundar seperti duit syiling
atau roda
c) Tekad

Canggung

a) Kekok, tidak mahir


b) Kurang sempurna
c) Berasa segan silu,tidak
biasa

Celik

a) Mata terbuka
b) Dapat melihat
c) Insaf

Cerah

a) Baik,bahagia
b) Terang
c) Tidak gelap
d) wajah berseri

Cergas

a) Bertenaga
b) Pantas
c) Kegiatan jualan dan belian
d) Masih mengeluarkan wap
(aktif)

a) Negara jepun selalu dilanda ternyata bencana


alam
b) Penduduk kampong berasa sangsi akan
kehadiran lelaki tua itu,walhal dia tidak
mendatangkan bencana
a) Ucapan wakil rakyat itu sungguh bernas
b) Burung pipit sangat suka akan buah padi yang
bernas di sawah Pak Ajis
a) Pak Shukor mempuyai dua bidang tanah
b) Kotak kertas itu mempunyai empat bidang
c) Alas meja ini bidangnya satu meter
d) Abang mengambil bidang kedoktoran di
universiti
e) Azura menceburi bidang nyanyian
a) Emak menggentel tepung itu supaya menjadi
bulat
b) Meja di pejabat itu berbentuk bulat
c) Shafie membuat keputusan yang bulat demi
masa depannya
a) Cindy Looi kelihatan canggung ketika makan
nasi menggunakan tangan
b) Struktur ayat dalam penulisan karangan
Aminah didapati agak canggung
c) Najla yang pemalu berasa canggung apabila
diminta berucap
a) Mata adik celik walaupun dia tidur
b) Orang yang bermata celik dapat melihat apa
yang berlaku di sekitarnya.
c) Setelah bertahun-tahun terlibat dalam
Kegiatan jenayah,Chee Keong telah celik
akan kesilapannya itu
a) Masa depan Damia cerah jika dia berjaya
dalam peperiksaan itu
b) Cuaca hari ini sungguh cerah
c) Baju yang dipakai oleh adik berwarna cerah
d) Air muka emak cerah apabila mendengar
kejayaan adik
a) Syafiqah adalah seorang kanak-kanak yang
cergas
b) Pemain-pemain bola itu bergerak cergas di
padang
c) Pasaran saham Malaysia bergerak cergas
2

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Ceria

Dalang

Dangkal

Darjah

Gebu

Genap
Genting

Gondol

Gugup

d) Gunung berapi di Indonesia masih cergas


mengeluarkan laharnya
a) Kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia
a) Bersih,suci
kelihatan ceria
b) Riang, gembira
b) Anak-anak yang tinggal dirumah anak yatim
c) Menarik
kelihatan ceria bersama-sam rakan mereka
c) Pakaian pengantin baru itu kelihatan begitu
ceria
a) Pak Seman terkenal sebagai dalang dalam
a) Orang yang memainkan
permainan kulit di Kelantan
wayang kulit
b) Perancang sesuatu perkara b) Dalang yang mencetuskan pemberontakan itu
ditangkap polis semalam
a) Cetek(air)
a) Air Sungai Gombak menjadi dangkal pada
b) Tidak mendalam
musim kemarau
b) Kebanyakan pelajar mempuyai pengetahuan
yang dangkal dalam aspek ekonomi Negara
a) Kanak-kanak berumur tujuh tahun akan
a) Peringkat pengajian
belajar dalam darjah Satu
sekolah
b) Kerajaan berusaha untuk menggikan darjah
b) Taraf pencapaian
ekonomi rakyat
c) Unit ukuran
c) air mendidih pada suhu 100 darjah Celsius
a) Lembut
a) Kek yang dibuat oleh kakak sungguh gebu
b) Halus dan licin
b) Muka anak gadis Pak Abu kelihatan sungguh
gebu dan cantik
a) Cukup,lengkap
a) Saya belajar di sekolah ini genap 6 tahun
b) Bukan ganjil
b) Nombor-nombor genap senang dikira
a) Atap rumah yang diperbuat a) Rumah saya beratap genting
b) Nyawanya berada dalam keadaan genting
daripada sejenis tembikar
jika tidak dibedah
b) Suasana bahaya,cemas
c) Jalan yang genting itu selalu berlaku
c) Sempit atau kecil di
kemalangan
bahagian tengah (hampir
putus)
a) Kepala Pak Manaf kelihatan ancer kerana
a) Botak
tiada berambut
b) Tidak ditumbuhi pokok
b) Bukit tinggi itu ancer selepas dibersihkan
atau rumput
untuk projek perumahan
c) Tidak berdaun
c) Pokok-pokok kelihatan ancer akibat
musim kemarau
a) Bingung kerana takut
a) Amri menjadi gugup apabila disergah oleh
b) Tergagap-gagap,tidak
bapanya
b) Peserta itu tidak dapat menyampaikan ucapan
ancer
kerana gugup
c) Sangat bising,hiruk-pikuk
3

