Kertas Kerja Kem Literasi Al

You might also like

You are on page 1of 3

KERTAS KERJA KEM LITERASI AL-QURAN

Contoh Kertas kerja ringkas


1. Nama Program
Kem Intervensi Literasi Al-Quran
2. Konsep
Kem Intervensi Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan
kaedah Iqra kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan
di luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.
3. Rasional
Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program jQAF yang masih di tahap kemahiran Iqra 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya
tahap bacaan Iqra 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat
menguasai Iqra dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam
sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan
meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.
4. Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam yang mengikuti Program j-QAF dan masih di tahap bacaan Iqra 1,2 dan
3.
5. Tenaga Pembimbing
Semua Guru j-QAF yang merupakan pembimbing Tasmik. Guru-guru Pendidikan Islam yang lain turut
digalakkan membantu pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran. Murid turus boleh digunakan
sekiranya perlu.

6. Strategi Pelaksanaan
6.1 Tempoh Pelaksanaan
Kem Intervensi Literasi Al-Quran dicadangkan dilaksanaakan 16 jam iaitu setiap 1 jam
sebelum/selepas waktu Tasmik. 10 Jam dicadangkan untuk Buku Iqra 1 dan 2 manakala 6 jam untuk
Buku Iqra 3 Kem ini dicadangkan dilaksanakan sebanyak 3 siri seperti jadual di bawah:

BIL TAHUN KEM 1 KEM 2 KEM 3 CATATAN


1 Tahun 1 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
2 Tahun 2 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
3 Tahun 3 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
4 Tahun 4 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
6.2 Jawatankuasa Pelaksana
Jawatankuasa Pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran adalah seperti berikut:

Penasihat : Guru Besar


Pengerusi : Penolong Kanan 1
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Setiausaha : Pengerusi j-QAF/Ketua Panitia Pendidikan Islam
Pen. Setiausaha : Ust. Khairul Nisak Binti Abdullah (Penyelaras Tasmik)
Penyelaras : Us. Ahmad Tarmizi Bin Ismail (Guru j-QAF)
Pen. Penyelaras : Us. Bashir Auni Bin Md. Akhir (Guru j-QAF)
AJK : Semua Guru j-QAF dan GPI
6.3 Aliran Kerja Pelaksanaan
BIL PERKARA CATATAN
1 Pelantikan Pembimbing KLAQ
2 Mesyuarat JK Pelaksana KLAQ
3 Pemilihan Murid KLAQ
4 Pelaksanaan KILAQ
5 Penyediaan Rekod
6 Penyediaan Analisa
7 Penyediaan Pelaporan & Dokumentasi
8 Mesyuarat Post-Mortem Kaji Kekuatan dan Kelemahan Pasca Kem untuk Kem berikutnya
6.4 Modul Pelaksanaan
Modul pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran MODUL INOVASI IQRA:
BUKU MUKASURAT BIL MS
BUKU IQRA' 1 3, 6, 9, 12, 15, 19, 21, 25 dan 30 09
BUKU IQRA' 2 1, 4, 5, 6, 8, 10, 14, 17, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 3 1, 2, 3, 6 ,8, 10,14, 18, 19, 22, 25 dan 30 12
BUKU IQRA' 4 3, 5, 7, 9, 11, 14, 16, 18, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 5 1, 3, 6, 7, 9, 10, 11, 12, 15, 18, 20, 22, 25, 28 dan 30 15
BUKU IQRA' 6 1, 6, 7, 11, 15, 19, 22, 23, 25, 27 10
JUMLAH 68
Catatan:
1. Muka surat modul ini hendaklah merujuk kepada buku Iqra yang dibekalkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Semua peserta hendaklah sekurang-kurangnya melepasi Iqra 4.
3. Peserta yang melepasi Iqra 4 hendaklah diteruskan pencapaian sehingga Iqra 6
4. LDK peserta bermula daripada tahap bacaan masing-masing sebelum kem (muka surat semasa
murid). Guru meneruskan bimbingan mengikut modul yang disediakan.
6.5 Rekod dan Pelaporan
Pihak JK Kem Intervensi Literasi Al-Quran perlu menggunakan borang rekod pencapaian Iqra yang
disediakan untuk tujuan merekodkan bacaan murid. Semua rekod bacaan hendaklah dikemaskini dan
disimpan dalam fail khas Kem Literasi Intervensi Al-Quran untuk tujuan rujukan. Analisa Pencapaian
hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran selepas tamat tempoh
pelaksanaan dan sekiranya diperlukan. Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran hendaklah
menyediakan Laporan dan Analisa yang dikehendaki oleh PPD/JPN dengan mengisi borang yang
dicadangkan.
7. Penutup
Adalah menjadi harapan agar pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran ini akan berjaya. Dengan
penglibatan semua guru tidak mustahil apa yang hendak dicapai akan mampu dicapai. Bak kata
pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
j-QAF SKPM GEMILANG TERBILANG

Disediakan oleh,
.
(NAMA GURU j-QAF)

You might also like