You are on page 1of 3

11 November 2010 (Isnin)

Taklimat RIMUP oleh GPK Ko-Kurikulum, Encik Jambing Riang di kelas tahun 6
jam 3.15 petang.
Kehadiran guru: JR, JC, NK, NAS, ZZ, JM, RR
Kehadiran murid: 25 orang (1 orang murid menyertai pertandingan bola
sepak)
Penerangan mengenai program RIMUP serta aktiviti memanaskan badan.
Sesi ice-breaking oleh Cik Nurul Asma binti Salehudin. Setiap murid diberi
nama seekor haiwan iaitu harimau, kambing dan kucing.
Murid diminta membunyikan haiwan tersebut dan berkumpul bersama rakanrakan mereka yang mempunyai bunyi yang sama. Sesi ini diadakan di
gelanggang badminton.
3 kumpulan dibentuk iaitu kumpulan Melayu, kumpulan Cina dan kumpulan
India.
Senarai ahli kumpulan seperti lampiran A.
Sesi Ice-breaking diteruskan dengan setiap kumpulan diberikan 2 orang
fasilitator.
Kumpulan Melayu : JM dan NAS
Kumpulan Cina : ZZ dan JR
Kumpulan India : NK dan RR
Setiap kumpulan diberikan masa selama setengah jam bagi membentuk logo,
motto serta sorakan kumpulan.
Kumpulan India memilih di gelanggang badminton, kumpulan Cina di kelas
tahun 6 manakala kumpulan Melayu di kelas tahun 5.
Setiap kumpulan diberikan peluang bagi membentangkan hasil kerja mereka.
Sebelum majlis berakhir, Encik Rosli bin Rapaee memberikan sedikit taklimat
mengenai persediaan aktiviti pada 12 dan 13 November 2010 (Selasa dan
Rabu) iaitu acara permainan tradisional dan sukaneka/ sukan rakyat.
Setiap murid diminta untuk membawa beberapa barangan iaitu 10 biji batu
setiap kumpulan, upih pinang, sudu serta guni.
Majlis berakhir pada jam 5.30 petang.

12 November 2010 (Selasa)

Majlis dimulakan pada jam 3.10 minit petang.


Taklimat acara permainan tradisional dilakukan oleh Encik Zulfadli bin Zainal
Abidin.
Kehadiran guru: ZZ, NK, RR, NAS, JM.
Kehadiran murid: 23 orang

Setiap murid dikehendaki berkumpul di dalam kumpulan masing-masing.


Bagi aktiviti permainan ptadisional ini, ia melibatkan 3 permainan tradisional
yang diambil kira markah setiap kumpulan iaitu batu seremban, curi ekor dan
tikam selipar.
Bagi permainan batu seremban, setiap kumpulan menghantar 2 orang wakil
bagi mewakili kumpulan mereka. Permainan diadili berdasarkan kumpulan
yang mendapat markah yang paling banyak.
Permainan ini dimenangi oleh kumpulan India, diikuti oleh kumpulan Melayu
dan Cina.
Permainan curi ekor pula diadakan di belakang astaka sekolah. Setiap
kumpulan diagihkan sehelai daun yang dijadikan ekor. Kumpulan yang
mempunyai baki ahli paling ramai menjuarai permainan ini.
Permainan ini dimenangi oleh kumpulan India, diikuti oleh kumpulan Cina dan
Melayu
Permainan tikam selipar juga diadakan di belakang astaka. Untuk permainan
ini, ianya terpaksa melibatkan penyertaan para guru kerana murid-murid
agak kurang jelas dengan bentuk permainan ini.
Pemenang bagi permainan ini ialah kumpulan Melayu diikuti oleh kumpulan
Cina dan India.
Bagi keputusan semua acara permainan tradisional ini, sila rujuk lampiran B.
Setelah selesai semua aktiviti pertandingan permainan tradisional, acara
diteruskan dengan beberapa acara permainan selingan. Antaranya ialah
pukul berapa datuk harimau, permainan galah panjang dan permainan
belalang dan belatuk.
Semua murid kelihatan teruja menyertai permainan-permainan ini.
Acara pada petang ini berakhir pada jam 5.45 petang.

13 November 2010 (Rabu)

Majlis dimulakan pada jam 3.00 petang.


Encik RR memberikan sedikit komen mengenai aktiviti semalam. Beliau
meminta semua murid untuk ingat bahawa perpaduan itu penting dalam
kehidupan.
Majlis diteruskan dengan taklimat aktiviti pada hari ini iaitu sukaneka.
Kehadiran guru: RR, ZZ, JM,NK, NAS
Kehadiran murid seramai 25 orang.
Acara pada hari ini ialah tarik upih, lari bawa bola ping pong kerusi bermuzik,
lari dalam guni dan cari gula-gula dalam tepung.

14 November 2010 (Khamis)

Aktiviti pada petang ini dimulakan pada jam 3.30 petang.


Kehadiran guru: JM, ZZ, RR, NK, NAS
Kehadiran murid: 25 orang
En. Joeliton mengetuai aktiviti pada hari ini. Beliau memberikan taklimat
kepada murid-murid mengenai acara pada hari ini iaitu mencari harta karun.
Terdapat 6 stesen yang perlu disinggahi oleh murid-murid untuk
melengkapkan aktiviti mencari harun karun pada hari ini. Setiap kumpulan
akan dilepaskan serentak dan kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan
dengan awal akan memenagi acara pada hari ini.
Antara tugasan yang dikenakan pada setiap stesen ialah seperti membuat
persembahan ringkas, menyusun atur gambar, mencari buah pinang,
menjawab soalan berasaskan Matematik dan melengkapkan Rukunegara.

You might also like