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

c) Sorakan penonton di stadium gugup sekali


Gugur

a) Jatuh, luruh
b) Mati

a)Buah duriam yang masak akan gugur


b) Ramai pejuang kemerdekaan gugur di medan
perang

Hambur

a) Bertaburan
b) Berselerak,bersepah
c) berderai

Hening

a) Jernih,bersih,bening
b) Sunyi,sepi,lengang

Hikmat

a) Kuasa luar biasa


b) Maksud sebenar
c) Pesanan bijak pandai

Hulu

a) Kepala
b) Bahagian atas sungai
c) Kawasan kampong yang
jauh pendalaman

Jelma

a) Jadian, berubah menjadi


benda yang lain
b) Lahir kembali, kelahiran
semula
c) Muncul dalam ingatan

Jemput

a) Ajak, undang
b) Disongsong, menyambut
c) Mengambil sesuatu
dengan hujung jari

Julang

a) Angkat sesuatu ke atas


b) Meninggi
c) Mendukung anak ke atas
bahu

a) Pasir yang dibawa lori itu berhamburan di


atas jalan raya
b) Alat tulis adik berhamburan di sana sini
selepas digunakan
c) Air mata adik berhamburan kerana dimarahi
kakak
a) Hening betul air sungai itu sehingga kita
boleh melihat ikan yang berenang didasar
sungai
b) Suasana malam itu sungguh hening,tiada
langsung kedengaran suara unggas
a) Batu hikmat itu dijual dengan harga
RM200.00
b) Kemerosotan ekonomi Negara pada tahun
1987 ada hikmat yang tersembunyi
c) Kata-kata hikmat oleh pendeta wajar
diteladani
a) Hulu keris itu bersalut emas
b) Hujan di bahagian hulu sungai menyebabkan
berlakunya banjir
c) Semua kawasan hulu akan disediakan
kemudahan asa yang diperlukan
a) Dalam cerita tersebut, anjing menjelma
menjadi arnab.
b) Ada orang yang percaya bahawa orang yang
mati akan menjelma semula.
c) Kenangan manis semasa berada di Afrika
jelma semula ketika keseorangan.
a) Cikgu Amin menjemput murid-muridnya
berhari raya ke rumahnya.
b) Saya yang jemput ayah di lapangan terbang.
c) Emak menjemput sedikit garam lalu
memasukkan ke dalam masakannya.
a) Ahli gusti menjulang lawannya lalu
menghempas ke lantai.
b) Api yang menjulang itu dapat dilihat dari
jauh.
4

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

d) Menyanjung tinggi

Kasar

a) Besar, tidak halus


b) Tidak licin, kesat, kasap
c) Buatannya tidak kemas
d) Tidak tertib, tidak sopan
e) Keras dan rendah
f) Lakaran, tidak terperinci

Kendur

a) Tidak tegang berkaitan


dengan tali
b) Tidak genting, tidak kuat
lagi berkenaan dengan
keadaan atau suasana

Kesan

a) Akibat
b) Tanda yang ditinggalkan
c) Fikiran yang muncul
setelah melakukan sesuatu
perbuatan

Kusut

a) tidak sikat rambut


b) Fikiran tidak tenteram
c) Bersimpul

Lali

a) Tidak berasa apa-apa pada


kulit, kebas
b) Biasa dengan sesuatu hal
sehingga tidak terasa
sulitnya
a) Panjang, seterusnya
b) Tinggi (umur)

Lanjut

Lapuk

a) Terlalu lama dan


ditumbuhi cendawan

c) Azman menjulang anaknya Adam ke atas


bahu sambil berjalan.
d) Sebagai rakyat negara ini, setiap rakyat perlu
menjulang nama negara.
a) Alat menangkap ikan itu dibuat daripada
benang kasar.
b) Permukaan kertas pasir itu kasar.
c) Sulaman baju itu kelihatan kasar.
d) Kata-kata gadis itu kasar dan boleh
menyebabkan orang lain tersinggung.
e) Ziela mempunyai suara yang kasar seperti
suara lelaki.
f) Pihak polis telah melukis rajah kasar tentang
kemalangan itu.
a) Tali ampaian di belakang rumah menjadi
kendur kerana ditarik oleh adik.
b) Selepas ditamatkan perintah darurat, keadaan
kawalan keselamatan negara menjadi
kendur.
a) Keluarganya hidup menderita kesan daripada
perbuatan zalim anaknya itu.
b) Ada kesan tapak kaki harimau di luar rumah
Pak Lajim.
c) Perbuatan mendera kanak-kanak akan
meninggalkan kesan jangka panjang terhadap
diri mangsa.
Rambut nenk kusut kerana telah lama tidak
bersikat.
Dia tidak dapat menyelesaikan masalahnya
kerana fikirannya kusut.
Tali yang kusut sukar untuk diceraikan.
a) Mulutnya berasa lali selepas disuntik sebelum
giginya dicabut.
b) Rakyat Arab sudah lali dengan kekejaman
Israel.
a) Pihak polis akan memberi keterangan lanjut
berkaitan kes itu.
b) Usia Pak Dollah telah lanjut.
a) Titi batang kelapa itu lapuk dan mulai reput.
b) Rumah lapuk di hujung kampung itu mulai
5

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Larut

Lega

b)
a)
b)
c)

Usang
Terlalu jauh
Hancur, sebati
Semakin bertambah

a) Tidak sempit, lapang


b) Senang hati dan tenteram

a)
b)
c)
a)
b)

Lekang

a) Pecah atau retak, merekah


b) Mudah tanggal, longkah,
tidak melekat
c) Terkopek (cat), tertanggal

a)

b)
c)

Lembap

a) Masih basah, tidak kering


b) Tidak cergas atau tidak
cekap
c) Tidak rancak, perlahan

a)
b)
c)

Lengang

a) Tidak sibuk, sepi


b) Sunyi

a)
b)

Liat

Licin

a) Tidak mudah patah atau


putus
b) Pekat, sejenis tanah
c) Cekal, tidak mudah kalah
d) Payah, sukar untuk
melakukan
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Tidak berkedut
Boleh mengelincirkan
Lancar
Permukaan yang halus
Tidak ditumbuhi apa-apa
Habis sama sekali
Licik, pandai melepaskan
diri

a)
b)
c)
d)
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
6

roboh.
Hari sudah larut malam.
Garam yang dimasukkan ke dalam masakan
itu telah larut.
Penyakit jantung datuk semakin larut.
Ruang bilik adik lega untuk memuatkan tiga
orang
Cikgu Saad berasa lega apabila kesemua
muridnya berjaya dalam peperiksaan lepas.
Bibir mulut kanak-kanak di negara Afrika itu
lekang apabila cuaca panas melanda negara
tersebut.
Buah rambutan yang dijual itu lekang isinya
dan sedap dimakan.
Cat pada dinding bangunan lama itu mudah
lekang.
Baju yang dicuci itu masih lembap walaupun
dijemur seharian.
Beberapa orang murid Kelas 5 Merah
lembap dalam pelajaran Metematik.
Muzik lembap tidak diminati oleh golongan
remaja.
Jalan raya di Kuala Lumpur menjadi lengang
pada musim perayaan.
Kawasan taman itu menjadi lengang apabila
penghuninya tidur nyenyak.
Daging lembu tua memang liat untuk
dimakan.
Tanah liat boleh dibentuk menjadi sesuatu
objek.
Ahli gusti itu liat untuk dikalahkan.
Adnan memang liat untuk mengulang kaji
pelajaran walaupun disuruh beberapa kali.
Baju adik yang baru digosok kelihatan licin.
Lantai bilik air rumah Samy sangat licin.
Majlis hari jadi adik berjalan dengan licin.
Permukaan papan itu licin selepas diketam.
Kepala Wahid menjadi licin selepas
rambutnya dicukur.
Harta nenek licin dikikis oleh anak tirinya.
Akhirnya pencuri yang licin itu berjaya
ditangkap polis.

