You are on page 1of 2

Memartabatkan Pengasuhan Kanak-Kanak

Bajet 2011 memperuntukkan RM121 juta memberi fokus kepada


perkhidmatan kanak-kanak yang berkualiti. Bujet ini diberikan kepada Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah program bantuan kanak-kanak dengan
harapan 97,000 kanak-kanak akan dapat memanfaatkannya. Secara tidak langsung bujet ini
menumpukan kepada perkhidmatan di taska iaitu kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang mengelolakan program perkhidmatan kanak-kanak sewajarnya
dipertanggungjawabkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat untuk memikirkan peningkatan kualiti perkhidmatan pendidikan kanak-kanak di
taska.
Memberi perkhidmatan berkualiti bukan sahaja melibatkan kualiti pasarana di taska tetapi juga
latihan pengasuhan yang berkualiti perlu diberi perhatian. Program latihan pengasuh hendaklah
diberi keutamaan memandangkan peranan pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak ini sebagai
asas perkembangan pendidikan awal kanak-kanak yang perlu diterima oleh kanak-kanak sebelum
melangkah pendidikan selanjutnya. Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu jelas
tanggungjawabnya dan kualiti perkhidmatan yang perlu dilaksanakan di taska.

Peraturan Keselamatan Di Taska


Adakah taska anda mempunyai peraturan sebagai senarai semak yang perlu anda patuhi untuk
menjaga keselamatan kanak-kanak? Jika anda tidak mempunyai sebarang peraturan keselamatan
di taska berikut adalah cadangan senarai peraturan umum keselamatan di taska untuk menjaga
keselamatan kanak-kanak di bawah pengawasan anda:
1. Menggunakan taman permainan yang selamat.
2. Menggunakan penghadang di tangga.
3. Sentiasa mengawasi dan menyelia semasa kanak-kanak bermain air atau berada dalam air.
4. Sentiasa mengawasi kawasan merbahaya dan tempat yang boleh menyebabkan kebakaran.
5. Memakai tali pinggang di kenderaan.
6. Melarang kanak-kanak Menyeberang Sendirian di jalanraya.
7. Menyimpan bag plastik, dawai dan objek kecil dari kanak-kanak.
8. Jangan meletakkan senjata atau benda tajam di taska.
9. Panggil pegawai perubatan jika anda fikir kanak-kanak mendapat keracunan.
10. Tampal atau letakkan nombor panggilan kecemasan berdekatan dengan telefon.

Aktiviti Harian dan Matematik


Kanak-kanak di bawah usia dua tahun boleh didedahkan dengan matematik menerusi aktiviti
harian seperti masa makan dan aktiviti dalam bulatan. Konsep matematik yang dimaksudkan
ialah menggunakan nombor, membilang dan kuantifikasi (jumlah). Setiap kali berpeluang untuk
membilang perlu digunakan sepenuhnya untuk membantu kanak-kanak memahami hubungan
kuantiti (jumlah) satu per satu. Pendidik perlu membilang dan menggunakan matematik jika
mengikut kesesuaian keadaan biarpun menyoal kanak-kanak tentang hubungan matematik yang
mudah. Cara berinteraksi ini membantu kanak-kanak mengenalpasti kepentingan nombor dan
mendorong membina percambahan matematik. Kanak-kanak di peringkat usia dua tahun juga
boleh memahami konsep banyak. Bertanyakan kepada kanak-kanak untuk membandingkan
kumpulan objek atau kuantiti dapat menggalakkan pembinaan kefahaman konsep banyak,
kurang dan sama.
Walau pun kanak-kanak di peringkat umur dua tahun belum lagi membina kefahaman tentang
nombor, bukan sebagai alasan untuk tidak menggunakan nombor di persekitaran mereka. Sama
seperti kita membaca kepada bayi dan tatih membantu mereka membina kemahiran literasi.
Begitu juga menggunakan matematik di persekitaran kanak-kanak membantu mereka membina
konsep nombor.

You might also like