Professional Documents
Culture Documents
Konsep Pertumbuhan:
Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.
Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa.
D.S Wright & Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).
Pertumbuhan ialah:
Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila individu matang.)
Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat diukur berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan melalui teknik
antropometrik.
Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal adalah pengasas perihal maju atau lembabnya seseorg kanak-kanak, tetapi
pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.
Faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan manusia ialah:
Potensi yang diwarisi (baka).
Keadaan kesihatan ibu semasa proses kehamilan.
Kadar pertumbuhan sebelum lahir.
Ada atau tidak ada trauma sebelum lahir.
Pemakanan dan keperluan badan lain dapat dijaga.
Ada atau tidak kecacatan fizikal.
Kemudahan perubatan dan kesihatan.
Keadaan hidup satu budaya atau kebudayaan masyarakat.
Ciri-ciri Pertumbuhan:
Suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta perubahan itu berterusan dan berkualiti.
Suatu proses yang lengkap dan sempurna.
Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas.
Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau mempunyai arah tertentu berdasarkan proses kematangan yang dialami.
Pertumbuhan seseorang mengikut proses kematangan.
Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman.
Struktur mendahului fungsi : struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan.
Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi kadar berlainan.
Konsep Perkembangan:
Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat.
D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat.
Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada percambahan hingga akhir hayat.
Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah
lama.
Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah,
kognitif, moral, fizikal.
Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.
Perkembangan ialah:
Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan.
Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan
sebelumnya.
Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban).
Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani. Emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS).
Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.
Ciri-ciri Perkembangan:
Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak berkembang
secara berperingkat.
Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.
Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu.
Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat.
Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat melebihi peringkat kematangan.
Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara pertumbuhan jasmani dan pembelajaran.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Aspek
Pertumbuhan
Perkembangan
Jasmani
Bertambah kemahiran
menggunakan anggota seperti
merangkak, berjalan, berlari dan
melompat
Mental
Berkembangnya kemahiran
menggunakan perkataan,
bahasa, angka, pemikiran,
mengingat, menaakul, analisis
Emosi
Sosial
Meluaskan perhubungan,
komunikasi, bergaul dengan orang
lain