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Lunak

Luntur

Mata

Matang

a) Empuk, lembut
b) Lembut dan merdu
berkaitan dengan suara
c) Sifat yang tidak lekas
marah
a) Berubah warna berkaitan
kain dan lain-lain
b) Berubah atau bertukar
c) Kurang atau hilang
berkaitan kasih sayang
a) Deria untuk melihat
b) Bahagian yang tajam
c) Punca, sumber pendapatan
d) Markah yang diperoleh

a)
b)
c)
d)

Meleset

a)
b)

Mendung

a)

b)
c)

Merosot

a)
b)
c)

Muak

a)

a) Isi kelapa muda itu sungguh lunak.


b) Suara penyanyi itu sungguh lunak untuk
didengar.
c) Lunak sungguh sifat wanita itu.

a) Uniform sekolahnya telah luntur.


b) Walaupun banyak halangan ditempuhi,
semangatnya tidak luntur.
c) Perasaanya terhadap lelaki itu semakin
luntur.
a) Ramai pesakit mejalani pemeriksaan mata.
b) Mata pisau yang baru diasah kelihatan
bercahaya.
c) Pada musim tengkujuh, mata pencarian
nelayan akan terjejas.
d) Setiap pemain yang berjaya menamatkan
setiap acara akan mendapat empat mata.
a) Buah padi yang matang akan dituai oleh
Masak, cukup mekar
petani.
Hampir pecah (bisul)
b) Bisul pada betis adik sudah matang.
Dewasa, menunjukkan
c) Pemikirannya mulai matang sejajar dengan
kesempurnaan
peningkatan umurnya.
Cukup tempoh (simpanan
d) Simpanan bon yang matang boleh ditebus
bon, saham, simpanan
semula.
tetap)
Tidak tepat atau tidak kena a) jangkaan saya Azura akan kahwin pada
minggu ini meleset sama sekali.
tempatnya
Merosot dalam perniagaan, b) Ekonomi Malaysia meleset pada tahun 1997.
keadaan ekonomi
a) Langit kelihatan mendung terutama pada
Awan yang kehitaman
waktu petang.
(gelap) menandakan hari
b) Air muka Shamsiah kelihatan mendung
hendak hujan
kerana gagal dalam peperiksaan.
Suram, muram (air muka)
c) Cuaca yang mendung pada hari ini sesuai
Redup akibat cahaya
untuk aktiviti luaran.
matahari dilindungi, tidak
terang
a) Lori yang diletakan di atas bukit itu merosot
Tergelincir, turun
sedikit ke bawah.
Harga turun, jatuh
b) Harga ayam merosot 20 sen akibat bekalan
Berkurangan (berkaitan,
berlebihan.
perniagaan)
c) Akibat ekonomi negara yang lemah,
perniagaan mereka merosot.
Bosan, jemu
a) Bedah muak berada di rumah seharian.
7

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Muka

Padat

Pedih

Pelik

Pelopor

b) Jijik atau benci kerana


mendengar atau melihat
a) Bahagian hadapan kepala
(dari rambut sampai ke
dagu)
b) Wajah
c) Hadapan
d) Hari akan datang, masa
depan
e) Halaman buku
f) Pendahuluan, permukaan
g) Peluang

b) Amin muak mendengar cerita Joyah yang


suka memburuk-burukkan orang lain.
a) Mazidul memalingkan mukanya ke kiri
apabila namanya dipanggil.
b) Muka gadis itu sungguh cantik
c) Pengedar dadah yang ditangkap itu akan
dihadap ke muka pengadilan.
d) Mahasiswa disaran belajar bersungguhsungguh demi hari mika.
e) Murid-murid dikehendakimembuka muka
surat dua.
f) Martin membayar wang muka kereta Proton
Waja sebanyak RM20 000.00
g) Guru disiplin tidak akan memberi muka
kepada pelajar yang ponteng sekolah.
a) Penuh, sesak, berasak-asak a) Keadaan di dalam bas mini padat dengan
penumpang.
b) Penuh dan rapat, padu,
b) Tanah tidak padat seperti batu.
tumpat
c) Penduduk Taman Perumahan Jati sangat
c) Banyak sekali
padat.
penduduknya
d) Ucapan Perdana Menteri padat dengan katad) Banyak isi berkaitan
kata nasihat.
ucapan, karangan, bernas
e) Air yang dibekukan menjadi ketulan yang
e) Pejal (tidak cair)
padat.
a) Tangan pembantu rumah yang cedera itu
a) Rasa sakit seperti luka
terasa pedih apabila terkena air.
terkena air limau
b) Dia berasa pedih apabila mendengar katab) Sangat sedih, sakit hati
kata kesat anaknya.
a) Reriang adalah haiwan yang pelik kerana
a) Ganjil, Tidak biasa, aneh
hidup di dalam tanah bertahun-tahun lamanya
b) Tidak mudah difahami,
sebelum keluar mendapatkan cahaya untuk
susah
mati.
c) Berasa hairan
b) Perkataan-perkataan pelik yang digunakan
oleh penceramah ketika berceramah tidak
difahami oleh khalayak.
c) Orang ramai pelik melihat gelagat seorang
lelaki berjalan kepala ke bawah.
a) Orang yang berjalan di
a) Pasukan tentera menjadi pelopor dalam acara
hadapan (dalam perarakan)
perbarisan Hari Kemerdekaan.
b) Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi
b) Perintis, pembuka jalan,
pelopor dalam bidang penyelidikan
pengasas
samudera.
8

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Penggal

a) Kerat, potong
b) Bahagian atau jilid buku
c) Bahagian, masa pengajian
persekolahan dalam satusatu tahun, semester

Pudar

a) Kabur
b) Pasif
c) Kelam, kurang cahaya

Rampas

a) mengambil dengan
kekeran
b) Mengambil alih kuasa
secara paksa
c) Menyita

Rancak

a) Cepat dan riang


b) Giat, aktif, bersungguhsungguh

Rancang

a) mengatur sesuatu terlebih


dahulu, merencankan
b) Membuat aggaran
c) Bercadang,
mempertimbangkan

Rapat

a) Hampir
b) Akrab
c) Hampir bertemu, hampir
tiada celah
d) Tiada yang rengang
walaupun sedikit
e) Sangat kerap berkaitan
dengan anyaman
f) Penuh sesak, padat
a) sama banyak
b) Datar, tidak tinggi
c) Menyeluruh, seluruh
permukaannya diliputi

Rata

a) Ular yang memakan ayam Pak Karim


dipenggal kepalanya.
b) Buku Harry Porter penggal 1 telah habis
dijual.
c) Pengajian di universiti dibahagi kepada dua
penggal.
a) Warna seluarnya telah pudar.
b) Semangatnya untuk belajar semakin pudarb
setelah kematian emaknya.
c) Cahaya lampu di dalam bilik itu semakin
pudar.
a) Peragut itu cuba merampas beg tangan
seorang wanita.
b) Ketua pemberontak merampas kuasa
daripada Perdana Menteri negara itu.
c) Pihak berkuasa akan merampas gerai
peniaga yang tidak membayar sewa bulanan.
a) Ramai remaja suka mendengar lagu-lagu
rancak.
b) Kakak rancak menyediakan makanan di
dapur.
a) Pihak kerajaan merancang untuk
melaksanakan pelbagai projek demi
kemudahan rakyat.
b) Ahli perniagaan perlu merancang
perbelanjaan mengikut keperluan dan
kepentingan perniagaan.
c) Albert merancang untuk melancong ke Arab
Saudi pada masa cuti akan datang.
a) Meja itu rapat dengan bilik saya.
b) Persahabatan Angelina dengan Azizah sangat
rapat.
c) Para penonton berdiri rapat ketika
menyaksikan pertunjukan pentas.
d) Tingkap itu ditutup rapat.
e) Tikar yang dianyam oleh emak sangat rapat.
f) Rumah di Taman Seri Gombak agak rapat
antara satu sama lain.
a) Tanah peninggalan Pak Akob dibahagi sama
rata kepada anak-anaknya.
b) Kawasan bukti itu menjadi rata, setelah
ditarah.
9

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Redup

Rendang

d) Tersebar ke mana-mana
(berkaitan penyakit, berita
dan lain-lain)
a) langit berawan, cuaca tidak
terang, mendung
b) Kurang cahaya, suram
c) Reda, berhenti, tenang
kembali

a) Sejenis lauk (daging yang


dimasak dengan campuran
rempah dan dimasak
hingga kering atau pekat)
b) Banyak daun dan cabang
(berkaitan dengan pokok),
rimbum
Renggang a) Tidak rapat (berkaitan
lantai, dinding, pintu dan
lain-lain)
b) Tidak erat atau tidak rapat
(berkaitan persahabatan)
Resap
a) Menyerap, masuk ke
dalam liang (berkaitan
cecair)
b) Masuk ke dalam hati, lekat
benar
c) Masuk ke dalam sesuatu
dan menjadi
sebahagiannya (budaya
dan bahasa)
Retak
a) Garisan yang kelihatan
pada benda keras dan akan
pecah (pinggan, gelas,
dinding, tembok)
b) Terdapat kekurangan
(tidak sempurna), cacat
c) Hubungan yang renggang,
tidak sepakat
Rimas
a) Berasa tidak enak kerana
panas
b) Tidak senang hati, gelisah
dan lain-lain

c) Jururawat menyapu ubat di seluruh badan


pesakit itu sehingga rata.
d) Penyakit taun sudah rata di kampung itu.
a) Hari yang redup sesuai untuk melakukan
aktiviti luaran.
b) Akibat terlalu sedih, wajahnya kelihatan
redup.
c) Ribut yang melanda kampung itu redup
setengah jam kemudian.
a) Pada hari raya Mak Limah akan memasak
rending daging untuk dimakan dengan
ketupat.
b) Pokok ketapang yang rending itu menjadi
tempat berteduh sementara kepada para
pekerja ladang.
a) Kok Meng melihat ke dalam rumah itu
melalui tingkap yang renggang.
b) Semenjak dia berpindah ke tempat lain,
hubungan kami semakin renggang.
a) Air mudah meresap ke dalam pasir.
b) Segala yang dikatakan oleh arwah ibunya
meresap ke dalam hati Alia.
c) Beberapa perkataan bahasa Arab meresap ke
dalam bahasa Melayu.

a) Retak pada dinding rumah itu semakin besar.


b) Kerja-kerja yang dibuatnya itu banyak yang
retak.
c) Hubungan Ranisamy dengan Vistanim mulai
retak selepas berlaku pertengkaran yang
kecil.

a) Pada musim kemarau, kita akan berasa rimas


berada di dalam rumah yang tidak berkipas.
b) Azrai berasa rimas gengan sikap ibunya yang
terlalu mengongkong.
10

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Ringkuk

a) Terkurung dalam penjara


b) Duduk atau bebaring serta
membengkokkan badan

Rombak

a) Membuka semula sesuatu


yang telah dijahit
b) Menyusun atau mengatur
sesuatu semula
a) Muram, suram (berkaitan
muka)
b) Redup, mendung
c) Dapur tempat memasak
nasi ketika kenduri

Sabak

Sadai

Sadang

Sangkut

Sebak

a) terbaring serta
melunjurkan kaki
(berkaitan dengan orang)
b) Terletak di tempat yang
lebih tinggi, terdampar
c) Tidak laku (barangan
jualan), tidak dipinang
orang
a) Tali yang diselendangkan
di bahu (disilangkan di
dada)
b) Memikul
c) Menjawat sesuatu jawatan,
memegang gelaran
a) Terlekat pada sesuatu,
tergantung
b) Tidak dapat bergerak,
terhenti
c) Terlibat sama, terbawa
masuk
d) Tertumpu, terlekat
a) Penuh dengan air mata dan
akan menitik (air mata
mengenangi kelopak mata)
b) Sesak nafas
c) Hampir banjir (sungai),

a) Pembunuh tersebut meringkuk di dalam


penjara sementara menunggu hukuman
gantung dijalankan.
b) Peminta sedekah itu tidur meringkuk di
stesen bas.
a) Tukang jahit merombak semula jahitan yang
tidak betul.
b) Pihak lembaga pengarah syarikat itu akan
merombak pengurusan syarikat tersebut.
a) Wajah Armitah kelihatan sabak.
b) Kanak-kanak bermain laying-layang di
padang pada waktu petang kerana cuaca
sabak.
c) Orang-orang perempuan yang berada di
sabak sedang sibuk menyediakan makanan
untuk kenduri itu.
a) Akibat terlalu letih, Pak Mat tersadai di luar
rumah.
b) Perahu nelayan tersadai di pantai akibat
pukulan ombak yang kuat.
c) Barang-barang jualan Mak Minah tersadai di
gerainya.

a) Anggota polis menyandang senapang ketika


bertugas.
b) Pekerja itu menyandang seguni padi di atas
bahunya untuk diletakan di atas lori.
c) Datos Seri Abdullah menyandang jawatan
Perdana Menteri Malaysia.
a) Adik sangkut bajunya pada sebatang paku.
b) Komputer yang menuju ke Rawang
tersangkut di pertengahan jalan.
c) Hasil siasatan polis Azizi tersangkut dalam
kejadian rompakan itu.
d) Pandangan Naziah tersangkut pada wajah
wanita tua itu.
a) Matanya sebak melihat penderitaan anakanak kecil akibat kezaliman tentera Israel.
b) Bahunya terhinggut-hinggut kerana menahan
sebak.
c) Anak sungai itu mula sebak akibat hujan
11

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Sengit

a)

b)

Serba

c)
a)
b)
c)

Serbu

a)
b)

Seret

a)
b)

Serong

Tagih

Tanggal
Tawar
Tegang

Terbit

a)
b)

penuh dengan air


Hebat atau hangat
(perarungan atau
perlawana)
Menyakitkan hati, keras,
pedas (perkataan yang
digunakan)
Bengis
Seluruhnya, segalanya
Dalam apa juga, dalam
segala hal
Pelbagai, bermacammacam
Menyerang, merempuh,
melanggar
Pergi beramai-ramai,
meluru
Menarik sesuatu, ditarik
secara bergeser pada lantai
Memaksa orang atau
binatang mengikut serta
Tidak tepat atau lurus
Berniat jahat, curang

a)

b)
c)
a)
b)
c)
a)
b)
a)
b)

lebat selama beberapa jam.


Perbahasan di Dewan Rakyat sengit antara
penyokong kerajaan dengan pihak
pembangkang.
Kata-kata jirannya yang sengit itu
menyinggung perasaannya.
Muka lelaki itu kelihatan sengit walaupun
hatinya baik.
Model itu berpakaian serba biru.
Dia sanggup membantu orang yang susah
walaupun dalam serba kekurangan.
Pakaian para tetamu dalam majlis itu serba
warna yang cantik.
Pasukan polis menyerbu rumah perjudian di
sebatang lorong di Gombak.
Orang ramai menyerbu ke sebuah pasar raya
yang mengadakan jualan murah.
Mangsa bunuh itu diseret beberapa meter
sebelum ditinggalkan di situ.
Lembu itu diseret ke air oleh Pak Badar.

a) Garisan itu serong ke kanan.


b) Dia berniat serong di sebalik bantuan yang
diberi.
a) Meminta sesuatu
a) Murid-murid yang mendapat 5a dalam UPSR
dijelaskan seperti yang
menagih janji daripada guru mereka.
dijanjikan
b) Pihak bank menagih hutang daripada
b) Meminta dijelaskan hutang
peminjam yang tidak menjelaskan pinjaman
mereka.
c) Keinginan yang benarc) Warga emas yang mendiami rumah-rumah
benar
kebajikan menagih kasih sayang daripada
anak-anak mereka.
a) Tarikh, hari bulan
a) Saya dilahirkan tanggal 6 Seotember 1965.
b) Lucut, luruh, cabut
b) Butang seluar adik telah tanggal.
a) Hampa
a) Hatinya sudah tawar untuk bekerja di situ.
b) Tidak berasa apa-apa
b) Air kopi itu rasanya tawar.
a) Tali penyidai di ampaian itu sangat tegang.
a) Tidak kendur
b) Otot-otot badannya menjadi tegang selepas
b) Keras, liat
bersenam.
c) Tidak erat
c) Hubungan antara kedua-dua pihak agak
tergang.
a) Muncul
a) Matahari terbit pada waktu pagi dari arah
12

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

b) Timbul perasaan
c) Dikeluarkan (bahan
bercetak)

timur.
Terbit perasaan curiga di hatinya apabila
mendengar desas-desus suaminya bercinta
lagi.
Buku ini diterbitkan oleh Marshall
Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lakukan perbuatan itu mengikut tertibnya.
Anak gadis Pak Hamid sangat tertib.
Darah kita mengalir melalui urat yang
terdapat dalam tubuh kita.
Dia menggunakan beberapa urat benang
untuk menjahit butang baju.

b)

c)
Tertib
Urat

Usang

a) Peraturan yang baik


b) Sopan santun
a) Pembuluh darah, saluran
kecil dalam tubuh
b) Penjodoh bilangan (untuk
yang halus seperti dawai,
rambut, benang)
a) Lama, kuno
b) Tidak subur

a)
b)
a)
b)

a) Rumah datuk yang ditinggalkan di kampung


menjadi usang.
b) Tanah seluas satu hektar itu terbiar menjadi
usang.

PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA KATA BERIMBUHAN


Kata
bercampur

Makna
a) Berkawan
b) Sebati

a)
b)

berdamping

berdaya

a) Berada dekat,
berhampiran
b) Bergaul, berkawan
a) Bertenaga, berupaya
b) Berakal

a)
b)
a)
b)

berdepan

a) Bertemu muka, bersua


b) Beradu, berlawan

a)
b)

bergaul

a) Bercampur, bersahabat
b) Telah diuli

a)
b)
13

Ayat Contoh
Emak mengingatkan abang supaya tidak
bercampur dengan budak-budak nakal.
Minyak tidak akan bercampur dengan air
walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang
sama.
Adik sentiasa berdamping dengan ayah
ketika makan malam.
Linda suka berdamping dengan kawankawan yang baik sahaja.
Walaupun berlari sejauh 10 kilometer,
Raman masih berdaya untuk berenang.
Budak itu kecil tetapi berdaya
menyelesaikan soalan matematik yang
sudah itu.
Penjenayah itu tidak berkata apa-apa ketika
berdepan dengan anggota polis.
Mike Tayson akan berdepan dengan
lawannya yang lebih hebat dalam
permainan tinju.
Jamaliah melarang anaknya bergaul
dengan budak-budak yang nakal.
Tepung itu telah bergaul dengan serbuk

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

bergelora

berkembang

a) Gelombang besar, ombak


besar
b) Berkobar-kobar

a) Terbuka
b) Tersebar

a)
b)

a)
b)

berkenan

a) Bersetuju dihati, suka


b) Sudi, sanggup

a)
b)

berlepas

bersalin

bersandar

berselisih

a) Berangkat ke sesuatu
tempat
b) Tidak terikat atau tidak
bertambat
c) Tidak melibatkan diri

a) Bertukar bentuk kepada


yang lain, berubah
b) Melahirkan anak, beranak
c) Bertukar pakaian
a) Duduk atau berdiri
dengan mengenakan
belakang kepada sesuatu
objek
b) Bersangga pada
c) Berhadap pada bantuan
a) Berbeza
b) Berlainan pandangan,
tidak sepakat
c) Bertemu di jalan

a)
b)
c)

a)
b)
c)
a)
b)
c)

a)
b)
c)

bersumpah

a) Menyatakan atau
menafikan sesuatu
b) Berjanji

a)
b)
14

kari.
Keadaan Laut China Selatan bergelora dan
berbahaya kepada para nelayan.
Semangat pemain bola sepak sekolah
bergelora untuk menentang pasukan
Sabah.
Payung terjun anggota TUDM itu tidak
berkembang menyebabkan dia terjatuh.
Agama Islam telah berkembang di Tanah
Melayu sebelum merdeka lagi.
Saya berkenan dengan barang-barang
antic tersebut.
Baginda Sultan Melaka berkenan
menghadiri majlis perkahwinan saya.
Bapa akan berlepas ke Indonesia pada
malam ini.
Lembu-lembu Pak Dolah yang berlepas itu
dicuri orang.
Jika kamu ditangkap polis, saya akan
berlepas diri kerana tidak sanggup
dipertanggungjawabkan
Ular sawa itu bersalin kulit.
Kakak bersalin anak pertama di hospital.
Adik bersalin pakaian biasa kepada
pakaian renang sebelum ke tepi pantai.
Datuk berdiri sambil bersandar pada tiang
seri rumah itu.
Tangga kayu itu erdasar pada dinding
rumah.
Perbelanjaanya semasa menuntut di
universiti berdasar pada wang
biasiswanya.
Jumlah modal dengan keuntungan
berselisih RM50 000.00
Dalam perbincangan itu pengerusi dengan
penolongnya telah berselisih pendapat.
Emak berselisih dengan Puan Aidah di
pasar.
Fadzli bersumpah tidak melakukan
perbuatan yang terkutuk itu.
Mira bersumpah akan belajar bersungguhsungguh sehingga berjaya.

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

bertimbun

a) Banyak
b) Bertindih, berlonggok

berupa

a)
b)
c)
d)

menlanggar

a)
b)
c)

membalas

a)
b)
c)

membeku

a)
b)

mendukung

a)

b)
c)
d)
menentang

a)
b)
c)

a) Kerja-kerja sekolah yang bertimbun itu


perlu dibantu untuk diselesaikan
b) Fail-fail Penting bertimbun di atas
mejanya.
a) Kadang kala syaitan berupa manusia
Ada rupa, wujud, nyata
biasa, kata ustaz.
Bersimbol seperti
b) Lambang Kerajaan Sarawak berupa
Dalam bentuk
burung Kenyalang.
Elok rupanya, cantik
c) Mangsa kebakaran itu menerima bantuan
berupa wang, makanan dan tempat tinggal.
d) Emak terlalu memilih menantu yang
berupa sahaja.
a) Sebuah kereta telah melanggar belakang
Merempuh
kereta saya.
Tidak patuh
b) Jangan melanggar peraturan dan undangMenyerang
undang negara.
c) Tentera Amerika Syarikat melanggar
negara Iraq.
Menjawab
a) Suzie telah membalas surat kawan
Memberikan sesuatu
baiknya.
sebagai tanda terima kasih b) Ramai menteri menerima pingat kebesaran
sebagai membalas jasa mereka terhadap
Tebus, tuntut
negara dan rakyat.
c) Fok Keong akan membalas perbuatan
lelaki itu terhadap ayahnya.
a) Air paip itu membeku setelah diletakkan di
Menjadikan sesuatu itu
dalam peti sejuk.
beku
b) Kerajaan membekukan pengambilan
Menghentikan sesuatu
pekerja asing ke Malaysia.
pengambilan buat
sementara
a) Hasliza mendukung adik kecilnya sambil
Membawa dengan
berjalan.
meletakkan pada
b) Kata-kata puitis digunakan untuk
pinggang (membawa
mendukung jalan cerita itu.
kanak-kanak)
c) Semua rakyat mesti mendukung Wawasan
Mengemukakan
2020.
Menyokong
d) Zakaria mendukung watak Hang Tuah
Bertanggungjawab
dalam drama tersebut.
a) Pak guru itu menentang mata anak-anak
Menatap dengan tepat,
buahnya sambil berpesan.
memandang dengan tepat
b) Pihak polis akan menentang jenayah yang
Memerangi musuh
berlaku di Kuala Lumpur.
Tidak bersetuju,
15

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

membangkang

mengacau

a)
b)
c)

mengait

a)
b)

mengancam

a)
b)

menggulung

a)
b)
c)

menghempas

a)
b)
c)
d)

Mengutuk

a)
b)

Menjelma

a)
b)
c)

terpacul

a)
b)

c) Setiausaha syarikat itu menentang segala


cadangan yang diberikan oleh pekerja
bawahan.
a) Halida mengacau air kopi untuk diminum.
Menggaul
b) Raman suka mengacau rakan-rakan di
Mengganggu
dalam kelasnya.
Merungsingkan
c) Masalah itu sentiasa mengacau fikirannya.
Memetik sesuatu
a) Abang mengait buah langsat di dusun Pak
Merajut dengan jarum kait
Mazlan
b) Mariam mengait baju menggunakan
benang emas.
a) Penculik yang mengancam keluarga ahli
Menakut-nakutkan,
perniagaan itu telah ditangkap polis.
mengugut
b) Perbuatan pemburu haram yang memburu
Mendatangkan musibah,
binatang liar boleh mengancam kehidupan
membahayakan
binatang tersebut.
a) Ramlee menggulung tali yang panjang itu.
Melilit
b) Ketua pembangkang menggulung hujahMengakhiri
hujah perbahasannya.
Membentuk lipatan
c) Saya yang menggulung tikar di rumah
Mak Lijah selepas majlis tersebut.
a) Ombak besar menghempas pantai dengan
Memukul (ombak)
kuat.
Membanting (padi)
b) Petani itu menghempas padinya agar
Menjatuhkan diri
terlerai daripada tangkai.
Meneutup dengan kuat
c) Adik menghempas tubuhnya ke atas katil
di dalam bilik.
d) Shuhada menghempaskan pintu biliknya
kerana terlalu marah.
e)
Menyumpah, melaknat
a) Tuhan akan mengutuk mereka yang
Menganggap keji
berbuat dosa.
b) Kita tidak boleh mengutuk orang lain.
a) Orang yang sudah mati akan menjelma
Lahir kembali
kembali.
Bertukar bentuk
Muncul dalam pemikiran b) Harimau itu menjelma menjadi seekor
kucing.
c) Tiba-tiba wajah Pak Ngah yang telah
meninggal dunia menjelma dalam
fikirannya.
Terkeluar
a) Kata-kata yang kasar terpacul daripada
Terjengul
mulut gadis itu.
16

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

tertakluk

a) Tertawan
b) Wajib, patuh
c) Bergantung kepada,
terikat

anjuran

a) Sesuatu yang diadakan


oleh pihak-pihak tertentu
b) Usulan, saranan

aturan

a) Susunan
b) Peraturan
c) Ketertiban

cabaran

a) Dugaan, ujian
b) Bertentangan

lambaian

a) Gamit
b) Ayunan

lapangan

a) Kawasan yang luas


b) Jurusan, bidang

berdampingan a) Berada dekat


b) Bergandingan, bersamasama
berhamburan

a) Bersepah-sepah
b) Bercucuran, berderaiderai

berturutan

a) Terus-menerus dengan

b) Orang tua itu, tiba-tiba terpacul di hadapan


kami.
a) Banyak negara di dunia tertakluk di
bawah penjajahan British.
b) Sebagai rakyat, kita tertukluk kepada
undang-undang negara.
c) Kehidupan nelayan tertukluk kepada
banyak atau sedikit hasil tangkapan
mereka.
a) Hari kantin anjuran Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Sungei Way mendapat
sambutan hangat.
b) Anjuran Perdana Menteri agar rakyat
negara ini saling membantu mendapat
sambutan.
a) Aturan fail di atas meja itu tidak kemas.
b) Setiap pekerjaan mesti mengikut
aturannya.
c) Anak-anak Mak Cik Pahmah dididik
dengan penuh aturan.
a) Pejuang kemerdekaan negara berjaya
menempuh cabaran.
b) Pemain badminton negara bersedia
menghadapi cabaran di kejohanan
tersebut.
a) Lambaian mangsa lemas itu disedari orang
ramai.
b) Lambaian dedun pokok kelapa pada waktu
petang mengasyikkan.
a) Padang itu merupakan lapangan latihan
menembak.
b) Ravi mengambil lapangan undang-undang
dalam pengajiannya di universiti.
a) Kucing yang manja itu selalu
berdampingan dengan tuannya.
b) Faiz dan Danial berdampingan
menyelesaikan masalah itu.
a) Sampah sarap berhamburan di Bandar
Kota Bahru selepas banjir melanda.
b) Air mata gadis itu berhamburan apabila
dimarahi ibunya.
a) Manik-manik dihajit berturutan pada
17

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

kepantasan

membaui

teratur, bersambungsambung
b) Bertubi-tubi, berulangulang
a) Kelajuan
b) Ketangkasan

a)
b)

menyelami

a)
b)

merentasi

a)
b)

mendedahkan a)
b)
c)

menggelapkan a)
b)
c)

menyarungkan a)
b)

bajunya.
b) Polis melepaskan tembakan erturutan ke
arah penjenayah itu.

a) Kereta lumba itu bergerak dengan


kepantasan yang tinggi.
b) Kepantasan ahli silat itu mengagumkan
penonton.
a) Anjing itu membaui tapak kaki penjenayah
Mencium berulang kali
sebelum mengekori kesan tapak kaki itu.
untuk memastikan buanya
b) Pihak komando telah membaui tempat
Merisik
anggota penjenayah bersembunyi.
Masuk ke dalam air untuk a) Anggota penyelamat menyelami tasik
Kenyir untuk mencari mangsa bot karam.
mendapatkan sesuatu
b) Kaunselor cuba menyelami masalah yang
Berusaha untuk
dihadapi pelanggannya.
mengetahui lebih lanjut
dalam pemikiran
seseorang
Melintasi
a) Kakak merentasi jalan yang sunyi ke
Merintis
rumah kawannya.
b) Titi yang merentasi sungai itu hanyut
dibawa arus ketika banjir.
a) Ayah memarahi kakak kerana memakai
Membuka
pakaian yang mendedahkan aurat.
Tidak ditutup
b) Penjual itu mendedahkan makanan yang
Memberitahu
dijual.
c) Pihak polis tidak akan mendedahkan
segala maklumat kepada orang awam.
a) Abang menggelapkan bilik tidurnya
Menjadikan gelap
sebelum tidur.
Mencuri, menghilangkan
b) Pihak syarikat menyedari salah seorang
Menyempitkan peluang
pekerjanya menggelapkan wang syarikat.
c) Perbuatan pemuda itu menggelapkan masa
depannya sendiri.
Mengenakan
a) Dia menyerungkan cincin ke jari
Memasukkan ke dalam
tunangnya.
b) Hang Tuah menyarungkan kerisnya
semula.

PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA KATA GANDA


Kata
alang-alang

Makna
a) Tidak bersungguh-

Ayat Contoh
a) Majikan memarahi pekerjanya kerana kerja
18

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

sungguh
b) Sedikit, kurang
angan-angan

a) gambaran masa hadapan


b) Ingatan, khayalan

b)
a)
b)

bulat-bulat

a) Dengan begitu sahaja


b) Semuanya
c) Berbentuk bulat

a)
b)
c)

cabangbercabang

a) Tumbuh banyak cabang


b) Berdolak-dalik

a)
b)

gara-gara

a) bencana, huru-hara
b) Akibat daripada

gilanggemilang

a) Sangat elok, cantik sekali


b) Terang-benderang
c) Cemerlang, paling baik

habis-habis

a) Kesemuanya
b) Paling-paling

a)

b)
a)
b)
c)
a)
b)

huru-hara

a) Dalam keadaan tidak


tenteram
b) Keadaan kelam-kabut
c) Berjalan tanpa tujuan

a)
b)
c)

kelip-kelip

kisi-kisi

a) Sejenis serangga yang


bersayap
b) Jemeki, labuci
a) Batang-batang daripada
kayu atau logam yang

a)
b)
a)
19

alang-alang sahaja.
Bukan alang-alang dia mengeluarkan
wangnya dari bank.
Angan-angan Zaidah hendak menjadi
jurutera.
Firdaus sering termenung sambil
memasang angan-angan.
Cadangan Amirudin itu diterima bulatbulat.
Ular sawa itu menelan anak lembu bulatbulat.
Adik suka bermain dengan benda yang
bulat-bulat.
Pokok rambutan itu semakin membesar dan
cabang-bercabang.
Dia tidak disukai teman-teman kerana suka
bercakap cabang-bercabang.
Kesan daripada gara-gara peperangan,
ramai penduduk negara itu menjadi
pelarian.
Gara-gara suka berjadi, hidupnya melarat.
Rupa para gadis itu gilang-gemilang.
Bulan yang mengambang gilang-gemilang.
Keputusan peperiksaan sekolah itu gilanggemilang.
Berfikirlah habis-habis sebelum kamu
membuat keputusan, kata ibu.
Apa sangatlah kerja yang boleh dibuat oleh
orang tua itu, habis-habis menyapu
sampah di laman.
Negara Iraq masih dalam keadaan huruhara akibat peperangan.
Zaharah menjadi huru-hara kerana
kerjanya masih banyak yang belum siap.
Kenapa kamu huru-hara ke sana ke
sini? tanya ayah kepada Hazim.
Kelip-kelip nampak bercahaya apabila
terbang delam gelap.
Tukang jahit itu menjahit keli-kelip pada
baju pelanggannya.
Dia memasang kisi-kisi pada setiap tingkap
rumahnya.

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

b)

kuda-kuda

a)
b)
c)

lamat-lamat

a)

dipasang pada tingkap


Palang yang
menghubungkan pusat
roda dengan lingkarannya
Penyangga papan hitam
yang berkaki
Kayu penyangga tulang
bumbung
Bahagian senapang atau
pistol
Tidak terang, sayup-sayup

b) Tidak jelas, samar-samar


layang-layang a) Wau
b) Bahagian rumah antara
bumbung dengan dinding
(berbentuk segi tiga)
c) Sejenis burung
mentahmentah

a) Tidak dimasak
b) Dengan begitu sahaja

pandangmemandang

a) Saling memandang
b) Saling menghormati

pontangpanting

a) Bertaburan di sana sini


b) Berlari lintang-pukang

porak-peranda a) Kacau-bilau
b) Cerai-berai

potongmemotong

a) Saling memotong
(melintasi)
b) Pekerjaan menggunting
pakaian

b) Kisi-kisi roda basikal adik berkilat setelah


dicuci.

a) Papan hitam itu diletakkan di atas kudakuda.


b) Kuda-kuda rumahnya sudah reput dan
perlu diganti dengan yang baru.
c) Kuda-kuda pada senapang digunakan
untuk meledakkan peluru.
a) Semakin lama suaranya lamat-lamat
kedengaran.
b) Jawapan yang diberikan oleh cikgu itu
lamat-lamat.
a) Indra dan kawan-kawannya bermain
laying-layang di padang.
b) Beberapa orang pekerja sedang memasang
laying-layang rumah itu.
c) Burung laying-layang bersarang di dalam
gua itu.
a) Buah-buahan boleh dimakan mentahmentah.
b) Ayah menolak mentah-mentah
permintaan kakak untuk ke pesta buku.
a) Mereka hanya pandang-memandang
tanpa bersuara.
b) Dalam hidup berjiran, kita mestilah
pandang-memandang, barulah aman.
a) Buku-buku Amirul pontang-panting di
atas lantai.
b) Budak-budak itu lari pontang-panting
dikejar anjing.
c)
a) Kampung Bahagia porak-peranda kerana
banyak kes kecurian yang berlaku sejak
akhir-akhir ini.
b) Rumah tangga mereka porak-peranda
akibat campur tangan orang tua.
a) Dua buah kereta itu potong-memotong di
jalan raya.
b) Asyikin sudah mahir dalam kerja potongmemotong kain.
20

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

ura-ura

a) Cadangan, usul
b) Mesyuarat, perbincangan

a) Ada ura-ura yang mengatakan sebuah


sekolah akan ditutup minggu ini.
b) Ada ura-ura tentang lawatan le Langkawi
pada petang ini.

HTTP:// WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

21

You might also like